" Gantunglah azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Wednesday, November 7, 2012

Tajuk 1 : Komponen Pengajaran


Tajuk 1


Komponen Pengajaran
·               Kemahiran Induksi
·               Penerangan
·               Penyoalan
·               Variasi Rangsangan


Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran dalam komponen  pengajaran. Terdapat empat kemahiran  yang dimuatkan dalam tajuk ini:

·                     Kemahiran Induksi
·                     Kemahiran Penerangan
·                     Kemahiran Penyoalan
·                     Kemahiran Variasi Rangsangan

Hasil Pembelajaran
1.         Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-mikro,    Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam      bilik darjah.


Fikirkan:
                        Fahami aktiviti  yang sesuai dengan kemahiran yang digunakan dalam P&P                      serta berkaitan antara Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa.



Komponen Pengajaran
Mengapa kemahiran dalam komponen pengajaran penting? Bagaimana kemahiran ini dapat difahami? Apakah hubungan kemahiran ini dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah?

Paling penting langkah dan aktiviti P&P yang dijalankan perlu sesuai dengan kemahiran yang digunakan.

Pemahaman guru tentang kemahiran dalam komponen pengajaran  membolehkan seseorang guru memilih dan menentukan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Terdapat empat kemahiran dalam tajuk ini, iaitu:
·                    Kemahiran Induksi
·                    Kemahiran Penerangan
·                    Kemahiran Penyoalan
·                    Kemahiran Variasi Rangsangan

1.1       Kemahiran Induksi

Konsep
•       Cara guru  memulakan pelajaran
•       Guru perlu menimbulkan minat  serta menggerakkan murid  supaya bersedia dan berfikir

Prinsip-prinsip Induksi
•       Bermakna kepada murid
•       Berkaitan isi dan objektif pelajaran
•       Berkaitan dengan pengetahuan sedia ada

Kemahiran Induksi (Permulaan)

1.         Menarik perhatian murid
•       Dengan suara, gerak geri dan kontak mata
•       Dengan ABM
•       Dengan corak interaksi guru-murid

2.         Mewujudkan motivasi
•       Dengan semangat, kemesraan, merangsang nalauri ingin tahu, menggunakan unsur menghairankan, cerita  dan aktiviti yang menarik.

3.         Menstruktur
•       Dengan mengehadkan tugasan, menyatakan tujuan tugas, mencadangkan cara menjalankan tugas, menggunakan soalan yang berkaitan

4.         Membuat perkaitan
•       Membanding/ membeza dengan perkara biasa, menyatakan tujuan tugas atau peristiwa semasa yang diminati murid

1.2       Kemahiran Penerangan
Definisi
Satu proses  untuk memberikan kefahaman  kepada orang lain.  Kemahiran ini perlu dikuasai oleh  guru-guru  kerana ilmu atau perkara yang hendak disampaikan kepada murid mestilah dapat difahami oleh murid dengan berkesan.

Objektif:
  1. Untuk menjelaskan sesuatu – perkara, makna ayat, kata, ungkapan dan lain-lain
  2. Untuk menghuraikan sesuatu proses, prosedur, langkah, peraturan dll.
3.    Untuk menaakul sesuatu sebab, kejadian, peristiwa dan meramalkan kemungkinan sesuatu peristiwa , kejadian, atau tindakan

Bentuk-bentuk Penerangan
•       Takrif:     Menjelaskan sesuatu isu atau perkara dengan memberikan pengertiannya.
•       Huraian:  Menerangkan sesuatu proses.
•       Taakul:    Menerangkan dengan memberi alasan atau sebab-musabab.

Panduan
  1.    Penerangan bagi memastikan  penerangannya jelas dan menarik
  2.    Penggunaan bahasa yang sesuai dengan tahap umur dan kebolehan murid
  3.    Sesuai dengan  kandungan  dan objektif pelajaran
  4.    Mendapatkan respons murid supaya tahu sama ada murid jelas atau kurang jelas  
   dengan penerangan  yang diberikan

Komponen Penerangan

1.         Komponen  Struktur 
•       Penggunaan tanda saran
•       Penggunaan contoh-contoh
•       Penyimpulan atau rumusan

2.         Komponen Penyampaian
  • kejelasan
  • pelbagai penekanan
  • memberi petunjuk
  • membuat perkaitan dan keutamaan
  • mengelakkan kekaburan
  • turutan
  • maklum balas

Prinsip Kemahiran Penerangan
•       Taakulan perlu  jelas  supaya  mudah difahami, menarik perhatian  dan  minat  murid.
•       Penekanan – intonasi,  nada  suara, sebutan, jeda, dan sebagainya.
•       Urutan/Penyusunan Idea  dan Pemikiran  – diperingkat, disusun, dikembangkan secara  kemas, sistematik dan teratur.
•       Ilustrasi – penerangan akan lebih menarik jika disokong dengan  ilustrasi  dan bahan-bahan  visual  yang lain.
•       Maklum balas – bersedia menerima pandangan dan pendapat murid.
•       Penutup – kemas, bermakna, membuat  rumusan  dan kesimpulan kepada  perkara  yang diterangkan.

1.3       Kemahiran Penyoalan
Pengenalan
•       Guru cenderung menggunakan soalan aras rendah sahaja
•       Kemahiran penyoalan  membantu guru mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan mampu meningkatkan pencapaian  murid.
•       Kemahiran yang  rumit, mesti dikuasai oleh guru.

Prinsip-prinsip:
•       Ditujukan kepada semua murid
•       Murid diberi masa berfikir
•       Sesuai dengan kebolehan murid
•       Soalan dirancang daripada mudah kepada rumit, aras rendah ke aras tinggi
•       Penyampaian soalan jelas
•       Melayan tindak balas murid dengan baik

Objektif penyoalan;
•       Untuk melibatkan murid secara aktif  dalam P&P
•       Menimbulkan minat dan ingin tahu murid
•       Membantu murid dalam perkembangan daya fikir
•       Menggalakkan murid menyoal
•       Membantu murid melahirkan idea

Komponen Kemahiran Penyoalan
•       Soalan yang berfokus, sama ada fokus tunggal  atau fokus pelbagai.
•       Soalan yang boleh dialih dan disebarkan supaya  ramai murid berpeluang menjawab soalan.
•       Berhenti seketika selepas mengemukakan soalan bagi memberi peluang kepada murid berfikir
•       Membantu dengan memberi petunjuk atau klu untuk memudahkan murid memberi jawapan
•       Melayan murid dengan adil
•       Soalan bertujuan mencungkil pengetahuan murid berdasarkan aras tertentu.
•       Soalan yang jelas dan ringkas
 

Aras Kemahiran Penyoalan (Domain Kognitif Taksonomi: Benjamin S. Bloom)

PENILAIAN

SINTESIS

ANALISIS

APLIKASI

KEFAHAMAN

PENGETAHUAN



PENILAIAN
Hujah, idea, alasan, sebab-sebab yang menyokong pertimbangan.

SINTESIS
Kebolehan menyusun idea, membentuk idea atau corak baru, menyediakan sesuatu rancangan atau set operasi, mengelas, dan menerangkan sesuatu data.

ANALISIS
Mengkaji bukti, mentafsir, menghurai, mencerakin, menciri, mengatur, melahirkan pemikiran.

APLIKASI
Soalan yang membolehkan murid mengaplikasi atau mencuba ilmu yang dipelajari kepada sesuatu situasi yang baru.

KEFAHAMAN
Soalan yang menguji pemahaman murid, mentafsir dan membuat huraian berdasarkan pemahaman.

PENGETAHUAN
Mengingat, menyatakan kembali fakta yang telah dipelajari.


Teknik Penyoalan

Mencungkil pemikiran murid

Jelas, tepat, dan padat

Memastikan murid yakin dan setuju dengan jawapan mereka

Mendapatkan contoh supaya jawapan lebih jelas


Jenis-jenis penyoalan
1.         Soalan Bertumpu (Tertutup)
•       Bentuk convergent atau  tertutup
•       Aras rendah  - Pengetahuan, Kefahaman
•       Lebih  bersifat objektif
•       Jawapan atau respon terhad
•       Bertujuan  menguji daya ingatan atau mengetahui sama ada memahami maklumat atau pengetahuan yang disampaikan

2. Soalan Bercapah (Terbuka)
•       Bentuk divergen atau  terbuka
•       Aras tinggi  - Aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian
•       Lebih  bersifat subjektif
•       Jawapan atau respon luas atau terbuka
•       Bertujuan menguji penaakulan, penafsiran, atau memberi peluang  dan menggalakkan pelajar membuat spekulasi, mengaplikasi dan merumuskan maklumat atau pengetahuan  yang diperoleh.

1.4       Kemahiran Variasi Rangsangan
Konsep:
Pelbagai  rangsangan yang diwujudkan  oleh  guru  dalam proses P&P  untuk menjadikan  pengajaran mereka diminati   dan berkesan.

Komponen Kemahiran

Perubahan tingkah laku guru                    Perubahan Pertuturan / Suara

Kepelbagaian                                                              
Saluran Deria                                                                 Kepelbagaian Interaksi
KOMPONEN KEMAHIRAN
Kepelbagaian Media dan                                         Kepelbagaian Kaedah 
Bahan Bantu Belajar                                                    dan Teknik Mengajar


Komponen Kemahiran Variasi Rangsangan
1. Perubahan tingkah laku guru
•          Pergerakan : tidak statik,  lincah, aktif
•          Raut wajah /mimik muka  : Ceria, senyum,mesra, tegas bertempat
•          Tubuh badan: pergerakan tangan, jari jemari, dan lain-lain anggota badan yang sesuai.

2.         Perubahan Pertuturan (Suara)
•       Nada suara, kelantangan, intonasi  dan kepantasan pertuturan yang bervariasi.
•       Suara yang mendatar, terlalu perlahan dan kurang bertenaga / tidak bermaya  akan menyebabkan murid berasa bosan.

3.         Kepelbagaian Saluran Deria
•     Bermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada bertutur kepada membaca, daripada membaca kepada bertutur dan sebagainya.

4.         Kepelbagaian Interaksi
•          Interaksi guru-murid, murid -  murid, individu – kumpulan, kumpulan – kumpulan dan sebagainya.
•          Melibatkan pelbagai aktiviti seperti soal-jawab, perbincangan, bercerita, laporan, berita, berlakon dan sebagainya.
•          Memberi peluang kepada murid melahirkan idea, pendapat atau pandangan

5.         Kepelbagaian Media dan Bahan Bantu Belajar
•          Penggunaan pelbagai jenis media dan bahan bantu akan menarik minat murid.
•          Bahan-bahan yang berbentuk multimedia dan interaktif amat digalakkan

6.         Kepelbagaian Kaedah  dan Teknik Mengajar
•          Kaedah dan teknik merpakan saluran penting guru memindahkan kemahiran dan pengetahuan kepada murid.
•          Semakin kerap guru menukar kaedah dan teknik P&P, semakin menarik sesi pelajaran, dan  semakin seronok murid belajar.


Arahan:

·                Sila baca dan fahami tentang kemahiran dalam komponen pengajaran.
·                Setelah anda menguasai keempat-empat kemahiran, bincangkan ciri-ciri setiap kemahiran yang dipelajari.

No comments:

Post a Comment