" Gantunglah azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Wednesday, November 7, 2012

Tajuk 2 : Komponen Pengajaran


Tajuk 2


Komponen Pengajaran :
·               Penggunaan Papan Tulis
·               Pengelolaan Bilik Darjah
·               Penutupan dan Membuat Kesimpulan


Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui  tentang komponen pengajaran.  Terdapat tiga kemahiran yang dimuatkan dalam tajuk ini, iaitu kemahiran
·                    penggunaan papan tulis,
·                    pengelolaan bilik darjah, dan
·                    penutupan dan membuat kesimpulan.
Ketiga-tiga kemahiran yang tersebut amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. supaya  hasil pembelajaran dapat dicapai dengan berkesan.

Hasil Pembelajaran
1.         Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-makro,   Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik darjah.

2.1       Kemahiran Penggunaan Papan Tulis
            Terdapat beberapa jenis papan tulis.  Antaranya adalah seperti yang berikut :
·         Papan Hitam
·         Papan Putih
·         Papan Gulung
·         Papan Planner
·         Papan Magnetik

            Prinsip Penggunaan Papan Tulis di Bilik Darjah
·                kebersihan
·                keteraturan
·                kejelasan
·                ketepatan
·                keberkesanan

            Langkah-langkah Penggunaan Papan Tulis di Bilik Darjah

§  Memastikan kebersihan papan tulis  pada awal dan selepas pengajaran dan pembelajaran
§  Menulis butiran pelajaran pada bahagian atas papan tulis – mata pelajaran, tajuk pelajaran, tajuk latihan, tarikh dan sebagainya
§  Menggunakan alat tulis yang sesuai,  dan berwarna-warni jika perlu.

Langkah Penggunaan Papan Tulis di Bilik Darjah
§  Membahagikan papan tulis  kepada dua bahagian  agar  fokus murid tidak terlalu luas
§  Menulis dengan kemas, teratur, tepat, dan diikuti dengan penjelasan atau penerangan  yang berkaitan
§  Elakkan daripada bercakap mengarah papan tulis sewaktu menulis pada papan tulis
§  Pastikan  semua murid  telah selesai melaksanakan aktiviti penulisan  yang diberi  sebelum  mengganti atau memadam penulisan terdahulu.

2.2       Pengelolaan Bilik Darjah
Konsep Bilik Darjah

·         Tempat murid menghabiskan sebahagian masa persekolahannya
·         Suasana bilik darjah menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
·         Susunan bilik darjah mengawal pembelajaran, perhubungan guru-murid, murid-murid, dan keseronokan berkerjasama.

Jenis-Jenis Bilik Darjah

·         Biasa (Tradisi)
·         Bercantum
·         KBSR/KBSM
·         Mata Pelajaran Khas
·         Multimedia
·         Bestari
·         Terbuka

Ciri-ciri Bilik Darjah Terbuka (Stephens)

·         Pengajaran menggunakan  kaedah kumpulan/ perbincangan biasa digunakan.
·         Pelbagai aktiviti  dijalankan  serentak
·         Jadual anjal mudah diubah
·         Banyak ABM/BBM  digunakan
·         Murid berpeluang membuat keputusan
·         Murid bebas bergerak/ bekerjasama
·         Murid bebas mengkaji  mengikut minat
·         Penyerapan dan penggabungjalinan
·         Kaedah dapatan / uji kaji diutamakan
·         Kumpulan pembelajaran mudah bentuk berdasarkan minat dan akademik., keperluan intelek, emosi dan sosial diutamakan untuk pembentukan sikap positif
·         Pemberian markah / gred minimum
·         Perhubungan guru-murid, murid-murid adalah jujur dan terbuka.


Peranan Guru dalam Bilik Darjah

·         Memberi panduan dan galakan / pakar  kaedah pengajaran
·         Pengajar / pakar mata pelajaran
·         Pengantara masyarakat dan kebudayaan / wakil masyarakat
·         Menentukan peraturan
·         Melaksanakan aturan biasa
·         Penghubung  antara sekolah  dengan  masyarakat
·         Contoh dan teladan kepada  murid
·         Pengadil tingkah laku
·         Pendisiplin / penyelia
·         Pengganti ibu bapa
·         Kerani
·         Kaunselor


Guru sebagai  Pengurus Bilik  Darjah

·         Guru memainkan peranan sebagai pengurus
·         Mengurus rutin bilik darjah, murid-murid  menjalankan tugas ikut jadual bertugas
·         Mengurus bilik darjah menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran
·         Mengurus sukatan pelajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan.

Guru  sebagai Perancang

·         Kejayaan guru sebagai pengajar bergantung pada perancangan mengajarnya
·         Kemahiran merancang merupakan prasyarat untuk  mencapai objektif  pengajaran dan pembelajaran
·         Perancangan yang baik menjamin kejayaan  pengajaran dan pembelajaran


Ciri-ciri Kemahiran Merancang

Kemahiran merancang boleh dikenal pasti daripada ciri-ciri perancangan yang berikut :

·         Pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid
·         Isi pelajaran dalam rancangan mengajar disusun daripada mudah kepada  kompleks, bermakna, relevan, dan menarik.
·         Rancangan mengajar  harus memasukkan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM)
·         Utamakan pendekatan berpusatkan murid
·         Rancangan mengajar harus disusun mengikut langkah pengajaran dan pembelajaran yang lengkap


Guru sebagai Pengelola

Elemen  Kemahiran  Mengelola

Tujuan utama mengajar adalah untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran

·         Keberkesanan pengajaran bergantung pada kebolehan menggunakan kemahiran
                  mengajar  yang berjaya dan memudahkan aktiviti pembelajaran murid-murid.
       
Dua Fungsi Utama Pengajaran
·         Merangsang pembelajaran. Mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan.
·         Pembelajaran  hanya berlaku atas usaha sendiri, mengikut objektif

Dalam bilik darjah  tugas pengajar membekalkan motivasi untuk merangsang / menimbulkan / menggerakkan  murid-murid  belajar.





Pengajaran Motivasi Pembelajaran

Pengurusan Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran

·         Menyediakan ruang untuk aktiviti kumpulan/simulasi di samping aktiviti pembelajaran  secara kelas.

·         Pastikan sudut  dan ruang itu dikelola dalam keadaan yang kemas, teratur, selamat, kondusif dan dilengkapkan dengan bahan-bahan yang sesuai.


Pengurusan Rutin Bilik Darjah

Tugas guru meliputi 3 bidang utama


  1. Penyediaan, Pentafsiran dan Penyimpanan Rekod
·         Rekod Pendaftaran Murid
·         Buku Jadual Kedatangan
·         Buku Kemajuan Murid
·         Kad Himpunan 001 dan 002
·         Rekod Kutipan Yuran


  1. Penyediaan Pelaksanaan Rutin Bilik Darjah

·         Rutin bilik darjah merujuk pada aktiviti pengurusan bilik darjah yang hendak dilakukan pada setiap hari persekolahan
§  Menanda jadual kedatangan
§  Menyemak keadaan fizikal  bilik darjah
§  Menyusun kerusi meja
§  Mengutip yuran
                                     
Pelaksanaan Tugas-tugas Lain

·         Pengurusan Skim Bantuan Buku Teks untuk murid-murid

·         Menguruskan biasiswa, Skim Amalan Makanan dan Pemakanan serta Projek Susu  Sekolah 

  1. Pengurusan Keadaan Fizikal Bilik Darjah

·         Berkaitan dengan penyusunan kerusi meja murid, alat-alat, ruang sudut bacaan, dan pengajaran dan pembelajaran, serta kebersihan bilik darjah
           
·         Tujuan pengurusannya untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa serta keadaan fizikal bilik darjah yang kemas , bersih, dan teratur.


Antara kerja-kerja yang boleh dilakukan oleh murid-murid ialah :

·         menyapu lantai dan beranda
·         membersihkan papan tulis / menyusun kerusi meja
·         mengemas ruang dan sudut pembelajaran
·         susun bahan bacaan di sudut bacaan
·         menghias dan menjaga alat yang dipamerkan
·         menjaga penggunaan kipas dan lampu

·         mengelap cermin tingkap dan menghias meja guru.


Pembahagian kerja kepada murid-murid untuk menjaga kebersihan bilik darjah

·         Murid-murid dapat dilatih untuk berkerjasama dan bertanggungjawab terhadap kekemasan dan kebersihan bilik darjah
·         Menanam sikap rasa bangga terhadap tugas mereka menjaga kebersihan bilik darjah
·         Kebersihan bilik darjah dapat menjamin kebersihan murid-murid
·         Bilik darjah yang bersih mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai dengan murid dan interaksi antara murid dengan murid dapat dipermudahkan dengan susunan kerusi meja yang teratur

Pengurusan bilik darjah yang berkaitan dengan disiplin yang baik adalah seperti yang berikut:

·         mengawal peraturan-peraturan bilik darjah
·         mengawal aktiviti kumpulan
·          mengawal murid bermasalah


Guru sebagai Pengarah

Elemen Kemahiran  Mengarah

·                     Mengarah murid-murid menjawab soalan guru
·                     Mengarah mendengar, membaca, menulis, dan mengira
·                     Mengarah membentuk kumpulan
·                     Mengarah menguruskan tugas harian bilik darjah
·                     Mengarah menjalankan aktiviti pembelajaran
·                     Mengarah mematuhi peraturan, disiplin  bilik darjah, dan sebagainya


Guru sebagai Pengawal

·                     Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus mewujudkan suasana
sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang  baik dan keadaan kelas yang kondusif  serta sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

·                     Mewujudkan suasana dan  keadaan yang membolehkan murid-murid mengikut
            pelajaran tanpa sebarang gangguan




Perkaitan Elemen  Bilik Darjah dengan  Aktiviti Penilaian

·                     Aktiviti penilaian merupakan salah satu aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran

·                     Meliputi usaha menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan bahan-bahan pengajaran

Keberkesanan penilaian boleh ditinjau dari aspek yang berikut :

1.    Keberkesanan pengajaran dinilai berdasarkan penggunaan strategi, kaedah, dan teknik mengajar

  1. Keberkesanan pembelajaran  dinilai berdasarkan prestasi murid-murid dalam aktiviti
pembelajaran.

  1. Keberkesanan bahan-bahan pengajaran dinilai dari aspek penggunaan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran


Dapatan penilaian akan membolehkan guru :

·                     Merancang pengubahsuaian yang perlu untuk membaiki pengajarannya

·                     Merangka strategi baharu untuk membantu murid yang menghadapi masalah
            pembelajaran,  khasnya murid yang gagal menguasai kemahiran yang diajarkannya

·                     Mengubah suai atau menukar bahan-bahan pelajaran supaya lebih sesuai digunakan.


Ciri-Ciri Kemahiran Menilai

Boleh dikenal pasti daripada ciri-ciri penilaian yang tepat dalam proses pengajaran seperti yang berikut:

·                     Aktiviti soal jawab sering digunakan untuk membuat penilaian
·                     Guru boleh menggunakan hasil penilaian untuk membantu murid-murid membetulkan
            kesalahan yang berlaku dengan serta-merta

·                     Hasil penilaian pula dapat membantu guru mengesan pencapaian objektif pelajaran
            serta membaiki pengajaran guru


Perkaitan Elemen Pengurusan dengan Guru sebagai Perancang, Pengelola, dan Penilai

  • Perlakuan mengajar dari segi perancangan
  • Perlakuan mengajar guru dari segi perlaksanaan
  • Perlakuan mengajar guru dari segi penilaian


Peranan Guru  Dalam dan Luar Bilik Darjah

  • Merancang aktiviti pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi yang sesuai.
  • Penggerak pembelajaran dengan membimbing murid supaya berusaha belajar secara individu atau kumpulan

  • Pengurusan bilik darjah seperti rutin bilik darjah dan  peralatan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang  sesuai

  • Sebagai ibu bapa kepada murid-murid, menjaga keselamatan dan kebajikan, membantu murid-murid  menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian daripada keluarga mereka
  • Bertanggungjawab menjaga disiplin murid-murid serta membantu membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat
  • Tingkah laku guru menjadi contoh (model) teladan kepada murid-murid.  Nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa murid-murid
  • Pembimbing dan kaunselor dengan memberi nasihat dan bantuan kepada murid-murid yang menghadapi masalah dalam proses pembelajaran atau masalah peribadi
  • Penasihat dalam aktiviti kokurikulum dengan membimbing menjalankan aktiviti persatuan, kelab, permainan atau unit beruniform mengikut rancangan sekolah.
  • Membantu pentadbir sekolah menjalankan tugas yang diagihkan oleh Guru Besar / Pengetua.

·         Memeriksa buku kerja murid, kertas ujian dan peperiksaan, berdasarkan hasil pemeriksaan menilai prestasi murid. Mengenal pasti kelemahan dan  merancang aktiviti pemulihan.          
                                                                                   
  • Menyediakan kertas soalan, merekod markah ujian, mengisi keputusan peperiksaan dalam buku kemajuan

  • Mengikuti kursus peningkatan keilmuan profesionalisme keguruan untuk meningkatkan mutu pengajaran

  • Pegawai perhubungan antara Guru Besar/pengetua dengan murid-murid dan antara pihak sekolah dengan ibu bapa


Kesimpulan

·         Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah tidak dapat dipisahkan daripada elemen pengurusan asas, iaitu merancang, mengelola, mengarah, dan mengawal.

  • Guru sebagai pengurus bilik darjah yang berkesan hendaklah menguasai semua kemahiran tersebut dan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara sistematik, licin dan lancar serta mencapai objektif


2.3       Kemahiran Penutupan  / Kemahiran Penutupan
§  Bahagian  penutupan merupakan bahagian terakhir sesuatu  pembelajaran
§  Langkah memberi  penumpuan  perhatian  pada  penyelesaian  satu-satu tugas  atau  pembelajaran  tertentu
§  Kemahiran penutupan  juga merupakan  satu kemahiran  atau  cara yang berkesan untuk guru mengakhiri pengajarannya setelah semua komponen pelajaran yang dirancang pada satu-satu sesi pembelajaran telah selesai dilaksanakan.

     Tujuan Merancang Penutupan yang Berkesan
·         Menarik perhatian murid terhadap penutupan pengajaran
·         Meninjau pemahaman pembelajaran
·         Mendapat gambaran terhadap keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran
·         Menyatukan dan mengukuhkan pembelajaran
·         Memenuhi fungsi penutupan

Jenis Penutupan
  • Kesimpulan  Kognitif 
Tindakan menyimpulkan semula perkara yang telah dipelajari yang bertujuan mengukuhkan  pemahaman  terhadap  bahan pelajaran  yang telah disampaikan  kepada pelajar  dan untuk  menarik tumpuan terhadap bahagian-bahagian  penting dalam pelajaran.

  • Kesimpulan  Sosial 
Melibatkan tindakan  perasaan pencapaian kepada  pelajar.  Guru memberi  galakan  dan keyakinan  kepada  murid  agar  terus mencuba  sekalipun  murid mungkin  gagal  menguasai pelajaran yang berkenaan.  Kesimpulan  sosial  biasa  digunakan  selepas satu siri  pembelajaran  yang agak teratur.

      Objektif  Kemahiran Penutupan
  • Dapat  membuat rumusan dan perkaitan berhubung dengan pengalaman pelajar
  • Dapat menggunakan pelbagai aktiviti semasa mengulang kaji
  • Dapat menggunakan prosedur dan aktiviti yang sesuai untuk menilai objektif pengajaran dan pembelajaran murid
  • Dapat merancang aktiviti susulan
  • Dapat mewujudkan motivasi melalui kemesraan dan penuh semangat rasa ingin tahu, unsur-unsur menakjubkan dan aktiviti susulan
     
 Prinsip / Panduan
·       Penutupan mestilah  bermakna  kepada  pelajar  dan sesuai dari segi                                 umur,   kebolehan, minat, dan kecenderungan mereka
·       Penutupan mestilah berkaitan dengan isi dan objektif  pengajaran dan pembelajaran
·       Penutupan mestilah mewujudkan perkaitan antara pengetahuan sedia ada,
       pengalaman, dan sesuatu yang baru dipelajari
·         Penutupan menandakan perkaitan pelbagai aspek mengenai topik yang telah dipelajari
·         Penutupan mestilah dapat menilai keberkesanan sesuatu pengajaran dan
      pembelajaran
·         Penutupan haruslah dapat  mencadangkan aktiviti susulan


Komponen  Kemahiran Penutup
Kesimpulan  Kognitif 
  • Guru membuat rumusan  pengalaman dan pengetahuan pelajar
  • Menggunakan pelbagai aktiviti, misalnya mengulang kaji pelajaran yang telah
             disampaikan
  • Menilai objektif  pengajaran dan pembelajaran
  • Mencadangkan aktiviti susulan bagi aktiviti pengayaan atau pengukuhan


Kesimpulan Sosial 
  • Mewujudkan  rasa pencapaian  dan kejayaan kepada pelajar, misalnya dengan memberi  pujian, penerapan keyakinan, galakan, dorongan, penghargaan, dan sebagainya

Gerak kerja lanjutan – aktiviti susulan sebagai pengukuhan dan pengayaan,                                         biasanya sebagai kerja rumah.

Arahan:

·                Sila baca dan fahami tentang kemahiran-kemahiran dalam pengajaran bahasa  Setelah anda menguasai ketiga-tiga kemahiran, sila catat nota dalam bentuk pengurusan grafik tentang tajuk yang telah dibincangan.  
·                Sila berbincang dengan rakan-rakan untuk memantapkan lagi pemahaman.  

No comments:

Post a Comment