" Gantunglah azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Friday, March 4, 2011

Analisis Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru

semoga note ni membantu anda semua..

Ø Sebelum bermula, kita perlu mengambil masa sedikit untuk memikirkan soalan-soalan yang berikut:
• Mengapa saya melakukan perkara ini dalam kelas?
• Apakah yang akan saya memasukkan dalam pelajaran saya?
• Bila saya akan melakukan perkara ini dalam kelas saya?
• Bagaimana saya akan melakukan perkara ini?
2.1 Analisis Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Ø Pertama, kita perlu memahami pelbagai cabang falsafah yang menjadi asas kepada pembentukan FPK dan FPG.
Ø Cabang-cabang falsafah tersebut ialah
(a) metafizik/ontologi, (b) epistemologi, (c) aksiologi, dan (d) logik.
(a) Metafizik/Ontologi
Ø Metafizik adalah berkaitan dengan sifat realiti. Ia didefinisikan sebagai yang jauh melampaui hal fizikal dan kebendaan dengan persoalan-persoalannya jauh melampaui yang boleh dijawab dengan merujuk kepada siasatan saintifik. Ia bersifat spekulatif dan berfokus pada isu seperti hubungan sebab-akibat.
Ø Ia berkaitan dengan mengajar hal berkenaan dengan fikiran tentang matlamat pendidikan, pemilihan kandungan dan matlamat pendidikan yang sesuai, dan sikap terhadap sifat semula jadi pelajar. Metafizik mengemukakan soalan-soalan yang berikut: Adakah suatu bahan ilmu sejagat untuk dipelajari? Siapa yang harus menentukan hal yang perlu dipelajari? Adakah pelajar umumnya baik dan amanah?
(b) Epistemologi
Ø Cabang falsafah ini berkaitan dengan sifat semula jadi ilmu.
Ø Jawapan-jawapan kepada persoalan epistemologi memberikan rasional untuk memilih bahan yang layak untuk diajarkan dan dipelajari lalu mencadangkan cara maklumat harus diajarkan.
Ø Dua persoalan asas epistemologi adalah: “Apakah yang membentuk ilmu?” dan “ Adakah ilmu tetap atau berubah?”
Ø Satu lagi soalan asas epistemologi tertumpu kepada apa yang boleh dihuraikan sebagai cara untuk mengetahui dan kesahan kaedah mengetahui.
Ø Pada asasnya, isunya adalah sama ada pengetahuan datang daripada wahyu, kuasa, intuisi, pancaindera atau daripada penaakulan atau eksperimen.
Ø Pendekatan guru semasa mengajarkan kandungan kepada pelajarnya memberitahu banyak tentang jawapannya kepada persoalan asas epistemologi.
Ø Contohnya, sekiranya guru menegaskan bahawa pelajarnya menguasai fakta dan prinsip khusus yang telah ditemui oleh orang lain berdasarkan andaian bahawa terdapat apa yang dianggap sebagai pengetahuan sebenar.
Ø Sekiranya, dia lebih berminat untuk mengajarkan proses penyelesaian masalah, hal ini membayangkan bahawa tidak terdapat kebenaran “mutlak” dan hal ini lebih bermakna bagi muda-mudi mempelajari beberapa kemahiran yang akan membantu mereka mendapat jawapan berdasarkan situasi-spesifik.
(c) Aksiologi
Ø Aksiologi ialah cabang falsafah yang berhubung kait dengan nilai seperti etika dan agama.
Ø Aksiologi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud ‘nilai’.
Ø Aksiologi menumpukan perhatian kepada apa ‘yang seharusnya berlaku’.
Ø Aksiologi berkaitan dengan nilai dan berhubung dengan pengajaran nilai moral dan pengembangan sahsiah.
Ø Topik moral, etika dan estetika terangkum dalam kategori falsafah ini.
Ø Beberapa persoalan yang berkaitan dengan aksiologi ialah :
• Bagaimanakah seseorang itu hidup?
• Apakah unsur kewujudan?
• Adakah kehidupan mempunyai apa-apa makna?
• Apa itu moral dan tak bermoral?
• Apa itu kecantikan?
Ø Satu lagi persoalan aksiologi yang penting adalah tentang sifat kelakuan yang ‘betul’.
• Bagaimanakah seseorang itu harus berkelakuan?
• Apakah itu kelakuan bermoral?
• Bagaimana individu mengetahui bila dia melakukan perkara yang betul?
Ø Ada yang berhujah bahawa terdapat prinsip atau garis panduan sejagat yang boleh dipatuhi. Terdapat juga pihak yang menolak idea ini tetapi berhujah bahawa kesesuaian kelakuan adalah situasi spesifik.
(d) Logik
Ø Logik ialah sains tentang pemikiran tepat dan berkaitan dengan hubungan antara idea dan dengan prosedur yang digunakan untuk membezakan antara pemikiran sah dan yang mengelirukan.
Ø Logik boleh juga membantu anda untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan menggalakkan susunan fikiran yang teliti dan sistematik.
Ø Terdapat dua jenis logik asas, iaitu logik deduktif dan induktif.
Ø Logik deduktif bermula dengan kesimpulan umum dan kemudian menerangkan kesimpulan ini dengan mengemukakan contoh dan butiran yang mengalir secara lojik daripadanya.
Ø Logik induktif bermula dengan butiran dan kemudian penaakulan memberi fokus pada butiran lalu membuat kesimpulan umum yang menerangkannya.
Ø Bagaimanakah cabang falsafah ini berkaitan dengan FPK?
Ø Analisis FPK dengan rujukan kepada pelbagai cabang falsafah

2 comments:

  1. assalam... saya nk tanya bagaimana nak kaitakan cabang metafizik dalam pengajaran dan pembelajaran kepada diri anda. cuba anda bina satu falsafah diri anda berkaitan dengan metafizik. terima kasih

    ReplyDelete