PSIKOLOGI SUKAN
Definisi
Psikologi
sukan merupakan satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh
aktiviti terhadap perlakuan fizikal, afektif serta kognitif mereka yang
terbabit secara langsung dan tidak langsung dengan aktiviti tersebut.
Psikologi
sukan ialah satu bentuk kajian saintifik tentang reaksi serta perlakuan
fizikal, afektif dan kognitif dalam bidang sukan yang melibatkan ahli sukan
serta penonton (Wann, 1997).
Tugas dan Peranan Ahli Psikologi Sukan
1.
Ahli
Psikologi Sukan Gunaan
1.1
Ahli
Psikologi Sukan Klinikal
-
terlatih
dalam bidang psikologi klinikal
-
pakar
dalam bidang psikologi
-
membantu
atlet menghadapi masalah klinikal seperti memberi kaunseling, psikoterapi,
membuat pemeriksaan psikologi/mental atlet
-
mempunyai
lesen untuk menjalankan perkhidmatan membantu atlet secara klinikal
1.2
Pendidik
Psikologi Sukan
-
Mendapat
latihan dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan
-
Mempunyai
asas pengetahuan dalam bidang psikologi sukan
-
Bertugas
sebagai pengajar/penyarah di pusat pengajian tinggi
-
Penceramah
kursus kepada jurulatih dan konsultan kepada pasukan atau atlet tertentu
2.
Penyelidik
Psikologi Sukan
-
Bertanggungjawab
dalam melakukan penyelidikan dan mengkaji tentang bidang psikologi sukan
-
Mengkaji
isu-isu seperti motivasi, keagresifan, konsentrasi
-
Kelayakan
di peringkat sarjana dan doktor falsafah diperlukan
Personaliti
Definisi
: Personaliti merujuk kepada ciri-ciri yang menjadikan seseorang itu unik atau
berlainan dari orang lain.
Personaliti
dibahagikan kepada 3 struktur yang berbeza iaitu teras psikologikal, respon
yang biasa dan peranan yang kita mainkan.
1.
Teras
Psikologikal
-
Ciri
personaliti yang paling asas
-
Paksi
utama dalam diri seorang individu untuk menonjolkan sikap, nilai, falsafah,
prinsip, keinginan, kemahuan, kepercayaan dan keyakinan diri
-
Merupakan
ciri dalaman yang stabil dan tidak mudah berubah
-
Menjelaskan
tentang diri sendiri, sikap, perlakuan serta keseluruhan yang berkaitan dengan
diri kita
2.
Respon
yang biasa
-
Reaksi
kita dalam keadaan biasa. Contoh, anda merupakan seorang yang peramah serta
mudah mesra. Sikap peramah ini merupakan respon anda yang biasa dalam hampir
semua situasi. Orang lain akan mengandaikan bahawa anda merupakan seorang yang
peramah dan mudah mesra (ekstrovet)
3.
Peranan
yang kita mainkan
-
Berkaitrapat
dengan persepsi kita terhadap sesuatu situasi yang kita hadapi
-
Aspek
personaliti yang dinamik atau sentiasa berubah mengikut situasi. Contoh, jika
anda merupakan seorang guru di sebuah sekolah. Pada masa yang sama anda juga
merupakan seorang jurulatih, sahabat, suami dan bapa dan pelbagai peranan yang
lain. Dalam konteks ini, anda perlu memainkan peranan yang berbeza dalam
situasi yang berbeza.
-
Kita
perlu menyesuaikan diri mengikut keperluan peranan yang dimainkan agar memenuhi
tuntutan peranan tersebut dan tidak menimbulkan konflik di antara
peranan-peranan tersebut
-
Sekiranya
peranan yang dimainkan menjadi kayu ukur untuk mengenal pasti seseorang, maka
kita tidak dapat mengenal pasti personaliti sebenar seseorang kerana ia sering
berubah mengikut keadaan
-
Untuk
mengenali personaliti seseorang, kita perlu mengenali teras psikologikal atau
sekurang-kurangnya respon biasa supaya mendapat gambaran yang lebih jelas
tentang personaliti seseorang
Personaliti Atlet dan Bukan Atlet
-
Atlet
lazimnya lebih stabil serta ekstrovert dari mereka yang bukan atlet (Morgan,
1980).
-
Atlet
lebih kompetetif, dominan, berkeyakinan serta mempunyai motivasi pencapaian
yang tinggi (Cooper, 1969).
-
Atlet
mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran dan mempunyai konsep kendiri yang
tinggi (self esteem).
-
Atlet
tidak mudah putus asa daripada bukan atlet.
Kesan Penglibatan Dalam Sukan Terhadap
Personaliti
-
Model
Pengekalan : individu yang tidak mempunyai ciri-ciri yang diperlukan untuk
berjaya dalam sukan (seperti keyakinan diri dan kompetitif) akhirnya akan
menarik diri dari sukan.
-
Model
Pilihan : hanya individu yang berkemampuan serta mempunyai ciri-ciri tertentu
akan menyertai sukan.
-
Model
Perubahan : penglibatan dalam bidang sukan membawa perubahan kepada individu
terbabit.
Perbezaan Personaliti Berdasarkan
Jenis Sukan Yang Berbeza
-
Atlet
yang terlibat dalam sukan individu biasanya lebih tenang dan introvert
berbanding atlet yang terlibat dalam sukan berpasukan yang lebih bersifat
ekstrovert.
-
Atlet
yang terlibat dalam sukan yang bercorak agresif biasanya lebih agresif dari
atlet yang terlibat dalam sukan tidak agresif.
-
Contoh
sukan individu : olahraga, renang, badminton, skuasy, tenis
-
Contoh
sukan berpasukan : bola sepak, ragbi, bola baling, bola jaring, hoki
-
Contoh
sukan agresif : silat olahraga, karate, tekwando, tinju, muay thai
-
Contoh
sukan kurang agresif : bowling, bowling padang, menembak, memanah
Personaliti dan Kecederaan Dalam Sukan
-
Kecederaan
merupakan isu penting yang mendapat perhatian semua pihak yang terlibat dalam
bidang sukan.
-
Ahli
psikologi sukan akan mengenal pasti ciri-ciri personaliti atlet yang berisiko
tinggi serta mudah tercedera.
-
Ahli
psikologi sukan klinikal dan pendidikan akan terlibat secara langsung dalam
proses pemulihan atlet yang tercedera.
-
Personaliti
seperti bertenaga (yang menjurus ke arah negatif), terlalu berhati-hati dan
kurang matang dari segi pemikiran berkait rapat dengan insiden kecederaan dalam
sukan.
Personaliti dan Atlet Wanita
-
Wujud
perbezaan antara wanita yang melibatkan diri dalam sukan dan wanita yang tidak
aktif dalam sukan.
-
Atlet
wanita mempunyai ciri-ciri seperti motovasi pencapaian, agresif, emosi stabil,
tidak bergantung kepada orang lain serta bersikap asertif berbanding wanita
yang tidak aktif dalam sukan.
-
Atlet
yang berjaya di tahap tertinggi sama ada lelaki atau wanita mempunyai
personality yang hampir sama.
Peranan Guru/Jurulatih Dalam Memahami
Personaliti
1.
Selalu
mengambil kira ciri-ciri personaliti atlet serta situasi yang dihadapi.
-
pengetahuan
tentang personaliti atlet akan membantu jurulatih menyediakan atlet untuk
menghadapi cabaran.
-
Jurulatih
dapat mengesan kelamahan dan kekuatan atlet.
2.
Tingkatkan
kemahiran komunikasi anda sebagai jurulatih.
-
Komunikasi
yang berkesan membantu jurulatih memahami atlet.
-
Bersifat
terbuka dan suka bertanya (bukan bernada marah/menyindir) membantu menjalinkan
hubungan baik dengan atlet.
3.
Jadilah
seorang pemerhati yang baik.
-
Memerhati
sikap serta perlakuan atlet dalam situasi yang berbeza dapat membantu jurulatih
mengenali atlet dengan lebih baik.
4.
Mahirkan
diri dengan strategi mental.
-
Membantu
atlet untuk mempelajari sesuatu kemahiran dengan lebih berkesan.
-
Menyampaikan
maklumat dengan berkesan melalui strategi penyampaian yang berkesan.
BAB 3 : Pemprosesan Maklumat dan
Tumpuan Dalam Sukan
Proses
maklumat : Pemprosesan maklumat melibatkan proses mengkod, menyimpan dan
mengingat/memanggil semula maklumat.
Ingatan
(Memory)
-
Kajian
dalam bidang psikologi kognitif.
-
Ingatan
deria (sensory memory), ingatan
jangka pendek (short-term memory) dan
ingatan jangka panjang (long-term memory).
-
Beroperasi
serentak dalam pemprosesan maklumat.
-
Relevan
dalam prestasi sukan.
1.
Ingatan
Memori (Sensory memory)
-
Fasa
pertama dalam proses mengingat.
-
Proses
penyimpanan maklumat yang paling singkat.
-
Ingatan
berasaskan icon dan ingatan berasaskan bunyi relevan dalam sukan.
-
Ingatan
berasaskan icon melibatkan deria penglihatan, ingatan berasaskan bunyi
melibatkan deria pendengaran.
-
Maklumat
yang diterima menerusi deria penglihatan dan pendengaran disimpan dalam ingatan
berasaskan icon dan bunyi.
2.
Ingatan
Jangka Pendek (short-term memory)
-
Maklumat
yang disimpan oleh ingatan berasaskan deria akan beransur-ansur hilang dari
ingatan.
-
Proses
ini disebut pelupusan maklumat. Maklumat yang tidak perlu akan dilupuskan/dilupakan
dari ingatan berasaskan deria.
-
Maklumat
yang dianggap penting akan dipindah ke ingatan jangka pendek.
-
Fasa
kedua dalam proses mengingat.
-
Pemprosesan
maklumat secara aktif/sedar
-
Tempoh
ingatan agak singkat sekitar 30 saat.
-
Dikenali
ingatan berfungsi kerana berfungsi dan bekerja pada waktu itu.
-
Kemampuan
menyerap maklumat terhad.
3.
Ingatan
jangka panjang (long-term memory)
-
Sebahagian
maklumat penting dalam ingatan jangka pendek akan diserap ke ingatan jangka
panjang. Sebahagian lain akan terlupus.
-
Fasa
terakhir dalam proses mengingat.
-
Mempunyai
kapasiti besar untuk menyimpan maklumat.
-
Maklumat
kekal di dalam ingatan.
-
Maklumat
dalam ingatan jangka panjang akan dipindah ke ingatan jangka pendek apabila ia
ingin digunakan secara aktif/sedar melibatkan manipulatif kognitif.
Tumpuan dan Konsentrasi
-
Proses
menumpukan perhatian ditakrifkan sebagai konsentrasi yang diasaskan oleh proses
atau aktiviti kognitif individu.
-
Merujuk
kepada aktiviti memberi tumpuan/memfokuskan perhatian secara kognitif dengan
menggunakan tumpuan fikiran kepada sesuatu topic/tugasan yang dilakukan secara
sedar/disengajakan.
-
Tumpuan
bermaksud kemampuan seseorang mengalihkan tumpuan dari satu sumber maklumat
kepada satu sumber maklumat yang lain dan jumlah maklumat yang difokuskan dalam
tempoh masa tertentu (Cox, 1998).
-
Konsentrasi
bermaksud kemampuan memberikan tumpuan (fokus) kepada petunjuk di persekitaran
serta mengekalkan fokus tersebut dalam tempoh masa yang diperlukan.
-
Kemampuan
konsentrasi merupakan aspek penting yang menentukan kejayaan atau kegagalan
sesebuah pasukan atau atlet dalam sukan.
Masalah Berkaitan Tumpuan
1.
Terlalu
memikirkan/memberikan tumpuan kepada apa yang telah berlaku.
2.
Terlalu
memikirkan apa yang akan berlaku.
3.
Memberikan
tumpuan kepada terlalu banyak kiu/petunjuk di persekitaran.
4.
Terlalu
menumpukan kepada mekanik atau proses pergerakan sesuatu kemahiran yang telah
dikuasaai dengan baik.
Faktor
Penyumbang Kehilangan Tumpuan
1.
Kepentingan
sesuatu pertandingan. Tekanan yang keterlaluan menyebabkan atlet hilang
tumpuan.
2.
Saat
kritikal dalam sesuatu perlawanan. Seperti penentuan sepakan penalty.
3.
Penilaian
ke atas pemain sama ada oleh jurulatih, pengurusan, rakan sepasukan, penonton
dan peminat.
Cara Mengatasi Masalah Hilang Tumpuan
1.
Bicara
kendiri yang positif. Contoh : Saya boleh lakukan.
2.
Menggunakan
perkataan atau kiu tertentu untuk memfokuskan tumpuan.
3.
Berlatih
dengan gangguan/simulasi.
4.
Mewujudkan
serta mengekalkan rutin tertentu.
5.
Memfokuskan
terhadap peranan masa kini. Lupakan perkara yang sudah berlaku dan tumpukan
perhatian pada masa sekarang.
Motivasi
Konsep Motivasi
Definisi
: Arah dan intensiti usaha seseorang individu (Sage, 1977). Ianya bersifat
neutral.
a.
arah - mendekati atau mengelakan diri dari situasi tertentu.
b.
intensiti usaha - takat usaha seseorang untuk mendekati
atau
mengelakkan diri dari situasi tersebut.
Sumber
Motivasi
a.
Intrinsik (dalaman) - berdasarkan keyakinan diri, kebolehan, kemahuan dan
keinginan untuk melakukan sesuatu aktiviti.
b.
Ekstrinsik (luaran) - berdasarkan ganjaran (positif/negatif), orang tersayang,
persekitaran.
Teori Motivasi
a)
Motivasi
Pencapaian
-
Kecenderungan
atlet sama ada untuk mendekati atau mengelakkan diri dari situasi yang
kompetetif atau berasaskan pencapaian.
-
Berteraskan
pencapaian seperti kemenangan, hadiah, pengiktirafan kepada atlet yang berjaya.
-
Atlet
melibatkan diri berdasarkan keinginan dalaman dan bukan kerana ganjaran.
-
Penyertaan
atlet berdasarkan keinginan dalaman merupakan sumber motivasi intrinsik.
-
Motif
untuk mencapai kejayaan atau takut kepada kegagalan.
-
Motif
untuk mencapai kejayaan merupakan motivasi intrinsik.
-
Takut
kepada kegagalan merupakan kebimbangan kognitif.
-
Motivasi
ekstrinsik dimasukkan bagi mengekalkan atlet untuk terus terlibat dalam sukan.
b)
Keyakinan
Diri
-
Atlet
yang berkeyakinan tinggi mempunyai motif atau sebab yang kuat untuk berjaya.
-
Espektasi/tanggapan
atlet yang tinggi untuk berjaya.
-
Kejayaan
melakukan sesuatu perlakuan meningkatkan espektasi atlet untuk berjaya pada
masa depan.
-
Kegagalan
akan menurunkan espektasi atlet untuk berjaya pada masa depan.
-
Keyakinan
sukan merupakan keyakinan yang dimiliki atlet tentang kemampuannya untuk
berjaya.
Kemahiran Memotivasikan Diri
Antara
teknik yang biasa digunakan untuk memotivasikan diri individu adalah penetapan
matlamat perlakuan dan kata-kata rangsangan diri (self talk).
a. Penetapan matlamat
Satu
proses kognitif yang digunakan untuk meningkatkan prestasi dengan membuat
sasaran tertentu yang sentiasa dinilai sebagai panduan untuk mencapai sasaran
tersebut.
Tahap-Tahap Penetapan Matlamat
a. Matlamat Jangka Panjang
- Matlamat
terakhir dalam perancangan seseorang atlit atau pasukan dalam mencapai sasaran
yang ditetapkan.
b. Matlamat Jangka Sederhana
- Matlamat
pertengahan dalam perancangan seseorang atlit atau pasukan untuk menilai sama
ada atlit atau pasukan tersebut berada di landasan yang betul untuk menepati
matlamat terakhir.
c. Matlamat Jangka Pendek
- Matlamat
harian atau mingguan yang digunakan untuk menilai sama ada atlit atau pasukan
tersebut berada di landasan yang betul untuk menepati matlamat jangka panjang.
Matlamat
tersebut memainkan peranan sebagai pemangkin untuk memotivasikan individu
tersebut disamping menjadi panduan (kayu ukur) untuk menilai sama ada apa yang dirancangkan
menepati matlamat.
b. Kata-Kata Rangsangan Diri
Kata-kata
perangsang atau perkataan yang boleh digunakan untuk meningkatkan motivasi,
keyakinan diri serta intensity usaha seseorang individu atau pasukan. Boleh
berbentuk slogan-slogan tertentu (Contoh: Malaysia Boleh) ataupun perkataan
yang menggambarkan ciri-ciri tertentu ("kuat seperti harimau"), kata-
kata hikmat ("andalah yang terbaik"), (you're the best) serta doa.
Kebimbangan
Konsep Kebimbangan
Definisi
: Perasaan yang subjektif berpunca dari tafsiran atau persepsi seseorang
individu terhadap sesuatu situasi yang menghasilkan kebangkitan dan tekanan
(Levitt, 1980). Antara kesan fisiologi kebangkitan ialah peningkatan kadar
nadi, pernafasan yang cepat dan tidak teratur, menggeletar, tumpuan menjadi
sempit dan otot mengecut.
Jenis-Jenis Kebimbangan
a.
Kebimbangan berasaskan tret merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu
contohnya, individu yang semulajadi mempunyai ‘darah gemuruh’ yang tinggi.
Individu ini akan mentafsir rangsangan di persekitaran sebagai menggugat diri
mereka. Tafsiran ini akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan mereka.
b.
Kebimbangan seketika (state) merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang
terhasil dari tafsiran individu terhadap rangsangan yang terdapat di
persekitarannya pada waktu itu. Bagi individu yang tinggi darah gemuruhnya, mereka
akan mentafsirkan rangsangan tersebut sebagai sesuatu yang amat menekan.
Kesannya tahap kebimbangan dan kebangkitan fisiologi mereka juga akan meningkat
tinggi. Prestasi individu akan menurun dengan peningkatan tahap kebimbangan dan
kebangkitannya.
Proses
Tafsiran Kebimbangan
a. Rangsangan
Perkara
di persekitaran yang memberikan kesan kepada individu. Contohnya sorakan penonton,
cuaca ataupun pesaing yang terlibat dalam situasi tersebut.
b. Tafsiran
Analisis
individu terhadap rangsangan yang dihadapi. Tafsiran boleh bersifat positif
ataupun negatif.
c. Pelakuan
Tindakan
yang diambil oleh individu berdasarkan kepada tafsiran yang telah dibuat.
Sekiranya tafsiran yang dibuat terhadap rangsangan adalah positif, tindakan
yang bakal diambil adalah positif dan sebaliknya. Sekiranya seorang atlit merasakan
bahawa beliau berpeluang untuk berjaya dalam acara 100 meter, beliau akan
berusaha untuk berlari dengan baik. Sebaliknya, sekiranya seorang atlit
merasakan bahawa beliau tidak berpeluang untuk berjaya dalam acara 100 meter,
beliau tidak akan berusaha untuk memberikan saingan. Tindakan yang dihasilkan
akan memberi kesan kepada individu tersebut khususnya apabila menghadapi
situasi yang serupa di masa hadapan.
Kemahiran Mengawal Kebimbangan
Antara
teknik psikologi yang boleh digunakan untuk mengurangkan kebimbangan adalah
terapi pernafasan, pemusatan (centering), teknik relaksasi dan visualisasi.
a. Terapi pernafasan
Teknik
: Menarik satu nafas yang panjang dan menghembuskannya perlahan-lahan. Dilakukan
berulang
kali sehingga berasa tenang atau releks.
Tujuan
: Menghasilkan rasa tenang atau releks. Berkesan untuk mengurangkan kebimbangan
tret dan kebimbangan seketika
b. Pemusatan (centering)
Teknik
: Menarik nafas yang panjang seperti terapi pernafasan serta menumpukan
perhatian
(pemusatan)
kepada titik di belakang pusat dan di tengah badan kita (center). Dilakukan
dalam
keadaan
berdiri pada kedudukan yang selesa.
Tujuan
: Melahirkan ketenangan serta meningkatkan konsentrasi. Berkesan untuk mengurangkan
kebimbangan tret dan kebimbangan seketika.
c. Relaksasi
Teknik
: Mengecut dan merelakskan otot secara progresif. Boleh dilakukan secara duduk
atau berbaring.
Tujuan
: Mengurangkan tekanan serta ketegangan otot dengan memfokus kepada rasa otot tersebut.
Memantau
otot yang tertekan serta merelakskannya bila perlu. Berkesan untukmengurangkan
kebimbangan tret dan kebimbangan seketika.
d. Visualisasi
Teknik
: Membayangkan sesuatu yang boleh menenangkan individu apabila mereka berada
dalam
keadaan tertekan atau bimbang.
Tujuan
: Mengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan seketika.
Keagresifan
Konsep Keagresifan
Definisi
: Perlakuan atau tindakan yang bermatlamat untuk menyakitkan atau mengakibatkan
kecederaan fizikal serta mental kepada benda hidup yang berusaha untuk
mengelakkan tindakan tersebut (Silva, 1981).
Klasifikasi Keagresifan
Keagresifan
boleh diklasifikasikan kepada tiga tahap yang berbeza:
a. Keagresifan Kasar atau Ketara
(hostile)
Bertujuan
mencederakan individu lain dengan niat untuk melihat individu tersebut
menderita kesakitan. Faktor penggalak kepada tindakan ini adalah melihat
kecederaan dan penderitaan yang dialami oleh mangsa. Tindakan ini lazimnya
didorong oleh rasa marah dan kecewa pelaku.
Contoh
: Seorang pemain bola keranjang dengan sengaja menjatuhkan lawannya.
b. Keagresifan Instrumental
Bertujuan
mencederakan individu yang lain dengan niat untuk mendapatkan ganjaran
tertentu. Kecederaan berlaku kerana ianya perlu bagi mencapai matlamat
tersebut.
Contoh
: Seorang peninju yang terpaksa menjatuhkan lawannya untuk memenangi sesuatu
perlawanan.
c. Keagresifan Asertif
Bertujuan
bermain mengikut peraturan. Penggunaan daya fizikal serta perkataan dalam
permainan atau perlawanan adalah mengikut peraturan permainan yang telah
ditetapkan. Individu ini tidak berniat untuk mendatangkan kecederaan kepada
orang lain.
Contoh
: Pemain ragbi bermain secara agresif mengikut undang-undang permainan ragbi.
Faktor Yang Mempengaruhi Keagresifan
Faktor
utama yang mempengaruhi keagresifan dalam sukan boleh dibahagikan kepada dua
faktor utama iaitu :
a. Psiko-Fisiologikal
Berkait
rapat dengan tafsiran seseorang individu. Sekiranya individu tersebut merasakan
(tafsiran) bahawa beliau diancam (lawan bermain kasar) secara fizikal atau
lisan, individu tersebut akan bertindak mengikut tafsiran yang telah diputuskan
(tindak balas/mempertahankan diri). Tindakan ini melibatkan kebangkitan peningkatan
kadar nadi, tumpuan menjadi sempit, tindakan fizikal yang keterlaluan)
b. Faktor Semasa
i.
Suhu - semakin tinggi suhu di persekitaran, semakin tinggi kemungkinan untuk
bertindak agresif.
ii.
Perbezaan mata/jaringan - semakin jauh perbezaan jaringan atau mata, semakin
tinggi kemungkinan tindakan agresif dilakukan oleh pihak yang ketinggalan.
iii.
Pengaruh penonton - sorakan dan ejekan penonton (pihak lawan dan penyokong
sendiri) boleh menjadi pemangkin kepada keagresifan di kalangan pemain.
iv.
Tempoh masa permainan - berdasarkan kajian, keagresifan lazimnya berlaku di
pertengahan permainan. Bagaimanapun, faktor-faktor tertentu seperti perbezaan
mata atau tempoh masa (minit-minit terakhir) juga menjadi penentu kepada
tindakan agresif.
Remix No comment, please
ReplyDelete