" Gantunglah azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Wednesday, November 7, 2012

Tajuk 3 : Kepentingan PJ

TAJUK 3
KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

 SINOPSIS
Tajuk dalam modul ini mendedahkan pelajar terhadap kepentingan Pendidikan Jasmani (PJ) kepada semua peringkat usia yang melibatkan pertumbuhan dan perkembangan fizikal, perkembangan mental, perkembangan emosi dan perkembangan sosial.

 HASIL PEMBELAJARAN
1. Mengetahui kepentingan PJ.
2. Pelajar mampu menghuraikan kepentingan PJ daripada aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan 
    fizikal, perkembangan mental, emosi dan sosial.
3. Pelajar mampu mewujudkan kesepaduan bagi semua aspek berasaskan tiga domain utama dalam PJ iaitu 
    psikomotor, kognitif dan efektif.

 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Kepentingan Dari Segi Kecergasan Fizikal (Psikomotor)

 Pendidikan Jasmani dapat membantu perkembangan diri individu serta memberi penekanan kepada 
    perkembangan fizikal.
Psikomotor
Afektif
Kognitif
 
 Pergerakan fizikal merupakan aspek yang dititik beratkan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani. 
   Perkembangan kecergasan terutama aktiviti yang melibatkan kapasiti aerobik dan kekuatan adalah penting 
    kerana aktiviti tersebut boleh mengurangkan risiko kecederaan dan penyakit-penyakit kronik.
 Biasanya kanak-kanak yang cergas akan dapat mengekalkannya kesihatan yang baik sehingga dewasa.
 Manusia akan terangsang untuk menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi dan terus bergiat cergas sepanjang 
    hayat jika aktiviti itu mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka.
 Pergerakan fizikal merupakan aspek yang dititik beratkan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.   
   Perkembangan kecergasan terutama aktiviti yang melibatkan kapasiti aerobik dan kekuatan adalah penting 
    kerana aktiviti tersebut boleh mengurangkan risiko kecederaan dan penyakit-penyakit kronik. Biasanya 
    kanak-kanak yang cergas akan dapat mengekalkannya kesihatan yang baik sehingga dewasa.
 Manusia akan terangsang untuk menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi dan terus bergiat cergas sepanjang 
    hayat jika aktiviti itu mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka. Oleh itu bagi membina 
    program Pendidikan Jasmani yang akan menjadi amalan se panjang hayat, program yang di rancang 
    haruslah di lihat dapat memberi manaafat sepenuhnya kepada mereka dalam:-
i. Meningkatkan daya tahan otot
ii. Menguatkan sistem kardiovaskular
iii. Mengelakan kecederaan
iv. Meningkatkan kekuatan badan
v. Memberi ketangkasan dan kecergasan tubuh badan
vi. Meningkatkan kadar metabolisma dalam badan
vii.Meningkatkan kesihatan dan mengelakan daripada sebarang penyakit
viii.Dapat menjalankan kehidupan seharian dengan baik dan lancar
ix. Meningkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan lakuan motor
x. Membantu pengembangan diri individu
xi Mempertingkat & mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan & perlakuan motor.

• Menguasai kemahiran asas pergerakan & permainan mengikut kemampuan diri berdasarkan ketiga tunjang 
   pembelajaran.
• Senaman sebagai rutin harian secara berterusan
• Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan & keselamatan semasa menyertai kegiatan fizikal
• Membentuk sahsiah & disiplin diri yang sesuai dengan norma masyarakat.
 
Kepentingan Emosi

• Meningkatkan minat untuk bersukan
• Menghilangkan stress dan tekanan
• Menimbulkan perasaan gembira
• Mengawal emosi
• Boleh mengenali diri sendiri dan boleh menambahkan keyakinan diri yang tinggi
• Boleh membuat keputusan dengan bijak
• Boleh memupuk perasaan sabar
• Meningkatkan semangat pembelajaran seterusnya
• Boleh memahami perasaan orang lain
 
Pertumbuhan & Perkembangan Fizikal
 
Matlamat aktiviti fizikal dalam PJ adalah untuk membina masyarakat PJ membantu perkembangan diri individu
• Memberi penekanan perkembangan fizikal, mental, sosial, mental & emosi.
• PJ dapat mengurangkan risiko penyakit kronik & kecederaan.
• PJ mendatangkan keseronokan dan kepuasan.
• PJ merangsang untuk menyertai aktiviti rekreasi & bergiat cergas sepanjang hayat.
 
 Kepentingan Intelektual

• Membentuk daya pemikiran yang positif
• Melahirkan modal insan yang celik akal
• Menyihatkan kesihatan otak
• Mewujudkan daya berfikir secara kreatif dan kritis
• Mempercepatkan proses pemerolehan maklumat
• Dapat membentuk idea-idea yang bernas
• Dapat berfikir dengan waras
• Dapat meningkatkan kemahiran-kemahiran berfikir
 
Kepentingan Persekitaran Sosial

 Pendidikan Jasmani adalah suatu aliran yang dapat membantu dalam pembangunan sosial seperti 
    menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan masyarakat.
 Dengan kata lain Pendidikan Jasmani berupaya membantu pembangunan sosial individu serta menolong 
    individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat.
 Sifat kepimpinan yang baik melalui Pendidikan Jasmani merupakan medium utama untuk mencapai 
     matlamat sosial.
 Penglibatan dengan aktiviti Pendidikan Jasmani mampu menjadi tapak yang kukuh untuk melibatkan diri 
     dalam aktiviti kemasyarakatan seperti melakukan kerja berkumpulan, yang boleh diperolehi melalui 
     permainan berpasukan.
• Mengeratkan hubungan antara pelajar dengan pelajar, guru dengan guru dan guru dengan pelajar sentiasa 
   baik
• Menjalinkan hubungan antara sekolah dengan sekolah yang lain
• Mewujudkan komunikasi yang positif
• Meningkatkan kualiti hidup
• Mewujudkan persekitaran yang sihat
• Menggalakan masyarakat untuk menyertai aktiviti rekreasi
• Menggalakan gaya hidup sihat
• Memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan
• Mengurangkan masalah sosial melalui aktiviti bersukan
• Membantu membina hubungan yang sihat
 
Kepentingan Pendidikan Jasmani dalam kurikulum sekolah

 Membangun dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan murid
 Membangunkan kemahiran pergerakan asas murid.
 Memberi kefahaman kepada murid tentang keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti.
 Memberi peluang dan ruang kepada murid mengenali dirinya.
 Menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hidup.
 Mengetahui isu-isu berkaitan Pendidikan Jasmani dan sukan yang boleh memperbaiki dan 
    mempengaruhi gaya hidup.
 
Kepentingan PJ dari segi Afektif

 Pembangunan afektif melibatkan sikap, emosi, apresiasi dan nilai.
 Pendidikan Jasmani perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf 
    sumbangan, kepentingan menjaga kesihatan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap 
    positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan 
    sewaktu aktiviti fizikal.
 Kecergasan boleh membantu murid mengawal emosi kerana tubuh badan yang cergas berupaya 
    membantu mengawal perasan dan berupaya mengenalpasti cara mengawal atau melepaskan perasaan. 
    Kecergasan dapat merangsang individu berfikiran positif dan rasional. Keadaan ini boleh melahirkan 
    individu yang seimbang dan berfikiran positif dalam menangani sebarang situasi.
 Dapat menerapkan nilai murni iaitu menanam sifat kesedaran, kefahaman, keyakinan, kesyukuran, 
    semangat cintakan nilai, menghormati kebaikan dan membenci keburukan, membentuk sikap positif 
    kepada agama, bangsa dan negara, mempunyai displin kendiri, mencapai kecemerlangan dan bertugas 
    dengan penuh dedikasi.

 Dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, nilai murni yang biasa diterapkan adalah seperti 
     berikut:
(i) Berdikari
(ii) Bekerjasama
(iii) Menepati masa
(iv) Sabar
(v) Bersyukur
(vi) Cintakan Negara
(vii) Bersikap positif

 Sebagai pengajar, nilai yang baik harus ditunjukkan sama ada bersemuka atau tanpa bersemuka dengan 
    pelajar. Pengajar mestilah menunjukkan sifat-sifat seperti berikut:
(i) Menepati masa
(ii) Bersopan santun
(iii) Peka terhadap masalah pelajar
(iv) Sentiasa berobjektif
(v) Mempelbagaikan Kaedah Pengajaran
(vi) Memberi peluang kepada pelajar untuk berbincangan
(vii) Sentiasa memberi dorongan kepada pelajar dalam apa situasi sekalipun
(viii) Bersedia menerima temujanji dengan pelajar
(ix) Sabar
 
SOALAN 3 :
Bagi meningkatkan pengetahuan, anda digalakkan membaca dan mengumpul maklumat dari bahan bacaan berkenaan :
1. Kepentingan Pendidikan Jasmani,
2. Kepentingan Pendidikan Jasmani daripada aspek pertumbuhan dan perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial.

P/s :: kalau nak hurai kepentingan PJ dari segi point2 ni pun boleh..
1. Kecergasan
2. Kemahiran
3. Kesukanan
4. Nilai
5. Aplikasi
-hurai la apa yang murid dapat dalam kelima point diatas, kaitan dengan FPK

No comments:

Post a Comment

Post a Comment