" Gantunglah azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Sunday, September 16, 2012

Awas,,,!

Awas,
kami muslimah bukan tidak berperasaan,
cumanya kami tidak mahu dianggap terlebih perasan.
Tidak!
Kami bukan murahan,
yang kalian anggap 
boleh terpikat dengan usikan kalian semudah-mudahnya.. =)



Wednesday, September 5, 2012

PAV diperluas ke 150 buah sekolah mulai 2014

Kuala Lumpur: Program Asas Vokasional (PAV) khusus untuk pelajar Tingkatan Satu yang mendapat keputusan kurang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dilaksana sepenuhnya mulai 2014, membabitkan 4,500 pelajar.

Ia lanjutan kejayaan projek rintis PAV di 15 sekolah terpilih bermula awal tahun ini yang mendapat sambutan menggalakkan ibu bapa, termasuk pelajar berminat menyambung sesi persekolahan dalam bidang vokasional.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata usaha sedang dilakukan untuk memperlengkapkan kemudahan prasarana seperti kelas dan alat pembelajaran supaya perluasan ke 150 sekolah dapat dilaksana.

Usaha sedang dilakukan untuk memperlengkapkan kemudahan prasarana seperti kelas dan alat pembelajaran supaya perluasan ke 150 sekolah dapat dilaksana”. - Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran
Kurang tenaga pengajar

Katanya, kementerian juga sedang membuat permohonan bagi mendapatkan tenaga pengajar yang masih kurang, khususnya bagi mengajar PAV.

“Tahun ini Kementerian Pelajaran Malaysia membelanjakan kira-kira RM29 juta untuk menambah alat dan kelengkapan di 150 sekolah, manakala tambah ruang dilaksanakan tahun depan.

“Dari segi pemilihan pelajar, ketika ini kita utamakan pelajar yang amat memerlukan iaitu kurang baik pencapaian dalam akademik supaya mereka boleh tumpu kepada bidang kemahiran,” katanya kepada BH, semalam.
Program PAV yang dirangka khusus untuk pelajar menengah rendah berusia 13 hingga 15 tahun antara lainnya bertujuan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Pelajar di Tingkatan Satu akan diajar enam bidang asas vokasional antaranya kejuruteraan, pertanian dan ekonomi rumah tangga, manakala pengkhususan dalam 20 bidang pilihan boleh dibuat apabila berada di Tingkatan Dua.

Melalui PAV juga, pelajar ditawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap dua apabila menamatkan pembelajaran Tingkatan Tiga sebelum boleh memilih sama ada mahu ke alam kerjaya atau menyambung pengajian di Giat Mara, Institut Latihan Perindustrian (ILP) atau Kolej Vokasional.

sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PAVdiperluaske150sekolahmulai2014/Article/index_html