Tajuk 4
|
Teori Pemerolehan Bahasa
·
Behavioris
·
Kognitif
·
Mentalis
·
Interaksionalis
|
Sinopsis
Tajuk ini
mengemukakan empat teori yang membantu guru mengetahui cara kanak-kanak
mempelajari bahasa. Tajuk ini penting bagi membantu anda memilih kaedah pengajaran
yang selaras dengan teori pemerolehan bahasa.
Empat Teori
Pemerolehan Bahasa yang dibincangkan dalam tajuk ini ialah:
·
Teori
Behavioris
·
Teori
Kognitif
·
Teori
Mentalis
·
Teori
Interaksionalis
Teori
Behavioris yang dipelopori oleh Bloomfield menyatakan bahawa proses
pembelajaran bahasa memerlukan penekanan pada latihan dan pengulangan yang
banyak untuk membentuk kebiasaan. Manakala Teori Kognitif dikatakan bersifat mentalis
kerana teori ini cuba menghubungkan realiti mental dengan lakuan bahasa yang
sebenarnya. Teori Mentalis pula merujuk pada pemerolehan bahasa yang
mementingkan proses pemikiran. Teori Interaksionalis melihat aktiviti
komunikasi semasa berinteraksi penting dalam mempengaruhi pemerolehan bahasa
kanak-kanak.
Hasil Pembelajaran
1. Mempunyai
pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-makro, Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan
Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik darjah.
Kerangka
konsep
Teori
Huraian Bahasa:
·
Nahu Tradisional
·
Struktural
·
Transformasi
Generatif
·
Teori Fungsionalis
|
Teori
Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa
|
Teori Pemerolehan Bahasa:
·
Behavioris
·
Kognitif
·
Mentalis
·
Fungsionalis
|
Strategi,
Pendekatan, Kaedah dan Teknik
Pengajaran
dan Pembelajaran
Bahasa
Melayu
|
Aplikasi
Pendekatan Pembelajaran Bahasa
Berpusatkan
Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah,
Aktiviti, Situasional dan Permainan
|
Teori
Pemerolehan Bahasa
Sebagai guru bahasa yang berkesan, anda perlu tahu cara
kanak-kanak mempelajari bahasa. Anda perlu memilih dan menentukan strategi,
pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai dengan tatacara kanak-kanak
memperoleh dan mempelajari sesuatu bahasa.
|
Nota ringkas:
4.1 Teori
Behavioris
·
Dipelopori oleh Bloomfeild, Edward Sapir, Boas, dan
Brooks
·
Proses pembelajaran bahasa menekankan latihan dan
pengulangan yang banyak untuk membentuk kebiasaan.
·
Pembelajaran bahasa perlu pengukuhan dan pembetulan serta
merta
·
Latih tubi amat digalakkan
· Pengajaran bahasa mementingkan persekitaran termasuk
guru, rakan serta suasana dalam bilik darjah.
Saya Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9
Ogos 1896. Saya yakin bahawa proses pembelajaran merupakan proses mental
(bukan mekanis semata-mata), melaluinya murid-murid menyerap pengetahuan
sedia ada dalam otaknya dengan data-data yang diperoleh daripada alam
sekitarnya. Pemerolehan bahasa berkait rapat dengan
perkembangan deria motor dan seterusnya berkembang mengikut tahap
perkembangan kognitif kanak-kanak. Dengan demikian, pengajaran bahasa
semestinya mengambil kira tahap perkembangan mental (kognitif) dan
deria kanak-kanak.
|
4.3 Teori
Mentalis
·
Dipelopori oleh Chomsky
·
Pemerolehan bahasa mementingkan proses pemikiran
·
Mengutamakan kemahiran membaca dan menulis
·
Pengajaran tatabahasa diajar secara formal
4.4 Teori
Interaksionalis
· Mementingkan aktiviti komunikasi
· Pemerolehan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses
interaksi bahasa
· Melalui interaksi kanak-kanak menguasai bahasa
Arahan:
· Anda dikehendaki membuat rujukan dan memahami teori-teori
pemerolehan
bahasa.
bahasa.
· Setelah itu, anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang
diberikan.
Tugasan
· Dalam kelas KBSR, objektif pengajaran anda adalah supaya
murid menguasai pola ayat FN + FA.
Cadangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Teori Behavioris.
· Menurut Teori Mentalis pemerolehan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan
mental. Anda dikehendaki mengajar kemahiran “memberi teguran secara
bertatasusila.” Setelah selesai mengajar, senaraikan ayat-ayat yang dihasilkan
oleh murid-murid.
· Sediakan rumusan berkaitan hubungan penguasaan bahasa murid
dengan perkembangan mental.
No comments:
Post a Comment