:: Jun 2014 :: |
Monday, June 30, 2014
Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5
Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari RayaWaktu Sunat
Sepanjang bulan RamadhanWaktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu SyawalWaktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.Monday, June 23, 2014
R.E.M.E.M.B.E.R
The most precious possession that ever comes to man in this world is a woman's heart.
You came to love not by finding the perfect person, but by seeing an imperfect person perfectly.
Woman wish to be loved not because they are pretty, or good, or well bred, or graceful, or intelligent,
but because they are themselves.
D.R.E.A.M.S
F.I.G.H.T. F.O.R O.U.R D.R.E.A.M.S
Assalam...
Oh, hye everyone!
D.R.E.A.M.S
Hear this word make me say '''I WISH blablabla...and I WISH blablabla....""
nobody knows when the sounds will be END!!
Something likes a wonderful thinking, kinda!
UnCountable, i guess!
Fullllll of lovely n great hopes!
am i right??
But right now,
I WISH THE WIFI AT THIS INSTITUTE
WILL BE GETTING FASTER N MUCH MORE BETTER!!
URGHHHH!!!
can't access for the notes that i am searching right now!
wifi really like a baby tortoise!
yg hairannya,,blog ni bole pulak buka!
hehe...
so,,jom la menari-nari kat atas keyboard ni duhai jari jemariku yang tercinta..
D.O.N.E!
10 pm already.
Going to bed.
Sleep well, live well, Increase the productivity of tomorrow routine.
K.E.E.P S.M.I.L.I.N.G
Sunday, June 22, 2014
Rendah Hati
Bismillahirrahmanirrahim...
"Ya Allah, hidupklnlah aku dlm keadaan khusyuk dan tawadhuk,
dan matikanlah aku dalam keadaan khusyuk dan tawadhuk,
dan kumpulkanlah aku (pada hari kiamat) dalam rombongan orang2 yang khusyuk dan tawadhuk.."
Amin..
Friday, June 13, 2014
Pengenalan
Psikologi sukan merupakan
satu pokok perbincangan dan persoalan dalam sukan yang cukup menarik serta
mendapat perhatian umum. Cox (1998) merumuskan bahawa psikilogi sukan merupakan
satu bidang yang luas dan terbuka sehingga ia memudahkan orang awam dan peminat
sukan memberi komen berkaitan psikologi sukan. Psikologi sukan juga merupakan
proses memilih dan memotivasikan atlet supaya atlet tersebut boleh bersaing
atas usaha dan keupayaannya sendiri. Selain itu psikologi sukan juga menjurus
kepada Psych-out lawan, proses ini dapat mengurangkan atau menangani tekanan
yang dihadapi oleh atlet. Psikologi sukan juga juga dapat mencegah penggunaan
dadah dikalangan atlet serta membina strategi berpasukan dan menerapkan
pembelajaran kemahiran kepada atlet.
Contohnya, bila
membingcangkan kemerosotan prestasi seseorang atlet, telah menjadi kelaziman
ramai yang mengandaikan kemerosotan tersebut berlaku kerana faktor psikologi
seperti kurang motivasi, sering hilang tumpuan, darah gemuruh, dan kurang
yakin. Tetapi, tidak ramai pengkritik yang memberikan pendapat dan andaian yang
melibatkan biomekanik, fisiologi mahupun kemahiran pemain tersebut. Jesteru
itu, ramai yang membuat kesimpulan bahawa psikologi sukan merupakan satu
perkara yang mudah serta boleh dipelajari dan dipraktikkan dalam bidang sukan
yang melibatkan ahli sukan serta penonton boleh dijadikan sebagai asas untuk
mendapatkan satu definisi yang lebih jelas lagi.
Psikologi sukan boleh
ditakrifkan sebagai satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta
pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, efektif serta kognitif
mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti
tersebut. Menurut pakar psikologi sukan, (Wann, 1997), bidang ini membabitkan
bidang sukan dan pergerakan. Antaranya Cox (1998) menjelaskan bahawa psikologi
sukan merupakan satu bidang sains atau prinsip-prinsip psikologi diaplikasi
dalam bidang sukan. Bagi Weinberg dan Gould (1999) pula meruskan bahawa
psikologi sukan merupakan satu bidang kajian saintifik tentang manusia dan
perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan. Takrifan ini membuka skop
yang lebih luas dalam bidang psikologi sukan dengan mengambil kira segala
bentuk perubahan yang berlaku kepada atlet, pegawai serta penonton digelanggang
atau padangpermainan serta melibatkan mereka yang menyaksikan atau mengikuti
perkembangan aktiviti tersebut dari jauh.
Kajian dalam psikologi sukan juga membolehkan kita
:
- Menyatakan sesuatu tingkah laku
- Menerangkan tingkah laku tersebut
- Membuat andaian tentang tingkah laku tersebut.
Keadaan seseorang atlet diterangkan melalui
pendekatan psikologi bagi mendapatkan kaedah yang sesuai untuk menangani
masalah atlet. Ringkasnya, seseorang ahli psikologi sukan bukan sahaja berminat
untuk mengetahui apa yang berlaku digelanggang serta kesan langsung terhadap
atlet serta pegawai yang terbabit malahan kepada mereka terlibat secara tidak
langsung diluar gelanggang permainan.
Sosialisasi Melalui Sukan dan Menerusi Sukan
SOSIALISASI
MELALUI SUKAN
Sukan merupakan satu cara individu bersosial antara satu sama lain. Sukan
menjadi alat untuk mengintegrasi atlet dengan atlet, atlet dengan jurulatih
malahan dengan ahli-ahli yang terdapat dalam sesuatu institusi sukan. Integrasi
yang terdapat dalam institusi sukan ini akan mewujudkan perpaduan yag erat
tidak mengira bangsa dan agama. Hubungan dikalangan ahli yang erat ini bukan sahaja berlaku dalam institusi
berkenaan malahan akan berlanjutan sehingga di luar institusi yang akan
menguntungkan negara.
Dalam konteks ini juga,
sukan menjad alat untuk mensosiaisasikan individu. Sikap berdisiplin,
bekerjasama,toleransi, hormat menghormati, mematuhi peraturan merupakan
elemen-elemen yang penting untuk membentuk watak seseorang. Sebagai contoh,
seseorang individu yang pendiam akan dapat mengubah dirinya menjadi lebih
berkeyakinan dan berdisiplin sekiranya melibatkan diri dalam permainan tinju
dan ragbi memandangkan sukan ini berbentuk agresif dan meletakkan disiplin
latihan yang tinggi sebagai tingkat teratas penyumbang dalam kejayaan seorang.
Selain itu, sukan
memberi ruang untuk atlet mencipta kejayaan. Kejayaan ini datangnya daripada
beberapa faktor samada berbentuk intrinsik ataupun ekstrinsik. Seseorang
cenderung untuk memajukan diri dalam istitusi sukan untuk mendapatkan ganjaran
tidak kiralah dalam bentuk wang ringgit mahupun berupa kebendaan. Dengan ini
mobiliti sosial ataupun taraf hidup seseorang tersebut akan meningkat dengan
adanya ganjaran ataupun upah yang diperolehi bersesuaian dengan tahap kemahiran
individu berkenaan. Bukan itu sahaja, individu cenderung berusaha dalam sukan
untuk kepuasan diri dan menaikkan nama baik institusi, mahupun negara.
Seseorang juga boleh bersosialisasi menerusi sukan dengan menjadikan
sukan sebagai alat untuk mempertahankan diri. Individu akan melibatkan diri
dalam ilmu mempertahankan diri dan cuba untuk mendalami imu berkenaan untuk
menjadi lebih mahir dan berkeyakinan tinggi. Individu mempelajari ilmu
pertahanan diri menerusi sukan berkenaan bertujuan untuk melindungi institusi
mahupun diri sendiri seperti kemahiran yang ada dalam sukan taekwondo
,judo,silat,menembak dan lain-lain lagi. Seni dalam sukan ini akan dipelajari sedalam mungkin dan memberi
impak yang mendalam kepada individu tersebut.
SOSIALISASI
KE DALAM SUKAN
Sosialisasi ke dalam sukan berlaku apabila seseorang individu tersebut
mengambil keputusan untuk melibatkan diri dalam sukan tersebut. Antara
agen-agen sosialisasi yang mempengaruhi sosiaisasi ke dalam sukan ialah
keluarga, masyarakat, institusi pendidikan, rakan sebaya dan media massa.
Agen-agen sosialisasi ini akan mempengaruhi sikap, nilai dan kemahiran individu
tersebut.
Sosialisasi ke dalam
sukan berlaku apabila individu yang melibatkan diri dalam sukan tersebut
menerima norma-norma yang terdapat dalam sesuatu sukan yang ingin diceburi.
Sikap seperti tidak menghisap rokok, menghormati orang lain dan ketua, rajin
berlatih, taat kepada perintah tuhan dan menunjukkan teladan yang baik akan
dapat diterapkan ke dalam diri seseorang individu setelah melibatkan diri dalam
sesuatu institusi sukan. Konsep ini merupakan suatu peraturan yang harus
diterima oleh individu yang ingin melibatkan diri dalam sesuatu institusi
sukan.
Selain itu, seseorang
individu juga akan melakukan anjakan budaya yang harus ada setelah melibatkan
diri dalam sukan. Sebagai contoh, personaliti individu seseorang individu akan
berubah sekiranya melibatkan diri dalam sukan golf seperti kemas dalam berpakaian, lebih tenang dalam
melakukan sesuatu perkara, pertuturan yang teratur dan sopan, juga disiplin
yang tinggi seharian selaras dengan nora-norma yang harus ada pada seorang
pemain golf. Perwatakan sedemikian bukan sahaja berlaku di dalam institusi
sukan berkenaan, malahan akan berterusan sekiranya tidak lagi melibatkan diri
dalam sesuatu acara sukan berkenaan.
Bukan itu sahaja, seseorang juga akan bersosialisasi ke dalam sukan
dengan menjadi sebahagian daripada keperluan institusi sukan tertentu.
Seseorang individu yang ingin bermain bola sepak akan cenderung untuk
memantapkan lagi kemahiran yang harus ada padanya selaras dengan kemahiran atau
teknik yang diperlukan dalam permainan tersebut. Individu akan cuba untuk
menjadi atlet yang berkemahiran tinggi agar dapat diterima sebagai salah
seorang ahli dalam institusi berkenaan.
Selain itu, sosialisasi ke dalam sukan juga berlaku apabila wujudnya
interaksi yang erat antara ahli dalam institsi sukan tersebut seperti interaksi
antara atlet dengan atlet, atlet dengan jurulatih, malahan antara atlet dengan
pentadbir sesuatu organisasi sukan berkenaan. Interaksi berkisar dalam permasalahan personaliti, prestasi atlet dan jurulatih malahan berkaitan dengan kebajikan
mereka sendiri yang ada hubungkait dengan pentadbiran institusi sukan.
Seseorang yang mengambil keputusan untuk melibatkan diri ke dalam sesuatu jenis sukan tersebut akan mendapat
ganjaran yang setimpal dengan kemahiran mereka dan berpeluang melawat ke
tempat-tempat yang mereka tidak pernah lawati. Oleh itu, seseorang individu
yang ingin mendapatkan kepercayaan daripada institusi sukan agar terpilih
menjadi pemain, akan cenderung untuk berusaha dengan lebih gigih mengasah
kemahiran yang sedia ada. Setelah terpilih, individu tersebut tersebut akan
menjadi pemain kepada sesuatu pasukan tersebut dan mereka akan melawat ke
tempat lain dalam melengkapkan takwim pertandingan.
Keperluan Motivasi
3 jenis keperluan motivasi asas
i) Keperluan terhadap kuasa
ii) Keperluan terhadap
penggabungan
iii) Keperluan terhadap
pencapaian.
Bekerja untuk capai matlamat.
Oleh itu, keperluan terhadap pencapaian adalah sangat penting.
1. Keperluan terhadap kuasa
Orang yang
mempunyai keperluan yang tinggi terhadap kuasa begitu memberi perhatian untuk
menjalankan pengaruh dan kawalan. Individu seperti ini mencari kedudukan
kepimpinan.
Sifat / Tingkahlaku
- Mereka adalah ahli bercakap.
- Lantang bersuara.
- Keras Kepala.
- Banyak tuntutan.
- Mereka gemar mengajar orang.
- Bercakap di depan umum.
2. Keperluan terhadap Penggabungan
Orang yang
mempunyai keperluan yang tinggi terhadap penggabungan selalunya mencapai
kenikmatan dengan dikasihi. Cenderong untuk mengelakkan rasa keciwa daripada
disingkir oleh sesuatu kumpulan sosial.
Sifat / Tingkahlaku
- Berusaha memelihara hubungan sosial yang baik
- Menikmati perasaan mesra.
- Saling memahami.
- Bersedia untuk menghibur.
- Membantu orang dalam kesusahan.
- Menyenangi hubungan ramah dengan orang lain.
3. Keperluan terhadap Pencapaian
Orang dengan
keperluan terhadap pencapaian yang tinggi sangat-sangat menginginkan kejayaan
pada masa yang sama teramat khuatir akan kegagalan.
Sifat / Tingkahlaku
- Mereka mahu dicabar.
- Menetapkan matlamat yang agak sukar (tetapi bukan mustahil) untuk diri mereka sendiri.
- Mengambil pendekatan yang realistik terhadap risiko.
- Lebih kepada penganalisis dan menilai masalah.
- Lebih gemar memikul tanggungjawab peribadi untuk melaksanakan sesuatu tugas.
- Menyukai maklumbalas yang tepat dan cepat terhadap prestasi mereka.
- Seringkali gelisah.
- Gemar bekerja hingga larut malam.
- sering kali tidak risau jika gagal (jika benar-benar terjadi)
- Cenderong untuk melakukan sesuatu seorang diri
Etika Dalam Psikologi Sukan
Sejak akhir-akhir ini, kerjaya sebagai ahli
psikologi sukan mahupun ‘jurulatih mental’ ini semakin popular kerana ramai
orang telah melibatkan diri secara langsung dalam bidang ini untuk melatih atlet
ataupun pasukan tertentu di negara kita.bagi memastikan khidmat yang diberikan
mendatangkan kebaikan kepada mereka yang memerlukan khidmat tersebut maka etika
psikologi perlu diwujudkan serta dipraktikkan oleh mereka yang terlibat.
Seterusnya topik perbincangan ini akan membantu kita mengenali kemampuan,
kemahiran serta bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada atlet serta
jurulatih yang memerlukan khidmat ahli psikologi sukan. Kebelakangan ini, ramai
orang telah memperkatakan bahawa teori-teori serta teknik-teknik psikologi
sukan telah menunjukkan keberkesanannya kerana ramai diantara mereka yang
bergiat dalam sukan mengakuinya kerana ia mampu membantu mereka meningkatkan
prestasi serta mencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan sukan (Anshel, 1997;
Cox, 1998; Wann, 1997). Pendedahankepada beberapa konsep, teori serta teknik
psikologi sukanyang dapat membantu anda meningkatkan mutu persembahan dan
pencapaian yang membanggakan.
Bagaimanapun dengan hanya menamatkan satu kursus
psikologi sukan ataupun menamatkan satu kursus di peringkat diploma, anda masih
belum boleh menganggap diri anda sebagai seorang ahli psikologi sukan serta
berkelayakan untuk memberikan khidmat nasihat kepada mereka yang memerlukan
kepakaran dalam bidang ini.walaupun di Malaysia masih belum wujud satu badan
akreditasi khusus untuk ahli psikologi sukan seperti mana bidang profesional
yang lain seperti kaunseling, doktor perubatan dan psikologi ia tidak bermakna
bahawa anda bebas menggelarkan diri anda sebagai seorang pakar psikologi sukan.
Perbuatan ini menyalahi etika profesion kerana ia tidak mempunyai kelayakan
minimum untuk melayakkan diri menjadi ahli psikologi sukan. Pakar psikologi
sukan bimbang tentang risiko yang mungkin timbul dari kesilapan penggunaan
teori serta teknik psikologi sukan sekiranya ia dipraktikkan oleh mereka yang
kurang mahir dalam bidang ini (Silva, 1989). Kesannya mungkin akan menyebabkan
ramai orang meragui peranan serta kepentingan dalam bidang ini dan proses
penyediaan atlet atau pasukan sukan.
Apa yang kita faham pada awal-awal tajuk ini, tugas
seorang ahli psikologi sukanboleh diklasifikasikan kepada dua tugas utama.
Pertamanya tugas yang bersifat memberikan tunjuk ajar (pendidikan) kepada atlet
serta jurulatih tentang cara melakukan teknik latihan mental dengan cara lebih
berkesan (Cox, 1998). Dalam konteks ini, guru atau jurulatih yang betul betul
terlatih dalam bidang ini yang boleh melaksanakan tugas ini (Smith, 1992).
Keduanya, tugas bersifat klinikal dimana seorang ahli psikologi sukan diminta untuk
memberikan bantuan yang bercorak klinikal seperti memberikan kaunseling,
psikoterapi serta membuat pemeriksaan psikologi dan mental atet terbabit. Oleh
itu, adalah penting bagi seseorang ahli psikologi sukan mempunyai kemahiran
serta pengetahuan yang berkaitan untuk melaksanakan tugas tersebut.
Untuk memudahkan kita mendalami lagi isu-isu yang
berkaitan dengan etika, satu garis panduan tentang kajian dan tugas klinikal
dalam bidang psikologi sukan yang digariskan oleh Persatuan Psikologi Sukan dan
Aktivit Fizikal Amerika Syarikat (North American Society for the Psychology of
Sport and Physical Activity). Garis panduan ini menjelaskan tentang tatacara
seorang ahli psikologi sukan (Wann, 1977) :
1. Bertanggungjawab – Ahli psikologi
sukan bertanggungjawab diatas segala perlakuan, nasihat serta saranan yang
diberikan dan bertanggungjawab keatas kesan dan akibat berkaitan dengan saranan
tersebut serta memastikan tindakan yang diambil itu bertepatan dengan keadaan.
2. Berkelayakan – Ahli psikologi
sukan memberikan bantuan dan latihan yang mana ia berkelayakan serta
berpengalaman melakukannya.
3. Mematuhi moral dan etika – Ahli
psikologi sukan tidak membabitkan diri dengan kegiatan yang berlawanan dengan
peraturan, etika serta moral yang ditetapkan.
4. Kenyataan umum – Ahli psikologi
sukan menyatakan kelayakan ikhtisas serta penglibatan mereka dengan persatuan
profesional dengan jelas.
5. Kerahsiaan – Ahli psikologi sukan
menghormati serta menjaga rahsia atau maklumat yang diberikan oleh klien atau subjek
kajian mereka.
6. Kebajikan klien – Ahli psikologi
sukan menjaga kebajikan serta integriti aklien serta kumpulan yang mendapatkan
khidmat mereka.
7. Hubungan profesional – Ahli
psikologi sukan mesti peka terhadap keperluan serta pendapat rakan-rakan dalam
bidang lain yang berkaitan dengan sukan.
8. Teknik penilaian – Dalam usaha
untuk membentuk, menerbit serta menggunakan sesuatu alat atau teknik penilaian
atau pengukuran, kebajikan klien perlu diutamakan.
9. Kajian yang milibatkan manusia –
Dalam melaksanakan kajian psik ologi kebajikan mereka yang terbabit dengan
kajian tersebut perlu diutamakan agar ia selaras dengan peraturan serta garis
panduan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkuasa diperingkat persekutuan,
negeri serta badan profesional terbabit.
Subscribe to:
Posts (Atom)