Tajuk
14
|
Penyediaan Rancangan
Pelajaran Semester dan Harian
·
Meneliti spesifikasi kurikulum
·
Membuat pemetaan Hasil Pembelajaran
·
Membina aktiviti dan bahan sokongan
|
Sinopsis
Tajuk ini memfokuskan penyediaan rancangan pelajaran
semester dan harian berdasarkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan
pelajaran. Rancangan pelajaran Bahasa Melayu penting untuk memastikan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Menghuraikan
penyediaan pengajaran tahunan/semester, rancangan pengajaran dan pembelajaran
harian, penyediaan rancangan tahunan dan semester, dan penyediaan rancangan
pengajaran harian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Membincangkan bagaimana mengaplikasikan strategi, kaedah dan teknik pengajaran
dalam
perancangan dan penyediaan rancangan
pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Berdasarkan perancangan
guru akan dapat mengaplikasi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dengan cekap dan berkesan; menyediakan
perancangan pengajaran berasaskan kepada sukatan pelajaran dan memindahkan
kemahiran mengajar dalam pelbagai situasi sebenar.
Antara aspek penting yang sesuai dibincangkan adalah:
·
Meneliti spesifikasi kurikulum
·
Membuat pemetaan Hasil Pembelajaran
·
Membina aktiviti dan bahan sokongan
Hasil
Pembelajaran
3.4 Mengaplikasi
kemahiran menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam aktiviti
pengajaran mikro dan makro.
Kerangka
Konsep
·
Rancangan
Pengajaran Tahunan/Semester
Seseorang
guru perlu peka terhadap kehendak kurikulum bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
Oleh itu anda sebagai seorang guru perlu merancang pengajaran untuk memastikan
kehendak kurikulum dipenuhi. Setiap guru sama ada berpengalaman ataupun tidak, perlu
membuat perancangan yang teliti untuk mencapai kejayaaan dalam pengajarannya.
·
Bincangkan
bersama rakan, perancangan pengajaran yang baik membantu dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
berkesan.
Perancangan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dihasilkan dengan menggunakan
pelbagai kaedah dan teknik pengajaran serta mengaitkan pengalaman murid dengan
apa yang diajar, menggabungjalinkan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah,
meng gunakan pelbagai bahan bantuan mengajar dalam media alam semula jadi,
bahan maujud, media cetak dan media elektronik. Rancangan Tahunan/Semester
adalah berdasarkan takwim minggu persekolahan. Guru perlu menyediakan rancangan
pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi setiap sesi persekolahan sebagai
panduan bagi pelaksanaan P&P. Rancangan Pengajaran Semester/Tahunan perlu
disediakan pada awal tahun atau awal semester sebelum satu-satu sesi
persekolahan bermula. Rancangan pengajaran tahunan merupakan perancangan yang
dibuat untuk tempoh satu tahun atau satu semester bagi satu-satu mata
pelajaran.
Rancangan
tahunan / semester merangkumi :
• Skop
kemahiran bagi setahun yang disenaraikan dalam Huraian Sukatan keluaran
Unit Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Senarai kemahiran-kemahiran.
• Skop pelajaran yang perlu untuk
menguasai kemahiran-kemahiran tersebut.
• Rujukan sukatan pelajaran.
Rancangan ini penting untuk:
• Panduan guru.
• Pencegahan pemesongan topik.
• Memastikan susunan topik-topik teratur.
• Memudahkan guru pengganti mengambil
alih tugas.
• Penyelarasan untuk ujian bulanan dan
semester.
• Semakan topik lalu dan akan datang
adalah mudah.
p/s : sila rujuk RANCANGAN TAHUNAN BAHASA MALAYSIA SK
TAHUN 4
Tugasan:
Sediakan satu
rancangan pelajaran harian berdasarkan rancangan pelajaran semester bagi tahun 4. Aplikasikan RPH tersebut dalam pengajaran anda di dalam kelas.
No comments:
Post a Comment