" Gantunglah azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Wednesday, November 7, 2012

Tajuk 8 : Pelaksanaan Aktiviti P&P BM : Konstruktivisme, Kontekstual, Masteri


Tajuk 8


Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Mekayu secara
·         konstruktivisme
·         kontekstual



Sinopsis
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu membina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru perlu mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Seorang guru perlu melaksanakan pengajaran supaya murid dapat membina atau membentuk idea baru dan bukan menerima idea tersebut dan murid menjana secara aktif makna daripada setiap satu pengalaman yang dilalui dalam proses pembelajaran. Murid perlu asimilasikan idea baru atau menyesuaikan (accommodate) idea yang sedia ada.

Nota Ringkas:
8.1       Kontruktivisme
Prinsip Konstruktivisme
·                     Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat.
·                     Murid cuba memperoleh pemahaman mengenai pengalaman baru & fenomena dengan cara membentuk atau membina makna mengenai perkara tersebut.
            Pembelajaran dilihat sebagai:
·                     Pengubahan idea,
·                     Pembinaan & penerimaan idea baru,
·                     Penstrukturan semula idea sedia ada
            Pandangan konstruktivisme
·                     Murid membina atau membentuk idea baru dan bukan menerima idea tersebut dan murid menjana secara aktif makna daripada setiap satu pengalaman yang dilalui.

            Amalan pengajaran konstruktivisme
·                     Penggunaan data mentah & sumber primer, berserta bahan manipulatif, interaktif & fizikal membolehkan murid-murid memperoleh peluang serta membina pengalaman & kemahiran dalam membentuk pengetahuan baru atau menstruktur semula konsep alternatif mereka.
·           Tugasan pembelajaran yang melibatkan kemahiran kognitif seperti mengelas & meramal akan meningkatkan kemahiran berfikir peringkat tinggi, membantu murid membina konstruk sendiri sama ada melalui proses asimilasi konsep baru atau mahupun menyesuaikan konsep sedia ada.
·      Pengetahuan sedia ada murid  membantu mereka mengikuti pembelajaran seterusnya. Pembelajaran seterusnya direka bentuk bersesuaian dengan perkembangan konstruk murid supaya proses pembelajaran tersebut bermakna kepada mereka.
·        Pengetahuan diperoleh secara kognitif & interaksi dengan individu dan alam sekeliling.
·                  Pengetahuan diperoleh daripada kontradiski mental yang terbit daripada interaksi murid dengan alam sekeliling.
·                    Murid-murid membina idea atau konsep baru berdasarkan pengetahuan yang lalu & sedia ada.
·                  Murid-murid memilih maklumat, membina hipotesis & membuat keputusan melalui proses mengintegrasi & menyusun pengalaman mereka ke dalam struktur mental yang sedia ada.
·           Murid-murid mempunyai tanggungjawab terakhir ke atas pembelajaran mereka sendiri.

8.2       Kontekstual


 


 







Oval Callout: Semua haiwan ini asalnya tinggal dalam hutan di Malaysia. Haiwan ini dilindungi … jika tidak spesis haiwan ini mungkin akan pupus!


·           Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.
·     Pengajaran-pembelajaran kontekstual menegaskan konsep pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan guru menghubungkan kandungan mata pelajaran dengan situasi sebenar. Ini akan memotivasi murid untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan kehidupan seharian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.
·                     Kaedah kontekstual, iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, murid boleh memahami isi dan konsep yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka.
·              Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila murid memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga mereka memahami maksud dalam kerangka rujukan mereka sendiri (memori, pengalaman dan tindak balas sendiri).
·                     Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteksnya secara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna.
·                   Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak pengalaman sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Dengan demikian, murid menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata.
·            Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti “hands-on” (aktiviti) dan pemikiran, iaitu “minds-on” (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Modul yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), antara lain menegaskan pembelajaran kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut;

R      :     (relating/menghubung kait), iaitu murid belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup.
E       :     (experiencing/mengalami), iaitu murid belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta.
A       :     (applying/mengaplikasikan), iaitu murid belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain.
C      :     (cooperating/bekerjasama), iaitu murid belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi.
T       :     (transfering/memindahkan), iaitu murid belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang diketahui.
·                     Umumnya, pembelajaran kontekstual membolehkan:
                                 (i)             pengajaran dan pembelajaran lebih menarik;
                                (ii)             meningkatkan minat;
                               (iii)             pembelajaran realistik, praktikal;
                               (iv)             pengalaman konkrit, penglibatan langsung murid; dan
                                (v)             menyuburkan pemikiran kreatif.

·                     Kelemahan pendekatan kontekstual                                                             

                                  (i)            tahap kefahaman  dan kesediaan guru
                                 (ii)            kekangan masa - persediaan dan mencapai matlamat
                               (iii)            sukar mendapatkan situasi pembelajaran sebenar bagi item  pengajaran dan pembelajaran;
                               (iv)            kawalan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid menjadi semakin kompleks;
                                 (v)            hanya sesuai dalam kalangan murid-murid yang mempunyai tahap pencapaian tinggi


Tugasan
·                     Murid dalam kelas anda sudahpun mempunyai pengalaman tentang Hari Sukan Sekolah. Berdasarkan pendekatan Konstruktivisme atau kontekstual cadangkan langkah-langkah pengajaran karangan   bertajuk “Sukan di sekolah anda.”

8.3       Masteri
Sinopsis
Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui pembelajaran Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran. Modul ini mengandungi penerangan tentang Pembelajaran Masteri, cara melaksanakan Pembelajaran Masteri bagi beberapa tajuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
1.         Menyatakan konsep Pembelajaran Masteri.
2.         Menerangkan dan melaksanakan langkah Pembelajaran
Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan murid. Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil Pembelajaran, dan diikuti dengan Pengajaran dan Pembelajaran.
Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan murid semua berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar  kemampuan biasa seseorang murid di tahap tersebut.

Hasil Pembelajaran
i.              Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah;
ii.             Mengaplikasikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran terkini selaras dan kontekstual dalam pengajaran-pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah;










 



  Nota Ringkas
Tahukah anda bahawa  pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Masteri dapat memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dikehendaki dalam jangka masa yang telah ditetapkan. 

8.3.1    Model Pembelajaran Masteri


8.3.2    Kriteria penentuan hasil pembelajaran:
·                     Berdasarkan Sukatan Pelajaran
·                     Dalam bentuk tingkah laku yang boleh diukur
·                     Secara eksplisit, jelas dan terperinci
·                     Dalam domain kognitif, efektif dan psikomotor
8.3.3    Faktor penentu pengajaran dan pembelajaran:
·                     Kemudahan dan keupayaan murid yang berbeza
·                     Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran
·                     Kemudahan yang sedia ada
·                     Masa yang diperuntukkan
8.3.4    Penilaian terhadap murid:
·                     Mengesan pencapaian murid
·                     Mengenal pasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah.
·                     Mengesan sama ada hasil pembelajaran telah dikuasai
·                     Mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam satu unit pembelajaran.
·                     Menentukan pengayaan dan pemulihan
·                     Menentukan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran
8.3.5    Mengadakan tindakan susulan:
·                     Pengayaan
·                     Pemulihan
·                     Pengukuhan

(a)          Peranan guru adalah sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran.
(b)          Guru tidak perlu membuat perubahan yang besar dalam melaksanakan pembelajaran masteri kerana lengkah-langkah tersebut di atas sudah disarankan dalam KBSR dan KBSM secara tersirat.
(c)          Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah:
·                    Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai;
·                    Mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk pembelajaran masteri;
·                    Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari;
·                    Mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang diajar melalui ujian diagnostik;
·                    Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan
·                    Menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif.


Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah:
(d)          Dalam melaksanakan pembelajaran masteri, guru mungkin menghadapi pelbagai masalah dan tiada penyelesaian yang tepat dapat diberi untuk mengatasi masalah itu.
(e)          Guru digalakkan mengatasi masalah itu melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sejawat dalam panitia mata pelajaran.
(f)           Pelajar akan bermanfaat daripada usaha guru untuk mengatasi masalah itu.
(g)          Pada mulanya guru mungkin mengambil masa yang panjang untuk pelajar menguasai sesuatu perkara akan tetapi, dalam masa jangka panjang dan dengan bertambahnya pengalaman guru, masa untuk mencapai pembelajaran masteri dapat dipendekkan. 

(a)          Peranan pelajar ialah sebagai seorang pelajar berdikari yang boleh merangsang diri untuk belajar dan menguasai apa yang diajar.
(b)          Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar dan bukan bertanding antara satu sama lain dan ini dapat dilakukan melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sebaya dalam kumpulan.
(c)          Tugas pelajar dalam pembelajaran masteri ialah dia perlu:
·                    tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai
·                    belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi
·                    betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar
·                    memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai
·                    membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang diberi
(d)          Pelajar perlu diberi latihan dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari.
Arahan:
·                     Sila baca dan fahami konsep pembelajaran Masteri
·                     Pastikan anda boleh mengaplikasi pembelajaran Masteri kepada murid dalam kelas anda.
·                     Anda dikehendaki  menyiapkan tugasan yang diberikan.

Tugasan:



 










No comments:

Post a Comment