" Gantunglah azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Friday, August 3, 2012

~::Cantiknya Seorang Wanita..::~

 Cantiknya wanita itu,
bukan kerana ramainya lelaki yang memujamu..

Cantiknya wanita itu,
bukan kerana cantik dan mahalnya pakaian yang menutup auratmu..

Cantiknya wanita itu,
bukan kerana manjanya nada suaramu..

Cantiknya wanita itu,
bukan kerana kelembutan yang bukan pada tempatmu..

Cantiknya wanita itu,
bukan kerana keberanian yang salah di sisi agamamu..

Namun Akhawatku Sayang,
Cantiknya wanita itu terletak
pada bibirmu yang selalu berzikir,
pada mukamu yang bersinar dengan cahaya wudhu',
pada hatimu yang penuh rahmah dan taqwa,
pada pendirianmu yang tak goyah &
memperjuangkan agamamu...
::smg kita semua dipermudahkan dan mampu beristiqamah dlm usaha menjadi wanita yang cantik..amin..::

~Pengembara Nu'man~

No comments:

Post a Comment