" Gantunglah azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Friday, June 13, 2014

Nota Ringkas PJM3117



PSIKOLOGI SUKAN

Definisi
Psikologi sukan merupakan satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh aktiviti terhadap perlakuan fizikal, afektif serta kognitif mereka yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dengan aktiviti tersebut.
Psikologi sukan ialah satu bentuk kajian saintifik tentang reaksi serta perlakuan fizikal, afektif dan kognitif dalam bidang sukan yang melibatkan ahli sukan serta penonton (Wann, 1997).

Tugas dan Peranan Ahli Psikologi Sukan
1.    Ahli Psikologi Sukan Gunaan

1.1  Ahli Psikologi Sukan Klinikal

-       terlatih dalam bidang psikologi klinikal
-       pakar dalam bidang psikologi
-       membantu atlet menghadapi masalah klinikal seperti memberi kaunseling, psikoterapi, membuat pemeriksaan psikologi/mental atlet
-       mempunyai lesen untuk menjalankan perkhidmatan membantu atlet secara klinikal

1.2  Pendidik Psikologi Sukan

-       Mendapat latihan dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan
-       Mempunyai asas pengetahuan dalam bidang psikologi sukan
-       Bertugas sebagai pengajar/penyarah di pusat pengajian tinggi
-       Penceramah kursus kepada jurulatih dan konsultan kepada pasukan atau atlet tertentu

2.    Penyelidik Psikologi Sukan

-       Bertanggungjawab dalam melakukan penyelidikan dan mengkaji tentang bidang psikologi sukan
-       Mengkaji isu-isu seperti motivasi, keagresifan, konsentrasi
-       Kelayakan di peringkat sarjana dan doktor falsafah diperlukan



Personaliti
Definisi : Personaliti merujuk kepada ciri-ciri yang menjadikan seseorang itu unik atau berlainan dari orang lain.
Personaliti dibahagikan kepada 3 struktur yang berbeza iaitu teras psikologikal, respon yang biasa dan peranan yang kita mainkan.
1.    Teras Psikologikal

-       Ciri personaliti yang paling asas
-       Paksi utama dalam diri seorang individu untuk menonjolkan sikap, nilai, falsafah, prinsip, keinginan, kemahuan, kepercayaan dan keyakinan diri
-       Merupakan ciri dalaman yang stabil dan tidak mudah berubah
-       Menjelaskan tentang diri sendiri, sikap, perlakuan serta keseluruhan yang berkaitan dengan diri kita

2.    Respon yang biasa

-       Reaksi kita dalam keadaan biasa. Contoh, anda merupakan seorang yang peramah serta mudah mesra. Sikap peramah ini merupakan respon anda yang biasa dalam hampir semua situasi. Orang lain akan mengandaikan bahawa anda merupakan seorang yang peramah dan mudah mesra (ekstrovet)

3.    Peranan yang kita mainkan

-       Berkaitrapat dengan persepsi kita terhadap sesuatu situasi yang kita hadapi
-       Aspek personaliti yang dinamik atau sentiasa berubah mengikut situasi. Contoh, jika anda merupakan seorang guru di sebuah sekolah. Pada masa yang sama anda juga merupakan seorang jurulatih, sahabat, suami dan bapa dan pelbagai peranan yang lain. Dalam konteks ini, anda perlu memainkan peranan yang berbeza dalam situasi yang berbeza.
-       Kita perlu menyesuaikan diri mengikut keperluan peranan yang dimainkan agar memenuhi tuntutan peranan tersebut dan tidak menimbulkan konflik di antara peranan-peranan tersebut
-       Sekiranya peranan yang dimainkan menjadi kayu ukur untuk mengenal pasti seseorang, maka kita tidak dapat mengenal pasti personaliti sebenar seseorang kerana ia sering berubah mengikut keadaan
-       Untuk mengenali personaliti seseorang, kita perlu mengenali teras psikologikal atau sekurang-kurangnya respon biasa supaya mendapat gambaran yang lebih jelas tentang personaliti seseorang


Personaliti Atlet dan Bukan Atlet
-       Atlet lazimnya lebih stabil serta ekstrovert dari mereka yang bukan atlet (Morgan, 1980).
-       Atlet lebih kompetetif, dominan, berkeyakinan serta mempunyai motivasi pencapaian yang tinggi (Cooper, 1969).
-       Atlet mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran dan mempunyai konsep kendiri yang tinggi (self esteem).
-       Atlet tidak mudah putus asa daripada bukan atlet.

Kesan Penglibatan Dalam Sukan Terhadap Personaliti
-       Model Pengekalan : individu yang tidak mempunyai ciri-ciri yang diperlukan untuk berjaya dalam sukan (seperti keyakinan diri dan kompetitif) akhirnya akan menarik diri dari sukan.
-       Model Pilihan : hanya individu yang berkemampuan serta mempunyai ciri-ciri tertentu akan menyertai sukan.
-       Model Perubahan : penglibatan dalam bidang sukan membawa perubahan kepada individu terbabit.
Perbezaan Personaliti Berdasarkan Jenis Sukan Yang Berbeza
-       Atlet yang terlibat dalam sukan individu biasanya lebih tenang dan introvert berbanding atlet yang terlibat dalam sukan berpasukan yang lebih bersifat ekstrovert.
-       Atlet yang terlibat dalam sukan yang bercorak agresif biasanya lebih agresif dari atlet yang terlibat dalam sukan tidak agresif.
-       Contoh sukan individu : olahraga, renang, badminton, skuasy, tenis
-       Contoh sukan berpasukan : bola sepak, ragbi, bola baling, bola jaring, hoki
-       Contoh sukan agresif : silat olahraga, karate, tekwando, tinju, muay thai
-       Contoh sukan kurang agresif : bowling, bowling padang, menembak, memanah
Personaliti dan Kecederaan Dalam Sukan
-       Kecederaan merupakan isu penting yang mendapat perhatian semua pihak yang terlibat dalam bidang sukan.
-       Ahli psikologi sukan akan mengenal pasti ciri-ciri personaliti atlet yang berisiko tinggi  serta mudah tercedera.
-       Ahli psikologi sukan klinikal dan pendidikan akan terlibat secara langsung dalam proses pemulihan atlet yang tercedera.
-       Personaliti seperti bertenaga (yang menjurus ke arah negatif), terlalu berhati-hati dan kurang matang dari segi pemikiran berkait rapat dengan insiden kecederaan dalam sukan.

Personaliti dan Atlet Wanita
-       Wujud perbezaan antara wanita yang melibatkan diri dalam sukan dan wanita yang tidak aktif dalam sukan.
-       Atlet wanita mempunyai ciri-ciri seperti motovasi pencapaian, agresif, emosi stabil, tidak bergantung kepada orang lain serta bersikap asertif berbanding wanita yang tidak aktif dalam sukan.
-       Atlet yang berjaya di tahap tertinggi sama ada lelaki atau wanita mempunyai personality yang hampir sama.
Peranan Guru/Jurulatih Dalam Memahami Personaliti
1.    Selalu mengambil kira ciri-ciri personaliti atlet serta situasi yang dihadapi.

-       pengetahuan tentang personaliti atlet akan membantu jurulatih menyediakan atlet untuk menghadapi cabaran.
-       Jurulatih dapat mengesan kelamahan dan kekuatan atlet.

2.    Tingkatkan kemahiran komunikasi anda sebagai jurulatih.

-       Komunikasi yang berkesan membantu jurulatih memahami atlet.
-       Bersifat terbuka dan suka bertanya (bukan bernada marah/menyindir) membantu menjalinkan hubungan baik dengan atlet.

3.    Jadilah seorang pemerhati yang baik.

-       Memerhati sikap serta perlakuan atlet dalam situasi yang berbeza dapat membantu jurulatih mengenali atlet dengan lebih baik.

4.    Mahirkan diri dengan strategi mental.

-       Membantu atlet untuk mempelajari sesuatu kemahiran dengan lebih berkesan.
-       Menyampaikan maklumat dengan berkesan melalui strategi penyampaian yang berkesan.






BAB 3 : Pemprosesan Maklumat dan Tumpuan Dalam Sukan
Proses maklumat : Pemprosesan maklumat melibatkan proses mengkod, menyimpan dan mengingat/memanggil semula maklumat.
Ingatan (Memory)
-       Kajian dalam bidang psikologi kognitif.
-       Ingatan deria (sensory memory), ingatan jangka pendek (short-term memory) dan ingatan jangka panjang (long-term memory).
-       Beroperasi serentak dalam pemprosesan maklumat.
-       Relevan dalam prestasi sukan.


1.    Ingatan Memori (Sensory memory)

-       Fasa pertama dalam proses mengingat.
-       Proses penyimpanan maklumat yang paling singkat.
-       Ingatan berasaskan icon dan ingatan berasaskan bunyi relevan dalam sukan.
-       Ingatan berasaskan icon melibatkan deria penglihatan, ingatan berasaskan bunyi melibatkan deria pendengaran.
-       Maklumat yang diterima menerusi deria penglihatan dan pendengaran disimpan dalam ingatan berasaskan icon dan bunyi.

2.    Ingatan Jangka Pendek (short-term memory)

-       Maklumat yang disimpan oleh ingatan berasaskan deria akan beransur-ansur hilang dari ingatan.
-       Proses ini disebut pelupusan maklumat. Maklumat yang tidak perlu akan dilupuskan/dilupakan dari ingatan berasaskan deria.
-       Maklumat yang dianggap penting akan dipindah ke ingatan jangka pendek.
-       Fasa kedua dalam proses mengingat.
-       Pemprosesan maklumat secara aktif/sedar
-       Tempoh ingatan agak singkat sekitar 30 saat.
-       Dikenali ingatan berfungsi kerana berfungsi dan bekerja pada waktu itu.
-       Kemampuan menyerap maklumat terhad.









3.    Ingatan jangka panjang (long-term memory)

-       Sebahagian maklumat penting dalam ingatan jangka pendek akan diserap ke ingatan jangka panjang. Sebahagian lain akan terlupus.
-       Fasa terakhir dalam proses mengingat.
-       Mempunyai kapasiti besar untuk menyimpan maklumat.
-       Maklumat kekal di dalam ingatan.
-       Maklumat dalam ingatan jangka panjang akan dipindah ke ingatan jangka pendek apabila ia ingin digunakan secara aktif/sedar melibatkan manipulatif kognitif.

Tumpuan dan Konsentrasi
-       Proses menumpukan perhatian ditakrifkan sebagai konsentrasi yang diasaskan oleh proses atau aktiviti kognitif individu.
-       Merujuk kepada aktiviti memberi tumpuan/memfokuskan perhatian secara kognitif dengan menggunakan tumpuan fikiran kepada sesuatu topic/tugasan yang dilakukan secara sedar/disengajakan.
-       Tumpuan bermaksud kemampuan seseorang mengalihkan tumpuan dari satu sumber maklumat kepada satu sumber maklumat yang lain dan jumlah maklumat yang difokuskan dalam tempoh masa tertentu (Cox, 1998).
-       Konsentrasi bermaksud kemampuan memberikan tumpuan (fokus) kepada petunjuk di persekitaran serta mengekalkan fokus tersebut dalam tempoh masa yang diperlukan.
-       Kemampuan konsentrasi merupakan aspek penting yang menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah pasukan atau atlet dalam sukan.
Masalah Berkaitan Tumpuan
1.    Terlalu memikirkan/memberikan tumpuan kepada apa yang telah berlaku.
2.    Terlalu memikirkan apa yang akan berlaku.
3.    Memberikan tumpuan kepada terlalu banyak kiu/petunjuk di persekitaran.
4.    Terlalu menumpukan kepada mekanik atau proses pergerakan sesuatu kemahiran yang telah dikuasaai dengan baik.
Faktor Penyumbang Kehilangan Tumpuan
1.    Kepentingan sesuatu pertandingan. Tekanan yang keterlaluan menyebabkan atlet hilang tumpuan.
2.    Saat kritikal dalam sesuatu perlawanan. Seperti penentuan sepakan penalty.
3.    Penilaian ke atas pemain sama ada oleh jurulatih, pengurusan, rakan sepasukan, penonton dan peminat.

Cara Mengatasi Masalah Hilang Tumpuan
1.    Bicara kendiri yang positif. Contoh : Saya boleh lakukan.
2.    Menggunakan perkataan atau kiu tertentu untuk memfokuskan tumpuan.
3.    Berlatih dengan gangguan/simulasi.
4.    Mewujudkan serta mengekalkan rutin tertentu.
5.    Memfokuskan terhadap peranan masa kini. Lupakan perkara yang sudah berlaku dan tumpukan perhatian pada masa sekarang.


 Motivasi
Konsep Motivasi
Definisi : Arah dan intensiti usaha seseorang individu (Sage, 1977). Ianya bersifat neutral.
a. arah - mendekati atau mengelakan diri dari situasi tertentu.
b. intensiti usaha - takat usaha seseorang untuk mendekati
atau mengelakkan diri dari situasi tersebut.
Sumber Motivasi
a. Intrinsik (dalaman) - berdasarkan keyakinan diri, kebolehan, kemahuan dan keinginan untuk melakukan sesuatu aktiviti.
b. Ekstrinsik (luaran) - berdasarkan ganjaran (positif/negatif), orang tersayang, persekitaran.

Teori Motivasi
a)    Motivasi Pencapaian

-       Kecenderungan atlet sama ada untuk mendekati atau mengelakkan diri dari situasi yang kompetetif atau berasaskan pencapaian.
-       Berteraskan pencapaian seperti kemenangan, hadiah, pengiktirafan kepada atlet yang berjaya.
-       Atlet melibatkan diri berdasarkan keinginan dalaman dan bukan kerana ganjaran.
-       Penyertaan atlet berdasarkan keinginan dalaman merupakan sumber motivasi intrinsik.
-       Motif untuk mencapai kejayaan atau takut kepada kegagalan.
-       Motif untuk mencapai kejayaan merupakan motivasi intrinsik.
-       Takut kepada kegagalan merupakan kebimbangan kognitif.
-       Motivasi ekstrinsik dimasukkan bagi mengekalkan atlet untuk terus terlibat dalam sukan.

b)    Keyakinan Diri

-       Atlet yang berkeyakinan tinggi mempunyai motif atau sebab yang kuat untuk berjaya.
-       Espektasi/tanggapan atlet yang tinggi untuk berjaya.
-       Kejayaan melakukan sesuatu perlakuan meningkatkan espektasi atlet untuk berjaya pada masa depan.
-       Kegagalan akan menurunkan espektasi atlet untuk berjaya pada masa depan.
-       Keyakinan sukan merupakan keyakinan yang dimiliki atlet tentang kemampuannya untuk berjaya.
Kemahiran Memotivasikan Diri
Antara teknik yang biasa digunakan untuk memotivasikan diri individu adalah penetapan matlamat perlakuan dan kata-kata rangsangan diri (self talk).

a. Penetapan matlamat
Satu proses kognitif yang digunakan untuk meningkatkan prestasi dengan membuat sasaran tertentu yang sentiasa dinilai sebagai panduan untuk mencapai sasaran tersebut.

Tahap-Tahap Penetapan Matlamat

a. Matlamat Jangka Panjang
- Matlamat terakhir dalam perancangan seseorang atlit atau pasukan dalam mencapai sasaran yang ditetapkan.

b. Matlamat Jangka Sederhana
- Matlamat pertengahan dalam perancangan seseorang atlit atau pasukan untuk menilai sama ada atlit atau pasukan tersebut berada di landasan yang betul untuk menepati matlamat terakhir.

c. Matlamat Jangka Pendek
- Matlamat harian atau mingguan yang digunakan untuk menilai sama ada atlit atau pasukan tersebut berada di landasan yang betul untuk menepati matlamat jangka panjang.

Matlamat tersebut memainkan peranan sebagai pemangkin untuk memotivasikan individu tersebut disamping menjadi panduan (kayu ukur) untuk menilai sama ada apa yang dirancangkan menepati matlamat.




b. Kata-Kata Rangsangan Diri

Kata-kata perangsang atau perkataan yang boleh digunakan untuk meningkatkan motivasi, keyakinan diri serta intensity usaha seseorang individu atau pasukan. Boleh berbentuk slogan-slogan tertentu (Contoh: Malaysia Boleh) ataupun perkataan yang menggambarkan ciri-ciri tertentu ("kuat seperti harimau"), kata- kata hikmat ("andalah yang terbaik"), (you're the best) serta doa.


Kebimbangan
Konsep Kebimbangan
Definisi : Perasaan yang subjektif berpunca dari tafsiran atau persepsi seseorang individu terhadap sesuatu situasi yang menghasilkan kebangkitan dan tekanan (Levitt, 1980). Antara kesan fisiologi kebangkitan ialah peningkatan kadar nadi, pernafasan yang cepat dan tidak teratur, menggeletar, tumpuan menjadi sempit dan otot mengecut.

Jenis-Jenis Kebimbangan
a. Kebimbangan berasaskan tret merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu contohnya, individu yang semulajadi mempunyai ‘darah gemuruh’ yang tinggi. Individu ini akan mentafsir rangsangan di persekitaran sebagai menggugat diri mereka. Tafsiran ini akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan mereka.
b. Kebimbangan seketika (state) merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari tafsiran individu terhadap rangsangan yang terdapat di persekitarannya pada waktu itu. Bagi individu yang tinggi darah gemuruhnya, mereka akan mentafsirkan rangsangan tersebut sebagai sesuatu yang amat menekan. Kesannya tahap kebimbangan dan kebangkitan fisiologi mereka juga akan meningkat tinggi. Prestasi individu akan menurun dengan peningkatan tahap kebimbangan dan kebangkitannya.
Proses Tafsiran Kebimbangan

a. Rangsangan
Perkara di persekitaran yang memberikan kesan kepada individu. Contohnya sorakan penonton, cuaca ataupun pesaing yang terlibat dalam situasi tersebut.

b. Tafsiran
Analisis individu terhadap rangsangan yang dihadapi. Tafsiran boleh bersifat positif ataupun negatif.

c. Pelakuan
Tindakan yang diambil oleh individu berdasarkan kepada tafsiran yang telah dibuat. Sekiranya tafsiran yang dibuat terhadap rangsangan adalah positif, tindakan yang bakal diambil adalah positif dan sebaliknya. Sekiranya seorang atlit merasakan bahawa beliau berpeluang untuk berjaya dalam acara 100 meter, beliau akan berusaha untuk berlari dengan baik. Sebaliknya, sekiranya seorang atlit merasakan bahawa beliau tidak berpeluang untuk berjaya dalam acara 100 meter, beliau tidak akan berusaha untuk memberikan saingan. Tindakan yang dihasilkan akan memberi kesan kepada individu tersebut khususnya apabila menghadapi situasi yang serupa di masa hadapan.

Kemahiran Mengawal Kebimbangan
Antara teknik psikologi yang boleh digunakan untuk mengurangkan kebimbangan adalah terapi pernafasan, pemusatan (centering), teknik relaksasi dan visualisasi.

a. Terapi pernafasan
Teknik : Menarik satu nafas yang panjang dan menghembuskannya perlahan-lahan. Dilakukan
berulang kali sehingga berasa tenang atau releks.
Tujuan : Menghasilkan rasa tenang atau releks. Berkesan untuk mengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan seketika

b. Pemusatan (centering)
Teknik : Menarik nafas yang panjang seperti terapi pernafasan serta menumpukan perhatian
(pemusatan) kepada titik di belakang pusat dan di tengah badan kita (center). Dilakukan dalam
keadaan berdiri pada kedudukan yang selesa.
Tujuan : Melahirkan ketenangan serta meningkatkan konsentrasi. Berkesan untuk mengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan seketika.

c. Relaksasi
Teknik : Mengecut dan merelakskan otot secara progresif. Boleh dilakukan secara duduk atau berbaring.
Tujuan : Mengurangkan tekanan serta ketegangan otot dengan memfokus kepada rasa otot tersebut.
Memantau otot yang tertekan serta merelakskannya bila perlu. Berkesan untukmengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan seketika.

d. Visualisasi
Teknik : Membayangkan sesuatu yang boleh menenangkan individu apabila mereka berada
dalam keadaan tertekan atau bimbang.
Tujuan : Mengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan seketika.



Keagresifan

Konsep Keagresifan
Definisi : Perlakuan atau tindakan yang bermatlamat untuk menyakitkan atau mengakibatkan kecederaan fizikal serta mental kepada benda hidup yang berusaha untuk mengelakkan tindakan tersebut (Silva, 1981).

Klasifikasi Keagresifan
Keagresifan boleh diklasifikasikan kepada tiga tahap yang berbeza:

a. Keagresifan Kasar atau Ketara (hostile)
Bertujuan mencederakan individu lain dengan niat untuk melihat individu tersebut menderita kesakitan. Faktor penggalak kepada tindakan ini adalah melihat kecederaan dan penderitaan yang dialami oleh mangsa. Tindakan ini lazimnya didorong oleh rasa marah dan kecewa pelaku.
Contoh : Seorang pemain bola keranjang dengan sengaja menjatuhkan lawannya.

b. Keagresifan Instrumental
Bertujuan mencederakan individu yang lain dengan niat untuk mendapatkan ganjaran tertentu. Kecederaan berlaku kerana ianya perlu bagi mencapai matlamat tersebut.
Contoh : Seorang peninju yang terpaksa menjatuhkan lawannya untuk memenangi sesuatu perlawanan.

c. Keagresifan Asertif
Bertujuan bermain mengikut peraturan. Penggunaan daya fizikal serta perkataan dalam permainan atau perlawanan adalah mengikut peraturan permainan yang telah ditetapkan. Individu ini tidak berniat untuk mendatangkan kecederaan kepada orang lain.
Contoh : Pemain ragbi bermain secara agresif mengikut undang-undang permainan ragbi.


Faktor Yang Mempengaruhi Keagresifan
Faktor utama yang mempengaruhi keagresifan dalam sukan boleh dibahagikan kepada dua faktor utama iaitu :

a. Psiko-Fisiologikal
Berkait rapat dengan tafsiran seseorang individu. Sekiranya individu tersebut merasakan (tafsiran) bahawa beliau diancam (lawan bermain kasar) secara fizikal atau lisan, individu tersebut akan bertindak mengikut tafsiran yang telah diputuskan (tindak balas/mempertahankan diri). Tindakan ini melibatkan kebangkitan peningkatan kadar nadi, tumpuan menjadi sempit, tindakan fizikal yang keterlaluan)

b. Faktor Semasa
i. Suhu - semakin tinggi suhu di persekitaran, semakin tinggi kemungkinan untuk bertindak agresif.

ii. Perbezaan mata/jaringan - semakin jauh perbezaan jaringan atau mata, semakin tinggi kemungkinan tindakan agresif dilakukan oleh pihak yang ketinggalan.

iii. Pengaruh penonton - sorakan dan ejekan penonton (pihak lawan dan penyokong sendiri) boleh menjadi pemangkin kepada keagresifan di kalangan pemain.

iv. Tempoh masa permainan - berdasarkan kajian, keagresifan lazimnya berlaku di pertengahan permainan. Bagaimanapun, faktor-faktor tertentu seperti perbezaan mata atau tempoh masa (minit-minit terakhir) juga menjadi penentu kepada tindakan agresif.

No comments:

Post a Comment