" Gantunglah azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Wednesday, November 7, 2012

Tajuk 3 : Teori Huraian Bahasa


Tajuk 3


Teori Huraian Bahasa
·               Nahu Tradisional
·               Struktural
·               Transformasi Generatif
·               Teori Fungsionalis


Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang Teori Huraian Bahasa. Terdapat empat Teori Huraian Bahasa yang dimuatkan dalam tajuk ini:
·                    Teori Tatabahasa Tradisional
·                    Teori Struktural
·                    Teori Transformasi Generatif
·                    Teori Fungsionalis
Teori Tatabahasa Tradisional menganggap ilmu tatabahasa bersifat sejagat dan kajian berkaitannya berasaskan hukum. Teori Struktural pula melihat bahasa sebagai alat pertuturan, bersistem serta bersifat arbitrari dalam konteks perhubungan. Noam Chomsky, salah seorang pelopor Teori Transformasi Generatif menekankan bahawa bahasa ialah satu sistem tentang rumus bahasa. Fungsi dan penggunaan bahasa menentukan struktur sesuatu bahasa pula merupakan pegangan Teori Fungsionalis.

Hasil Pembelajaran
1.         Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-makro,   Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik darjah.



            Kerangka Konsep
Teori Huraian Bahasa:
·     Nahu Tradisional
·     Struktural
·     Transformasi Generatif
·     Teori Fungsionalis

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa

Teori Pemerolehan Bahasa:
·     Behavioris
·     Kognitif
·     Mentalis
·     Interaksionalis



Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik
Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa
Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan Permainan
 












Fikirkan:

Fahami situasi hubungan yang saling berkaitan antara Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa dengan proses pengajaran dan  pembelajaran bahasa di sekolah rendah.

Mengapa Teori Huraian Bahasa penting? Bagaimana Teori Huraian Bahasa ini dapat difahami? Apa hubungan teori ini dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah?

Paling penting Teori Huraian Bahasa menghuraikan persepsi ahli bahasa tentang konsep bahasa, sifat, bentuk dan tatacara bagaimana bahasa itu berkembang dalam kalangan masyarakat.

Pemahaman guru bahasa tentangnya membolehkan seseorang guru bahasa memilih dan menentukan strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah.
Teori Huraian Bahasa
         




Umumnya terdapat empat Teori Huraian Bahasa, iaitu :
·                    Teori Tatabahasa Tradisional.
·                    Teori Struktural
·                    Teori Tranformasi Generatif
·                    Teori Fungsionalis

3.1       Teori Tatabahasa Tradisional (Panini)
·                Teori yang paling tua
·                Antara ahli linguistik yang membuat huraian bahasa berdasarkan teori ini ialah Plato dan Aristotle (bahasa Yunani),Panini (bahasa Sanskrit),Pendeta Za’ba dan Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)
·                Kajian berdasarkan bahasa bertulis. Ahli bahasa Arab mengkaji Al-Quran
·                Ilmu tatabahasa bersifat sejagat dan kajian berdasarkan hukum
·                Penggolongan kata berdasarkan makna perkataan dan logik
·                Ayat didefinisikan sebagai ucapan  yang mengandungi fikiran yang lengkap
3.2       Teori Struktural (Bloomfield)
·                Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfem, dan ayat
·                Bahasa sebagai alat pertuturan, bersistem, arbitrari, dan untuk perhubungan
·                Ahli-ahli bahasa ini banyak mengumpulkan bahan pertuturan dan mementingkan fakta-fakta yang boleh diperhatikan
·                Huraian bahasa berdasarkan konstituen terdekat
3.3       Teori Transformasi Generatif (Noam Chomsky)
·                Bahasa ialah satu sistem tentang rumus bahasa
·                Ayat mempunyai struktur dalaman dan luaran
·                Pengetahuan bahasa merupakan satu fenomena menta.
·                Penutur dilahirkan dengan pengetahuan semula jadi berbahasa.
·                Bahasa bersifat sejagat dan kreatif



3.4       Teori Fungsionalis (Halliday)
·                Struktur bahasa mengikut fungsi  dan penggunaan dalam bahasa.
·                Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika berkomunikasi dan mementingkan semantik.
·                Kajian menekankan aspek perubahan bahasa ketika berkomunikasi.
·                Terdapat fungsi sosial yang terdiri daripada tiga fungsi, iaitu fungsi idea, fungsi interpersonal, dan fungsi tekstual.
·                Fungsi sosial bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sistem bahasa.

Arahan:

·                Sila baca dan fahami tentang teori-teori  Huraian Bahasa.
·                Setelah anda menguasai ketiga-tiga Teori Huraian Bahasa, sila senaraikan perbezaan  antara teori Nahu Tradisional dengan Teori Transformasi Generatif
·                Sila berbincang dengan pensyarah anda sekiranya anda masih kurang faham tentang teori ini.

2 comments:

  1. thanks for the info, it help me a lot. keep up the good work, may god blessed u and ur fmily alwys. Amen.

    ReplyDelete