" Gantunglah azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Wednesday, January 18, 2012

dun judge a book by it's cover

salam.. 
selesai udeh plhnrya kampus nih..
hot kali nih..fuuhhhhh (haaa tiup ramai2 ye..hikhik)

siap anta sms CALON WAJIB DI UNDI.. ~ jg dikatakn pilihla yg beriman n brtaqwa~
mmg betul dn mira setuju, mereka ingin calon yg mereka sokong mndpt undian trtinggi,,, tapi.... adakah calon yg x disenarai sbg calon wajib diundi oleh pghntar sms tu adalh golongan yg x briman n bertaqwa??? boleh lak maen cop2 org g2 ye...  mira x berani laa nk kata sape berimn  sape x,, itu hanya Allah yg tahu thp keimnan ssorg..kite cume perlu berusaha kearah itu.. 


hmm,, ntah la.. x paham!!
kite semua same,, x kire unit mane...PAI,TESL, PJ, BM, PK, PSV dll.. kite ttp ISLAM!! (bg yg muslim)
knp seolah2 mmbeza2 kn keimann dn ktqwaan ssorg brdsrkn UNIT?? x smstinya yg bkn unit PAI, bkn ahli BADAM sumenye 'nakal'... x baek cop org mcm tu.. tol x?? hehe
kalau sume ambik PAI,, mane nk adenye cikgu mt pljrn lain! please dun judge a book by it's cover.. ape yg tersirat dlm hati, fikirn org kite x tahu..


ubah la persepsi anda....
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA

Unless you've lived someone life,
don't judge him/her because you don't know,
never have & never will know every little things & detail about him/her….

Pendidikan Luar


jom lawat.....^^

Redefining Outdoor Education by SIMON PRIEST

hye....
utk rujukn, sila layari link dbwh nie..:)




BAGAIMANA MEMASTIKAN SEKOLAH SELAMAT
OLEH : Hamidon Khalid (Sarjana Pengurusan, Universiti Malaya)


Apakah Sekolah yang Selamat?   
Sekolah selamat adalah satu fenomena yang agak baru dalam konteks pendidikan di Malaysia. Sekolah selamat ditakrifkan sebagai tempat yang tersusun dan bertujuan di mana pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah adalah bebas untuk belajar dan pengajaran berlaku secara bebas tanpa apa-apa gangguan secara fizikal ataupun secara psikologi. Dengan perkataan lain, sekolah selamat merujuk kepada kepercayaan bahawa semua pelajar di sekolah mempunyai peluang untuk belajar di dalam sebuah persekitaran yang selamat, kondusif kepadma proses pembelajaran dan bebas daripada sebarang gangguan.   

Sesebuah sekolah dikatakan selamat sekiranya ia mempunyai ciri-ciri berikut :  
, mempunyai sensitiviti dan rasa hormat kepada semua individu  
, persekitaran yang tidak mengalami sebarang gangguan  
, tingkahlaku pelajarnya dapat dijangkakan dengan jelas 
,   dasar disiplin adalah konsisten dan ditadbirkan dengan adil 
,   pelajarnya mempunyai rasa terikat atau menyayangi sekolah 
,   tingkah laku yang positif mendapat sokongan dan pengiktirafan pihak sekolah 
,   prosedur-prosedur tentang keselamatan sekolah adalah proaktif 
,   warga sekolah mempunyai kesedaran komuniti terhadap kawasan sekolah 
,   rancangan respon terhadap kecemasan adalah mantap 
,   penyenggaraan sekolah menepati masa 
,   aspek kebersihan menjadi amalan 
,   rupa bentuk sekolah dan bilik kelasnya adalah cantik 

Iklim Sekolah Selamat  
Kesemua ciri-ciri sekolah selamat yang dinyatakan itu akan mewujudkan iklim sekolah selamat dari segi fizikal, sosial dan budaya. Persekitaran budaya sekolah dianggap sebagai kayu pengukur yang paling tepat bagi menunjukkan keseluruhan iklim sesebuah sekolah. Ia termasuklah andaian-andaian yang tersirat, harapan dan pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar, ibu bapa dan kakitangan sekolah mengenai bagaimana sekolah sepatutnya berfungsi dan bagaimana individu-individu di sekolah sepatutnya bertindak. Iklim sekolah terrmasuk juga peraturan-peraturan, norma-norma, kepercayaan dan nilai-nilai formal dan bukan formal yang mengawal tingkah laku seharian pelajar, kakitangan dan pentadbir sekolah. 
Persekitaran budaya yang positif termasuk tingkat rasa hormat, rasa terikat dan kejelikItan di kalangan pelajar dan kakitangan  sekolah. Pengharapan terhadap akademik dan tingkah laku adalah sangat kukuh dan diterima. Peraturan-peraturan sekolah difahami, diterima dan dikuatkuasakan secara konsisten. Tingkah laku yang dikehendaki kerap mendapat pujian dan diberi sokongan oleh pihak sekolah. 
Salah satu ciri iklim sekolah selamat adalah persekitaran fizikalnya yang kelihatan kemas, mempunyai lanskap yang menarik dan diselenggarakan dengan cermat dan menepati masa dan jadual penyelenggaraan. Penyelenggaraan kawasan sekolah yang berkualiti dan keselamatan sekolah yang terjamin boleh memberi gambaran langsung kepada komuniti yang mengadakan lawatan ke kawasan sekolah tentang keadaan pelajar-pelajar, ibu bapa dan individu-individu di sekolah. 

Keadaan fizikal sekolah selamat termasuklah 
q  Mengadakan teg pengenalan diri kepada semua pelawat dan kakitangan sekolah yang dilatih untuk berkomunikasi secara personal dengan pelawat yang tidak memakai teg tersebut dan merujukkannya kepada pejabat sekolah. Hal ini sebenarnya telahpun dilaksanakan di sekolah-sekolah berasrama penuh di Malaysia. 
q   Mengehadkan tempat-tempat di mana pelajar boleh membuang masa dan merayau-rayau,   memeriksa bilik air dan almari-almari kelas supaya tidak menjadi tempat menyimpan rokok atau dadah atau sebarang bahan lucah 
q   Memaksimumkan pemandangan dengan menghapuskan titik buta yang disebabkan oleh pintu-pintu, pagar-pagar, bangunan-bangunan, dan lanskap dengan memasang pintu-pintu, tingkap-tingkap, almari-almari dan kelengkapan-kelengkapan yang sesuai. 
q Memperbaiki komunikasi di antara pengawal keselamatan, guru-guru dan kakitangan pejabat di samping memberikan semua kakitangan insentif kerana bertanggungjawab mempastikan sekolah selamat. Misalnya pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, PIBG, boleh memberikan hadiah kepada sesiapa yang memberi idea yang boleh meningkatkan tahap keselamatan sekolah dan memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada pemberi maklumat yang mana maklumat yang diberikannya membawa kepada penangkapan pengacau di sekolah. 
q Mengadakan latihan keselamatan dan kebakaran oleh jabatan bomba. 
q   Mengecat grafiti dan membaiki kerosakan serta merta dengan menggunakan kumpulan pelajar, kakitangan dan ibu bapa melalui konsep gotong-royong. Sumbangan bahan seperti cat dan berus serta peralatan lain dilakukan oleh syarikat swasta dan masyarakat setempat. 
Jika diamat-amati sebahagian besar daripada aktiviti yang digariskan itu telah dan sedang dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia.  

Sesebuah sekolah yang selamat adalah suatu tempat di mana wujudnya hubungan sosial yang rapat di kalangan ahli sekolah. Komunikasi antara peribadi yang berkesan di kalangan pelajar dan di kalangan kakitangan sekolah serta di antara kedua-dua kelompok itu adalah satu faktor yang menyumbang kepada keselamatan sekolah. Latar belakang etnik, budaya dan agama pelajar mesti diakui dan dihormati supaya para pelajar tidak diejek dan dipinggirkan daripada aliran utama budaya sekolah. Pelajar dan kakitangan sekolah berkongsi kepercayaan bahawa mereka adalah selamat sama ada dari segi fizikal, sosial mahupun secara psikologi dan mereka sebenarnya mendapat sokongan lain-lain ahli sekolah apabila tiba masa diperlukan. Lebih tinggi peratusan pelajar dan kakitangan sekolah yang menyatakan “Ini adalah sekolah kita”, dikatakan lebih selamat sekolah itu sebenarnya. Perasaan kekitaan ini merupakan intipati penting ke arah pembentukan konsep sekolah yang selamat dalam konteks pendidikan di Malaysia. 
Sekolah yang selamat mewujudkan suasana masyarakat penyayang dengan mengutamakan nilai-nilai kemanusiaan yang menghargai dan menghormati harga diri. Para pelajar merupakan tulang belakang dan berada di barisan hadapan serta merupakan golongan yang amat penting bagi generasi kepimpinan akan datang. Oleh itu mereka harus dididik dengan amalan sihat dan menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Mereka juga dipupuk untuk bersikap bertimbang rasa dan sedia menghulurkan pertolongan apabila diperlukan oleh masyarakat. Dengan itu akan dapat diwujudkan masyarakat penyayang dengan lebih nyata lagi.  

Isu-isu Yang Berkaitan Dengan Sekolah Selamat - Ponteng dan Kenakalan  
Ponteng dari segi pendidikan dimengertikan sebagai tuang sekolah atau tidak hadir ke sekolah tanpa izin guru. Masalah ponteng bukanlah satu “bidang” yang baru, malah ia telah wujud sejak zaman awal persekolahan lagi. Cuma ia berbeza cara perlaksanaannya, sebab-akibat dan kuantitinya juga berbeza. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan ponteng sekolah dan ponteng kelas iaitu tidak masuk ke kelas sewaktu guru mengajar. Kini ada pula istilah ponteng ko-kurikulum iaitu tidak menyertai aktiviti ko-kurikulum yang diwajibkan di sekolah.Sebab pertama ialah sikap pelajar itu sendiri. Kecenderungan dan kesedaran pelajar terhadap pelajaran dan masa depannya adalah lebih tipis berbanding kecenderungannya kepada hiburan dan untuk bersuka-suka atau berfoya-foya sehingga boleh menimbulkan budaya lepak dan budaya lain yang negatif. Budaya lepak di kalangan pelajar sering dikaitkan dengan isu sosial seperti kecenderungan untuk mencipta identiti baru, kecenderungan kepada kelainan, masalah penggunaan masa senggang, ketandusan wawasan hidup, keinginan melepaskan diri daripada kongkongan keluarga dan usaha mendapatkan publisiti.  

Kedua, sistem pendidikan kita yang terlalu mementingkan peperiksaan. Ramai pelajar merasa bosan dengan sistem pendidikan kita yang terlalu mementingkan peperiksaan . Pengajaran dan kaedah yang digunakan oleh guru adalah kaedah untuk lulus peperiksaan. Guru yang mengajar tidak berani lari dari sukatan pelajaran. Bahkan dia tidak lagi bersifat imaginatif dalam penggunaan sukatan pelajaran. Ini boleh menyebabkan guru dan pelajar tidak mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif yang tinggi. Pergantungan kepada buku teks dapatlah dianggap sebagai kesan tersorok dari penggunaan sukatan pelajaran yang tidak imaginatif oleh guru-guru. Ini adalah salah satu sebab pelajar-pelajar ponteng. Sekiranya pelajar telah tahu muka surat yang mana, bab yang mana, isi yang bagaimana dan kaedah yang bagaimana yang akan diajar oleh guru pada hari tersebut, maka keinginan, rangsangan dan dorongan untuk belajar menjadi berkurang atau merosot. Betapa tidak, semuanya dapat dilakukan di rumah, isi dan latihan soalan semua ada padanya - lebih baik dilakukan di rumah sahaja atau di tempat lain daripada sekolah.  

Ketiga, latar belakang pelajar. Lebih-lebih lagi kedudukan sosio-ekonomi  ibu bapanya yang purata miskin kebendaan dan serba kekurangan pula dalam menanam sikap yang positif terhadap  pelajar, disiplin yang longgar dan rumahtangga yang sentiasa dirundung oleh pelbagai masalah. Ibu bapa tidak mampu menyediakan segala kehendak pembelajaran anaknya, makanan yang berzat, pakaian dan kemampuan menghantar anak-anak menyertai kelas tuisyen. Sebaliknya pihak yang berada pula dapat menyediakan segala kehendak pembelajaran ini. Walaupun demikian anak-anak orang yang berada ada juga yang terjebak dalam kancah ponteng dan melakukan  kenakalan serta melakukan berbagai ragam vandalisme. 
 
Faktor keempat ialah struktur sekolah itu sendiri yang termasuk peranan guru besar atau pengetua, nilai guru, kemudahan-kemudahan untuk pembelajaran dan menjalankan aktiviti-aktiviti. Hukuman yang berat atau terlalu longgar boleh mengakibatkan pelajar merasa dendam dan benci terhadap guru dan sekolah dan mereka berani pula melakukan ponteng dan kenakalan sekehendak hati mereka. Di bandar pelajar lebih terdedah kepada pengaruh persekitaran yang menarik dan ini memberikan ruang untuk mereka meninggalkan sekolah.  Ramai pula yang ponteng kerana pengaruh rakan-rakan yang memang nakal. Mereka dilihat merayau-rayau di kompleks membeli-belah, di kolam renang, di tempat perjudian dan sebagainya. Di tempat-tempat ini, mereka bukan sahaja terlepas daripada “seksaan belajar”, tetapi mempunyai banyak peluang berseronok termasuk menghisap rokok dan dadah dengan bebas dan enaknya.  

Bagaimana Mewujudkan Sekolah Selamat di Malaysia? 
Di antara ciri-ciri yang terdapat dalam konsep sekolah selamat, banyak di antaranya seperti sekolah penyayang, memperbaiki fizikal sekolah, mengadakan latihan kebakaran dan program-program keceriaan sekolah telah dan sedang dilaksanakan di sekolah. Tetapi apa yang diperlukan adalah satu dasar sekolah selamat yang perlu dirancang, diperhalusi dan digubal serta dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan  Malaysia. Yang paling penting sekali ialah dasar itu mesti dikomunikasikan supaya pihak guru, ibu bapa dan masyarakat awam dapat memahami dan menghayati konsep sekolah selamat yang sebenar. 
 
Antara persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh dasar yang hendak diwujudkan itu adalah : 
1. Apakah dasar sekolah selamat? 
2. Apakah tujuan dasar itu? 
3. Apakah perlakuan-perlakuan yang boleh dikenakan hukuman gantung persekolahan atau    buang sekolah dalam dasar ini? 
4. Apakah yang dilakukan terhadap pelajar yang melanggar dasar ini? 
5. Apakah hak-hak pelajar sekiranya mereka melanggar dasar ini?  

Dasar sekolah selamat adalah dasar yang bersandarkan kepada kepercayaan bahawa semua pelajar perlu diberi peluang untuk belajar di dalam suatu persekitaran yang selamat, kondusif kepada proses pembelajaran dan bebas daripada sebarang gangguan. Sehubungan dengan itu satu undang-undang ataupun set peraturan perlu dikeluarkan yang mengkehendaki setiap sekolah membentuk dasar tata tertib dan disiplin bagi semua pelajar. Dasar ini hendaklah seragam di semua sekolah supaya tidak sukar dilaksanakan serta pemantauan dapat dijalankan dengan lancar. 
 
Tujuan dasar sekolah selamat adalah untuk mewujudkan rasa selamat dan persekitaran yang positif untuk pembelajaran melalui pembentukan strategi yang proaktif bagi memperbaiki dan meningkatkan tingkah lalu yang baik. Dasar ini juga menentukan prosedur-prosedur dan standard-standard untuk diperlakukan ke atas pelajar-pelajar yang menimbulkan gangguan di sekolah. Di antara perlakuan-perlakuan yang boleh dikenakan hukuman gantung persekolahan atau buang sekolah adalah memiliki senjata, membakar dan perlakuan-perlakuan yang boleh mendatangkan bahaya kepada pelajar lain, kakitangan sekolah dan kepada sekolah itu sendiri. 

Dasar sekolah selamat melibatkan dua jenis insiden : Insiden yang melibatkan senjata, dadah atau mendatangkan bahaya kepada orang lain; dan insiden yang tidak melibatkan senjata, dadah atau mendatangkan bahaya kepada orang lain. Jika insiden itu mendatangkan bahaya kepada orang lain atau kepada harta-benda atau perlakuan pelajar itu menyalahi undang-undang yang berkaitan dengan dadah dan senjata, pelajar itu boleh digantung persekolahan dan ibu bapanya akan dimaklumkan mengenai tindakan itu. Jika ia tidak melibatkan  dadah dan senjata, insiden itu ditangani oleh pentadbir sekolah yang akan menjalankan siasatan mengenai keadaan-keadaan yang menyebabkannya berlaku dan setelah mengadakan pertemuan dengan pelajar tersebut. Jika pelajar didapati melanggar dasar tersebut, ibu bapa akan dihubungi dan satu pertemuan diaturkan. Tuduhan dan bukti akan dikaji, dinilai dan pelajar itu diberi peluang memberi respon dan maklumat yang berkaitan dengan kesnya. Proses rayuan dibenarkan jika pelajar atau ibu bapa tidak bersetuju dengan tindakan yang dikenakan. 
 
Setelah dasar tentang sekolah selamat dibentuk, maka perlulah diadakan perancangan ke arah sekolah selamat.  Perancangan sekolah selamat memberikan komuniti sekolah suatu peluang untuk membentuk strategi tersendiri bagi menangani isu-isu mengenai keselamatan, merekabentuk persekitaran sekolah selamat, memberi latihan dalam perkhidmatan kepada kakitangan sekolah, aktiviti ko-kurikulum dan penglibatan  ibu bapa, pelajar dan masyarakat dalam aktiviti sekolah. Di antara elemen-elemen yang penting dalam rancangan sekolah selamat termasuklah kesedaran awam mengenai konsep sekolah selamat, kurikulum yang memfokus kepada kemahiran bersosial dan menyelesaikan konflik, penyeliaan kawasan sekolah, pencegahan dadah, pencegahan ponteng dan kenakalan, kawalan keselamatan sekolah, membina hubungan  dengan pihak media, pengangkutan serta penilaian dan pemantauan.
  
Penutup 
Sebagai kesimpulan, konsep sekolah selamat adalah sangat bersesuaian dilaksanakan di Malaysia sesuai dengan hasrat negara untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan atau menyediakan pendidikan bertaraf dunia. Ini adalah kerana sekolah selamat mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran pelajar dan pengajaran oleh guru. Ciri-ciri yang penting dalam konsep sekolah selamat itu telah dan sedang dijalankan oleh sekolah-sekolah di Malaysia. Konsep sekolah penyayang, sekolah bersih, sekolah tanpa sampah, ponteng sifar adalah di antaranya. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah turut memberi pengiktirafan dengan memberikan pelbagai anugerah seperti Sekolah Harapan, Sekolah Bersih dan sebagainya. 

Sehubungan dengan itu banyak sekolah memberi penekanan kepada unsur keceriaan suasana pembelajaran dan sekolah penyayang dalam program pendidikannya dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi pencapaian akademik dengan sahsiah yang terpuji. Pihak pengurusan sekolah berlumba-lumba berusaha mengindahkan persekitaran sekolah dengan mengawal kebersihan kawasan sekolah bagi membangkitkan suasana riang dan ceria untuk proses pembelajaran. Kebanyakan pengetua dan guru besar berpendapat suasana ceria dan kekuatan dalaman pelajar dapat menjaga tingkah laku mereka dan memelihara imej diri, keluarga dan sekolah. 

Akhir sekali, untuk melaksanakan dasar sekolah selamat, harus wujud komitmen dan kerjasama daripada pihak-pihak yang terlibat dengan institusi sekolah khasnya dan institusi pendidikan lain amnya. Pihak Kementerian Pendidikan terutamanya perlulah bersedia dari segi  menyediakan peruntukan dan prasarana yang diperlukan untuk memenuhi ciri-ciri sekolah selamat yang digariskan sebelumnya.