" Gantunglah azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Wednesday, November 7, 2012

Tajuk 15 : Penyediaan RPH


Tajuk  15


Penyediaan Rancangan Pengajaran dan pembelajaran Harian



Sinopsis
Tajuk ini membincangkan cara penyediaan rancangan pengajaran dan pembelajaran harian (RPH) berdasarkan rancangan pelajaran semester dan sukatan pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah. Berdasarkan perancangan guru akan dapat mengaplikasi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dengan cekap dan berkesan; menyediakan perancangan pengajaran berasaskan kepada sukatan pelajaran dan memindahkan kemahiran mengajar dalam pelbagai situasi sebenar.

Hasil Pembelajaran
3.4       Mengaplikasi kemahiran menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam aktiviti pengajaran mikro dan makro.

Rancangan pengajaran dan pembelajaran harian

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti  pengajaran dan  pembelajaran yang disediakan oleh untuk beberapa waktu pelajaran. Sebelum merancang dan
melaksanakan P&P seseorang guru perlulah:
Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam
Memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai
Merancang pengajarannya
Menentukan strategi P&P
Menyediakan bahan bantu pengajaran
Menyediakan penilaian

Antara kepentingan  RPH ialah:

Menentukan objektif pengajaran tercapai.
Menyakinkan guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
Mengelakkan sebarang penyelewengan daripada aspek yang perlu diajar.
Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa-masa yang diperuntukkan.
Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid.
Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang yang sesuai.
Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penutup dan penilaian.
Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun
dan bersistem.

Komponen-komponen dalam RPH dapat diringkaskan seperti ditunjukkan dalam rajah berikut:


Komponen- komponen dalam RPH



PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
          Mata Pelajaran                     : Bahasa Melayu
            Tahun                                    : 1 UIA
            Tema                                     : Kenderaan
            Tajuk                                      : Kenderaan Kini
            Masa                                     : 60 minit (1 jam)
            Fokus Utama                       : 2.1 Aras 1 (i)
Bercerita menggunakan kata, frasa,, ayat serta  sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
Fokus Sampingan               : 8.1 Aras 2 (i)
          Melengkapkan ayat tunggal dengan perkataan yang sesuai secara berpandu
Objektif                                  : a) Murid dapat menamakan dan menyatakan ciri-                                           ciri  kenderaan.
          b) Murid dapat melengkapkan 8 ayat tunggal   
              dengan perkataan yang sesuai secara berpandu.
 Kemahiran Bahasa             : Mendengar, membaca, dan menulis.
Sistem Bahasa                     : Kosa Kata : kapal terbang, helikopter, kereta,    
                                                   motosikal.
   Kata Adjektif : cantik, besar, kecil, bulat.
Ilmu                                         :  Pendidikan Muzik, Pendidikan Moral.
Nilai                                        :  Berbangga dengan pelbagai kemudahan     pengangkutan di Negara ini, bekerjasama, rajin, kemas, dan berusaha.
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT):
Kemahiran Berfikir              :  Membuat inferens, membuat keputusan,   
                                                   mengkategori.
Kemahiran Belajar              :  Mengumpul, memproses dan melapor.
Kecerdasan Pelbagai         :  Verbal linguistik, visual, interpersonal, muzik dan  
                                                   intrapersonal.
Pengetahuan Sedia Ada   :  Murid pernah menaiki kenderaan.
Medium Utama                    : Komputer, LCD Projektor, cakera padat
Media sokongan                  : teka silang kata, lembaran kerja.

LANGKAH / MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN

Set Induksi
(5 minit)
Pengesanan maklumat yang diperdengarkan
-             Nyanyian lagu “Bapaku pulang dari kota”

1.    Murid ditunjukkan senikata Lagu “ Bapaku pulang dari kota”.
2.    Murid diperdengarkan lagu “ Bapaku pulang dari kota”.
3.    Murid menyanyikan lagu “ Bapaku pulang dari kota” beramai-ramai sambil bertepuk tangan.
4.    Guru menjelaskan tajuk pelajaran pada hari ini

KB:    menghubung kait, inferens.

BCB: mendengar secara aktif.

BBB: cakera padat, computer dan LCD projektor.

(Lampiran B)

Langkah 1
(15 minit)

Menyebut dan mengeja nama kenderaan

- kereta
- bas
- basikal
- motosikal
- kereta api
- lori
- kapal terbang
- helikopter
- kapal
- feri

Mengkelas kenderaan:
-             darat
-             udara
-             air

1.    Murid ditunjukkan dengan tajuk pelajaran hari ini.
2.    Guru memaparkan gambar kenderaan melalui tayangan LCD projector.
3.    Murid diminta menyebut nama kenderaan yang ditunjukkan.
4.    Murid diminta mengeja dan membunyikan nama-nama kenderaan tersebut.
5.    Murid diminta mengkelaskan kenderaan yang ditunjukkan.

KB: menghubung kait, inferens.

BCB: mengumpul, memproses, dan melapor maklumat.

KP: visual, verbal linguistik, interpersonal.

BBB: komputer riba, LCD projector.

Nilai: Berbangga kerana ada banyak kemudahan pengangkutan.

(Lampiran B)

Langkah 2
(10 minit)

Pengesanan tatabahasa

Kata adjektif

- gambar kereta cantik, merah, bulat.
- gambar lori besar, panjang, biru.
- gambar kapal besar, cantik, perlahan.

1.    Murid diberi penerangan tentang kata adjektif.
2.    Murid ditunjukkan dengan beberapa gambar kenderaan.
3.    Murid diminta menyebut kata adjektif berdasarkan gambar kenderaan yang ditunjukkan.

KB: menghubung kait, inferens.

BCB: memproses, dan melapor maklumat.

BBB: komputer riba, LCD projektor.

Nilai: Bekerjasama.

(Lampiran B)

Langkah 3
(15 minit)

Tugasan dalam kumpulan:

- Teka silang kata berkaitan dengan kenderaan.

1.    Murid dibahagikan kepada enam kumpulan.
2.    Guru menayangkan kata silang kata di skrin dan memberi penerangan tugasan yang akan dilakukan dalam kumpulan.
3.    Setiap kumpulan diberi kertas teka silang kata (lampiran)
4.    Dalam kumpulan murid berbincang berdasarkan soalan atau petunjuk yang diberi.
5.    Wakil kumpulan bergilir-gilir mengisi jawapan pada teka silang kata yang dipaparkan di skrin.
6.    Guru member penilaian hasil tugasan kumpulan.

KB: menghubung kait, inferens.

BCB: mengumpul, memproses, dan melapor maklumat.

BBB: kad tugasan.

Nilai: Bekerjasama.

(Lampiran B)

Langkah 4
(10 minit)

Melengkapkan ayat tunggal dengan perkataan yang sesuai secara berpandu.

1.    Murid diedarkan dengan lembaran kerja.
2.    Murid diberi penerangan tentang latihan di dalam lembaran kerja.
3.    Murid membuat latihan di dalam lembaran kerja.

KB: membuat keputusan.

BCB: mengumpul, memproses, dan melapor maklumat.

BBB: lembaran kerja.

Nilai: rajin, kemas.

(Lampiran B)

Penutup
(5 minit)

Rumusan isi pelajaran
Kognitif
- mengetahui pelbagai jenis kenderaan yang terdapat pada masa kini.
Sosial
- sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan

1.    Murid menyebut semula nama kenderaan yang telah dipelajari.
2.    Murid menyebut kenderaan yang digemari.
3.    Murid membuat rumusan tentang pelajaran hari ini.

KB:  membuat keputusan.

Nilai: Berusaha.


2 comments:

  1. Salam, boleh saya tahu KP, KB, BBB, BCB tu adalah singkatan untuk apa dalam ruangan catatan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. KP = Kecerdasan Pelbagai
      KB = Kemahiran Berfikir
      BBB = Bahan Bantu Belajar (digunakan oleh murid)
      BCB = Belajar Cara Belajar

      Delete