Tajuk
15
|
Penyediaan Rancangan
Pengajaran dan pembelajaran Harian
|
Sinopsis
Tajuk ini
membincangkan cara penyediaan rancangan pengajaran dan pembelajaran harian
(RPH) berdasarkan rancangan pelajaran semester dan sukatan pelajaran bahasa
Melayu sekolah rendah. Berdasarkan
perancangan guru akan dapat mengaplikasi pendekatan, strategi, kaedah dan
teknik pengajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dengan cekap
dan berkesan; menyediakan perancangan pengajaran berasaskan kepada sukatan
pelajaran dan memindahkan kemahiran mengajar dalam pelbagai situasi sebenar.
Hasil
Pembelajaran
3.4 Mengaplikasi
kemahiran menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam aktiviti
pengajaran mikro dan makro.
Rancangan pengajaran dan pembelajaran
harian
Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang
disediakan oleh untuk beberapa waktu pelajaran. Sebelum merancang dan
melaksanakan P&P seseorang guru
perlulah:
• Mengkaji dan mentafsir sukatan
pelajaran secara mendalam
• Memilih kemahiran-kemahiran dan isi
pelajaran yang sesuai
• Merancang pengajarannya
• Menentukan strategi P&P
• Menyediakan bahan bantu pengajaran
• Menyediakan penilaian
Antara kepentingan RPH ialah:
• Menentukan objektif pengajaran
tercapai.
• Menyakinkan guru semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran
• Mengelakkan sebarang penyelewengan
daripada aspek yang perlu diajar.
• Menentukan isi yang cukup untuk
disampaikan dalam masa-masa yang diperuntukkan.
• Menentukan strategi pengajaran yang
sesuai dengan kebolehan murid.
• Merancang penggunaan alat bantu
mengajar yang yang sesuai.
• Merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, penutup dan penilaian.
• Menggunakan masa pengajaran secara
optimum melalui strategi yang lebih tersusun
dan bersistem.
Komponen-komponen dalam RPH dapat
diringkaskan seperti ditunjukkan dalam rajah berikut:
Komponen-
komponen dalam RPH
PENYEDIAAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 1 UIA
Tema :
Kenderaan
Tajuk : Kenderaan Kini
Masa :
60 minit (1 jam)
Fokus Utama : 2.1 Aras 1 (i)
Bercerita
menggunakan kata, frasa,, ayat serta sebutan
dan intonasi yang baik dan jelas.
Fokus
Sampingan : 8.1 Aras 2 (i)
Melengkapkan ayat tunggal dengan
perkataan yang sesuai secara berpandu
Objektif : a) Murid
dapat menamakan dan menyatakan ciri- ciri
kenderaan.
b) Murid dapat melengkapkan 8 ayat
tunggal
dengan perkataan yang sesuai
secara berpandu.
Kemahiran Bahasa : Mendengar, membaca, dan menulis.
Sistem
Bahasa : Kosa Kata :
kapal terbang, helikopter, kereta,
motosikal.
Kata Adjektif : cantik, besar,
kecil, bulat.
Ilmu : Pendidikan Muzik, Pendidikan Moral.
Nilai : Berbangga dengan pelbagai kemudahan pengangkutan
di Negara ini, bekerjasama, rajin, kemas, dan berusaha.
Kemahiran
Bernilai Tambah (KBT):
Kemahiran
Berfikir : Membuat inferens, membuat keputusan,
mengkategori.
Kemahiran
Belajar : Mengumpul, memproses dan melapor.
Kecerdasan
Pelbagai : Verbal linguistik, visual, interpersonal,
muzik dan
intrapersonal.
Pengetahuan
Sedia Ada : Murid pernah menaiki kenderaan.
Medium
Utama : Komputer, LCD
Projektor, cakera padat
Media
sokongan : teka silang
kata, lembaran kerja.
LANGKAH / MASA
|
ISI PELAJARAN
|
AKTIVITI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
CATATAN
|
Set Induksi
(5 minit)
|
Pengesanan maklumat yang diperdengarkan
-
Nyanyian
lagu “Bapaku pulang dari kota”
|
1. Murid ditunjukkan senikata Lagu “ Bapaku
pulang dari kota”.
2. Murid diperdengarkan lagu “ Bapaku pulang
dari kota”.
3. Murid menyanyikan lagu “ Bapaku pulang dari
kota” beramai-ramai sambil bertepuk tangan.
4. Guru menjelaskan tajuk pelajaran pada hari
ini
|
KB: menghubung
kait, inferens.
BCB: mendengar secara aktif.
BBB: cakera padat, computer dan LCD
projektor.
(Lampiran B)
|
Langkah 1
(15 minit)
|
Menyebut dan mengeja nama kenderaan
- kereta
- bas
- basikal
- motosikal
- kereta api
- lori
- kapal terbang
- helikopter
- kapal
- feri
Mengkelas kenderaan:
-
darat
-
udara
-
air
|
1. Murid ditunjukkan dengan tajuk pelajaran hari
ini.
2. Guru memaparkan gambar kenderaan melalui
tayangan LCD projector.
3. Murid diminta menyebut nama kenderaan yang
ditunjukkan.
4. Murid diminta mengeja dan membunyikan
nama-nama kenderaan tersebut.
5. Murid diminta mengkelaskan kenderaan yang
ditunjukkan.
|
KB: menghubung kait, inferens.
BCB: mengumpul, memproses, dan melapor
maklumat.
KP: visual, verbal linguistik, interpersonal.
BBB: komputer riba, LCD projector.
Nilai: Berbangga kerana ada banyak kemudahan
pengangkutan.
(Lampiran B)
|
Langkah 2
(10 minit)
|
Pengesanan tatabahasa
Kata adjektif
- gambar kereta cantik, merah, bulat.
- gambar lori besar, panjang, biru.
- gambar kapal besar, cantik, perlahan.
|
1. Murid diberi penerangan tentang kata
adjektif.
2. Murid ditunjukkan dengan beberapa gambar kenderaan.
3. Murid diminta menyebut kata adjektif
berdasarkan gambar kenderaan yang ditunjukkan.
|
KB: menghubung kait, inferens.
BCB: memproses, dan melapor maklumat.
BBB: komputer riba, LCD projektor.
Nilai: Bekerjasama.
(Lampiran B)
|
Langkah 3
(15 minit)
|
Tugasan dalam kumpulan:
- Teka silang kata berkaitan dengan
kenderaan.
|
1. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan.
2. Guru menayangkan kata silang kata di skrin
dan memberi penerangan tugasan yang akan dilakukan dalam kumpulan.
3. Setiap kumpulan diberi kertas teka silang
kata (lampiran)
4. Dalam kumpulan murid berbincang berdasarkan
soalan atau petunjuk yang diberi.
5. Wakil kumpulan bergilir-gilir mengisi jawapan
pada teka silang kata yang dipaparkan di skrin.
6. Guru member penilaian hasil tugasan kumpulan.
|
KB: menghubung kait, inferens.
BCB: mengumpul, memproses, dan melapor maklumat.
BBB: kad tugasan.
Nilai: Bekerjasama.
(Lampiran B)
|
Langkah 4
(10 minit)
|
Melengkapkan ayat tunggal dengan perkataan
yang sesuai secara berpandu.
|
1. Murid diedarkan dengan lembaran kerja.
2. Murid diberi penerangan tentang latihan di
dalam lembaran kerja.
3. Murid membuat latihan di dalam lembaran
kerja.
|
KB: membuat keputusan.
BCB: mengumpul, memproses, dan melapor maklumat.
BBB: lembaran kerja.
Nilai: rajin, kemas.
(Lampiran B)
|
Penutup
(5 minit)
|
Rumusan isi pelajaran
Kognitif
- mengetahui pelbagai jenis kenderaan yang
terdapat pada masa kini.
Sosial
- sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan
|
1. Murid menyebut semula nama kenderaan yang
telah dipelajari.
2. Murid menyebut kenderaan yang digemari.
3. Murid membuat rumusan tentang pelajaran hari
ini.
|
KB: membuat keputusan.
Nilai: Berusaha.
|
Salam, boleh saya tahu KP, KB, BBB, BCB tu adalah singkatan untuk apa dalam ruangan catatan ?
ReplyDeleteKP = Kecerdasan Pelbagai
DeleteKB = Kemahiran Berfikir
BBB = Bahan Bantu Belajar (digunakan oleh murid)
BCB = Belajar Cara Belajar
Thanks and I have a keen offer: Whole Home Renovation Cost cost to gut and remodel house
ReplyDelete