Tajuk 5
|
Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik
·
Definisi
·
Membanding beza
·
Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik
·
Membuat Rumusan
|
Sinopsis
Tajuk ini merangkumi empat konsep penting. Strategi, pendekatan,
kaedah, dan teknik yang mantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu.
Strategi merujuk cara atau langkah yang harus dilakukan
untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pula merupakan
satu set andaian yang membentuk sifat bahasa serta pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan. Beberapa kaedah yang diperkenalkan dalam tajuk ini, iaitu Kaedah
Natural, Kaedah Tatabahasa Terjemahan, Kaedah Terus dan sebagainya
memperlihatkan perancangan secara teratur, kemas dan sistematik bagi memastikan
pencapaian objektif dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu. Teknik pengajaran yang dicadangkan dalam tajuk ini melibatkan
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku, misalnya teknik drama
untuk mencapai sesuatu objektif.
Hasil
Pembelajaran
2. Mempunyai
pengetahuan dan kefahaman mendalam dan dapat membandingbezakan konsep :
strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran dengan tepat
Kerangka
konsep
Teori
Huraian Bahasa:
·
Nahu Tradisional
·
Struktural
·
Transformasi
Generatif
·
Teori Fungsionalis
|
Teori
Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa
|
Teori Pemerolehan Bahasa:
·
Behavioris
·
Kognitif
·
Mentalis
·
Fungsionalis
|
Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik
Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu
|
Aplikasi
Pendekatan Pembelajaran Bahasa
Berpusatkan
Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah,
Aktiviti, Situasional dan Permainan
|
Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik
Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa
sudah difahami sebaik-baiknya.
Sekarang bolehlah saya memilih strategi, pendekatan, kaedah, dan
teknik yang sesuai untuk membantu murid-murid saya mempelajari bahasa
dengan berkesan!
|
Terdapat hubungan yang saling berkaitan antara strategi,
pendekatan, kaedah, dan teknik sebagaimana yang berikut:
Pendekatan
|
Kaedah
|
Teknik
|
5.1 Strategi
Strategi
merupakan konsep yang melibatkan proses merancang untuk menentukan tindakan ke
arah mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, khususnya
pengajaran dan pembelajaran bahasa, strategi bermaksud cara atau langkah atau
tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, strategi lebih
menjurus dan menumpukan pada pencapaian atau hasil pembelajaran.
5.2 Pendekatan
Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat
bahasa, pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan.
·
Pendekatan Induktif
·
Pendekatan Deduktif
·
Pendekatan Eklektik
·
Pendekatan Komunikatif
5.3 Kaedah
Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur
bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik.
Kaedah merupakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan
berkesinambungan yang harus diikuti dengan sistematik bagi mencapai sesuatu
objektif pengajaran. Antara kaedah yang dicadangkan untuk digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran guru adalah seperti yang berikut:
·
Kaedah Natural
·
Kaedah Tatabahasa Terjemahan
·
Kaedah Terus
·
Kaedah Ajuk Hafaz
·
Kaedah Linguistik
·
Kaedah Kod – Kognitif
·
Kaedah Bahasa Komuniti
·
Kaedah Oral – Aural
5.4 Teknik
Teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang
benar-benar berlaku di dalam bilik darjah yang digunakan untuk mencapai sesuatu
objektif. Antara teknik yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
·
Teknik Drama
·
Teknik Permainan Bahasa
·
Teknik Perbincangan
·
Teknik Bercerita
·
Teknik Latih Tubi
P/s: nota ini terlalu ringkas,, cuba google lagi untuk dapatkan maklumat tambahan ye..:)
mhon shre
ReplyDeletesilakan dgn senang hati...:)
ReplyDeletebtw tq 4 visiting here