Tajuk 11
|
Pengaplikasian Kemahiran
Bernilai Tambah dalam Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
·
Kemahiran Belajar Cara Belajar
·
Kemahiran Kajian Masa Depan
·
Kemahiran Berfikir
|
Sinopsis
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) kemahiran yang diajarkan
dalam bilik darjah, dan dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan dalam
senario dunia yang global. KBT yang
dimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan
pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, dan pembelajaran kontekstual.
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang pengaplikasian
kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu. Terdapat tiga kemahiran bernilai tambah yang
dimuatkan dalam tajuk ini:
·
Kemahiran
Belajar Cara Belajar
·
Kemahiran
Kajian Masa Depan
·
Kemahiran
Berfikir
Hasil Pembelajaran
Mengaplikasikan
Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di
dalam bilik darjah.
Fikirkan:
Fahami
maksud Kemahiran Bernilai Tambah
dan pelaksanaannya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di
sekolah rendah.
Kemahiran Bernilai Tambah
Umumnya terdapat tiga
kemahiran bernilai tambah dalam tajuk ini, iaitu :
·
Kemahiran Belajar.Cara Belajar
·
Kemahiran Kajian Masa Depan
·
Kemahiran Berfikir
11.1 Kemahiran Belajar Cara Belajar (BCB)
·Perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap
teknik pembelajaran yang berkesan
·Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan
pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan
mengamalkan pembelajaran seumur hidup.
·Proses untuk memperoleh teknik belajar sama ada bersama
guru atau tanpa guru.
Rasional Belajar
Cara Belajar
Diperkenalkan atas beberapa sebab
·
Masa di bilik darjah terhad
·
Pengetahuan dan maklumat yang diterima di kelas juga
terhad
·
Murid perlu bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka
·
Murid perlu belajar untuk memperoleh maklumat tambahan di
luar waktu
persekolahan
·
Murid perlu meningkatkan keupayaan mereka untuk
mempelajari sesuatu
·
Sejajar dengan matlamat pendidikan untuk menyemai
kemahiran belajar
seumur hidup dalam kalangan murid
Objektif Belajar Cara Belajar
·
Menyediakan murid yang berupaya belajar sendiri tanpa
guru
·
Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada,
rakan dan bahan
lain sebagai sumber pembelajaran
·
Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap
pembelajaran sendiri
·
Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran ke situasi
lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan
pergaulan
Peranan Guru
·
Menentukan objektif pembelajaran
·
Menyesuaikan gaya pengajaran guru dengan gaya
pembelajaran murid
·
Menyediakan pelbagai teknik dan aktiviti untuk
menjalankan pengajaran dan
pembelajaran
·
Memilih bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
·
Berbincang dengan murid
·
Menilai secara formatif dan sumatif dan merekodkan
pencapaian murid
·
Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya
Peranan Murid
·
Mengenal pasti kecenderungan gaya pembelajaran
·
Menilai keupayaan diri untuk belajar dan mengambil tindakan
seterusnya
·
Menetapkan matlamat dan diharapkan dapat menjayakannya
·
Berbincang dengan guru sama ada matlamat yang ditetapkan
mampu dicapai
atau tidak
·
Merancang pembelajaran secara terperinci
·
Melaksanakan perancangan
·
Melaporkan kemajuan pencapaian
·
Berbincang dengan rakan sebaya dan guru tentang tugasan,
kerja projek, dan
penguasaan kosa kata
·
Membuat refleksi dan menilai pencapaian
·
Memberikan ganjaran atas kejayaan sendiri
Kemahiran Belajar
·Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk
menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan
kehidupan.
·Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran
- Mendengar
- Membaca
- Mencatat
nota
- Menulis
- Mengingat
i.
Kemahiran
Mendengar
·
Sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia
·
Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana
melibatkan kefahaman
dan
pemprosesan maklumat yang didengar
·
Kemahiran mendengar melibatkan
-
Perkara yang didengar
-
Sebab perlu mendengar
-
Penyampai yang didengar
-
Cara mendengar dengan berkesan
-
Cara meningkatkan kemahiran mendengar
ii.
Kemahiran
Membaca
· Penting untuk mendapatkan maklumat,
pengetahuan, dan fakta tentang
sesuatu
perkara
· Proses kompleks yang melibatkan proses
komunikasi antara pembaca
dengan penulis melalui tulisan yang dibaca
·
Empat jenis gaya bacaan:
1.
Skimming / Luncuran
- Kemahiran membaca untuk mendapatkan
maklumat ringkas dan pantas
tentang sesuatu bahan atau maklumat
- Bertujuan untuk membuat pandangan umum
tentang dokumen dengan
segera
-
Dilakukan dengan cara membaca tajuk, pendahuluan, dan
rumusan
sesuatu bahan atau dokumen atau membaca menggunakan
pergerakan mata yang cepat dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada
bahan yang dibaca
2.
Scanning / Imbasan
-
Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam
daripada skimming
- Antara tujuannya adalah untuk
mendapatkan maklumat tertentu sebagai
jawapan kepada sesuatu persoalan
- Membaca pendahuluan, dan rumusan teks secara
mendalam, membaca kandungan bab dengan pantas sambil
mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakan.
3. Bacaan Intensif
-
Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci
-
Memerlukan penumpuan yang teliti terhadap bahan atau
dokumen yang dibaca
-
Ketekunan dalam pembacaan mesti tinggi
-
Mengambil masa
yang lebih panjang untuk mendapatkan makna perkara
yang dibaca Tujuannya adalah semata-mata untuk
mendapatkan semua maklumat dengan mendalam.
-
Catatan perlu dibuat untuk mengumpul maklumat
4. Bacaan Laju
-
Teknik bacaan
yang memerlukan kebolehan seseorang membaca dengan
laju dan mampu memahami dengan serentak perkara
yang dibaca
-
Tumpuan utama pada idea utama atau isi-isi penting dalam
sesuatu bahan
bacaan
-
Penguasaan bacaan laju banyak membantu
pelajar menggunakan masa
yang terhad
secara optimum, dapat menjimatkan masa dan untuk
memperoleh maklumat tambahan pada kadar yang cepat
iii.
Kemahiran
Mencatat Nota
·
Aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting daripada
bahan yang dibaca,
dilihat atau didengar
·
Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti
kuliah, ceramah,
penerangan, temu duga, dan membaca buku
·
Tujuannya adalah untuk mendapatkan isi-isi penting
sebagai bahan rujukan
iv.
Kemahiran
Menulis
1. Kemahiran Menulis Laporan
·
Perkara-perkara yang berikut perlu diberi pertimbangan
- Memilih
topik sekiranya tidak diberikan
- Mendapatkan
maklumat daripada pelbagai sumber
- Meneliti
dan memilih maklumat yang relevan dengan topik
- Membuat
nota
- Menyediakan
kerangka laporan
- Menulis
draf pertama dan mengenal pasti sumber
- Melengkapkan
laporan dengan jadual, graf, dan bahan grafik
- Menyemak
draf
- Membuat
pemurnian dan menulis draf kedua
- Menerbitkan
laporan
2. Kemahiran Menulis Cepat
·
Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis
dengan kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang lain
·
Kriteria menulis cepat
- Kelajuan
menulis
- Tulisan
yang boleh dibaca
- Kandungannya
difahami
·
Kebaikan menulis cepat
- Dapat
menulis lebih banyak maklumat
- Dapat menjimatkan masa
- Dapat
mengingat kembali fakta atau maklumat dengan cepat
v.
Kemahiran
Mengingat
·
Proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan
penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik
·
Satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut
atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa lama
Jenis Ingatan
·
Ingatan
jangka pendek
- maklumat
tersimpan sebentar sahaja
·
Ingatan
jangka panjang
- maklumat
yang kekal dalam ingatan
Proses
Ingatan
·
Terdapat tiga langkah proses ingatan
1.
mendaftar maklumat hingga boleh dikekalkan dalam ingatan
(enkoding)
2. menyimpan maklumat
3. mengingat kembali maklumat (decoding)
Cara mengingat
·
Mereka cerita
·
Mencipta irama atau lagu
·
Membuat catatan
·
Membuat lakonan
·
Membuat senarai semak
·
Mencipta akronim
·
Membuat rantaian atau berlawan
·
Melakar grafik dan ilustrasi – peta, graf, dan peta minda
·
Mengingat secara kumpulan ( Contoh: nombor telefon)
·
Mengulang
·
Melatih tubi
11.2 Kemahiran Kajian Masa Depan (KMD)
·Satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar
lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau,
masa kini, dan masa depan.
·Murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta
mengendalikan perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum
·Strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan
keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan
·Bertujuan untuk mendidik generasi baharu yang bersedia
menghadapi cabaran dan perubahan
·Akan membantu generasi akan datang menyedari bahawa masa
depan pasti berubah, dan penuh dengan cabaran dan dugaan. Mereka boleh merancang masa depan sesuai
dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia berwawasan, rasional, kreatif,
dinamik, boleh menerima serta boleh menangani perubahan
·Masa depan sukar diramalkan, justeru kita perlu tahu cara
meramalkan masa depan supaya boleh menangani perkara yang akan dihadapi
Rasional Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan (Empat
prinsip)
1. Prinsip Perubahan
·
Perubahan yang pesat dan mendadak dalam bidang teknologi,
industri, ekonomi dan sebagainya berdasarkan pengalaman dahulu tidak semestinya
boleh dijadikan asas untuk membuat keputusan dan merancang
2. Prinsip Pandangan Jauh
·
Pandangan jauh
membolehkan seseorang mengambil langkah-langkah
pencegahan sebelum krisis berlaku. Sekiranya krisis itu masih berlaku,
seseorang masih berupaya menangani perubahan
dan kesan daripada krisis
tersebut
.
3. Prinsip Perancangan Strategik
·
Bayangan dan
andaian tentang masa depan boleh membentuk dan mempengaruhi tindakan kita pada
masa ini. Oleh hal yang demikian,
bayangan dan andaian tersebut boleh digunakan dalam perancangan secara
strategik untuk mencapai masa depan yang diingini
4.
Prinsip Pengupayaan
·
Remaja selalunya
menunjukkan keprihatinan dan kebimbangan tentang masa depan mereka. Mereka perlu dibekalkan dengan kemahiran
perancangan strategik, cara menangani masalah serta cara penyelesaian masalah
kendiri agar mereka tidak dilanda kebimbangan dalam menghadapi perubahan atau
sesuatu yang tidak dijangka.
Objektif
Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan
·
Berfikir secara
kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal masa depan
·
Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan
·
Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa
depan
·
Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa
depan
·
Membina sikap dan nilai tentang masa depan
Faedah kepada murid
·
merangsang murid berfikir
·
menyemai semangat optimistik tentang masa depan
·
menggalakkan murid memahami kesepaduan antara pelbagai
bidang ilmu
·
berupaya menangani dan menyelesaikan isu-isu kritikal
·
menyediakan murid meneroka alam pekerjaan masa depan
·
menyemai keyakinan diri untuk menghadapi masalah dan
membuat keputusan
·
murid berminat dan seronok kerana mereka boleh
mengeluarkan idea dan
pandangan tentang sesuatu tema
Faedah kepada guru
·
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid
·
guru berperanan sebagai fasilitator kerana murid memainkan
peranan sebagai peneroka yang aktif
·
pelbagai gaya pembelajaran seperti lisan, audio,
kinestatik, dan komunikasi berpusatkan murid boleh digunakan.
·
iklim dalam bilik darjah seronok, dan menarik dengan
suasana kreatif serta persekitaran yang boleh merangsang murid untuk belajar
Perancangan seorang guru dalam pengajaran
dan pembelajaran Kajian Masa
Depan
Aspek
yang perlu diambil kira
·
perancangan yang strategik
·
isu dan tema yang relevan
·
berpusatkan murid
·
aplikasi sebagai projek, kerja kokurikulum atau sepanjang
hayat
·
peranan guru sebagai fasilitator
11.3 Kemahiran Berfikir (KB)
·Merupakan proses yang menggunakan minda untuk mencari
makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau
ciptaan, dan membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah, dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif
terhadap proses yang dialami.
·Diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang
memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur,
membaca, dan menulis
·Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan
idea, menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan adalah penting dalam
kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan
·Kemahiran berfikir merupakan operasi yang diskrit dan
ringkas, manakala operasi yang kompleks dan rumit dipanggil proses berfikir
11.3 Kemahiran Berfikir
1.
Kemahiran
Berfikir secara Kritis
1.1
Menganalisis
secara Kritis
Menganalisis Idea
•
membandingkan dan membeza
•
mengelas
•
meneliti perhubungan bahagian-keseluruhan
•
membuat urutan
Menganalisis Hujah
•
mencari sebab dan kesimpulan
•
mengusul periksa andaian
1.2
Menilai
secara Kritis
Menilai Maklumat
•
Menentukan kebolehpercayaan sumber
Menilai Inferens
•
menerangkan sebab
•
membuat ramalan
•
membuat generalisasi
•
menaakul melalui analogi
•
membuat penaakulan bersyarat
•
2.
Kemahiran
Berfikir secara Kreatif
Menjana Idea-Idea Alternatif
•
Menjana kemungkinan-kemungkinan
Mencantum Idea-Idea
•
Mencipta metafora
Proses
Berfikir
(a) Membuat
Keputusan
(b) Menyelesaikan
Masalah
·
Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada dua kategori
yang utama, iaitu
1. Kemahiran
Berfikir secara Kritis
2. Kemahiran
Berfikir secara Kreatif
Kemahiran Berfikir secara Kritis
·
Didefinisikan sebagai kecekapan dan keupayaan menggunakan
minda untuk
menilai
kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan,
kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat
pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah
·
Pemikiran kritis ditakrifkan sebagai penggunaan operasi
berfikir yang asas
untuk
menganalisis, mentafsir dan menilai sesuatu hujah dengan mendalam
·
Hanya terhad kepada penghasilan huraian idea-idea yang
sedia ada sahaja
dan tidak menghasilkan idea-idea baharu
Kemahiran
Berfikir secara Kreatif
·
Didefinisikan sebagai kecekapan atau keupayaan
menggunakan minda untuk
menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang
baharu, asli, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan
·
Pemikiran kreatif ditakrifkan sebagai penggunaan operasi
berfikir yang asas
untuk
mengembangkan atau mencipta idea atau hasil yang baharu, estetik, dan
membina.
·
Ditandai oleh keupayaan melihat sesuatu daripada pelbagai
sudut. Cara ini
digunakan untuk menghasilkan pelbagai kemungkinan,
cadangan, idea dan tindakan
Proses Berfikir
·
Kemahiran membuat keputusan ialah keupayaan minda untuk
memilih satu
pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan untuk
mencapai tujuan atau objektif yang ditentukan berdasarkan kriteria tertentu.
·
Kemahiran menyelesaikan masalah ialah keupayaan minda
untuk mencari
idea-idea dan langkah-langkah alternatif untuk mengatasi
kekurangan atau halangan yang ada bagi mencapai objektif yang dihasratkan
·
Kemahiran membuat keputusan dan kemahiran menyelesaikan
masalah
berperanan sebagai proses terhadap kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif
·
Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti
pengajaran dan
pembelajaran adalah menuju ke arah membuat keputusan atau
menyelesaikan masalah
Model
Kemahiran Berfikir
Kemahiran
Berfikir
|
Kemahiran Berfikir
Secara Kritis
- mencirikan
- membanding dan membeza
- mengumpul dan mengelas
- membuat urutan
- menyusun mengikut
keutamaan
- menganalisis
- mengesan kecondongan
- menilai
- membuat kesimpulan
|
|
Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
- menjana idea
- menghubung kait
- membuat inferens
- meramal
- membuat hipotesis
- mensintesis
- mengitlak
- membuat gambaran
mental
- menganalogi
- mereka cipta
|
Membuat Keputusan
dan
Menyelesaikan Masalah
|
Objektif Mengajar Kemahiran Berfikir
·Dunia memerlukan manusia yang lebih canggih pemikiran,
iaitu manusia yang memiliki kemahiran berfikir pada peringkat tinggi, bijaksana
dan berfikiran cemerlang.
·Sebagai usaha membantu pelajar menguasai
kemahiran-kemahiran kognitif dan metakognitif
·Untuk meningkatkan keupayaan atau kemahiran
pelajar-pelajar berfikir pada tahap tinggi, melalui isi-isi pelajaran dalam
subjek-subjekyang diajarkan di sekolah-sekolah
·Untuk mencapai kemahiran berfikir dalam proses “broad
thinking” seperti penyelesaian masalah, pengkonsepsian dan membuat keputusan.
·Menyediakan pelajar-pelajar yang mahir berfikir secara
menyeluruh
·Menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan
kemahiran-kemhairan kognitif tahap tinggi dalam interaksi mereka dengan
bahan-bahan pembelajaran, guru dan sebagainya
Arahan:
·Sila baca dan fahami tentang kemahiran bernilai tambah
yang dimuatkan dalam tajuk ini.
· Setelah anda menguasai kemahiran bernilai tambah yang
dibincangkan, rancang satu pengajaran yang menerapkan kemahiran-kemahiran
tersebut, seterusnya di amalikan dalam sesi tutorial.
·Sila berbincang dengan rakan anda sekiranya anda masih
kurang faham tentang kemahiran ini dan buat rujukan lanjutan.
info yg sgt2 berguna.....
ReplyDeleteAlhamdulillah, trm kasih.. moga ia membantu kamu..:)
ReplyDeleteapa beza kbt dan kbat? sama tak?
ReplyDeletesorry for the late reply
ReplyDeleteapa yg saya faham,
KBT dan KBAT ni lain..
KBT : kmhiran bernilai tambah - kemahiran yg perlu diterapkan dlm PdP
KBAT : kemahiran berfikir aras tinggi
dalam kbt ada 3 elemen, termasuk kemahiran berfikir, tapi itu yang KBKK-lama punya
saya x pasti KBAT ni dia asing2, atau dia menggantikan KBKK..mgkin boleh buat rujukan lagi