" Gantunglah azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Sunday, August 7, 2011

lalala~

salam... 
juat ignore de tittle..
supposely dun have any ideas to give special tittle 4 dis entry..
so, apalagiy,, maen letak sesedap rase la.. :)


haaa cukup la post tuk arini.. da lame x update,,tp da skali update tue bnyk la pulak, hehe..
yg tajuk perkembangan motor tue, hsl search dr internet.. (da mohon copy da dr tuan punye nota..) 
selain dpt share, syoknya post nota kt blog ni,, mira dapat simpan nota2 ni tnpa was2 tau..hee.
 e'ele.. ye la tue.. >_<


Sebuah Monolog Biasa


nak dngr 1 cerite x? 
hei...dun close ur eyes... 
it's not a bed time story,k!!

1 petang, A duduk tenangkan fikiran di bawah pohon rendang di padang lawn bowl.. 
sambil ditemani oleh B yg mmbawa kucing kesayangannya, Si Kecik.
mereka melihat Si Kecik berlari dn melompat keriangan bermain atas rumput yg menghijau..
1 ketika, masing2 terdiam melayani fikiran sendiri..
tiba2,suatu prtanyaan terlintas d fikiran si A.
"Kebaikan apa yang telah kau lakukan hari ini ?" 
ini bknlh kali pertama ia berkunjung kpd si A..
terkadang A tak mampu menjawab pertanyaan yang terlontar pada dirinya itu..
mgkn krn A lupa bahwa dia telah melakukan suatu kebaikan hari itu.. 
atau mungkin memang tak ada kebaikan apapun yang telah dia lakukan hari itu.. 
bila jawapannya adalah pilihan yang terakhir
pun ada dua keadaan yang terjadi pada diri A saat itu
Pertama, dia tak ambil peduli
biarlah saja
banyak urusan penting yg lain yg harus dia selesaikan..
keadaan yang kedua...
dia mengalami suatu perasaan penyesalan saat itu
menyesal sangat2
bahkan mungkin bila hati sedang memuhasabah diri 
blh jadi dia menangis dalam hati di saat itu.
"Kenapa saya lewatkan hari ini tanpa sedikitpun kebaikan yang saya lakukan ?" 
"sedemikian egokah saya ?
"atau saya terlalu lemah untuk menggerakkan hati,fikiran,tangan,kaki atau pancaindera saya yang lain untuk melakukan kebaikan.."
"atau memang saya tidak berniat untuk bersungguh-sungguh dengannya?"
"bukankah kebaikan orang orang disekeliling saya, bahkan orang yang jaraknya jauh pun menyempatkan diri menjadi jalan dari Tuhan?"

Pernahkah kita mendapat pertanyaan seperti itu ? pertanyaan yang diajukan oleh diri kita sendiri, bukan oleh siapapun, dan apa jawapan kita?...... jom same2 renung2kan..


wallahua'lam.



PJM 3105 GROWTH AND MOTOR LEARNING (somatic growth)

Tajuk 3 Pertumbuhan Somatik (Pertumbuhan pascanatal)

1 Pengukuran yang lazim digunakan dalam kajian pertumbuhan
· Satu set teknik piawai yang sistematik untuk pengukuran badan dan anggotanya adalah dikenali sebagai antropometri (anthropometry) di mana anthropo = manusia dan metry = pengukuran.
· Satu cara pengukuran bersifat kuantitatif ke atas saiz, perkadaran dan bentuk badan.
· Berat badan adalah pengukuran ke atas jisim badan.
· Ketinggian (stature) adalah pengukuran jarak linear dari lantai ke bahagian atas (puncak) tengkorak.

· Panjang berbaring (recumbent length) adalah ukuran panjang pada kanak-kanak berumur antara 2 – 3 tahun, dalam keadaan berbaring.

· Ketinggian berduduk (sitting height) adalah ketinggian semasa berduduk tegak yang diukur dari permukaan berduduk ke bahagian atas kepala.
· Ukuran lebar biacromial adalah ukuran jarak dari cuaran acromial skapula kanan ke kiri. Ini adalah ukuran lebar bahu.
· Ukuran lebar bicristal adalah ukuran dari bahagian sisi lengkungan iliak kanan ke kiri. Ini adalah ukuran lebar pinggul.
· Lebar bicondylar adalah ukuran dari tulang kondil (condyles) femur manakala ukuran lebar biepicondylaradalah ukuran yang melibatkan tulang humerus.
· Ukuran lilitan lengan lazimnya diukur dari titik pertengahan antara cuaran acromial dan olecranon(hujung siku).
· Ukuran lilitan betis adalah pada bahagian paling tebal semasa individu berdiri dan berat badan disebar dengan sekatanya.
· Ketebalan lapisan kulit adalah petunjuk lapisan lemak di bawah kulit (subcutaneous) dan boleh diukur dengan kaliper.
· Pengukuran ketebalan lapisan kulit lazimnya dilakukan di bahagian otot trisep dan subskapular.
· Ukuran lilitan kepala lazimnya dilakukan ke atas bayi dan kanak-kanak berumur 3 – 4 tahun sebagai petunjuk pertumbuhan otak.
· Indeks jisim badan (BMI) adalah ukuran yang menghubungkaitkan berat (kg) dan ketinggian (m).
2 Corak pertumbuhan dalam ketinggian dan berat badan
· Ketinggian dan berat badan adalah dua ukuran yang lazim digunakan dalam kajian pertumbuhan.
· Dari peringkat kelahiran sehingga awal dewasa, ketinggian dan berat badan menunjukkan satu corak pertumbuhan yang terdiri daripada empat fasa iaitu:
(a) pesat di peringkat bayi dan awal kanak-kanak,
(b) malar di peringkat pertengahan kanak-kanak,
(c) pesat di peringkat awal remaja, dan
(d) perlahan selepas remaja dan berhenti di peringkat dewasa
· Kadar pertumbuhan ketinggian dan berat badan semasa awal remaja adalah tinggi. Kadar pertumbuhan ini adalah lebih cepat bagi perempuan berbanding lelaki untuk tempoh dua tahun.
· Ketinggian perempuan berhenti apabila mencapai umur 16 tahun manakala lelaki akan terus berkembang untuk tempoh dua tahun lagi.
3 Corak pertumbuhan dalam dimensi anggota lain
· Kebanyakan anggota badan mengalami corak pertumbuhan yang meningkat kecuali lapisan lemak di bawah kulit, bahagian kepala dan muka.
· Pertumbuhan ketinggian berduduk berlaku dalam suatu tempoh yang panjang dan menyumbang lebih kepada ketinggian keseluruhan berbanding panjang kaki.
· Lelaki mempunyai bahu yang lebih lebar berbanding perempuan tetapi kedua-dua jantina ini mempunyai lebar iliac crest yang sama.
· Lilitan lengan dan betis mempunyai corak pertumbuhan yang serupa dengan berat badan.
· Pertumbuhan pesat pada lilitan kepala dapat dilihat sejak kelahiran sehingga 2 tahun, dan mula perlahan selepas itu.
4 Perubahan perkadaran anggota badan
  • Walaupun corak pertumbuhan atau bentuk keluk pertumbuhan dalam kebanyakan anggota badan hampir sama dengan ketinggian dan berat badan, kadar pertumbuhan adalah berbeza antara anggota yang khusus.
  • Pertumbuhan allometric adalah hubungan sistematik antara anggota badan semasa pertumbuhan.
  • Nisbah ketinggian berduduk kepada ketinggian diperhatikan paling tinggi semasa peringkat bayi dan menurun di sepanjang peringkat kanak-kanak sehinggalah ke alam remaja.
  • Sebelum remaja, lelaki dan perempuan mempunyai perkadaran yang sama dalam panjang kaki atau panjang badan. Walau bagaimanapun, semasa alam remaja sehingga dewasa, perempuan pada puratanya mempunyai anggota yang lebih pendek berbanding lelaki mengikut ketinggian yang serupa.
Perkembangan badan (Development of physique)
1 Kaedah penilaian badan
· Hippocrates pada zamannya mencadangkan dua jenis klasifikasi badan iaitu habitus phthisicus (linear) dan habitus apoplecticus (lateral).
· Pendekatan konsepsual yang diperkenalkan oleh William Sheldon adalah kaedah penilaian yang lazim digunakan pada hari ini. Pendekatan ini berdasarkan jenis bentuk badan (somatotypesoma = badan).
· Pendekatan ini berasaskan kepada penyebaran variasi badan yang berterusan.
· Komponen-komponen yang dicadangkan adalah endomorphymesomorphy dan ectomorphy.
· Ciri utama endomorf  - adalah berasaskan kepada organ-organ pencernaan dan kelembutan serta kebulatan kontur badan.
· Ciri utama mesomorf - adalah pada otot, tulang dan tisu-tisu penghubung, supaya otot kelihatan sasa.
· Ciri utama ektomorf - adalah berasaskan kepada kerapuhan bentuk, perkembangan otot yang lemah, dan luas permukaan yang lebih berbanding jisim badan.
· Kaedah Phenotype Parnell, yang dikemukakan oleh Richard Parnell adalah modifikasi ke atas Sheldon dan bersifat antropometrik.
· Phenotype bermaksud keadaan badan pada suatu masa tertentu.
· Ketinggian, berat, tiga lipatan kulit, dua lilitan anggota dan dua kelebaran tulang anggota digunakan untuk menilai anggaran tiga komponen badan iaitu gemuk, sasa dan kurus.
· Kaedah Heath-Carter menggabungkan prosedur fotoskopik dan antropometrik untuk menganggar jenis badan.
2 Perubahan bentuk badan semasa pertumbuhan
  • Perempuan lebih bersifat endomorf semasa pertumbuhan dan kematangan dan bersusut ke ektomorf selepas itu. Tidak terdapat pola yang nyata untuk mesomorf.
  • Antara 17 hingga 33 tahun, endomorf dan mesomorf kelihatan bertambah manakala ektomorf berkurangan.

Tajuk 2 : Pertumbuhan dan Perkembangan Pranatal

Bercirikan kepada proses-proses biokimia, biofizikal, struktur dan fungsi yang bersepadu, kompleks dan tepat. Jangka masa pranatal, pada puratanya adalah 9 bulan atau 40 minggu.
1 Peringkat pertumbuhan pranatal
  • Terdiri daripada tiga peringkat yang nyata iaitu:
(i) Persenyawaan ovum (zigot)
- Merangkumi 2 minggu selepas persenyawaan
- Tempoh pembahagian sel yang pesat
- Semasa sel-sel membahagi, satu gumpalan sel yang berbentuk buah beri terhasil dan ini dikenali sebagai morula.
- Semasa minggu kedua, selepas persenyawaan, blastosit akan menempel di dinding uterus dan beberapa lapisan sel kelihatan dengan jelas. Lapisan yang paling penting akan membentuk embrio manakala lapisan lain adalah berfungsi untuk pemakanan embrio yang sedang membesar, pembentukan plasenta dan tali pusat.

(ii) Embrio
- Tempoh bermula dengan pembentukan embrio dan terdiri daripada minggu kedua ke minggu kelapan.
- Tempoh ini adalah masa di mana pertumbuhan dan pembahagian sel yang pesat berlaku.
- Pada peringkat ini, pembahagian sel-sel akan membentuk tisu, organ dan sistem.
(iii) Fetus
- Tempoh bermula dari minggu kesembilan sehingga minggu keempat puluh.
- Peringkat ini merangkumi pertumbuhan saiz dan jisim yang pesat, perubahan bentuk dan perkembangan fungsi-fungsi di dalam tisu, organ dan sistem.

2 Pertumbuhan janin/fetus
Bercirikan kepada pertumbuhan dan penambahan saiz badan, kadar pertumbuhan dan komposisi badan.
  • Saiz badan
- Keluk pertumbuhan janin adalah berbentuk S atau sigmoid iaitu keluk yang menggambarkan perubahan berat badan.
  • Kadar pertumbuhan
- Pada usia 2 bulan, janin lazimnya mempunyai kepala yang lebih besar berbanding saiz badan keseluruhannya, dan mempunyai anggota badan yang kecil dan pendek.
- Apabila mencapai peringkat pertengahan kehamilan, janin masih mempunyai kepala yang besar tetapi pertumbuhan yang pesat telah berlaku di bahagian pinggang dan anggota-anggota badan yang lain.
- Perubahan ini akan berterusan sehinggalah kepala janin, badan dan anggota-anggota lain berkembang mengikut kadar pertumbuhan yang sepatutnya.

  • Komposisi badan
- Walaupun berat dan panjang badan adalah petunjuk utama di dalam pertumbuhan janin, berat badan adalah lebih diutamakan.
- Kadar kandungan air di dalam badan akan berkurangan apabila berat janin semakin bertambah.
- Kadar kandungan lemak akan meningkat apabila berat janin meningkat kepada 1500g.
- Kepekatan nitrogen akan meningkat selaras dengan berat janin, begitu juga dengan kepekatan kalsium (pembentukan tisu tulang) dan fosforus (disebarkan di antara tisu lembut dan keras).
3 Aktiviti motor janin
· Denyutan jantung boleh dikesan dalam tempoh 4 minggu selepas persenyawaan.
· Dalam tempoh 5 – 6 minggu, pergerakan di bahagian atas tulang belakang boleh dikesan dengan alat ultrabunyi.
· Pergerakan lengan dan kaki boleh dikesan dalam tempoh 8 – 9 minggu.
· Perubahan otot-saraf adalah berbeza mengikut umur.
· Janin yang dilahirkan selepas 28 minggu akan mempunyai otot-saraf yang berbeza berbanding janin yang dilahirkan selepas 25 – 26 minggu.
· Pantulan asas, tonus otot, tindak balas, dan tingkah laku deria motor akan berubah secara ketara kerana tempoh kelahiran yang berbeza.
4 Faktor-faktor yang mempengaruhi berat janin
· Jenis baka (genotaip)
· Jantina
· Status sosioekonomi (tempat tinggal, persekitaran)
· Berat semasa ibu mengandung
· Bentuk badan ibu
· Berat badan yang diperolehi semasa hamil
· Status pemakanan
· Tabiat merokok atau meminum alkohol
· Tabiat senaman
Lelaki pada lazimnya lebih berat daripada perempuan. Bayi pertama yang dilahirkan pada lazimnya lebih ringan berbanding kelahiran seterusnya. Bayi sulung dikenali sebagai primaparous manakala yang seterusnya dikenali sebagai multiparous.

Definisi dan Konsep

PJM 3105 GROWTH AND MOTOR LEARNING


Tajuk 1 Definisi dan konsep (Definition and concepts)
Tiga istilah lazim yang digunakan apabila perbincangan mengenai bayi, kanak-kanak dan remaja diketengahkan adalah pertumbuhan, proses matang dan perkembangan.
1 Pertumbuhan (Growth)
  • Penambahan bersifat kuantitatif dalam saiz badan secara menyeluruh atau saiz yang dicapai oleh anggota badan tertentu.
  • Perubahan dalam saiz ini melibatkan tiga proses selular iaitu:
(i) Penambahan bilangan sel (hiperplasia)
(ii) Penambahan saiz sel (hipertropi)
(iii) Penambahan bahan-bahan interselular (accretion)
  • Penambahan atau peningkatan ini adalah akibat fungsi pembahagian sel (mitosis) yang melibatkan pereplikaan DNA dan migrasi kromoson yang direplika kepada sel-sel berfungsi dan seiras.
  • Penambahan dalam saiz sel melibatkan penambahan unit-unit fungsi di dalam sel tersebut, khususnya protein dan substratnya, yang jelas kelihatan dalam hipertropi otot ketika pertumbuhan.
  • Bahan-bahan interselular adalah berbentuk organik dan bukan organik, dan sering berfungsi mengikat atau mengumpulkan sel-sel dalam satu jaringan kompleks.
  • Hiperplasia, hipertropi dan accretion berlaku ketika proses pertumbuhan.
  • Proses pertumbuhan ini berbeza mengikut umur dan tisu-tisu badan yang terlibat, contohnya, bilangan neuron (sel otak) dibentuk semasa pertengahan kehamilan manakala bilangan gentian (fiber) otot terbentuk sejurus kelahiran.
2 Proses matang (Maturation)
· Lazimnya dijelaskan sebagai satu proses menjadi matang atau satu langkah ke arah mencapai keadaan matang.
· Maturation = proses matang, maturity = kematangan, mature = matang
· Proses matang ini berlaku dalam semua tisu, organ, dan sistem organ, memberi kesan ke atas enzim, komposisi kimia dan fungsi.
· Proses matang berbeza mengikut sistem biologi seseorang.
· Proses matang seksual adalah keadaan di mana keupayaan organ-organ pembiakan berfungsi sepenuhnya.
· Proses matang tulang adalah keadaan di mana rangka seseorang terbentuk sepenuhnya.
· Proses matang sistem endokrin dan saraf (neuroendocrine) adalah satu faktor utama dalam proses kematangan seksual, tulang dan somatik semasa peringkat lewat kanak-kanak dan remaja.
· Proses matang adalah merujuk kepada tempo (kadar kematangan berlaku) dan waktu (bila berlakunya kematangan khusus) perkembangan ke arah keadaan yang matang secara biologikal.
· Proses matang berfokus pada kadar pencapaian saiz dewasa dan kematangan.
3 Perkembangan (Development)
  • Pada lazimnya, perkembangan boleh diasaskan kepada dua konteks.
  • Konteks pertama adalah bersifat biologikal. Dalam konteks ini, perkembangan adalah merujuk kepada proses pembezaan dan pengkhususan sel-sel embrio kepada pelbagai jenis sel, tisu, organ dan unit fungsi.
  • Ini biasanya berlaku di peringkat awalan pranatal apabila tisu dan sistem organ mula dibentuk, dan amat bergantung kepada keaktifan gen yang berinteraksi dengan hormon dan nutrien.
  • Konteks kedua adalah bersifat tingkah laku. Aspek ini berkait kepada perkembangan kecekapan pelbagai domain yang saling berkaitan semasa kanak-kanak menyesuaikan diri dalam kehidupan dan budayanya.
  • Oleh itu, kita boleh menyatakan perkembangan dari aspek keterampilan sosial, intelek atau kognitif, emosi yang berasaskan kepada persekitaran dan budaya kanak-kanak tersebut.
  • Haywood (1993), menjelaskan perkembangan sebagai perubahan tingkah laku akibat daripada interaksi kanak-kanak dengan persekitarannya.
  • Bailey & McFadyen (dalam Pickup & Price, 2007), menyatakan pertumbuhan adalah merujuk kepada proses perubahan sepanjang hayat di mana individu memperolehi kecekapan dalam pelbagai aspek. Lazimnya disifatkan oleh peningkatan fungsi yang khusus dan rumit akibat faktor-faktor biologi dan persekitaran.
Interaksi Pertumbuhan, Proses matang dan Perkembangan
Pertumbuhan -------------------- Proses matang -------------------- Perkembangan
Saiz Tulang Kognitif
Kadar Seksual Emosi
Badan Somatik Sosial
Komposisi Gigi Moral
Sistemik Otot-saraf Motor


4 Prestasi fizikal (Physical performance)
· Perkembangan dan kehalusan sesuatu prestasi kemahiran dalam pelbagai aktiviti motor adalah meupakan suatu tugas perkembangan kanak-kanak dan remaja.
· Semua kanak-kanak, kecuali yang mengalami kecacatan perkembangan yang serius, mempunyai potensi untuk berkembang dan belajar pelbagai kemahiran dan pola pergerakan asas dan khusus.
· Pola pergerakan ini akhirnya akan digabungkan ke dalam kemahiran khusus yang menjadi paksi utama perkembangan tingkah laku kanak-kanak.
· Sifat-sifat prestasi kanak-kanak adalah berkait dengan pertumbuhan, proses matang dan perkembangan. Perkaitan ini dapat dilihat dengan jelas dalam perkembangan asas pola pergerakan seperti berjalan, berlari dan melompat.
5 Aktiviti fizikal (Physical Activity)
  • Aktiviti fizikal adalah suatu tingkah laku yang berlaku dalam pelbagai bentuk dan konteks, termasuk mainan bebas, kerja seharian, senaman, pendidikan jasmani sekolah, dan sukan yang diuruskan.
  • Ini merujuk kepada mana-mana pergerakan badan yang dihasilkan oleh otot rangka dan yang menyebabkan peningkatan kecil penggunaan tenaga rehat.
  • Aktiviti fizikal yang kerap adalah penting untuk penyelarasan berat badan dan accretionmineral tulang semasa peringkat kanak-kanak dan remaja.
  • Peningkatan penggunaan tenaga yang diperlukan semasa aktiviti fizikal akan menyumbang kepada kecekapan fungsi pelbagai sistem, pengekalan berat badan, mengurangkan risiko penyakit degeneratif, mengurangkan risiko kematian awal dan meningkatkan kualiti kehidupan yang menyeluruh.
  • Aktiviti fizikal sering disalahtafsir sebagai sama dengan latihan (training).
  • Aktiviti fizikal bukannya latihan, walaupun adalah aspek utama dalam latihan.
  • Latihan adalah merujuk kepada sesuatu program yang sistematik, dan khusus untuk sukan tertentu dalam jangkamasa tertentu.
6 Pembelajaran motor (Motor learning) - Schmidt & Lee (2005)
  • Boleh didefinisikan berasaskan empat sifat utama.
  • Pertama, pembelajaran adalah suatu proses mencapai keupayaan untuk membentuk tindakan yang berkemahiran. Ini bererti pembelajaran melibatkan satu set peristiwa, atau perubahan di mana latihan akan membolehkan seseorang itu menjadi lebih mahir.
  • Kedua, pembelajaran berlaku akibat latihan atau pengalaman langsung.
  • Ketiga, pembelajaran tidak boleh diperhatikan secara langsung, kerana proses ke arah perubahan dalam tingkah laku adalah bersifat dalaman.
  • Keempat, pembelajaran dianggap sebagai menghasilkan perubahan yang kekal di dalam keupayaan kemahiran tingkah laku seseorang.
  • Hasil sintesis empat sifat utama di atas telah memberikan definisi pembelajaran motor sebagai satu set proses yang berkait dengan latihan atau pengalaman yang membawa kepada perubahan keupayaan untuk bergerak yang kekal.
  • Menurut Malina, et al. (2004), pembelajaran motor adalah kemajuan dalam prestasi hasil latihan yang lama. Oleh yang demikian, ini berkaitan dengan tindak balas tisu dan sistem yang khusus terhadap latihan.
  • Gabbard (2008), merujuk pembelajaran motor sebagai suatu perubahan prestasi kemahiran motor yang agak kekal, akibat daripada praktis atau pengalaman.