TAJUK 4
HURAIAN DAN TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR
HURAIAN DAN TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR
SINOPSIS
Tajuk dalam modul ini menjelaskan tafsiran sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani (PJ) KBSR yang digunapakaikan di sekolah. Tajuk ini juga dapat menjelaskan konsep kesepaduan, penggabungjalinan dan integrasi dalam PJ.

HASIL PEMBELAJARAN
1. Pelajar dapat memahami konsep kesepaduan, penggabunjalinan dan integrasi dalam PJ.
2. Pelajar dapat memahami Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) PJ KBSR.
3. Pelajar mampu mengenalpasti sub-sub tajuk dalam setiap tunjang pembelajaran mengikut HSP.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
1. Kesepaduan
Kesepaduan merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mana konsepnya bersepadu dengan mata pelajaran yang lain. Kesepaduan adalah selaras dengan matlamat Pendidikan Jasmani untuk melahirkan masyarakat secara menyeluruh. Konsep bagi kesepaduan adalah gabungan beberapa ilmu pengetahuan, bahasa atau nilai-nilai dalam mata pelajaran lain secara menyeluruh. Menurut Kamus Dewan (Edisi 4), kesepaduan merupakan keadaan yang bersepadu atau perihal bersepadu menjadi kesatuan yang utuh.
Maknanya di sini, proses penyerapan mata pelajaran lain berlaku dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani secara terancang. Contohnya, mendedahkan konsep pergerakan, sistem otot, sistem tulang dan fungsi-fungsi tubuh manusia yang terdapat dalam mata pelajaran Sains dapat diserapkan secara bersepadu dalam Pendidikan Jasmani secara lagsung.
Guru mestilah menekankan aspek kesepaduan dalam membuat perancangan pengajaran Pendidikan Jasmani agar dapat membantu murid menguasai kemahiran atau ilmu pengetahuan mata pelajaran yang lain. Kaedah perlaksanaannya bolehlah melibatkan kesepaduan dari segi bahan pengajaran dan pembelajaran, kesepaduan komponen utama dalam Pendidikan Jasmani sendiri (Intra) serta kesepaduan dua ilmu pengetahuan yang berbeza mata pelajaran (Inter).
2. Penggabungjalinan
Bermaksud menggabungkan pelbagai kemahiran dalam satu masa. Sebagai contohnya; menggabungkan kemahiran lisan dengan membaca dan kemahiran membaca dengan menulis, penggabungan aktiviti dalam kelas, secara berkumpulan atau individu serta penggunaan alat dan bahan bantu mengajar yang pelbagai bersesuaian dengan proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran dibahagikan kepada dua iaitu penggabungjalinan kemahiran-kemahiran dalam satu mata pelajaran dan penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran. Ciri-ciri penggabungjalinan adalah berasaskan kepada konsep mengintegrasikan beberapa kemahiran. Kemahiran utama menjadi fokus kepada penggabungjalinannya.
Contohnya, kemahiran lisan digabungkan dengan kemahiran membaca.
Kaedah penggabungjalinan adalah bersandarkan kepada perkara pokok seperti mengenalpasti kemahiran utama dan kemahiran sampingan. Di mana kemahiran utama yang menjadi fokus pembelajaran perlulah disusuli dan dikuasai terlebih dahulu dengan kemahiran-kemahiran sampingan untuk kukuhkan kemahiran utama. Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran dan kemahiran sampingan digunakan di semua peringkat pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan dan pencapaian murid

3. Integrasi
Integrasi adalah merupakan penggabungan, dua atau beberapa kaum (unsur, hubungan,dll) menjadi satu kesatuan. Integrasi dalam Pendidikan Jasmani dapat dilaksanakan dengan menggabungkan unsur –unsur seperti kaum dan sebagainya menjadi satu integrasi Malaysia yang saling menghormati kepelbagaian dalam meraikan ciri-ciri budaya kaum masing-masing. Pada masa yang sama juga, integrasi mampu memupuk dan mengembangkan budaya nasional.
Hal ini akan membentuk consensus iaitu persetujuan bersama terhadap sesuatu pekara dan mengusahakan pembinaan budaya nasional. Integrasi harus berlaku secara evolusi melalui proses natural bukannya secara pentadbiran dan paksaan. Dalam Penyata Razak (1956), ada menyatakan berkenaan integrasi yang perlu bermula daripada murid-murid di sekolah. Antara tumpuan utama ialah memastikan bahasa dan kebudayaan lain dipelihara.
4. Huraian Sukatan Pelajaran (HSP)
Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) disusun mengikut tiga tunjang pembelajaran iaitu :
a. Kecergasan
b. Kesukanan
c. Kemahiran
4.1 Kecergasan
Kercergasan boleh dibahagikan kepada dua cabang utama:
a. Kecergasan berasaskan kesihatan yang merangkumi :
i. Daya tahan kardiovaskular
ii. Daya tahan otot
iii. Kekuatan
iv. Kelenturan
v. Komposisi badan
i. Daya tahan kardiovaskular
ii. Daya tahan otot
iii. Kekuatan
iv. Kelenturan
v. Komposisi badan
b. Kecergasan berasaskan perlakuan yang merangkumi :
i. Koordinasi
ii. Imbangan
iii. Ketangkasan
iv. Kuasa
v. Masa tindakbalas
vi. Kepantasan
i. Koordinasi
ii. Imbangan
iii. Ketangkasan
iv. Kuasa
v. Masa tindakbalas
vi. Kepantasan
4.2 Kemahiran
Tunjang kemahiran meliputi aspek-aspek yang memberi pendedahan kepada murid-murid untuk menonjol dan mengembangkan kemahiran mereka ke tahap yang lebih baik khususnya bakat terpendam.
Kebiasaan proses pengajaran dan pembelajaran tunjang kemahiran biasanya mendedahkan murid-murid untuk berfikir dan bermain dengan keseronokan. Tunjang kemahiran meliputi bidang-bidang seperti:
a. Pergerakan asas
b. Permainan
c. Olahraga
d. Gimnastik
e. Pergerakan kreatif
f. Rekreasi
g. Kesenggangan

4.3 Kesukanan
Tunjang kesukanan memberi tumpuan kepada amalan pendidikan yang perlu diketahui dan dikuasai oleh murid-murid di sekolah sebagai persediaan untuk mereka melibatkan diri dalam kegiatan kesukanan.
Tunjang kesukanan juga akan menekankan beberapa isu pokok yang menjadi keutamaan seperti:
h. Keselamatan
i. Pengurusan
j. Kerjaya
k. Isu Pendidikan Jasmani dan Sukan
l. Etika

SOALAN 4 :
1. Huraikan konsep kesepaduan, penggabungjalinan dan integrasi dalam Pendidikan Jasmani; dan
2. Nyatakan tunjang-tunjang yang terdapat dalam sukatan Pendidikan Jasmani dan berikan dua contoh tajuk dalam setiap tunjang.

No comments:
Post a Comment