TAJUK 1
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI
SINOPSIS
Tajuk dalam modul ini merangkumi sejarah dan perkembangan kurikulum PJ di zaman purba, zaman renaisanse, zaman moden dan perkembangan PJ di Malaysia.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Pelajar dapat mengetahui sejarah PJ dari zaman purba, zaman renaisanse, zaman moden dan perkembangan PJ di Malaysia.
2. Pelajar mampu menyatakan fakta-fakta penting mengenai sejarah PJ melalui setiap zaman.
3. Pelajar mampu membuat perbandingan PJ di zaman sebelumnya dengan PJ pada masa kini.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
1.1 PENDIDIKAN JASMANI DI ZAMAN PURBA
Manusia semasa zaman purba hidup secara nomad iaitu berpindah randah.Kegiatan seharian memerlukan kecergasan yang tinggi, untuk terus hidup mereka perlu bergerak untuk mencari makanan dan memburu, setiap kejayaan yang dicapai dalam usaha akan di raikan dengan berpesta
SEJARAH PJ
-ZAMAN PURBA
-ZAMAN RENAISANCEE
-ZAMAN MODEN
-PJ DI MALAYSIA
1.1 PENDIDIKAN JASMANI ZAMAN PURBA
Zaman purba - hidup nomad, berpindah randah, aktiviti memburu, pergerakan yang banyak, perlukan kecergasan.
Zaman neolitik – berlakunya revolusi pertanian yang membawa kepada perubahan gaya hidup primitif. Zaman pembangunan dalam bidang pertanian, manusia tidak perlu berpindah randah, manusia mula mengamalkan gaya hidup sedentari dan manusia mula mengurangkan aktiviti kecergasan.
Ketika ini di negeri China manusia digalakan melibatkan diri dalam aktviti kecergasan seperti seni bela diri untuk tujuan menyihatkan badan. Selain daripada seni bela diri, aktiviti kecergasan yang lain juga diperkenalkan seperti tarian, lawan pedang, memanah dan menunggang kuda.
Di India pula satu kaedah senaman dicipta iaitu Yoga yang dipercayai dapat membawa panyatuan kepada tubuh, akal dan roh manusia serta merapatkan manusia dengan alam. Manakala pemerintahan di Timur tengah seperti Parsi, Egypt, Babylon dan Syria juga mementingkan kecergasan untuk tujuan ketenteraan. Kanak-kanak didedahkan dengan aktiviti-aktiviti saperti berkuda, memanah, memburu, berkawad dan membaling lembing untuk tujuan membina kekuatan dan kecergasan dan bukan untuk kesihatan.
Di Greece pula masyarakat Yunani amat mementingkan kecergasan fizikal, kota-kota yang terkenal semasa itu ialah seperti Athens dan Sparta. Kedua-dua kota ini mempunyai objektif tersendiri. Di Sparta objektif Pendidikan Jasmani bertumpu pada pembinaan tubuh badan untuk pembentukkan tentera yang kuat. Manakala di Athens objektif Pendidikan Jasmani bertumpu kepada kesihatan dan apresiasi nilai estetika untuk terus hidup lebih aktif
1.2 PENDIDIKAN JASMANI DI ZAMAN RENAISANCE
Masyarakat zaman ini masing-masing mempunyai fahaman yang berbeza-beza terhadap Pendidikan Jasmani. Berikut merupakan golongan yang amat mempengaruhi pandangan tentang Pendidikan Jasmani pada masa itu. Golongan Humanistik mendapati terdapat nilai pendidikan dalam Pendidikan Jasmani. Aktiviti fizikal yang diberi tumpuan ialah seperti memanah, berenang, berlari dan aktiviti-aktiviti yang menggunakan bola.
Golongan Moralis berpendapat penglibatan dalam aktiviti merupakan sebahagian daripada menjalankan kerja sahaja manakala masyarakat katolik di Eropah berpendapat aktiviti fizikal sebagai saluran untuk menyatukan roh.
Golongan Realisma, masyarakat ini banyak menyokong dan berpandangan positif terhadap Pendidikan Jasmani. Mereka menyeru otak yang cerdas dilahirkan dalam badan yang cergas dan sihat.
1.3 PENDIDIKAN JASMANI DI ZAMAN MODEN
Pada akhir abad ke18 dan permulaan abad ke19 apabila kemahiran ketenteraan berkurangan sukan, permainan dan rekreasi memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat.Bertitik tolak dari situlah wujudnya pelbagai permainan saperti badminton, tenis, bola sepak, hoki, ragbi,bola keranjang,bola jaring, olahraga dan lain-lain lagi. Disamping itu pada ketika ini pelbagai kajian telah dijalankan dengan tujuan untuk mengembang dan membawa perubahan dalam bidang sukan dan program Pendidikan Jasmani. Atas usaha penyelidik-penyelidik untuk membuktikan terdapatnya asas sains dalam bidang sukan wujudnya bidang-bidang seperti:
Antropometrik – kajian tentang bentuk dan susuk badan
Fisiologi – kajian terhadap fungsi sistem-sistem organik tubuh
Biomekanik- kajian memahami bagaimana manusia bergerak
Psikologi sukan- kajian tentang tingkah laku manusia dalam bidang sukan
PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA
Pendidikan Jasmani di Malaysia dapat dibahagi kepada empat peringkat iaitu:
1. Pendidikan Jasmani sebelum penjajahan British
2. Pendidikan Jasmani semasa pemerintahan British
3. Pendidikan Jasmani sebelum Merdeka
4. Pendidikan Jasmani selepas Merdeka
1. Pendidikan Jasmani sebelum penjajahan British
Sebelum kedatangan British tidak terdapat sistem pendidikan yang teratur. Kelas-kelas dijalankan secara tidak formal dan tidak terdapat objektif yang jelas dalam penyampaian. Pendidikan pada masa ini lebih tertumpu kepada sistem pengajian pondok dan sebagainya. Pendidikan jasmani lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti untuk survival seperti belajar seni bela diri, bercucuk tanam dan pertukangan.
2. Pendidikan Jasmani semasa pemerintahan British
Sejak kedatangan penjajah British banyak perubahan telah dibawa masuk terutamanya oleh mubaligh-mubaligh kristian. Perubahan-perubahan yang dibawa masuk banyak tertumpu di negeri-negeri selat. Banyak
sekolah di buka dan diurus oleh golongan mubaligh dan syarikat-syarikat British. Mereka telah memperkenalkan satu sistem pendidikan yang terdapat banyak pengaruh barat dalam sistem tersebut.
Ketika itu Pendidikan Jasmani di ajar sebagai mata pelajaran sampingan dan digelar sebagai latihan jasmani di sekolah-sekolah melayu. Mata pelajaran ini diajar dari darjah satu hingga darjah empat dan kurikulum latihan jasmani ini adalah terhad. Ini adalah disebabkan kerajaan British kurang memberi tumpuan terhadap mata pelajaran ini.
3. Pendidikan Jasmani Sebelum Merdeka
Pendidikan Jasmani pada era ini telah mula menekankan aspek kepentingan latihan fizikal lalu dilaksanakan usaha menggubal sukatan pelajaran bagi Pendidikan Jasmani. Sukatan yang digubal dipengaruhi oleh sukatan daripada sekolah-sekolah di England. Hasilnya pada tahun 1946, Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak telah menggubal sukatan Pendidikan Jasmani. Lanjutan daripada usaha ini, guru-guru tempatan telah dihantar mendalami ilmu perguruan di luar negara iaitu di Kirby dan Brinsford untuk diberi pendedahan bagi bidang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
4. Pendidikan jasmani Selepas Merdeka
Pada tahun 1950-an, Maktab Perguruan Sultan Idris telah diberi kepercayaan untuk membuat semakan dan penyesuaian semula terhadap sukatan mata pelajaran Pendidikan jasmani. Tahun 1960, Maktab Perguruan Ilmu Khas telah memperkenalkan kursus tambahan setahun dalam bidang Pendidikan Jasmani. Tahun 1971, sukatan Pendidikan Jasmani mula dibuat semakan semula dan hasilnya sukatan ini dikeluarkan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) telah menggabungkan Pendidikan Jasmani dengan Pendidikan Kesihatan bermula pada tahun 1992 dan dijadikan sebagai mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar.
SOALAN 1 :
Bagi meningkatkan pengetahuan, anda digalakkan membaca dan mengumpul bahan maklumat daripada bahan bacaan. Buat perbandingan objektif-objektif sejarah Pendidikan Jasmani pada zaman purba, renaissance, moden dan di Malaysia.
No comments:
Post a Comment