Tajuk 6
|
6.1 Pengaplikasian Pendekatan Pengajaran
Bahasa
·
Induktif
·
Deduktif
·
Eklektik
·
Komunikatif
|
Sinopsis
Tajuk ini mengutarakan empat pendekatan yang lazim
digunakan oleh para guru. Pendekatan yang baik dapat menarik minat murid
terhadap pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan
yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:
·
Pendekatan
Induktif
·
Pendekatan
Deduktif
·
Pendekatan
Eklektik
·
Pendekatan
Komunikatif
Pendekatan
Induktif mempunyai tanggapan bahawa mempelajari sesuatu itu ialah untuk
mendapat hukumnya yang dibentuk melalui pengumpulan maklumat. Tugas dan tanggungjawab guru ialah memperkenalkan
pengetahuan dan memberi pengalaman.
Konsep
Pendekatan Deduktif menekankan mempelajari sesuatu berdasarkan hukum. Oleh itu
pengajaran dimulai dengan memberi generalisasi, kesimpulan, undang-undang dan
isi kandungan.
Gabungan
Pendekatan Induktif dan Pendekatan Deduktif menghasilkan Pendekatan Eklektik.
Berdasarkan pendekatan ini, guru perlu kreatif dan menggunakan pelbagai kaedah
dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
Hasil Pembelajaran
1.1
Menghuraikan berserta contoh pendekatan induktif dan
deduktif
3.4 Mengaplikasi
kemahiran menggunakan papan tulis dalam aktiviti pengajaran mikro
Kerangka
konsep
Teori Huraian Bahasa:
·
Nahu Tradisional
·
Struktural
·
Transformasi
Generatif
·
Teori Fungsional
|
Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa
|
Teori Pemerolehan Bahasa:
·
Behaviorisme
·
Kognitif
·
Mentalis
·
Fungsional
|
Strategi,
Pendekatan, Kaedah dan Teknik
Pengajaran
dan Pembelajaran
BAHASA
MELAYU
|
Aplikasi
Pendekatan Pembelajaran Bahasa
Berpusatkan
Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah,
Aktiviti, Situasional dan Permainan
|
Pendekatan
Mana boleh! pendekatan deduktif tentu lebih baik
kerana murid digalakkan berfikir untuk membuktikan teori/fakta tertentu!
|
Pendekatan induktif
tentu lebih baik kerana murid tidak diajar secara langsung! Murid
diajar menaakul /berfikir tinggi.
|
Apa pulak? Pendekatan eklektik tentu lebih kerana
menggabungkan segala yang baik-baik daripada pendekatan induktif dan deduktif!
Tetapi jangan lupa,
dalam semua pendekatan itu – murid bertutur sesama sendiri, mereka
mempunyai kebolehan dan kemahiran berbahasa menyampaikan fikiran, fakta dan
hujah masing-masing. Mereka menyerap idea dan menyepadukannya dengan
pengetahuan sedia ada mengenainya.
6.1.1 Pendekatan
induktif
Pendekatan
induktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan seseorang murid
melaksanakan proses penaakulan yang tinggi. Dalam proses penaakulan, murid
tidak diajar secara langsung,bahan pengajaran bagi subjek berkenaan tetapi
mereka diberi galakan mencari, meneliti
dan mempelajarinya sendiri. Kemudiannya, mereka dikehendaki mengemukakan satu
rumusan hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh mereka.
Sehubungan
dengannya, guru memungut dan mengumpul contoh-contoh tertentu daripada teks,
menunjukkan dan menerangkan bagaimana ia bekerja dan berfungsi membantu
murid-murid untuk merumuskan satu kesimpulan yang sesuai. Ringkasnya pendekatan
ini menggunakan kaedah pencarian atau penemuan yang melibatkan proses
memerhati, meneliti, mengkaji, menganalisis sesuatu aspek bahasa itu pada awal
pembelajaran dan kemudian dikaitkan dengan satu kesimpulan umum daripada
data-data yang dipelajari. Antara
lain murid-murid dikehendaki:
a.
memberi
definisi kepada sesuatu konsep
b.
menerangkan
peraturan-peraturan
c.
menerangkan isi kandungan keseluruhan pelajaran yang
hendak disampaikan
d.
memberitahu objektif pengajaran pada awal pengajaran
Selain
itu, guru boleh mengemukakan soalan, bertanya, berbincang, memerhati, mengkaji
dan memberi contoh-contoh tertentu. Guru kemudiannya membuat rumusan tertentu
mengenainya.
Prosedur
pengajaran induktif
Prosedurnya
melibatkan langkah-langkah yang telah dirancang untuk satu pengajaran yang
berkesan. Ia melibatkan struktur isi dan peringkat-peringkat kebolehan
kognitif. Secara kasar, prosedur pengajaran itu diperlihatkan seperti yang
berikut:
Peringkat pendedahan
Pada peringkat ini, guru:
a.
akan mendedahkan unsur-unsur bahasa yang hendak
disampaikan kepada murid-murid secara tidak langsung;
b.
menggunakan
contoh yang melibatkan unsur-unsur bahasa;
c.
membuat pendedahan mengenai isi kandungan pelajaran dalam
set induksi pada bahagian permulaan pengajaran;
d.
menggunakan teknik perbualan atau bersoal jawab bagi
memulakan pengajaran tersebut. Pada peringkat ini seboleh-bolehnya guru jangan
menerangkan objektif, peraturan, konsep-konsep, tajuk, idea keseluruhan dan
sebagainya; dan
e.
mengaitkan dengan
pengetahuan sedia ada.
Peringkat pembentukan konsep
Pada peringkat ini, guru
a.
membentuk
konsep tertentu melalui contoh-contoh yang dikemukakan;
b.
mendengar ayat yang dibina oleh murid;
c.
mendengar ayat yang dibina oleh guru;
d.
melakukan beberapa usaha untuk murid menguasai pelajaran;
e.
memandu murid langkah demi langkah sehingga kesimpulan
diperoleh.
Peringkat membuat generalisasi
a.
Dijalankan dalam bentuk gerak kerja bertulis;
b.
Murid diberikan latihan dalam kumpulan.
Peringkat penutup
a.
Guru
menutup pengajarannya;
b.
Guru membuat rumusan berdasarkan apa-apa yang diajarnya;
c.
Murid diberi aktiviti-aktiviti susulan sebagai pengukuhan.
6.1.2 Pendekatan Deduktif
Pendekatan deduktif memerlukan
seseorang guru menegaskan
hukum-hukum atau sesuatu teori atau peraturan tertentu di peringkat
awal pengajarannya sebelum
menganalisis hukum-hukum berkenaan dengan menggunakan contoh-contoh
yang konkrit. Secara lebih
khusus pendekatan deduktif
memerlukan seseorang murid menaakul,
mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hukum, mengemukakan fakta bagi tujuan
membuktikan sesuatu pernyataan,
menganalisis fakta atau isi kandungan pelajaran untuk membentuk
generalisasi dan membuat satu pencerakinan: daripada yang umum kepada yang
spesifik.
|
Antara lain, guru boleh menggunakan
pendekatan deduktif melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut
peringkat berikut:
Peringkat awal generalisasi
Peringkat
ini, guru sebaik-baiknya tidak mendedahkan perkara yang hendak diajarkan, menegas
tujuan pengajaran, memberi tajuk pelajaran dan memberi rangka kasar seluruh
idea.
Peringkat mengemukakan generalisasi
Peringkat
ini, guru membuat generalisasi dalam langkah pertama pengajaran dengan cara memberi
penerangan yang jelas mengenai peraturan, rumus-rumus tatabahasa dan pengertian
yang berbentuk hukum tertentu. Dalam hal
ini seseorang guru boleh menggunakan carta dan gambar rajah tertentu yang
difikirkan sesuai dan boleh membantu murid-murid memahami struktur isi sesuatu
mata pelajaran.
Peringkat menganalisis konsep
Sebaik-baiknya
sesuatu konsep dianalisis dalam dalam langkah kedua pengajaran dengan memberi
contoh-contoh diikuti dalam langkah ketiga dan berikutnya. Guru perlu
menggunakan teknik dan bahan bantu
belajar yang sesuai untuk merancang dan
melaksanakan pelbagai aktiviti dalam situasi pembelajaran tertentu bagi tujuan
meningkatkan pemahaman murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan.
Peringkat membuat generalisasi
Generalisasi
mengenai sesuatu boleh dilakukan dalam aktiviti gerak kerja kumpulan sama ada
secara bertulis atau latihan tertentu bagi tujuan menggambarkan penguasaan
kebolehan dan kemahiran murid mengenai subjek yang dipelajari.
Peringkat penutup
Peringkat
ini guru membuat kesimpulan mengenai sesuatu konsep, peraturan dan hukum
tertentu. Selebihnya guru memberi beberapa aktiviti dan latihan tambahan
sebagai aktiviti pengukuhan.
6.1.3 Pendekatan Eklektik
Barulah saya faham, pendekatan eklektik itu menggabungkan pendekatan induktif dan pendekatan
deduktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Saya
yakin murid-murid yang mempunyai kebolehan yang pelbagai boleh diajar
dengan mudah menggunakan pendekatan ini. Sifat
luwesnya membolehkan seseorang guru mengubahsuai aktivitinya dengan mudah.
|
Ciri-ciri Pendekatan eklektik, antara lain:
·
merupakan satu cara mengajar menggunakan pelbagai kaedah,
yakni tidak terikat kepada atu kaedah mengajar sahaja;
·
guru boleh menggunakan usaha dan daya kreativiti sendiri;
·
guru juga boleh mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan
murid-muridnya. Misalnya, peringkat asas pengajaran dilaksanakan latihan
mendengar dan kemudiannya diikuti pula dengan latihan bertutur, membaca dan
menulis;
·
murid-murid, selain boleh menggunakan bahasa secara
aktif, boleh pula berfikir secara
langsung dengan menggunakan bahasa yang dipelajarinya;
·
pendekatan ini memerlukan latihan yang banyak dan murid
diberi peluang mempraktiskan pengetahuan dan kemahiran berbahasa secara meluas.
6.1.4 Pendekatan
komunikatif
Secara umum,
pendekatan ini member fokus khusus kepada murid. Hal ini kerana manusia perlu berkomunikasi
untuk sama ada secara interpersonal atau intrapersonal bagi tujuan memenuhi
keperluan dan kehendaknya. Antara lain manusia berkomunikasi untuk menyatakan
perasaan dan emosi, mencipta imaginasi, memperoleh barangan dan perkhidmatan,
bertukar pandangan, memperoleh dan menyampaikan maklumat.
Prinsip
asas pendekatan komunikatif ini ialah murid mengetahui dan memahami tujuan melaksanakan
aktiviti tertentu dalam proses pembelajarannya. Proses pengajaran bahasa
dilaksanakan dalam konteks wacana mengikuti proses komunikasi sebenar. Berikut
merupakan ciri-ciri penting pendekatan komunikatif:
·
makna sangat dipentingkan;
·
dialog jika digunakan terarah kepada proses komunikatif
bukan untuk tujuan hafalan;
·
konteks dan situasi komunitif sangat diberi keutamaan;
·
pembelajaran bahasa berfokus kepada keperluan belajar
untuk berkomunikasi;
·
latih tubi perlu tetapi bukan keutamaan;
·
pengucapan bahasa perlu sekadar untuk difahami sahaja;
·
bahan bantu mengajar perlu sesuai mengikut tahap umur dan
kemahiran murid-murid. Bahan bantu mengajar berfungsi sebagai dorongan kepada
murid-murid untuk belajar;
·
murid-murid digalakkan menyampaikan idea secara lisan
(bertutur);
·
terjemahan boleh digunakan, asal saja murid-murid
memperoleh manfaat daripadanya;
· kebolehan
berkomunikasi merupakan matlamat khusus pembelajaran. Maka, kelancaran bahasa
diadili bukan dalam abstrak sebaliknya dalam konteksnya.
No comments:
Post a Comment