Teori-teori motivasi banyak membantu dalam mencari penyelesaian terhadap masalah pencapaian pelajar dalam bidang akademik. Gaya keibubapaan mempunyai pengaruh yang besar dalam pembentukan sikap pelajar yang seterusnya dapat menentukan peningkatan atau penurunan pencapaian akademik pelajartersebut.
Muhammad Kamil (2001)
Motivasi merupakan elemen yang penting dalam menghasilkan pembelajaran yang sempurna. Hal ini kerana motivasi merupakan suatu kaedah pengajaran yang boleh merangsang minat pelajar dalam mata pelajaran yang diikuti.
Weiner (1990)M
Motivasi adalah keadaan dalaman sesorang yang membangkitkan, mengarah dan tingkah laku secara
berterusan.
berterusan.
Namun begitu, motivasi juga boleh dipengaruhi oleh gaya keibubapaan yang diamalkan dalam
sesebuah institusi keluarga. Secara tidak langsung, penerapan gaya asuhan sedemikian akan membina
sikap positif atau peribadi seseorang individu yang seterusnya memberi impak sama ada positif atau pun
negatif terhadap pencapaian akademik pelajar itu. Justeru, pemahaman dalam menangani masalah
kekurangan unsur motivasi yang berlaku akibat kesilapan ibu bapa dalam membentuk tingkah laku dan memberi kebebasan yang tidak sewajarnya ketika mendidik anak-anak merupakan suatu masalah yang memerlukan kajian khusus.

Terdapat beberapa teori yang digunakan untuk menghuraikan konsep motivasi pembelajaran,
gaya keibubapaan dan sikap serta kaitannya dengan pencapaian akademik seseorang pelajar itu.

Antara teori-teori yang digunakan adalah seperti berikut.
1. Teori Hierarki Keperluan Maslow
Asmawati (2002), menjelaskan bahawa Teori Maslow ini mengutarakan keperluan-keperluan
motivasi yang berbeza yang terdapat dalam satu hierarki; dan sebelum keperluan-keperluan yang lebih tinggi diperoleh, keperluan-keperluan primer mestilah dipenuhi terlebih dahulu. Teori ini diterangkan dalam bentuk piramid, di mana keperluan asas terletak di bawah manakala keperluan yang lebih tinggi parasnya terletak di bahagian atas.

Menurut Kamaliah (2005), Maslow mengkategorikan empat keperluan terendah iaitu fisiologi,
keselamatan, kasih sayang dan penghargaan kendiri sebagai keperluan kekurangan (defiency needs).

Tiga keperluan yang teratas pula dikategorikan sebagai keperluan kendiri atau keperluan perkembangan. Bagi kategori keperluan kekurangan, semakin ia dipenuhi, semakin menurun tahap motivasinya.
2. Teori Kognitif
Teori kognitif bagi motivasi menumpukan perhatian kepada peranan pemikiran, jangkaan dan
kefahaman manusia tentang kehidupan (Asmawati, 2002). Sebagai contoh, mengikut salah satu jenis teori kognitif iaitu teori nilai-jangkaan, dua jenis kognisi yang mendasari tingkah laku manusia.

Jangkaan yang pertama adalah tingkah laku tersebut akan membantu manusia mencapai matlamat manakala yang kedua adalah nilai atau kefahaman tentang kepentingan matlamat itu kepada manusia.
Teori kognitif telah membuat pemisahan yang ketara antara motivasi intrinsik dan motivasi
ekstrinsik. Hal ini kerana menurut Feldman (1994) dalam Asmawati (2002), motivasi intrinsik
menyebabkan manusia berpartisipasi dalam sesuatu aktiviti untuk kepuasan yang akan diperoleh daripada aktiviti tersebut. Manakala motivasi ekstrinsik akan menyebabkan manusia berpartisipasi dalam aktiviti untuk mendapatkan ganjaran.

3. Teori Motivasi Pencapaian McClelland
McClelland (1978) dalam Abdul Rahman (1997), mengatakan bahawa motivasi individu akan
meningkat jika, pertama, dia dimotivasikan. Kedua, memahami unsur-unsur motivasi. Ketiga, melibatkan diri secara aktif dalam usaha itu. Hal ini dengan sendirinya menjelaskan proses motivasi itu bertindak secara dua hala, dan kedua-dua pihak pula mestilah saling memberi dan menerima.

Motivasi merupakan satu set proses yang memberi tenaga kepada tingkah laku seseorang itu dan
matlamat menjuruskan tingkah laku itu kepada satu-satu matlamat. Seseorang yang bermotivasi akan
membuat pilihan positif untuk melaksanakan sesuatu itu kerana beliau akan mengetahui tindakan ini
bermakna kepadanya dan boleh memuaskan keperluannya.

Di samping itu, McClelland (1978) dalam Abdul Rahman (1997), menekankan juga tentang
tingkah laku individu yang bermotivasi pencapaian tinggi. Hal ini kerana individu ini mempunyai
keinginan untuk mengatasi rintangan dan sanggup bersusah-payah untuk mencapai sesuatu yang baik.

Oleh itu, dalam teori motivasi pencapaian ini menyebabkan harapan untuk kejayaan dan ketakutan untuk kegagalan tertanam dalam jiwa individu tersebut.
No comments:
Post a Comment