" Gantunglah azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Friday, June 13, 2014

Teori Sosial Sukan

Pengenalan

     Sosialogi dalam sukan merupakan bidang kajian yang mengaplikasikan konsep sosial untuk melihat dan memahami apa yang berlaku dalam sukan.
     Untuk memahami interaksi yang wujud antara individu dalam pasukan dan mereka yang berkaitan dengannya seperti guru pendidikan jasmani, jurulatih, murid, pengurus sukan dan sebagainya.
     Elemen-elemen yang terkandung-bekerjasama, toleransi serta menghormati individu lain dan peraturan membantu dalam proses pembentukkan sikap, nilai dan perlakuan individu 
     Pengertian bagi psikososial sukan pula adalah proses belajar seseorang anggota masyarakat untuk mengenal dan menghayati norma-norma serta nilai-nilai masyarakat tempat ia menjadi anggota

Teori Sosial Dalam Sukan
     Teori Fungsionalis
     Teori Konflik
     Teori Interaksionis
     Teori Kritikal
     Teori Feminis

Teori fungsionalis
     Masyarakat ialah satu sistem yang terdiri daripada kombinasi benda, bahan dan manusia yang membentuk keseluruhan masyarakat.
     Masing-masing saling berhubung kait dan saling membantu.
     Perubahan dalam satu bahagian akan mengubah bahagian-bahagian lain sehinggalah tercapai titik keseimbangan.
.
Teori Fungsional Dalam Sukan
     Penyertaan dalam sukan mempengaruhi kedudukan sosial
     Sukan menggalakkan integrasi sosial dalam kumpulan, komuniti dan pasukan.
     Hubungan antara penglibatan olahraga dan perwatakan yang baik
     Penglibatan olahraga dan pencapaian motivasi
     Penglibatan dan perkembangan kemampuan yang diperlukan untuk mempertahankan suatu masyarakat daripada “ancaman luar”

Teori Konflik
     Hubungan sosial yang memiliki sifat-sifat perbezaan kepentingan ekonomi
     Keteraturan sosial berasal daripada beberapa kelompok orang yang mampu menggunakan sumber untuk mempengaruhi dan memanipulasi pandangan orang lain untuk menerima pandangan mereka
     Teori konflik wujud apabila adanya andaian bahawa kehidupan manusia tidak boleh dipisahkan daripada konflik yang boleh membawa keadaan yang tidak stabil
     Perubahan masyarakat merupakan proses yang terjadi daripada ketegangan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat itu sendiri

Teori Konflik Dalam Sukan
     Bagaimana atlet menjadi terasing dari dirinya sendiri
     Bagaimana olahraga digunakan untuk mengalihkan perhatian atau menguasai masyarakat
     Pertumbuhan komersial dalam masyarakat
     Olahraga dan nasionalisme
     Sukan menyumbang kepada kewujudan ketaksamaan  sosioekonomi dalam masyarakat
     Sukan mempengaruhi pengkomersialan dan perhubungan sosial masyarakat
     Penggunaan kuasa ekonomi dalam sukan untuk kepentingan peribadi





Teori Interaksionis

     Pengasas bagi teori ini ialah Max Weber dan Herbert Mead
     Dikembangkan oleh kelompok The Chicago School dengan tokoh-tokohnya seperti George H. Mead dan Herbert Blummer
     Menyatakan bahawa susunan sosial dicipta oleh rakyat ketika mereka berinteraksi antara satu sama lain
     Pilihan dan kelakuan individu bergantung kepada penerimaan mereka setelah melakukan perbuatan mereka
     Interaksi sosial
     Tujuan manusia atau individu bersama dengan manusia lain adalah untuk mencapai sesuatu gol/matlamat.
     Homans (1950) mengatakan bahawa manusia tidak akan bersama melainkan untuk mencapai sesuatu tujuan.
     Semakin seseorang itu menyatukan dirinya dengan orang lain semakin kuatlah ikatannya kepada norma dan nilai bersama semakin mereka menyukai antara satu sama lain.
     Proses ini memperkukuhkan ikatan kumpulan melalui perkongsian aktiviti, persahabatan, norma dan nilai.


Teori Interaksionis Dalam Sukan
     Fokus kepada isu yang berkaitan dengan makna, identiti, relasi sosial dan subkultur olahraga
     Apabila kita berinteraksi dengan orang lain, kita sebenarnya sedang menimbulkan kultur dan masyarakat
     Identiti merupakan siapa diri kita di dalam dunia sosial.
     Pengalaman seorang atlet dan bagaimana ia menentukan dan memberi erti terhadap penglibatannya
     Tujuannya adalah untuk membina dan menggambarkan realiti yang sedia ada dalam benak atlet, pelatih, penonton dan penyokong
     Kelemahan Teori Interaksionis
     Tiasa petunjuk yang jelas untuk menentukan bila untuk menghasilkan dominasi relasi sosial
     Selalu menjadi tempat untuk mempertahankan dan mentransformasikan relasi sosial
     Sukar memahami persamaan dan perbezaan

Teori Kritis
     Teori kritikal diperincikan oleh Max Horkheimer (1937)
     Menjelaskan teori kritikal sebagai teori sosial yang menjurus terhadap mengkritik dan mengubah masyarakat secara keseluruhan
     Berbeza daripada teori tradisional yang lebih kepada memahami atau menerangkan masyarakat

Konsep Teori Kritis
     Fokus kepada penjelasan suatu kultur, kuasa dan relasi sosial
     Berdasarkan keadilan dan keinginan untuk memahami, konfrontasi dan mengubah sistem eksploitasi dan penindasan dalam kehidupan sosial.
     Penglibatan dalam politik.

Teori Kritis Dalam Sukan

·         Olahraga lebih daripada hanya refleksi masyarakat
·         Ianya melihat bagaimana olahraga mempengaruhi proses masyarakat mengembangkan dan memelihara ideologi budaya.
·         Sekiranya ingin mengetahui tentang olahraga, seseorang itu harus mengetahui konteks sosial dan budaya di mana olaharaga itu wujud.

Teori Feminis

·         Diperkenalkan oleh Simone de Beauvoir
  • Susunan sosial adalah berdasarkan pada nilai dan pengukuran
  • Kehidupan sosial dan susunan sosial adalah berdasarkan gender
  • Penonjolan atlet lelaki dan wanita dalam liputan sukan
  • Bagaimana atlet lelaki dan wanita dipersembahkan dalam media
·         Kemunculan teori ini adalah akibat perbezaan dan sikap prejudis masyarakat kepada kaum wanita.

No comments:

Post a Comment