" Gantunglah azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Wednesday, March 23, 2011

ye ke?? wawawaaah O....O

slm..
i hope all is well 2 all of u..

hmm... antara percaya dn x..
he'eh,,ye ke akak nie kira? 2 ringgit?? murah nyer!! O....O
bayangkn,, nasi+sayur+lauk br 2 ringgitt..nk banding kt ehem2,, itu dh rm 4.50..

mlm 2, pegi pasar mlm,,lam kul 10. nk beli lauk mentah n sayur..
wawawaaah, ikan pn blh dpt rm 2 sekilooo,,bkn 1/4 kilo,, tp 1 kiloooo...
blh dpt ikan ayer a.k.a ikan tongkol free lg..
naseb baek x ternganga mulut kt c2..hikhik..

ksmpulannya,,selain cntik,, mkanan kt kdh nie mmg MURAH!! nie yg paling suke nie...heee

                                                              laksa kedah (my favourite)
 
                                                                    

Sunday, March 20, 2011

Storry Morry Naek Bas

salam..
nk kongsi cerita sket.. curi2 masa memblog..hehe

"salam....t, cek nak naek Shamisham da nii ngan echah..6t sampai aloq staq cek habaq la kat t na.."

"oraitt,,6t t p amek hangpa berdua kt stesen bas tnh mrh..hati2 tau!"

pejam celik pejam celik daa smpai stesen bas alor setar.
org ramai p mai p mai naek tughun tukaq bas,,last2 tggl laa mira ngan echah je lam bas yg nak p jitgha..naseb baek tiba2 ade laa 3 chinese naek nk p destinasi yg sama ngan kami..fuuhh lega..

confuse n tkt pn ade punye pasal,, (maklum laa x prnah smpai sana).. pegi laa tnya pak cik chinese tuu, igtkan dia tu driver bas jgk tapi pnumpang rupenyer..
cz x tau mulanya dia tu penumpang, p laa tanya dia macam2..bas ni brhenti kt mana (tkt2 x brhenti kt tanah merah), jauh mane lagi nk smpai,, beramah mesra laa katakan dgn org kdh..hee >_<

ms smpai kt tnh mrah laa br tau yg pak cik tu pun penumpang..aduyaii malunyer.. tp buat selamber je..hikhik

sampai pg,, glp lg..so, pak cik tu ajak kami p petronas berhampirn,,duk c2 tunggu org dtg ambik,, dia sgt bimbang nk tgglkan kami berdua kt perhentian tu.. katanye bahaya,, perempuan..

u know,, pk ck 2 sgt baek,, ms nk p ptronas, dia nk bwkn beg kami.. tp kami x kasi, pe x nyer,, beg kami perghh berat,, kesian pak cik 6t.. beg echah besaq pulak 2, blh masukkan dye skali lam 2..haha (biaselaa mengembara katakan.. br nmpk p jauh kn..)

he helped me n echah angkat beg bile lalu kt tpt2 yg x blh nk heret..syukur dpt bertemu ngan pak cik 2..
b4 berpisah 2, br laa kami tahu yg dia tu muslim rupe nya..

tqvm pak cik,, smg pakcik sntiasa berada di bawah lembayung kasih dn rahmat Allah..

ade bnyak cerita lucu yg x dpt mira n echah lupekn ms lam bas.. pnglmn SBE, ceghita menark pasai kedah, dll..6t laa mira cerita laen na.. ni nk kemas2 brg, sk hbs 2.30ptg..

p/s: sntiasalah berbuat baek sesama kita,, x kire agama dn bangsa..

Wednesday, March 9, 2011

School Break

Salam n hye every1 !!!

2day, we are going to have our holiday 4 a week, same like schools..

after that, i'll go to Kedah 4 PBS with echah n ain.. and stay there 4 a week at zati's

home..heee..

as my ro0mate (ciape 2??) n i share the same 'habit' (kuat makan heee >_<),

she plans to go to the soooo many food stalls and restaurants

that prepared the delicious n tasty Kedah's food. (6t hbs pbs,, gedempol laa kami..huuu).

i hope i'll learn something new during my pbs,,

n get a lot of sweet memories with my beloved buddies..:) InsyaAllah..

Sunday, March 6, 2011

Jatuh Bangunan???

lompat tinggi,,, tinggi lompat,, lompat tinggi,,, tinggi lompat,,, bedebuk!!!

heeeee seramm!!>_<

td bljr lompat tinggi...

nak jatuh ke tilam 2 mcm melayang dr bangunan 11 tingkat!!! - hyperbola menjadi2 

aduyaiii.. fuihhh 0....o"


eee,,, ya Allah,, takutnyerr!!!

" teknik dah betul,, tp takut nak landing..." ni yg lec. ckp... hehe mmg pn..>_<

apepun, i'll never let myself always like dat. i'll try 2 do it better than b4!!

Bashaa!!! ^_^

walaupn rs tkt,, tp sbnrnye mira rs quite ok laa skrg after fikir balik prkara2 yg seronok ms bljar td..

ye laa,, dpt try new thing yg x pernah di buat sebelum nie..hehe

dpt tips lg,, "1,2, landing di bahu!!" -dynamic girls,,, msti igt tau tips niee..bkn sng nk dpt..hihii

thanks a lot 2 all my lovely dynamics family as always give me a lot of supports and motivations... especially

echah.. thanks 2 be very kind and always take care of me... yeppeeey!! ^_^

Saturday, March 5, 2011

Tahukah Anda??

Assalamualaikum, semua...

just wanna share something with you ..

sebenarnya, dlm solat yg kite lakukan sehari-harian, ade bnyk perkara yg perlu kita titik beratkan.
salah satunya ialah bacaan takbir ratul ihram, al-fatihah, tahiyyat akhir..
semua bacaan ini mesti dibaca dgn betul dan didengari oleh telinga kita..
barulah solat kita dikira sah..

rujuklah mana2 sahabat @ guru yg lbh arif utk keterangan yg lbh lanjut..

smg peringatan ini akan memberi manfaat kpd kita semua..amiin.

Friday, March 4, 2011

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


- Tercetus pada 1979 menerusi Laporan Jawatankuasa Kabinet
- Mengandungi prinsip, nilai, hala tuju pendidikan
- Pentingnya kita mempunyai suatu falsafah pendidikan yang menekankan pembangunan kemanusiaan
- Jawatankuasa Kabinet mengesyorkan unsur-unsur yang harus diberi penekanan dalam aspek pembangunan

Terdapat 3 dasar yg mengstrukturkan FPK

-Rukunegara
-Dasar Ekonomi Baru
-Dasar Pendidikan Kebangsaan

- FPK Ditubuhkan pada 1988
- FPN – FPK

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.“
 

Matlamat

Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut :
- Percaya dan patuh kepada Tuhan
- Berilmu pengetahuan
- Berakhlak mulia
- Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
- Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
- Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum
 

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya, iaitu :

- Melahirkan rakyat yang bertangungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara
- Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas   
  secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan 
- Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi   
  mengikut perlembagaan
- Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada Negara
- Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, demi   
  wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum
- Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan   
  kepada golongan yang kurang berada.

IMPLIKASI TERHADAP KURIKULUM

KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Antara perubahan-perubahan yang jelas ialah :

- Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan kesinambungan. Oleh itu   
  konsep-konsep seperti penggabungjalinan (penyatuan kemahiran-kemahiran) dan penyerapan (penyatuan isi)   
  sentiasa dititikberatkan
- Penekanan baru diberi kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya diserapkan dalam setiap matapelajaran        yang di ajar di sekolah.

- Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,       
  emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
- Program pendidikan yang menitikberatkan pendidikan umum diperkenalkan
- Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional
- Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum
- Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan
- Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan
- Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan
- Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris
- Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari.

Implikasi terhadap pendidik

- Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah - - Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi :
- Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk    
  merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan
  yang berilmu pengetahuan, berketerampilan serta berakhlak mulia.

Implikasi terhadap institusi pendidikan

- Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut
  tujuan dan cita FPK. Ini meliputi :
- Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka   
  dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang
- Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar.

Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca di kalangan mereka

Konsep Falsafah


Konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. 

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.
 


Matlamat

Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut :

- Percaya dan patuh kepada Tuhan
- Berilmu pengetahuan
- Berakhlak mulia
- Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
- Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
- Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum
 


Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya, iaitu :

- Melahirkan rakyat yang bertangungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara
- Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas   
  secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan.
- Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi   
  mengikut perlembagaan
- Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada Negara
- Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, demi   
  wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum
- Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan   
  kepada golongan yang kurang berada.

Analisis Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru

semoga note ni membantu anda semua..

Ø Sebelum bermula, kita perlu mengambil masa sedikit untuk memikirkan soalan-soalan yang berikut:
• Mengapa saya melakukan perkara ini dalam kelas?
• Apakah yang akan saya memasukkan dalam pelajaran saya?
• Bila saya akan melakukan perkara ini dalam kelas saya?
• Bagaimana saya akan melakukan perkara ini?
2.1 Analisis Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Ø Pertama, kita perlu memahami pelbagai cabang falsafah yang menjadi asas kepada pembentukan FPK dan FPG.
Ø Cabang-cabang falsafah tersebut ialah
(a) metafizik/ontologi, (b) epistemologi, (c) aksiologi, dan (d) logik.
(a) Metafizik/Ontologi
Ø Metafizik adalah berkaitan dengan sifat realiti. Ia didefinisikan sebagai yang jauh melampaui hal fizikal dan kebendaan dengan persoalan-persoalannya jauh melampaui yang boleh dijawab dengan merujuk kepada siasatan saintifik. Ia bersifat spekulatif dan berfokus pada isu seperti hubungan sebab-akibat.
Ø Ia berkaitan dengan mengajar hal berkenaan dengan fikiran tentang matlamat pendidikan, pemilihan kandungan dan matlamat pendidikan yang sesuai, dan sikap terhadap sifat semula jadi pelajar. Metafizik mengemukakan soalan-soalan yang berikut: Adakah suatu bahan ilmu sejagat untuk dipelajari? Siapa yang harus menentukan hal yang perlu dipelajari? Adakah pelajar umumnya baik dan amanah?
(b) Epistemologi
Ø Cabang falsafah ini berkaitan dengan sifat semula jadi ilmu.
Ø Jawapan-jawapan kepada persoalan epistemologi memberikan rasional untuk memilih bahan yang layak untuk diajarkan dan dipelajari lalu mencadangkan cara maklumat harus diajarkan.
Ø Dua persoalan asas epistemologi adalah: “Apakah yang membentuk ilmu?” dan “ Adakah ilmu tetap atau berubah?”
Ø Satu lagi soalan asas epistemologi tertumpu kepada apa yang boleh dihuraikan sebagai cara untuk mengetahui dan kesahan kaedah mengetahui.
Ø Pada asasnya, isunya adalah sama ada pengetahuan datang daripada wahyu, kuasa, intuisi, pancaindera atau daripada penaakulan atau eksperimen.
Ø Pendekatan guru semasa mengajarkan kandungan kepada pelajarnya memberitahu banyak tentang jawapannya kepada persoalan asas epistemologi.
Ø Contohnya, sekiranya guru menegaskan bahawa pelajarnya menguasai fakta dan prinsip khusus yang telah ditemui oleh orang lain berdasarkan andaian bahawa terdapat apa yang dianggap sebagai pengetahuan sebenar.
Ø Sekiranya, dia lebih berminat untuk mengajarkan proses penyelesaian masalah, hal ini membayangkan bahawa tidak terdapat kebenaran “mutlak” dan hal ini lebih bermakna bagi muda-mudi mempelajari beberapa kemahiran yang akan membantu mereka mendapat jawapan berdasarkan situasi-spesifik.
(c) Aksiologi
Ø Aksiologi ialah cabang falsafah yang berhubung kait dengan nilai seperti etika dan agama.
Ø Aksiologi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud ‘nilai’.
Ø Aksiologi menumpukan perhatian kepada apa ‘yang seharusnya berlaku’.
Ø Aksiologi berkaitan dengan nilai dan berhubung dengan pengajaran nilai moral dan pengembangan sahsiah.
Ø Topik moral, etika dan estetika terangkum dalam kategori falsafah ini.
Ø Beberapa persoalan yang berkaitan dengan aksiologi ialah :
• Bagaimanakah seseorang itu hidup?
• Apakah unsur kewujudan?
• Adakah kehidupan mempunyai apa-apa makna?
• Apa itu moral dan tak bermoral?
• Apa itu kecantikan?
Ø Satu lagi persoalan aksiologi yang penting adalah tentang sifat kelakuan yang ‘betul’.
• Bagaimanakah seseorang itu harus berkelakuan?
• Apakah itu kelakuan bermoral?
• Bagaimana individu mengetahui bila dia melakukan perkara yang betul?
Ø Ada yang berhujah bahawa terdapat prinsip atau garis panduan sejagat yang boleh dipatuhi. Terdapat juga pihak yang menolak idea ini tetapi berhujah bahawa kesesuaian kelakuan adalah situasi spesifik.
(d) Logik
Ø Logik ialah sains tentang pemikiran tepat dan berkaitan dengan hubungan antara idea dan dengan prosedur yang digunakan untuk membezakan antara pemikiran sah dan yang mengelirukan.
Ø Logik boleh juga membantu anda untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan menggalakkan susunan fikiran yang teliti dan sistematik.
Ø Terdapat dua jenis logik asas, iaitu logik deduktif dan induktif.
Ø Logik deduktif bermula dengan kesimpulan umum dan kemudian menerangkan kesimpulan ini dengan mengemukakan contoh dan butiran yang mengalir secara lojik daripadanya.
Ø Logik induktif bermula dengan butiran dan kemudian penaakulan memberi fokus pada butiran lalu membuat kesimpulan umum yang menerangkannya.
Ø Bagaimanakah cabang falsafah ini berkaitan dengan FPK?
Ø Analisis FPK dengan rujukan kepada pelbagai cabang falsafah

Pandangan Islam, Buddha, Dan Kristian Terhadap Pendidikan

SALAM...

i just wanna share dis note with all of u..
dis is the independent self learning (ISL) 4 subject EDU 3101 (Falsafah & Pendidikan di Malaysia) 
  

Pandangan Islam, Buddha, Dan Kristian Terhadap Pendidikan

Pandangan Islam Tentang Pendidikan

 Pandangan Islam tentang pendidikan dapat dirumuskan Bahawa belajar merupakan perintah utama dari agama Islam, hal ini tercermin pada ayat yang pertama sekali diturunkan dalam surat al 'Alaq ayat 1-4.Ertinya: Bacalah dengan nama tuhanmu yang telah menciptakan, yakni telah menciptakan manusia dari  segumpal darah, Bacalah dengan nama tuhanmu yang Maha Mulia, yang telah mengajarkan dengan pena, yakni telah mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Membaca juga menjadikan sesesorang itu banyak pegetahuan disamping  menguatkan mental, dengan membaca juga menjadikan pemikiran dan daya kreatif individu mantap. Membaca merupakan satu cara mewujudkan sistem perhubungan dan sosial, kerana dengan membaca membolehkan kita mengetahui budaya masyarakat lain.

Ilmu dan orang berilmu sangat dihargai dalam Islam. Pandangan Islam terhadap ilmu bukan hanya terkandung dalam ajaran tetapi juga terbukti dalam sejarah, terutama sejarah klasik Islam. Dalam al Qur'an disebutkan bahawa orang mu'min yang berilmu dilebihkan derajatnya (Q/58:11). Mereka juga diberi gelar ulu al albab, ulu an nuha, ulu al abshar, dan zi hijr.(Q/39:9, Q/59:2, Q/20:54). Memilih ilmu berbanding harta adalah merupakan keputusan yang tepat dan menguntungkan, baik secara moral mahupun material. Ketika Nabi Sulaiman ditawarkan Allah SWT untuk memilih ilmu, harta atau kekuasaan, Sulaiman memilih ilmu, dan dengan ilmu maka ia kemudian memperoleh harta dan kekuasaan. Ali bin Abi Talib pernah berkata bahwa ilmu bisa menjagamu, sedangkan harta, engkaulah yang harus menjaganya. Harta jika diberikan kepada orang lain maka harta itu  berkurang, tetapi ilmu semakin kerap diberikan kepada orang justeru semakin bertambah. Hadis Riwayat Al turmizi ada menceritakan bahawa “barang siapa memilih jalur ilmu maka Allah akan memudahkan jalan baginya ke syurga” dalam hadis yang lain pula ada menerangkan “Kelak di akhirat, manusia tidak akan terlepas sbelum dipertangungjawabkan empat hal,
(1) tentang umurnya, untuk berbuat apa saja, 
(2) tentang masa mudanyya untuk mempersiapkan apa saja, 
(3) tentang ilmunya, seberapa jauh ia mengamalkannya, dan 
(4) tentang harta, darimana ia memperoleh dan untuk apa harta itu digunakan. Orang 'alim yang tidak mengamalkan ilmunya, secara moral dosanya lebih besar dibanding orang kafir (yang memang tidak memiliki ilmu). Orang 'alim yang tidak mengamalkan ilmunya, akan disiksa lebih dahulu (di akhirat) sebelum   siksaan bagi penyembah berhala

Pendidikan harus diorientasikan ke masa depan, untuk membantu dan mengantisipasi perkembangan akan datang. Islam memandang ilmu sebagai suatu yang amat penting, kerana dengan berilmu manusia akan diangkat darjatnya oleh Allah s.w.t. islam juga menyuruh umatnya supaya mendidik anak-anak mereka ketika masih kecil lagi.


Pandangan Budha

Ilmu pendidikan berasal dari bahasa Latin yaitu Paedagogus yang berarti pemuda yang bertugas mengantar anak ke sekolah serta menjaga anak agar bertingkah laku susial dan disiplin. Perbuatan mendidik disebut paedagogi, sedangkan pendidik disebut paedagog dan ilmu pendidikan disebut paedagogiek.
Menurut Prof.Dr.N.Driyarkara, ilmu pendidikan adalah pemikiran ilmiah tentang realitas yang disebut mendidik dan dididik. Pemikiran ilmiah bersifat kritis, metodis dan sistematis.

DASAR FILOSOFIS PENDIDIKAN
Sang Buddha adalah guru para dewa dan manusia (Satta Deva Manussanang). Sebagai seorang guru, Sang Buddha mengajar para dewa dan manusia dengan berbagai macam ilmu dengan tujuan untuk membebaskan mereka dari penderitaan. Penderitaan bersumber pada keinginan rendah (tanha).

Keinginan (tanha) tergantung pada faktor lain yang mendahuluinya. Dalam rumusan sebab musabab yang saling bergantungan (paticcasamuppada), Buddha menempatkan di urutan pertama kebodohan (avijja). “Yang lebih buruk dari semua dosa adalah kebodohan. Kebodohan merupakan dosa yang paling buruk. Para bhikkhu, singkirkan dosa inidan jadilah orang yang tidak melakukan dosa” (Dhp.243).
Belajar merupakan jalan satu-satunya untuk dapat membebaskan diri dari kebodohan. Sang Buddha juga menjelaskan pentingnya belajar dalam kehidupan manusia. “Orang yang tidak mau belajar akan menjadi tua seperti sapi; dagingnya bertambah tetapi kebijaksanaannya tidak berkembang” (Dhp. 152).

Makna dan Tujuan Pendidikan
Selaras dengan tujuan untuk membebaskan manusia dari penderitaan yang disebabkan oleh kebodohan, pendidikan adalah salah satu jalan untuk mencapainya. Pendidikan adalah penerusan nilai, pengetahuan, kemampuan, sikap dan tingkah laku; yang dalam arti luas pendidikan merupakan hidup itu sendiri (dan belajar itu seumur hidup), sebagai proses menyingkirkan kebodohan dan mendewasakan diri menuju kesempurnaan. Pendidikan merupakan usaha yang disengaja dan terencana untuk mendorong seseorang belajar dan bertanggungjawab, mengembangkan diri atau mengubah perilaku, sehingga bermanfaat bagi kepentingan individu dan masyarakat (Materi Pelatihan Pandita Penatar MBI, 2001: 1).
Tujuan umum pendidikan tak berbeza dengan tujuan penyebaran agama sebagaimana yang diamanatkan oleh Buddha kepada enam puluh orang arahat. Mereka mengembang misi atas dasar kasih sayang, demi kebaikan, membawa kesejahteraan, keselamatan dan kebahagiaan bagi orang banyak (Vin.I,21). Karena mendatangkan kebaikan ini, memiliki pengetahuan dan ketrampilan merupakan berkah utama (Sn II, 4).
Namun, perlu diingat bahwa ajaran agama Buddha dalam mencapai kebenaran tertinggi kebangkitan dari kebodohan untuk mencari pengetahuan penuh , tidak didasarkan pada kemajuan intelek akademis. Penerimaan ajaran itu dalam praktekyang menuntun para pengikut kepada penerangan sempurna dan tujuan akhir – Nirvana (A Peng: 1990: 7).
Kebenaran terakhir juga tidak memerlukan merek agama, agama hanyalah rakit untuk mengantar ke tujuan. sang Buddha memberikan analogi melalui perumpamaan dalam Alagaddupama Sutta (M.I,22) dengan mengumpamakan Dhamma sebagai rakit yang tidak perlu harus dipikul karena telah berjasa menyeberangkan seseorang.

DASAR PSIKOLOGIS PENDIDIKAN
Manusia dilahirkan dengan harkat dan martabat yang sama. Buddhisme memandang, setiap orang dilahirkan dengan pembawaan baik dan buruk. Namun pembawaan itu bukanlah suatu takdir yang tidak dapat dirubah lagi, pembawaan itu dapat berubah karena adanya pengaruh dari lingkungan. Lebih jauh lagi ditunjukkan bagaimana perbuatan pada saat sekarang dapat meniadakan akibat dari perbuatan (karma) lampau. Dengan demikian, pendidikan merupakan suatu cara untuk mengubah pembawaan manusia.
Teori-teori pendidikan yang dikemukakan oleh para ahli berbeza-beza karana mereka memandang pendidikan dari berbagai sudut pandang. Teori pendidikan, kaitannya dengan perkembangan anak.

Pandangan Kristian

Yesus Kristian merupakan Mahaguru yang menyampaikan segala agama Kristian lebih daripada dua tahun, kemudian diambil alih oleh rasul-rasul (apostles), dan wali-wali (saintis).
Tanggapan peranan serta citra guru adalah membimbing dan membantu murid-murid mereka melengkapi diri dengan yang sedang mereka cari tetapi tidak sepenuhnya. Melindungi murid-murid mereka daripada kumpulan-kumpulan pengaruh negatif atau ajaran-ajaran sesat;
Menunjukkan arah yang tepat agar murid-murid mereka berpeluang menjumpai jalan yang benar dan betul berpandukan ajaran kitab-kitab suci namun tetap diberi kebebasan; dan Memberi dorongan yang wajar agar dapat meningkatkan pencapaian anak-anak murid dari segi pencarian ilmu kerohanian 


assalamualaikum n hye everyone!!...

i'm glad s i able 2 take a lil time 4 writing now.. yuuhuuuu!!! heeee >_<

hmmm..it is almost 1 month i do not update my lovely blog 0_o..

quite bz in february..o_0"

lots of assignments, sports day, aerobics competition, english week and bla bla bla...

however, after the time passes,, i noticed dat all of them were really fun n of course it'll b among the best

memories dat i ever have..

p/s : always think positive n u'll find the sweetness inside it...