" Gantunglah azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Friday, August 3, 2012

~::Cantiknya Seorang Wanita..::~

 Cantiknya wanita itu,
bukan kerana ramainya lelaki yang memujamu..

Cantiknya wanita itu,
bukan kerana cantik dan mahalnya pakaian yang menutup auratmu..

Cantiknya wanita itu,
bukan kerana manjanya nada suaramu..

Cantiknya wanita itu,
bukan kerana kelembutan yang bukan pada tempatmu..

Cantiknya wanita itu,
bukan kerana keberanian yang salah di sisi agamamu..

Namun Akhawatku Sayang,
Cantiknya wanita itu terletak
pada bibirmu yang selalu berzikir,
pada mukamu yang bersinar dengan cahaya wudhu',
pada hatimu yang penuh rahmah dan taqwa,
pada pendirianmu yang tak goyah &
memperjuangkan agamamu...
::smg kita semua dipermudahkan dan mampu beristiqamah dlm usaha menjadi wanita yang cantik..amin..::

~Pengembara Nu'man~

~::Memilih Atau Dipilih..::~

"Kita hidup memiliki dua pilihan iaitu Memilih atau Dipilih ...
Jika kamu Memilih ... pilihlah yang terbaik buat kamu ...
Dan jika Dipilih maka jadilah yang terbaik buatnya ...
Dan jangan pernah melihat seseorang dari fizikalnya ...
Kerana suatu saat fizikal itu pasti akan berubah seiring berjalannya waktu....tapi lihatlah seseorang itu dari hati dan sifatnya.."
 ~Pengembara Nu'man~