Tajuk 1
|
Komponen Pengajaran
·
Kemahiran Induksi
·
Penerangan
·
Penyoalan
·
Variasi Rangsangan
|
Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran
dalam komponen pengajaran. Terdapat
empat kemahiran yang dimuatkan dalam
tajuk ini:
·
Kemahiran
Induksi
·
Kemahiran
Penerangan
·
Kemahiran
Penyoalan
·
Kemahiran
Variasi Rangsangan
Hasil Pembelajaran
1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen
pengajaran mikro-mikro, Teori Huraian
Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik darjah.
Fikirkan:
Fahami
aktiviti yang sesuai dengan kemahiran
yang digunakan dalam P&P serta berkaitan antara Teori Huraian
dan Pemerolehan Bahasa.
Komponen Pengajaran
Mengapa kemahiran dalam komponen pengajaran penting? Bagaimana
kemahiran ini dapat difahami? Apakah hubungan kemahiran ini dengan
pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah?
Paling penting langkah dan aktiviti P&P yang dijalankan perlu
sesuai dengan kemahiran yang digunakan.
Pemahaman guru tentang kemahiran dalam komponen pengajaran membolehkan seseorang guru memilih dan
menentukan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
|
Terdapat empat
kemahiran dalam tajuk ini, iaitu:
·
Kemahiran
Induksi
·
Kemahiran
Penerangan
·
Kemahiran
Penyoalan
·
Kemahiran
Variasi Rangsangan
1.1 Kemahiran Induksi
Konsep
•
Cara
guru memulakan pelajaran
•
Guru
perlu menimbulkan minat serta
menggerakkan murid supaya bersedia dan
berfikir
Prinsip-prinsip Induksi
•
Bermakna
kepada murid
•
Berkaitan
isi dan objektif pelajaran
•
Berkaitan
dengan pengetahuan sedia ada
Kemahiran Induksi (Permulaan)
1. Menarik
perhatian murid
•
Dengan
suara, gerak geri dan kontak mata
•
Dengan
ABM
•
Dengan
corak interaksi guru-murid
2. Mewujudkan
motivasi
•
Dengan
semangat, kemesraan, merangsang nalauri ingin tahu, menggunakan unsur
menghairankan, cerita dan aktiviti yang
menarik.
3. Menstruktur
•
Dengan
mengehadkan tugasan, menyatakan tujuan tugas, mencadangkan cara menjalankan
tugas, menggunakan soalan yang berkaitan
4.
Membuat perkaitan
•
Membanding/
membeza dengan perkara biasa, menyatakan tujuan tugas atau peristiwa semasa
yang diminati murid
1.2 Kemahiran Penerangan
Definisi
Satu
proses untuk memberikan kefahaman kepada orang lain. Kemahiran ini perlu dikuasai oleh guru-guru
kerana ilmu atau perkara yang hendak disampaikan kepada murid mestilah
dapat difahami oleh murid dengan berkesan.
Objektif:
- Untuk menjelaskan sesuatu – perkara, makna ayat, kata, ungkapan dan lain-lain
- Untuk menghuraikan sesuatu proses, prosedur, langkah, peraturan dll.
3.
Untuk
menaakul sesuatu sebab, kejadian, peristiwa dan meramalkan kemungkinan sesuatu
peristiwa , kejadian, atau tindakan
Bentuk-bentuk Penerangan
•
Takrif:
Menjelaskan sesuatu isu atau perkara dengan memberikan pengertiannya.
•
Huraian:
Menerangkan sesuatu proses.
•
Taakul:
Menerangkan dengan memberi alasan atau sebab-musabab.
Panduan
- Penerangan bagi memastikan penerangannya jelas dan menarik
- Penggunaan bahasa yang sesuai dengan tahap umur dan kebolehan murid
- Sesuai dengan kandungan dan objektif pelajaran
- Mendapatkan respons murid supaya tahu sama ada murid jelas atau kurang jelas
dengan penerangan yang diberikan
Komponen Penerangan
1. Komponen Struktur
•
Penggunaan
tanda saran
•
Penggunaan
contoh-contoh
•
Penyimpulan
atau rumusan
2. Komponen
Penyampaian
- kejelasan
- pelbagai penekanan
- memberi petunjuk
- membuat perkaitan dan keutamaan
- mengelakkan kekaburan
- turutan
- maklum balas
Prinsip Kemahiran Penerangan
• Taakulan
perlu jelas supaya
mudah difahami, menarik perhatian
dan minat murid.
• Penekanan –
intonasi, nada suara, sebutan, jeda, dan sebagainya.
• Urutan/Penyusunan
Idea dan Pemikiran – diperingkat, disusun, dikembangkan
secara kemas, sistematik dan teratur.
• Ilustrasi –
penerangan akan lebih menarik jika disokong dengan ilustrasi
dan bahan-bahan visual yang lain.
• Maklum balas
– bersedia menerima pandangan dan pendapat murid.
• Penutup –
kemas, bermakna, membuat rumusan dan kesimpulan kepada perkara
yang diterangkan.
1.3 Kemahiran Penyoalan
Pengenalan
• Guru
cenderung menggunakan soalan aras rendah sahaja
• Kemahiran
penyoalan membantu guru mewujudkan
suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan mampu meningkatkan pencapaian murid.
• Kemahiran
yang rumit, mesti dikuasai oleh guru.
Prinsip-prinsip:
• Ditujukan
kepada semua murid
• Murid diberi
masa berfikir
• Sesuai
dengan kebolehan murid
• Soalan
dirancang daripada mudah kepada rumit, aras rendah ke aras tinggi
• Penyampaian
soalan jelas
• Melayan
tindak balas murid dengan baik
Objektif penyoalan;
• Untuk
melibatkan murid secara aktif dalam
P&P
• Menimbulkan
minat dan ingin tahu murid
• Membantu
murid dalam perkembangan daya fikir
• Menggalakkan
murid menyoal
• Membantu
murid melahirkan idea
Komponen Kemahiran Penyoalan
• Soalan yang
berfokus, sama ada fokus tunggal atau
fokus pelbagai.
• Soalan yang
boleh dialih dan disebarkan supaya ramai
murid berpeluang menjawab soalan.
• Berhenti
seketika selepas mengemukakan soalan bagi memberi peluang kepada murid berfikir
• Membantu
dengan memberi petunjuk atau klu
untuk memudahkan murid memberi jawapan
• Melayan
murid dengan adil
• Soalan
bertujuan mencungkil pengetahuan murid berdasarkan aras tertentu.
• Soalan yang
jelas dan ringkas
Aras
Kemahiran Penyoalan (Domain Kognitif Taksonomi: Benjamin S. Bloom)
PENILAIAN
SINTESIS
ANALISIS
APLIKASI
KEFAHAMAN
PENGETAHUAN
PENILAIAN
Hujah, idea, alasan, sebab-sebab yang menyokong pertimbangan.
SINTESIS
Kebolehan menyusun idea, membentuk idea atau corak baru, menyediakan
sesuatu rancangan atau set operasi, mengelas, dan menerangkan sesuatu data.
ANALISIS
Mengkaji bukti, mentafsir, menghurai, mencerakin, menciri, mengatur,
melahirkan pemikiran.
APLIKASI
Soalan yang membolehkan murid mengaplikasi atau mencuba ilmu yang
dipelajari kepada sesuatu situasi yang baru.
KEFAHAMAN
Soalan yang menguji pemahaman murid, mentafsir dan membuat huraian
berdasarkan pemahaman.
PENGETAHUAN
Mengingat, menyatakan kembali fakta yang telah dipelajari.
Teknik
Penyoalan
Mencungkil pemikiran murid
Jelas, tepat, dan padat
Memastikan murid yakin dan setuju dengan jawapan mereka
Mendapatkan contoh supaya jawapan lebih jelas
Jenis-jenis
penyoalan
1. Soalan Bertumpu
(Tertutup)
• Bentuk convergent atau tertutup
• Aras rendah -
Pengetahuan, Kefahaman
• Lebih bersifat objektif
• Jawapan atau respon terhad
• Bertujuan
menguji daya ingatan atau mengetahui sama ada memahami maklumat atau
pengetahuan yang disampaikan
2. Soalan Bercapah (Terbuka)
• Bentuk divergen atau terbuka
• Aras tinggi -
Aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian
• Lebih bersifat subjektif
• Jawapan atau respon luas atau terbuka
• Bertujuan menguji penaakulan, penafsiran, atau
memberi peluang dan menggalakkan pelajar
membuat spekulasi, mengaplikasi dan merumuskan maklumat atau pengetahuan yang diperoleh.
1.4 Kemahiran Variasi
Rangsangan
Konsep:
Pelbagai rangsangan yang
diwujudkan oleh guru
dalam proses P&P untuk
menjadikan pengajaran mereka
diminati dan berkesan.
Komponen
Kemahiran
Perubahan
tingkah laku guru
Perubahan Pertuturan / Suara
Kepelbagaian
Saluran
Deria Kepelbagaian
Interaksi
KOMPONEN KEMAHIRAN
|
Kepelbagaian Media dan
Kepelbagaian Kaedah
Bahan Bantu Belajar dan Teknik
Mengajar
Komponen
Kemahiran Variasi Rangsangan
1. Perubahan tingkah laku guru
•
Pergerakan : tidak statik, lincah, aktif
•
Raut wajah /mimik muka : Ceria, senyum,mesra, tegas bertempat
•
Tubuh badan: pergerakan tangan, jari jemari, dan
lain-lain anggota badan yang sesuai.
2. Perubahan Pertuturan
(Suara)
• Nada suara,
kelantangan, intonasi dan kepantasan
pertuturan yang bervariasi.
• Suara yang
mendatar, terlalu perlahan dan kurang bertenaga / tidak bermaya akan menyebabkan murid berasa bosan.
3. Kepelbagaian Saluran
Deria
• Bermaksud
kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada
bertutur kepada membaca, daripada membaca kepada bertutur dan sebagainya.
4. Kepelbagaian Interaksi
•
Interaksi guru-murid, murid - murid, individu – kumpulan, kumpulan –
kumpulan dan sebagainya.
•
Melibatkan pelbagai aktiviti seperti soal-jawab, perbincangan,
bercerita, laporan, berita, berlakon dan sebagainya.
•
Memberi peluang kepada murid melahirkan idea,
pendapat atau pandangan
5. Kepelbagaian Media dan
Bahan Bantu Belajar
•
Penggunaan pelbagai jenis media dan bahan bantu akan
menarik minat murid.
•
Bahan-bahan yang berbentuk multimedia dan interaktif
amat digalakkan
6. Kepelbagaian Kaedah dan Teknik Mengajar
•
Kaedah dan teknik merpakan saluran penting guru
memindahkan kemahiran dan pengetahuan kepada murid.
•
Semakin kerap guru menukar kaedah dan teknik
P&P, semakin menarik sesi pelajaran, dan
semakin seronok murid belajar.
Arahan:
·
Sila baca dan fahami tentang kemahiran dalam komponen
pengajaran.
·
Setelah anda menguasai keempat-empat kemahiran,
bincangkan ciri-ciri setiap kemahiran yang dipelajari.
No comments:
Post a Comment