" Gantunglah azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Wednesday, November 7, 2012

Tajuk 5 : Kriteria Pemilihan Aktiviti PJ

TAJUK 5
KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI

 SINOPSIS
Tajuk dalam modul ini memperkenalkan pelajar kepada kriteria dan cara-cara pemilihan aktiviti PJ dari aspek prasarana, peralatan, kepakaran dan perkembangan murid serta sosial budaya setempat.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Pelajar dapat membuat pemilihan yang terbaik dalam membuat perancangan pengajaran harian PJ 
    berdasarksan faktor-faktor seperti kemudahan, peralatan, kepakaran dan sebagainya.
2. Pelajar mampu membuat pemilihan aktiviti yang bersesuaian berasaskan berdasarksan faktor-faktor 
    seperti kemudahan, peralatan, kepakaran dan sebagainya.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani sama juga dengan mata pelajaran lain, memerlukan perancangan yang teliti dan teratur untuk manghasilkan penyampaian yang berkesan.Terdapat juga faktor-faktor lain yang perlu diambil kira untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Faktor-faktor yang terlibat adalah seperti berikut:

KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PJ
KEPAKARAN GURU
PRASARANA
PERALATAN
KEWANGAN
SOSIO BUDAYA TEMPATAN
PENTADBIRAN

1. Kepakaran guru
Salah satu kriteria penting yang perlu diambil berat semasa membuat perancangan pengajaran Pendidikan Jasmani ialah kepakaran guru. Dengan adanya perancangan yang baik tetapi tanpa tenaga pengajar yang berkemahiran dan kebolehan objektif pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dicapai.Tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berpengalaman dapat memelaksanakan aktiviti pengajaran dengan baik dan dapat menyelesaikan masalah dengan mudah jika timbulnya sebarang masalah semasa pelaksanaan.Oleh itu adalah penting pihak pentadbir dan guru perlu membuat pilihan aktiviti berdasarkan kepakaran yang ada di sekolah.
2. Prasarana
Prasarana disini bererti kemudahan seperti padang, gelanggang, dewan, gimnasium dan lain-lain. Semasa membuat perancangan aktiviti Pendidikan Jasmani faktor kemudahan perlu dititikberatkan sebab ia merupakan faktor yang akan mempengaruhi perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Sebarang kekurangan dari segi prasarana akan menjejaskan perancangan guru.

3. Peralatan
Perkara yang sama penting semasa membuat perancangan aktiviti Pendidikan Jasmani ialah aspek peralatan. Alatan-alatan yang dipilih mestilah cukup untuk bilangan pelajar semasa melaksanakan aktiviti, selamat untuk digunakan dan sesuai dengan tahap kebolehan dan umur pelajar. Peralatan yang tidak sesuai adalah merbahaya kepada pelajar.

4. Kedudukan kewangan sekolah
Faktor kewangan amat penting dan sangat mempengaruhi pemilihan aktiviti Pendidikan jasmani.Sekolah yang mempunyai masalah kewangan biasanya menghadapi masalah dari segi kemudahan dan peralatan juga. Dengan ketiadaan atau kekurangan kemudahan dan peralatan ia akan menjejaskan perancangan.

5. Sosio budaya tempatan
Semasa membuat pilihan aktiviti Pendidikan Jasmani, guru-guru perlu peka dengan sosio budaya tempatan. Aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mengikut atau bersesuaian dengan sosio budaya tempatan. Langkah ini penting untuk menentukan pihak sekolah mendapat sokongan daripada pihak masyarakat tempatan dan ibubapa.

6. Pihak pentadbiran
Seperti yang diketahui faktor kepakaran guru, kedudukan kewangan dan prasarana memainkan peranan yang penting untuk menentukan pilihan aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah.Tetapi tidak dapat dinafikan pihak yang akan mempengaruhi keputusan yang di buat akhir sekali adalah pihak pentadbir.

SOALAN 5 :
Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan aktiviti Pendidikan Jasmani semasa membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

P/s ::: boleh juga guna point2 kat atas ni kalau soalan tanya apakah yang menjadi halangan kepada guru PJ dalam merealisasikan hasrat FPK.. boleh la tambah point minat murid. Kepakaran guru tu boleh la olah jadi kekurangan atau ketiadaan guru opsyen di sekolah :) 

2 comments:

  1. blog terbaik,,padat dengan maklumat..tapi maklumat ni berdasarkan proforma ke??

    ReplyDelete
  2. terima kasih...
    yup..
    tapi ni mungkin x seberapa.. papepun, moga dapat membantu... tq 4 visiting here!

    ReplyDelete