Tajuk 12
|
Pengaplikasian Kemahiran
Bernilai Tambah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
·
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
·
Kemahiran Kecerdasan Pelbagai
|
Sinopsis
Tajuk ini
mengemukakan dua lagi kemahiran bernilai tambah yang dapat membantu guru dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dua Kemahiran Bernilai Tambah yang dibincangkan
dalam tajuk ini ialah:
·
Kemahiran
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
·
Kemahiran
Kecerdasan Pelbagai (KP)
Hasil Pembelajaran
3.. Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.
Kemahiran
Bernilai Tambah
Nota ringkas:
12.1 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK)
·Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran
bermaksud menggunakan TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan
kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
·Perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat
menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima
e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan
mengakses maklumat melalui internet.
Objektif TMK dalam pembelajaran
·
Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap
pelajaran
· Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid
yang pelbagai keupayaan
·
Meningkatkan motivasi murid
·
Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)
·
Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperoleh
· Membolehkan murid mengumpul maklumat yang memerlukan masa
yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh
·
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
mencabar
·
Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang
sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa
·
Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
· Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan
dengan bimbingan yang minimum
·
Meningkatkan kemahiran TMK
12.2 Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KP)
· Merangkumi kecerdasan verbal-linguistik,
logik-matematik, muzik, kinestatik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal,
dan naturalis.
·
Oleh hal yang demikian, guru
perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya
pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap
individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza
i.
Kecerdasan
Verbal- Linguistik
· Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir
menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan sama ada dalam
bentuk lisan atau penulisan.
· Mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat
serta suka pada makna yang kompleks
·
Mudah mengingati maklumat dan boleh meyakini orang lain
·
Contoh aktiviti :
menulis karangan, sajak, puisi, pantun dan memberi ucapan
ii.
Kecerdasan
Logik- Matematik
·
Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini
membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir
secara konseptual dan abstrak.
·
Indiidu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh
menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah
serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan
menggunakan komputer dengan cekap
·
Contoh aktiviti : menaakul, kiraan, dan membuat analisis
iii.
Kecerdasan
Muzik
· Membolehkan seseorang mengesan bunyi tanpa lisan, muzik
serta irama yang terdapat di persekitaran
· Seseorang dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen
muzik serta dapat bermain alat muzik, dan menghafal lirik muzik
· Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh
menggubah rentak dan tempo dengan mudah
· Contoh aktiviti : mencipta lagu, menyanyi, menikmati
muzik, dan berpuisi dengan iringan muzik
iv.
Kecerdasan
Kinestetik
· Kebolehan menggunakan tubuh badan untuk menghuraikan
idea-idea dan perasaan, serta menyelesaikan masalah.
· Kemahirannya termasuk koordinasi, fleksibiliti,
kepantasan gerak geri, dan perimbangan tubuh badan
· Contoh aktiviti :
pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lakonan
v.
Kecerdasan
Visual-Ruang
· Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang,
warna, dan garisan serta kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara
grafik
· Seseorang itu dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan
bayangan serta secara tiga dimensi, berkebolehan menceritakan dan menggambarkan
pengalaman yang pernah dilalui, dan bijak menghubungkaitkan antara objek dan
ruang
·
Contoh aktiviti : mencorak, melukis, mengukir, dan
melakar jalan cerita
vi.
Kecerdasan
Intrapersonal
·
Kebolehan memahami diri sendiri, dari segi kekuatan dan
kelemahan, hasrat dan kehendak termasuk kemahiran mengesan persamaan atau
perbezaan persepsi individu.
· Kecerdasan ini membantu individu menangani perasaan serta
mengawal kemarahan dan kesedihan
· Contoh aktiviti : menulis tentang diri sendiri, dan
menulis puisi tentang diri sendiri
vii.
Kecerdasan
Interpersonal
·
Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta
hasrat orang lain
·
Dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama
dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah
·
Contoh aktiviti : Menulis secara kolaboratif, dan
perbincangan
viii.
Kecerdasan
Naturalis
·
Kebolehan mengenal dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan
galian
· Banyak menggunakan masa di luar dan gemar mendengar
bunyi-bunyian yang terdapat di sekeliling
· Sensitif terhadap alam sekitar dan dapat
menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna
· Contoh aktiviti : lawatan, kerja lapangan, dan membaca,
mengkaji serta mengkategorikan flora dan fauna
Kepentingan
Kemahiran Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran
·
Petunjuk kepada
potensi murid
·
Mempelbagaikan
cara penilaian
·
Mewujudkan suasana
kolaboratif di sekolah
·
Membangunkan bakat
dan kebolehan murid
·
Membangunkan
bidang akademik dan kokurikulum murid
·
Menjadi petunjuk
kepada guru untuk merancang pengajarannya
·
Membolehkan guru
menjalankan pengajaran mengikut lapan kecerdasan
·
Menyokong
pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan FPK
dan
keperluan murid
Arahan:
·
Sila baca dan fahami konsep Kemahiran TMK dan Kecerdasan
Pelbagai
·
Aplikasi Kemahiran TMK dan Kecerdasan Pelbagai dalam kelas
tutorial anda.
·
Anda dikehendaki bersedia
untuk melaksanakan tugasan tersebut
No comments:
Post a Comment