Tajuk 7
|
Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa
·
Pembelajaran Berasaskan Aktiviti
·
Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario
·
Pembelajaran Berasaskan Permainan
|
Sinopsis
Pendekatan pembelajaran bahasa penting untuk memastikan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan pendekatan perlu
dilakukan dengan teliti agar pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai
objektif seperti yang dirancang. Antara pendekatan yang sesuai untuk
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah:
·
Pembelajaran
Berasaskan Aktiviti
·
Pembelajaran
Berasaskan Situasional/Senario
·
Pembelajaran
Berasaskan Permainan
Pembelajaran berasaskan aktiviti ini amat sesuai dalam
pembelajaran bahasa kerana murid akan terlibat secara langsung iaitu belajar
secara fizikal dan mental melalui aktiviti yang dijalankan secara sistematik.
Pembelajaran berasaskan situasional memerlukan penggunaan
objek secara konkrit, gambar-gambar dan bahan-bahan maujud yang disertai
aksi-aksi yang boleh membantu pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Pendekatan berasaskan permainan pula akan ‘menghidupkan’ proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa melalui pelbagai aktiviti permainan. Dengan demikian proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.
Hasil
Pembelajaran
2.2 Mengkaji
konsep dan pelaksanaan kaedah natural, tatabahasa terjemahan dan terus.
3.4 Mengaplikasi
kemahiran menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam aktiviti
pengajaran mikro.
Nota
ringkas:
7.1 Pembelajaran
berasaskan aktiviti
· Pembelajaran berasaskan aktiviti ini sangat sesuai dalam
konteks pembelajaran bahasa kerana murid-murid mempelajari bahasa melalui
aktiviti-aktiviti yang terancang secara sistematik.
· Melalui pendekatan ini murid-murid bergerak aktif secara
fizikal dan mental bagi tujuan melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu.
Dengan demikian minat dan kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat
secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru.
· Pembelajaran berasaskan aktiviti boleh meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu di
sekolah-sekolah.
7.2 Pembelajaran
berasaskan situasional
· Pendekatan ini mementingkan penggunaan objek secara
konkrit, gambar-gambar dan bahan-bahan maujud serta gerakan tingkah laku yang
boleh membantu menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.
· Guru hanya bertindak sebagai model dan menyediakan latar
situasi yang dapat menciptakan struktur bahasa sasaran dan kemudian
mengemukakan contoh-contoh untuk diikuti secara berulang untuk mengukuhkan
pembelajaran.
7.3 Pembelajaran berasaskan permainan
· Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran
seolah-olah hidup dengan permainan-permainan yang disediakan. Murid-murid akan
mengalami sendiri aktiviti permainan
yang dilaksanakan.
· Murid-murid akan mudah memahami apa yang guru ajarkan melalui
permainan yang disediakan dengan menarik dan berkesan. Murid-murid dapat
berkomunikasi dengan berkesan dan melahirkan perasaan dengan menggunakan bahasa
dan aksi.
Tugasan:
Ketika guru merancang pendekatan yang sesuai untuk
pengajaran Bahasa Melayu, pilih satu pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan
dalam pengajaran sesuatu tajuk Bahasa Melayu. Nyatakan aktiviti yang boleh
dilaksanakan oleh guru.
No comments:
Post a Comment