" Gantunglah azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Wednesday, November 7, 2012

Tajuk 6.2 : Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa


Tajuk 6


6.2   Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa
·               Berpusatkan Murid
·               Berdasarkan Bahan
·               Pemebelajaran Berasaskan Projek
·               Pembelajaran Berasaskan Masalah


Sinopsis
Pendekatan pembelajaran bahasa harus sesuai dengan gaya pembelajaran  murid yang berbeza. Pendekatan yang dikemukakan dalam tajuk ini meliputi:
·                     Pendekatan Berpusatkan Murid
·                     Pendekatan Berpusatkan Bahan
·                     Pembelajaran Berasaskan Projek
·                     Pembelajaran Berasaskan Masalah
Pendekatan berpusatkan murid memastikan murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Guru menjadi pemimpin yang memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.
Pendekatan berpusatkan bahan pula mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Dalam konteks  ini, guru atau murid  bergantung sepenuhnya kepada bahan pelajaran.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu guru menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Pembelajaran berasaskan masalah sering digunakan bagi membentuk kecekapan berbahasa di kalangan murid. Kebolehan berbahasa ini juga membantu dalam pembentukan daya pemikiran murid dalam menyelesaikan masalah.

Hasil Pembelajaran
1.1         Menghuraikan berserta contoh pendekatan eklektik dan komunikatif
3.4       Mengaplikasi kemahiran pelbagai rangsangan dalam aktiviti pengajaran mikro

Kerangka konsep
Teori Huraian Bahasa:
·     Nahu Tradisional
·     Struktural
·     Transformasi Generatif
·     Teori Fungsional

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa

Teori Pemerolehan Bahasa:
·     Behaviorisme
·     Kognitif
·     Mentalis
·     Fungsional



Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik
Pengajaran dan Pembelajaran
BAHASA MELAYU

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa
Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan Permainan

Nota Ringkas:
6.2.1    Pendekatan berpusatkan murid
·  Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran.
·   Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti  pembelajaran mereka. Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri. Sehubungan dengannya aktiviti pemulihan dan pengayaan merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
· Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu.
·   Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti.

6.2.2    Pendekatan berpusatkan bahan
· Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting. Guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.
· Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.
· Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani. Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas.

6.2.3  Pendekatan berasaskan projek
·                    Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik.
·                    Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.
  Arahan:
·               Anda dikehendaki  menjalankan  pembelajaran berasaskan projek kepada murid anda.
·                    Anda dikehendaki memberi satu projek ( tajuk yang dicadangkan).
·          Bahagikan  murid anda kepada kumpulan kecil terdiri daripada  5-6 orang satu kumpulan.
·            Setiap kumpulan bebas menghasilkan pelbagai bahan produk yang sesuai untuk tajuk yang diberi.Contoh produk yang  akan dihasilkan oleh murid dalam bentuk brosur,gambar, risalah,papan tanda,iklan dan lain-lain.
·                   Anda dikehendaki mengumpul bahan  hasilan murid dan menyimpan ke dalam folio anda.

6.2.4    Pendekatan berasaskan masalah
· Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah memerlukan seseorang guru secara kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang boleh mendorong minat dan kecenderungan murid menggunakan fikiran dan kemahiran berbahasa untuk menyelesaikan masalah.
· Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam kumpulan dan menentukan tugasan untuk menyelesaikan masalah.

a.         Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Encik Kamal?
b.         Apakah puncanya?
c.         Apakah kesan masalah itu kepada:
·                Encik Kamal?
·                Tugasnya?
·                Keluarga?
d.         Bagaimanakah masalah itu dapat diatasi?

Dewey (1933: 105) mencadangkan lima langkah berikut bagi tujuan melaksanakan pendekatan pengajaran berasaskan masalah:
                 i.          Kenal pasti masalah
Murid-murid diarah untuk mengenal pasti sesuatu masalah. Guru perlu menyediakan situasi, soalan rangsangan dan dorongan yang sesuai supaya murid-murid benar-benar mengenal masalah yang hendak diselesaikan.
                ii.          Penentuan masalah
Biasanya murid-murid menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti masalah. Sehubungan dengannya apa yang dikatakan masalah itu mesti terlebih dahulu diuji, diteliti dan ditetukan arah penyelesaiannya. Guru perlu bijak mengarah dan mendorong pemikiran murid-murid ke arah menyelesaikan masalah.  Guru membantu murid-murid memperoleh maklumat untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
               iii.          Cadangan penyelesaian
Murid-murid berdasarkan data, fakta dan maklumat yang diperoleh serta dengan bantuan guru perlu menyediakan rancangan penyelesaian masalah. Pelbagai rancangan alternatif penyelesaian masalah perlu, tetapi kesudahannya kelak hanya ada satu cadangan penyelesaian masalah.
              iv.          Penelitian penyelesaian
Penyelesaian sesuatu masalah perlu dilaksanakan sebaik-baiknya. Penyelesaian masalah yang kurang tepat perlu diketepikan. Guru seharusnya bersedia untuk membantu  murid-murid melaksanakan tugas menyelesaikan masalah, menilai proses dan jawapan akhir penyelesaian sesuatu masalah.
               v.          Pemeriksaan kesimpulan
Setelah sesuatu masalah diselesaikan, murid-murid mesti diberi peluang menguji sesuatu keputusan penyelesaian masalah yang diperoleh. Penyelesaian masalah tersebut boleh sama ada diterima atau ditolak. Jika sesuatu penyelesaian masalah ditolak, maka usaha untuk memperoleh penyesaian masalah yangbariu hendaklah diusahakn.
  Tugasan:
1.         Anda diminta memberi satu kerja projek kepada murid  anda mengenai  penggunaan kata panggilan yang betul dalam kalangan warga sekolah.
2.         Murid dikehendaki menghasilkan pelbagai jenis bahan sebagai produk untuk projek tersebut. Murid diminta membentang hasilan dan guru menilai keberkesanannya.

No comments:

Post a Comment