" Gantunglah azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Wednesday, November 7, 2012

Tajuk 2 : Konsep, Teori dan Falsafah Pembentukan Kurikulum

TAJUK 2
KONSEP, TEORI DAN FALSAFAH PEMBENTUKAN KURIKULUM

 SINOPSIS
Tajuk dalam modul ini memperkenalkan pelajar kepada konsep, teori dan falsafah pembentukan kurikulum Pendidikan Jasmani (PJ) dan hubungkaitnya dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

 HASIL PEMBELAJARAN
1. Pelajar dapat mengetahui konsep, teori dan falsafah pembentukan kurikulum.
2. Pelajar mampu menghubungkaitkan kepentingan PJ dengan aktiviti harian menjurus kepada gaya hidup 
    sihat dan cergas.
3. Pelajar mampu merealisasikan Dasar Sukan Negara dalam komponen sukan untuk semua.
 
 KERANGKA TAJUK-TAJUK
 
PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI
Konsep dan Definisi Pendidikan Jasmani
 
Brownnell dan Hagmen (1951)
 PJ sebagai ke semua pengalaman melibatkan pergerakan otot-otot besar yang menggalakkan kepada 
    perkembangan dan tumbesaran yang optima.

Nixon dan Cozens (1952)
 PJ sebagai suatu fasa dalam proses pendidikan keseluruhan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti cergas 
    melibatkan system otot-rangka dan pembelajaran hasil daripada penyertaan dalam aktiviti-aktiviti tersebut.
 
Wayman (1958)
 PJ adalah suatu fasa daripada pendidikan am yang berhubung dengan pembentukan dan latihan individu 
    yang menyeluruh melalui aktiviti-aktiviti fizikal.
 
Jenny (1961)
 Pendidikan jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal
 Terlibat dengan hasil-hasil pendidikan yang juga tidak bercorak fizikal.
 
Barrow (1971)
 Pendidikan jasmani dalam konteks Pengalaman Pendidikan Seluruhan (The Total Educational 
    Experience).
 Menegaskan bahawa pengalaman pendidikan jasmani berkait rapat dengan proses pendidikan seluruhan  
    dan berkait rapat dengan hal seumur hidup setiap individu.
 
Baley dan Field (1976)
 Satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organic, neuromuscular, intelektual, sosial, 
    budaya, emosional dan estetik, hasil daripada aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih.
 
Jewett and Nixon ( 1980).
 Physical education is most appropriately defined as that phase of the total process of education that is 
    concerned with the development and utilization of the individual’s voluntary, purposeful, movement 
    capabilities, and with directly related mental, emotional and social responses.
 
Kesimpulannya, pendidikan jasmani merupakan sebahagian dari fasa pendidikan am yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan individu pelajar secara menyeluruh dalam aspek fizikal, mental, emosi dan sosial melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti pergerakan dan perlakuan jasmani secara terancang. Secara ringkasnya, pendidikan jasmani ialah pendidikan dari dan melalui aktiviti-aktiviti fizikal.
 
Matlamat (goals) Pendidikan Jasmani

 Matlamat perkembangan jasmani (physical development objective)
- Mempengaruhi semua bahagian pembangunan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial (Jenny,1961).

 Matlamat perkembangan psikomotor (psychomotor development objective)
- Kecekapan motor membantu usaha bagi menguasai kemahiran dan kawalan motor yang baik.

 Matlamat perkembangan sosial dan hubungan manusia (social and human relation objective)
- Kewarganegaraan yang berkesan dan kecekapan kemasyarakatan.

 Matlamat perkembangan mental dan emosi (Mental and psycho-emosional objective)
- Membantu membina kecerdasan melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecerdasan.
 
Tujuan (aims) Pendidikan Jasmani

“The aim of organized physical education programs is to created an environment that stimulates selected movement experiences, resulting in desirable responses that contribute to the optimal development of the individual’s potentialities in all phases of life.”
 Untuk melatih minda
 Untuk membentuk intelek seseorang
 “untuk menguasai pengetahuan prescribed bodies of knowledge”
 Untuk mempelajari konsep asas sesuatu disiplin
 Untuk membentuk sikap yang positif
 Untuk membentuk potensi seseorang supaya dapat menyertai dalam ahli persatuan yang dinamik
 Untuk membentuk kuasa yang rasional
 Untuk membentuk kebolehan berfikir
 “to develop the capacity to make wise decisions in order to become an effective citizen in the democratic  
     processes upon which the free country depends”
 Untuk mempelajari cara hidup sihat berpanjangan
 
Objektif Pendidikan Jasmani
 
Dari segi Jasmani :

 Memberi perhatian kepada usaha membentuk satu sistem organ yang sihat melalui kegiatan-kegiatan  
    jasmani yang cergas khususnya untuk membina kekuatan otot saraf, daya tahan otot saraf dan daya  
    tahan kardiovaskular. Penglibatan dan penyertaan seseorang dalam kegiatan jasmani akan meningkatkan 
    tahap kecergasan jasmani yang mana mempunyai implikasi terhadap peningkatan taraf kesihatan  
    seseorang.
 Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
 
Dari segi Psikomotor :

 Membentuk suatu sistem saraf yang cekap. Kecekapan motor perlu untuk membantu usaha bagi 
    menguasai kemahiran motor asas, koordinasi dan kawalan motor yang baik.Perkembangan aspek ini  
    penting untuk melakukan tugas-tugas harian dengan lebih cekap lagi.
 Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri
 
Dari segi Hubungan Sosial dan Perkembangan Emosi :

 Melalui PJ kita dapat membentuk sikap, sahsiah dan tingkahlaku sosial yang diingini. Individu dapat 
    menyesuaikan diri dan berinteraksi dalam masyarakat
 Memupuk dan menyemaikan sifat-sifat social seperti bekerjasama, semangat kesukanan, berdikari, 
    kepimpinan dan disiplin diri.
 Membina daya tahan kendiri dari segi membina toleransi, sabar, timbang rasa di samping melatih 
    mengawal emosi diri.
 Sebagai saluran untuk meluahkan perasaan, mengurangkan tekanan dan ketegangan yang dialami dalam 
    kalangan masyarakat.

Dari segi Perkembangan Mental : 

 Melalui PJ kita dapat mentafsir dan menganalisis sesuatu situasi dan membuat keputusan dan tindakan 
    yang wajar.
 Pengetahuan mengenai tubuh badan, pergerakan dan fungsi-fungsi yang berkaitan berasaskan prinsip 
    sains dapat diaplikasikan ke dalam konteks pelajaran PJ.
 Mengaplikasi pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal.
 
Konsep Kurikulum Pendidikan Jasmani

 Kurikulum boleh diertikan sebagai rancangan suatu aktiviti pengajaran, kandungan struktur suatu bidang 
    yang menjurus kepada satu-satu bidang. Dengan kata lain, kurikulum adalah rancangan yang terususun, 
    terancang dan besifat berterusan.
 Perancangan sesuatu kurikulum itu adalah diasaskan dari falsafah pendidikan, matlamat dan objektif bagi 
    satu-satu bidang pendidikan.
 Konsep Pendidikan Jasmani boleh diibaratkan sebagai pendekatan pendidikan melalui aktiviti fizikal. Ini 
    bersesuaian dengan kenyataan Rosalind Cassidy dalam tahun 1927 yang merupakan pelopor dalam 
    bidang Pendidikan Jasmani di Mill College, Califonia. Beliau melihat Pendidikan Jasmani sebagai satu 
    pendekatan aktiviti fizikal yang menyumbang kepada pendidikan kepada murid. Beliau juga turut 
    mengubah persepsi mengenai Pendidikan Jasmani yang sebenarnya amat luas dan berupaya memberi 
    sumbangan yang bermakna dan menyeluruh kepada manusia.Model yang boleh dikaitkan dalam 
    pendekatan pendidikan melalui aktiviti fizikal adalah model pembangunan (development model). Model  
    ini merupakan model yang terancang dan berterusan ianya banyak mendominasikan sistem sekolah dan 
    pembelajaran di abad ke 20.
 Dalam tahun 1910, Clark Herington yang juga dikenali sebagai bapa Pendidikan Jasmani moden, 
    mengklasifikasikan Pendidikan Jasmani kepada empat fasa utama iaitu:
 Pendidikan Organik (Organic Education)

Pendekatan kepada pembangunan fizikal yang bertumpu kepada aktiviti-aktiviti yang mampu meningkatkan keupayaan fizikal dalam diri individu melalui peningkatan pelbagai sistem organik dalam badan manusia.

 Pendidikan Psikomotor (Psycomotor Education)
Pendekatan pembangunan motor yang bertumpu kepada kepentingan pergerakanfizikal yang lebih bermakna dengan penggunaan tenaga yang seminimum mungkin serta ianya dilaksanakan dengan efisyen, serta mengekalkan nilai estetika pergerakan.

 Pendidikan Karektor (Character Education)
Pembangunan Mental atau kognitif bertumpu kepada pengumpulan maklumat danpengetahuan dengan keupayaan berfikir dan mentafsir maklumat.

 Pendidikan Intelektual (Intelectual Education)
Pembangunan sosial bertumpu kepada membantu individu menyesuaikan diri dalam kumpulan, masyarakat dan persekitaran dan bertindak memainkan peranannya sebagai seorang ahli dalam satu masyarakat .

Matlamat
 Berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Rendah dan Menengah 1999 ( 
     pengaruhdaripada Herington) dalam matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani di Negara kita.
 Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan 
    amalan kecergasan.

Objektif
Berikut adalah matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia:
 Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor
 Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri
 Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian
 Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal
 Membentuk sahsiah dan disiplin diri
 Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

Hubungkait Falsafah Pendidikan Jasmani dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
 Pendidikan di Malaysia adalah merupakan suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi 
    potensi individu secara holistik dan bersepadu untuk menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis dari 
    segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) dan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan 
    kepada Tuhan.
 Usaha di atas adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, 
    berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi 
    sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
 Kesinambungan yang wujud dalam matlamat utama aktiviti Pendidikan Jasmani ialah meningkat dan 
     membangunkan keupayaan murid dari aspek psikomotor, kognitif dan afektif. Melalui aktiviti Pendidikan 
    Jasmani secara amnya dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui:
 Peningkatan dan perkembangan nilai-nilai sosial seperti bekerjasama, bertolak ansur, sabar, saling 
    hormat-menghormati dan sebagainya.
 Pembinaan dan pengembangan aspek mental dan intelek seperti tafsiran, Kefahaman, pertambahan 
    pengetahuan dan pengalaman dan sebagainya
 Mengembang dan menerapkan perubahan tingkahlaku dan disiplin seperti yakin kepada diri, taat setia, 
    bertanggungjawab, memiliki nilai tentang kemasyarakatan dan sebagainya.(Teng Bon Tong, 2001)
 Kepentingan Pendidikan Jasmani dalam kurikulum sekolah adalah:
 Membangun dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan murid.
 Membangunkan kemahiran pergerakan asas murid.
 Memberi kefahaman kepada murid tentang keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti.
 Memberi peluang dan ruang kepada murid mengenali dirinya.
 Menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hidup.
 Mengetahui isu-isu berkaitan Pendidikan Jasmani dan sukan yang boleh memperbaiki dan mempengaruhi 
    gaya hidup.
 Semua ini mempunyai pertalian rapat dan Pendidikan Jasmani boleh diibaratkan sebagai agen pemangkin 
    ke arah memenuhi hasrat PPK yang bertumpu kepada pembangunan insan yang seimbang dari aspek 
    JERI.
 Strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di peringkat sekolah rendah menekankan 
    aspek-apek penggabungjalinan, pengayaan dan penilaian.
 Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dan menyeluruh dalam Falsafah Pendidikan 
    Negara.
 Guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan 
    kebolehan murid.
 Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan 
    penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid 
    berkomunikasi, berinteraksi, dan kemahiran berfikir.
 
Konsep Penggabungjalinan
 Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan 
    Jasmani.
 Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan 
    kebosanan dalam proses pembelajaran.
 Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran 
    Pendidikan Jasmani atau kemahiran daripada matapelajaran yang lain.
 
Konsep Pengayaan
 Program pengayaan perlu diberi penekanan dan keutamaan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah 
    kerana keadaan latarbelakang murid yang ketara berbeza dari pelbagai aspek seperti kebolehan, 
    keupayaan, bakat, dan minat.
 Murid ini hendaklah diberikan bahan dan pendekatan yang berbeza-beza untuk digunakan secara 
    bersendirian atau dengan bimbingan guru.
 Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan, dan bahanbahan aktiviti boleh 
    diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan 
    atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.
 
Konsep Penilaian
 Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
 Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi membantu guru 
    menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran.
 Penilaian perlulah dijalankan secara berterusan dalam proses
 
    pengajaran dan pembelajaran.
 Proses penilaian yang berterusan akan dapat membantu guru mengenalpasti jenis tindakan susulan yang 
    perlu diambil kepada seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan.
 Melalui penilaian ini, guru seterusnya akan mudah memilih jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti   
    pengayaan yang sesuai bagi seseorang murid.
 Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap kelemahan dan
 
    pencapaian murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul pada aras 
    yang lebih tinggi.
 
GAYA HIDUP SIHAT

Definisi Gaya Hidup Sihat
 Amalan tabiat yang meningkatkan tahap kualiti kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan 
    kesihatan
 Boleh juga ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri 
    seseorang, keluarganya dan masyarakat.
 
Gaya hidup sihat
 Amalan ini perlu dilakukan setiap masa bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri. Untuk 
    meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri, perlu mengamalkan gaya hidup sihat setiap hari 
    seperti mengamalkan pemakanan yang sihat, senaman, menjaga berat badan, dan penjagaan kesihatan 
    yang sempurna.
 Senaman merupakan aktiviti terpenting untuk cara hidup yang sihat. Oleh hal demikian, disarankan 
    supaya mengamalkan aktiviti ini bagi menjamin kesihatan diri. Senaman sekurang-kurangnya tiga kali 
    seminggu, dan masa yang diambil ialah antara 20 hingga 30 minit setiap kali senaman. Antara faedah yang 
    kita dapat ketika bersenam ialah tubuh badan menjadi cergas, dapat mengawal berat badan, membina 
    stamina dan kekuatan, menguatkan kelenturan sendi, gerakan badan dan mencegah kecederaan, 
    meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan peredaran darah, menguatkan otot, tulang dan sendi, 
    mengurangkan tekanan mental, dan sebagainya.
 Dalam melakukan senaman, ianya boleh dilakukan secara bersendirian, bersama keluarga atau kawan-
    kawan. Dalam hal ini, hendaklah sentiasa melakukan senaman bagi mengekalkan tahap kesihatan. 
    Terdapat pelbagai jenis senaman yang boleh dilakukan sama ada secara bersendirian atau berkumpulan. 
    Antara jenis senaman ialah berjalan kaki, lompat tali, berbasikal, berjoging, berenang, bermain 
    badminton, bersenamrobik, dan sebagainya.
 Cara Pemakanan yang Sihat Selain aktiviti bersenam, penjagaan dari segi pemakanan juga merupakan 
    cara terbaik dalam gaya hidup sihat. Dalam hal ini, pengamalan pengambilan makanan berpandukan 
    kepada makan secara sihat. Mengikut piramid pemakanan, kita perlu makan paling banyak bijirin, 
    produk bijirin, ubi, buah-buahan dan sayur-sayuran, manakala makan secara sederhana ialah ikan, ayam, 
    daging, kekacang, susu, dadih, dan keju juga. Bagi makanan yang mempunyai banyak lemak, minyak, 
    garam, dan gula, perlu diambil dengan jumlah yang sedikit.
 Kita perlu mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, zat-zat galian, dan 
    lemak. Hal ini kerana kumpulan ini membekalkan makanan yang kaya dengan kalsium, zat besi, vatamin 
    A, B kompleks, C, protein, dan gentian. Tegasnya, pengambilan makanan yang seimbang baik untuk 
    kesihatan diri. Cara pemakanan yang sihat boleh menghindarkan daripada penyakit kardiovaskular 
    seperti sakit jantung dan darah tinggi. Sebenarnya kedua jenis penyakit ini masih menjadi punca utama 
    kematian di negara ini. Pemakanan yang baik penting untuk pembesaran yang sempurna.
 Jaga Berat Badan dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Sekiranya makan berlebihan kemungkinan 
    mengundang penyakit jantung. Penyakit tersebut adalah berpunca daripada masalah permakanan, 
    kegemukan, tekanan darah tinggi, kurang bersenam, tekanan perasaan, dan sebagainya. Amat penting, 
    adik-adik perlu mengurangkan makan yang berlemak. Sebenarnya lemak merupakan sumber kalori 
    yang padat. Pengambilan lemak yang berlebihan dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung 
    dan menyebabkan kegemukan. Bagi mengelakkan risiko menjadi gemuk, adik-adik perlu bijak memilih 
    makanan mengikut keperluan badan. Makanan yang dimakan bukan sekadar untuk mengenyangkan perut 
    semata-mata tetapi makanlah demi kesihatan tubuh.
 Rehat atau kesenggangan juga merupakan salah satu aspek yang penting dalam menentukan gaya hidup 
    seseorang. Rehat bermaksud suatu tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu 
    aktiviti sama ada aktiviti fizikal, mental ataupun aktiviti ringan. Ia boleh digunakan untuk mengurangkan 
    rasa penat dan letih serta menghilangkan rasa lapar dan dahaga.( Shamsudin, Sharizad & Mohd 
    Sofian,2002)
 Kesenggangan boleh didefinisikan sebagai waktu terluang yang diisi dengan melakukan sebarang jenis 
    aktiviti yang anda gemari. Ia mempunyai fungsi yang sama dengan rehat dan tidur iaitu memulihkan 
    keadaan badan dan otak yang sudah letih bekerja. Kebanyakan orang suka menggunakan waktu 
    senggang untuk pelbagai aktiviti yang proaktif seperti embaca, menggubah lagu, bermain alat muzik dan 
    berhobi.
 Istirehat pula dapat memberi kelegaan dan ketenangan di waktu ketegangan dan stres. Ia membawa erti 
    satu tempoh masa terluang yang diisi dengan melakukan aktiviti ringan yang tidak aktif seperti mendengar 
    muzik, melukis, melihat pemandangan alam flora dan lain- lain.
 Tidur pula ditakrifkan sebagai satu jangka masa di mana kita boleh melelapkan mata dan merehatkan 
    badan sepenuhnya

Jenis-jenis Rehat boleh di bahagikan kepada 2 iaitu: 
 Rehat pasif : rehat tanpa melakukan pergerakan badan; tiada aktiviti regangan otot berlaku Tiga jenis 
    rehat pasif yang berkesan adalah yang menggunakan latihan mental, pembayangan gambaran, istirehat 
    jasmani
 Kita boleh melakukan aktiviti rehat pasif dalam keadaan pasif dan dalam kedudukan postur tubuh yang 
    selesa
 Rehat aktif adalah salah satu daripada bentuk rehat melalui latihan fizikal yang masih melibatkan proses 
    regangan dan kontraksi otot.
 Melakukan aktiviti-aktiviti senaman ringan seperti berjalan-jalan dan bersiar-siar di taman bunga bersama 
    keluarga adalah contoh baik rehat aktif
 Waktu rehat boleh diisi dengan melakukan aktiviti ringan seperti mendengar muzik, membaca majalah 
    atau surat khabar, bermain congkak/carrom/catur dan bersiar-siar di taman/berjoging.
 Tidur adalah satu proses di mana kita melelapkan mata dan merehatkan badan sepenuhnya
 Tidur adalah satu fasa di mana manusia tidak sedarkan diri buat sementara waktu. Di dalam fasa ini, 
    badan akan memperbaiki kerosakan yang berlaku pada sel tubuh serta membantu membina sel baru. 
    Kadar tekanan darah menurun dan kadar denyutan jantung rendah. Semasa tidur, keperluan oksigen 
    menjadi rendah lalu menyebabkan pernafasan kita menjadi rendah. (Norlaila Hamima Jamaluddin, 2006).
 Oksigen digunakan untuk memulihkan tisu-tisu pada otot serta menghasilkan sedikit tenaga untuk 
    keperluan metabolisme dalam badan (Shamsudin et al., 2002).
 Otak tidak aktif membuatkan badan kita berehat sepenuhnya. Namun, ketika ini otak terlebih dahulu 
    membuat persiapan dan persediaan untuk menghadapi keesokan harinya. Oleh itu, tidur yang cukup 
    tanpa sebarang gangguan amatlah penting agar segala proses semasa tidur berjalan dengan lancar
 Secara amnya, keperluan seseorang individu itu untuk tidur secukupnya adalah berbeza: Bayi perlu tidur 
    16 jam sehari . Remaja memerlukan 7 jam tidur dan orang dewasa memerlukan 7 hingga 8 jam tidur

 Peringkat tidur adalah seperti berikut:
i. Stage 1 dan 2 adalah keadaan dimana proses tidur baru bermula, jantung mula perlahan dan suhu badan 
   mula rendah. Di kala ini, bunyi perlahan masih bolehmengejutkan anda dari tidur.
ii. Stage 3 tidur anda lebih nyenyak. Di dalam keadaan ini, mata anda sudah tidak nampak apa-apa 
    walaupun kelopak mata dibuka. Bunyi yang kuat sahaja boleh mengejutkan anda.
iii. Stage 4 fungsi badan lebih direhatkan.Pernafasan anda perlahan dan terkawal. Anda telah masuk ke 
    peringkat tidur paling nyenyak.
iv. Stage 5 REM (rapid eye movement) -Peringkat inilah dipanggil MIMPI. Mata mula bergerak-gerak 
    mengikut gelombang otak.Walaupun mata bergerak, badan kita tidak bergerak seolah-olah lumpuh. REM 
    ambil masa di dalam 10 minit untuk kitaran pertama dan semakin lama setelah beberapa kitaran berlalu. 
    Biasanya seseorang mengambil masa 2 jam untuk keseluruhan stage REM
 
 Keperluan tidur -
i. Membantu badan berfungsi dengan baik untuk bekerja keesokan harinya.
ii. Meningkatkan daya ingatan.
iii. Memberi peluang badan memperbaiki
iv. kerosakan sama ada tisu, sel atau otot.
v. Menghilangkan tekanan.
vi. Menghilangkan rasa penat dan mengantuk semasa membawa kenderaan.

 Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih 
    terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya 
    berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka.
 Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi 
    manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra 
    bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu 
    bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan.
 Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat 
    ini.
 Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani 
    tekanan kehidupan dalam era moden ini.
 Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda 
    kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama 
    tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita.
 Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada 
    pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh 
    menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu 
    perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup 
    sihat yang mampu dicapainya kelak.
 
 Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. 
    Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan 
    berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan 
    gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah 
    memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.
 
DASAR SUKAN NEGARA

 Dasar Sukan Negara adalah satu dasar sukan untuk semua yang merangkumi sukan prestasi tinggi dan 
    sukan untuk semua (I) dan digubal berlandaskan atas rasional yang mana segala kegiatan itu adalah 
    sebahagian daripada rancangan pembangunan yang diusahakan oleh Kerajaan terhadap seluruh rakyat.
 Sukan berhak mendapat pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan yang saran sebagaimana juga 
    yang diberikan kepada keperluan asasi sosial yang lain seperti pendidikan, pengangkutan, perumahan dan 
    perkhidmatan kesihatan supaya membolehkan kerajaan mencapai pembangunan negara, perpaduan dan 
    kestabilan yang berterusan.
 Sukan yang menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, muhibah, toleransi, kesefahaman 
    dan pembinaan kualiti moral dan fizikal memberi satu landasan yang selesa untuk mengintegrasikan 
    pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatupadu serta juga untuk pemupukan maruah 
    bangsa dan negara.
 Tegasnya, sukan mempunyai kesan-kesan manfaat yang amat besar terhadap individu, masyarakat dan 
    seterusnya negara.
 Sukan prestasi tinggi adatah merujuk kepada sukan pertandingan yang diuruskan mengikut peraturan-
    peraturan dan syarat-syarat Persekutuan sukan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik di peringkat 
    kebangsaan dan antarabangsa bagi menentukan pemenang.
 Sukan Massa (Sukan Untuk SemuaJ adatah merujuk kepada aktiviti-aktiviti rekreasi fizikal dan sukan 
    yang berlaku secara spontan atau diuruskan dengan tujuan untuk menggalak penyertaan yang tebih luas 
    dan bukan semata-mata untuk pertandingam. di peringkat kebangsaan/ Antarabangsa.
 Dari peringkat individunya, sukan ini menyumbangkan kepada
i. pembentukan sahsiah, kesedaran diri termasuk semangat pertarungan;
ii. Peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal;
iii. Penggunaan masa kesenggangan berfaedah dan bermakna;
iv. Pengurangan tekanan hidup moden
v. Interaksi sosial yang bermakna
vi. Perkembangan kemahiran-kemahiran asas

 Melalui gaya hidup sihat, seorang individu itu akan lebih sensitif terhadap kesejahteraan dirinya, dalam 
    mana ia memahami sebenarnya akan kenikmatan penglibatannya dan semangat pertarungan. Segala  
    aktiviti ini dilakukannya di dalam environmen dan keupayaannyasarna ada secara individu, di dalam 
    suasana kekeluargaan, di dalam kalangan sahabat handai, didalam kumpulan-kumpulan sukarelawan atau 
    pun di dalam suasana komuniti yang berlainan.

 Di peringkat masyarakat, sukan ini membantu kepada
i. Penggalakan pembinaan kualiti dan moral rakyat yang sesuai dengan aspirasi nasional;
ii. Pewujudan environmen untuk memupuk perhubungan komuniti
yang lebih baik di dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara;
iii. Peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti;
iv. Pencegahan jenayah remaja dengan peluang-peluang penggunaan masa lapang yang memanfaatkan.

 Di peringkat Antarabangsa, sukan membantu kepada
i. Pencapaian kecemerlangan kepada peringkat yang paling tinggi;
ii. Peningkatan maruah bangsa
iii. Pemupukan persahabatan

 Sukan di negara ini secara tradisinya telah dijalankan oleh organisasi
 
    sukarelawan yang kebanyakannya bergabung dengan Majlis Olimpik Malaysia. Peranan Kerajaan hanya 
    terhad kepada peranan yang dimain kan oleh Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan 
    Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia, melalui agensi masing-masing di peringkat kebangsaan, negeri 
    dan daerah
 Mutu sukan prestasi tinggi dalam Negara meningkat sedikit dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan 
    ini. Namun demikian, peningkatan itu tidaklah seberapa berbanding dengan pembangunan sukan 
    keseluruhannya di peringkat antarabangsa. Akibatnya ahli-ahli sukan kita tidaklah begitu berjaya di 
    pertandingan tersebut. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti kekurangan rancangan 
   pembangunan menyeluruh bagi ahli-ahli sukan, kekurangan pendekatan saintifik dalam latihan, kekurangan 
    jurulatih-jurulatih dan pegawaipegawai sukan yang bertauliah, kurang komitmen oleh ahli-ahli sukan, 
    kurangnya kemudahan-kemudahan yang menghadkan peluang penyertaan dalam sukan, kelemahan 
    pengurusan dalam badan sukan dan organisasiorganisasi yang berkaitan, pembatasan kewangan dan 
    prioriti yang rendah yang diberikan oleh Kerajaan kepada bidang sukan.
 Sehingga baru-baru ini, kebanyakan aktiviti aktiviti sukan dijalankan berasaskan kepada pertandingan. 
    Penyertaan massa dalam sukan adalah satu fenomena baru dalam negara ini. Trend ini adalah satu 
    petanda baik bagi negara. Penyertaan massa dalam sukan adalah satu fenomena baru dalam negara ini. 
    Trend ini adalah satu petanda baik bagi negara.
 
Objektif DSN

 Adapun tujuan Dasar Sukan Negara ini adalah membentuk satu masyarakat yang aktif, sihat dan melalui 
    aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi fizikal dengan usaha-usaha keseluruhan Kerajaan pembangunan 
    negara.Objektif-objektif utama adalah berikut :-

i) Untuk membentuk sebuah masyarakat yang sihat,berdisiplin dan bersatupadu melalui penyertaan yang 
    lebih luas dan peluang-peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat.
ii) Untuk menyediakan peluang-peluang dan kemudahankemudahan bagi memenuhi keperluan asasi sosial, 
    psikologi dan fisiologi bagi individu melalui sukan;
iii) Untuk membangun dan meningkat pengetahuan danamalan sukan bagi kepentingan kebajikan sosial 
     seseorang individu dan kenikmatan kesenggangan kalangan orang awam; dan
iv) Untuk mencapai kecemerlangan ke tahap tertinggi sekali, dengan semangat kesukanan yang tulen di 
    pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan juga dengan harapan mempertingkatkan lagi 
    muhibah dan imej negara.

Strategi Dan Perlaksanaan
 Kedua-dua bidang sukan iaitu sukan massa dan prestasi tinggi, hendaklah dibangunkan serentak 
    walaupun dengan penekanan yang berlainan. Sukan massa adalah bertujuan membolehkan rakyat 
    mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat.
 Sukan prestasi tinggi sebaliknya adalah memberi peluang kepada mereka yang berpotensi untuk 
    membuktikan keunggulan mereka di pertandingan peringkat antarabangsa supaya meninggikan lagi 
    maruah negara.
 Sukan massa dan sukan pre stasi tinggi adalah pelengkap diantara satu sarna lain, sebagai satu struktur   
    yang berterusan (continuum). Pelaksanaan strategi ini melibatkan pihak-pihak awam, sukarela dan swasta 
    bekerjasama sebagai satu kumpulan bagi faedah ahli-ahli sukan dan masyarakat keseluruhannya.
 Bagi mencapai objektif-objektif di atas, prioriti hendaklah diberi kepada aspek-aspek berikut :-

1. Perancangan
i. Adalah sangat diperlukan satu program jangka panjang dengan struktur yang baik untuk pembangunan ahli-ahli sukan, jurulatih jurulatih, pentadbir-pentadbir dan pegawai pegawai sukan; dan
ii. Dalam kes sukan prestasi tinggi, pertimbangan yang khusus perlu diberi kepada jenis-jenis sukan yang lebih maju dari aspek kemudahan dan penyertaan yang sedia ada dan jenis-jenis sukan yang lebih sesuai kepada bentuk fizikal rakyat Malaysia, agar membolehkan mereka mendapat peluang yang lebih baik bagi
mencapai kecemerlangan di pertandingan peringkat antara bangsa.

2. Organisasi
i. Pelbagai badan sukan hendaklah bekerjasama dengan lebih erat lagi dengan Kerajaan Pusat dan Kerajaan-kerajaan Negeri untuk membangunkan sukan dalam negara.Sungguhpun pelbagai agensi dan organisasi itu mempunyai peranan yang khusus tetapi program yang dijalankan tidaklah bersepadu. Satu jentera penyelaras yang menyeluruh dalam bentuk jawatankuasa tetap adalah perlu bagimenentukan perhubungan (rapport) yang lebih rap at di kalangan organisasi – organisasi tersebut. Majlis Sukan Negara akan menyediakan jentera ini bagi sukan prestasi tinggi. Begitu juga Kementerian Belia dan Sukan hendaklah mewujudkan satu jentera yang saran untuk menyelaraskan program sukan massa. Ini akan membantu mengadakan kerjasama yang lebih berkesan dan berkekalan di antara pelbagai agensi-agensi Kerajaan dan organisasi sukarelawan.
ii. Kementerian Belia dan Sukan akan menggalakkan sukan massa dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang berlandaskan kepada konsep 'MALAYSIACERGAS'.
iii. Tugas utama bagi Majlis Sukan Negara ialah untuk membantu dan menyelaras pembangunan sukan untuk peningkatan prestasi ahli-ahli sukan dalam pertandinganpertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
iv. Kementerian Pendidikan akan memperuntukkan masa yang cukup untuk pendidikan jasmani bagi semua penuntut, serta membangun dan menyelaraskan aktiviti sukan di sekolah-sekolah termasuklah pembinaan kualiti kepimpinan dalam sukan dan pendidikan jasmani dengan kerjasama dan sokongan Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia dan Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan. Kementerian Pendidikan juga adalah bertanggungjawab melatih guru guru yang berkebolehan mengajar pendidikan jasmani.
v. Kementerian Pendidikan hendaklah menggalakkan sukan secara aktif di maktab-maktab dan di politeknik-politeknik, manakala Majlis Sukan Universiti-universiti Malaysia pula akan menggalakkan aktiviti tersebut di institusi-institusi pengajian tinggi.
vi. Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK) hendaklah menggalakkan dan menyelaraskan semua aktiviti sukan di dalam pelbagai perkhidmatan awam.
vii. Majlis Olimpik Malaysia sebagai satu badan induk kepada semua persatuan sukan kebangsaan, akan mempunyai tanggungjawab utama untuk menggalakkan tujuan pergerakan Olimpik dan juga untuk bekerja rapat dengan Majlis Sukan Negara dalam hal pemilihan dan latihan ahli-ahli sukan untuk pertandingan antarabangsa yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa
viii. Peranan badan-badan pengawal sukan kebangsaan adalah menggalak, membangun dan memberikan peluang-peluang untuk penyertaan dan pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi jenis-jenis sukan yang berkenaan dengan kerjasama Majlis Sukan Negara dan Agensi-agensi Kerajaan yang
berkenaan

3. Personel
Personel yang bertauliah dan berpengalaman hendaklah dilantik bekerja di semua peringkat, dalam organisasi-organisasi sukan, tempat kerja, sekolah sekolah dan institusi pengajian tinggi, bagi merancang, melaksana dan menilai program-program sukan dalam negara.

4. Kewangan
i. Satu Yayasan Sukan Kebangsaan hendaklah diwujudkan bagi membiayai kegiatan-kegiatan sukan pre stasi tinggi dan sukan massa, di seluruh negara. Sumber -sumber kewangan untuk Yayasan itu adalah dari Kerajaan Persekutuan dan semua Kerajaan Negeri, sektor perdagangan dan pihak individu;
ii. Begitulah juga sektor swasta dan dermawan-dermawan hendaklah digalakkan menubuhkan yayasan-yayasan sukan dan menaja kegiatan kegiatan sukan;
iii. Semua sumbangan kepada Yayasan hendaklah dikecualikan dari cukai
iv. Persatuan-persatuan sukan hendaklah mempertingkatkan strategi pemasaran aktiviti-aktiviti mereka supaya membolehkan mereka mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.
5. Insentif
i. Bagi menghargai segala pengorbanan dan sumbangan oleh ahli- ahli sukan, Kerajaan telah mengadakan pelbagai insentif. Insentif ini merangkumi penganugerahan, cuti, elaun-elaun hidup, pertandingan insuran, perbelanjaan untuk latihan yuran pendidikan dan biasiswa-biasiswa.Insentif-insentif yang diberikan kepada ahli-ahli sukan adalah untuk membolehkan mereka meningkatkan kecergasan fizikal mereka ke prestasi kecemerlangan yang paling tinggi di pertandingan peringkat antarabangsa hendaklah dikekalkan dan diperbaiki dari masa ke semasa. Profesionalisme hendaklah juga digalakkan.
ii. Calon-calon yang mempunyai kehandalan dalam bidang sukan hendaklah diberi pertimbangan istimewa di dalam pengambilan untuk pekerjaan dan untuk kemasukan ke institusi-institusi pengajian tinggi dengan syarat mereka mempunyai kelayakan akademik yang minimum yang disyaratkan dalam disiplin yang dipohon oleh mereka; dan
iii. Pengiktirafan dan insentif yang sewajarnya hendaklah diberi kepada pegawai-pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang telah mewakili negara.

6. Kemudahan
i. Satu rangka tindakan 20 tahun (blueprint) berkenaan kemudahan- kemudahan sukan berasaskan kepada strategi untuk kedua-dua bidang sukan pre stasi tinggi dan sukan massa, untuk semua lapisan komuniti termasuk orang-orang cacat, hendaklah disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan selepas berunding dengan agensi-agensi yang berkenaan dan juga persatuan-persatuan sukan;
ii. Kementerian Belia dan Sukan hendaklah menyelaras perancangan dan pengagihan kemudahan-kemudahan utama sukan;
iii. Kerajaan-kerajaan Negeri masing-masing adalah bertanggung jawab bagi merancang kemudahan-kemudahan sukan di peringkat negeri dan daerah. Rasional yang memerlukan perancangan kemudahan-kemudahan sukan di peringkat negeri ini adalah bagi mencapai satu pengagihan kemudahan-kemudahan yang lebih seimbang di kawasan bandar dan luar bandar. Objektif pengagihan semula ialah bagi membolehkan mereka yang kurang bernasib baik, yang memerlukan kemudahan sukan dan perkhidmatan yang lebih dari yang lain tetapi yang kurang sekali membuat desakan, mendapatkan peluang menggunakanan kemudahan di darat dan di air.
iv. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi menyediakan Pelan-pelan Pembangunan Bandar-bandar Baru, Pembangunan Desa dan Tata atur Perumahan hendaklah merangkumi kemudahan-kemudahan sukan dalam pelan pelan mereka bagi mematuhi piawaian-piawaian dan spesifikasi-spesifikasi yang ditentukan oleh
Kementerian Belia dan Sukan; Pihak berkuasa yang bertanggung jawab bagi menyediakan Pelan-pelan Pembangunan Bandar-bandar Baru, Pembangunan Desa dan Tata atur Perumahan hendaklah merangkumi kemudahan-kemudahan sukan dalam pelan pelan mereka bagi mematuhi piawaian-piawaian dan spesifikasi-spesifikasi yang ditentukan oleh Kementerian Belia dan Sukan;
v. Pihak berkuasa tempatan adalah digalakkan untuk membangunkan kemudahan-kemudahan sukan;
vi. Peruntukan mengenai kemudahan-kemudahan sukan hendaklah dipertimbangkan sebagai sebahagian yang melengkapkan skim-skim perumahan. Untuk membolehkan pengusaha-pengusaha menyediakan tanah untuk kemudahan-kemudahan sukan, pihak berkuasa hendaklah memberi pertimbangan gurangkan bayaran ubah syarat tanah untuk skim-skim perumahan dan juga memberi insentif-insentif lain;
vii. Semua kemudahan-kemudahan yang hendaklah diselenggarakan dengan baik dan diperlengkapkan dengan sewajarnya. Kemudahan-kemudahan sukan ini hendaklah dibuka kepada penggunaan semua ahli sukan orang ramai bagi mempastikan penggunaan.yang optimum; dan
viii. Sektor-sektor perdagangan dan sukarela adalah diharapkan bagi melengkapi usaha-usaha Kerajaan dalam pembinaan kemudahan kemudahan sukan. Pengswastaan kemudahankemudahan sukan adalah juga digalakkan.

7. Am
i. Cukai-cukai dan eksais yang ada sekarang atas alat-alat sukan hendaklah dikurangkan supaya ianya boleh dibeli dengan harga yang lebih murah bagi menggalakkan penyertaan yang lebih luas dalam bidang sukan. Pengusaha pengusaha tempatan digalakkan mengeluarkan alat-alat tersebut;
ii. Bagi menyebarkan kesefahaman antarabangsa, dan juga untuk faedah ahli -ahli sukan serta penggalakan pelancongan, badan- badan pengawal sukan peringkat kebangsaan digalakkan menjadi tuan rumah kepada pertandingan-pertandingan antarabangsa..
iii. Penggalakan dan pendidikan (untuk orang awam) dalam bidang sukan hendaklah diuruskan dengan kerjasama media massa dan pelbagai organisasi yang terlibat dalam pembangunan sukan supaya dapat menanamkan sikap positif terhadap sukan.
iv. Sukan yang disifatkan sebagai satu manifestasi budaya rakyat hendaklah diberikan status yang sarna seperti senilukis, muzik, drama dan kesusasteraan yang diiktiraf sebagai disiplin akademik di universiti. Dengan hal yang demikian, institusi-institusi pengajian tinggi hendaklah memperuntukkan pengajian pendidikan jasmani yang merangkumi sukan, sebagai satu disiplin akademik;
v. Institut Sukan Negara yang sekarang Illl sedang dibina patutlah menjalankan penyelidikan sains yang ada hubungkait dengan negara ini,memberi latihan kepada ahli-ahli sukan, jurulatih-jurulatih, pentadbir-pentadbir sukan dan lain-lain personel yang berkaitan serta berfungsi sebagai pusat sumber sukan; dan
vi. Setengah -setengah sekolah akan ditauliahkan sebagai pusat kecemerlangan untuk menggalakkan jenis-jenis sukan yang tertentu.
 
SOALAN 2 :
Bagi meningkatkan pengetahuan,, anda digalakkan membaca dan mengumpul maklumat daripada bahan bacaan untuk menyatakan konsep dan objektif Pendidikan Jasmani mengikut garis panduan Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK)

No comments:

Post a Comment