Sejak akhir-akhir ini, kerjaya sebagai ahli
psikologi sukan mahupun ‘jurulatih mental’ ini semakin popular kerana ramai
orang telah melibatkan diri secara langsung dalam bidang ini untuk melatih atlet
ataupun pasukan tertentu di negara kita.bagi memastikan khidmat yang diberikan
mendatangkan kebaikan kepada mereka yang memerlukan khidmat tersebut maka etika
psikologi perlu diwujudkan serta dipraktikkan oleh mereka yang terlibat.
Seterusnya topik perbincangan ini akan membantu kita mengenali kemampuan,
kemahiran serta bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada atlet serta
jurulatih yang memerlukan khidmat ahli psikologi sukan. Kebelakangan ini, ramai
orang telah memperkatakan bahawa teori-teori serta teknik-teknik psikologi
sukan telah menunjukkan keberkesanannya kerana ramai diantara mereka yang
bergiat dalam sukan mengakuinya kerana ia mampu membantu mereka meningkatkan
prestasi serta mencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan sukan (Anshel, 1997;
Cox, 1998; Wann, 1997). Pendedahankepada beberapa konsep, teori serta teknik
psikologi sukanyang dapat membantu anda meningkatkan mutu persembahan dan
pencapaian yang membanggakan.
Bagaimanapun dengan hanya menamatkan satu kursus
psikologi sukan ataupun menamatkan satu kursus di peringkat diploma, anda masih
belum boleh menganggap diri anda sebagai seorang ahli psikologi sukan serta
berkelayakan untuk memberikan khidmat nasihat kepada mereka yang memerlukan
kepakaran dalam bidang ini.walaupun di Malaysia masih belum wujud satu badan
akreditasi khusus untuk ahli psikologi sukan seperti mana bidang profesional
yang lain seperti kaunseling, doktor perubatan dan psikologi ia tidak bermakna
bahawa anda bebas menggelarkan diri anda sebagai seorang pakar psikologi sukan.
Perbuatan ini menyalahi etika profesion kerana ia tidak mempunyai kelayakan
minimum untuk melayakkan diri menjadi ahli psikologi sukan. Pakar psikologi
sukan bimbang tentang risiko yang mungkin timbul dari kesilapan penggunaan
teori serta teknik psikologi sukan sekiranya ia dipraktikkan oleh mereka yang
kurang mahir dalam bidang ini (Silva, 1989). Kesannya mungkin akan menyebabkan
ramai orang meragui peranan serta kepentingan dalam bidang ini dan proses
penyediaan atlet atau pasukan sukan.
Apa yang kita faham pada awal-awal tajuk ini, tugas
seorang ahli psikologi sukanboleh diklasifikasikan kepada dua tugas utama.
Pertamanya tugas yang bersifat memberikan tunjuk ajar (pendidikan) kepada atlet
serta jurulatih tentang cara melakukan teknik latihan mental dengan cara lebih
berkesan (Cox, 1998). Dalam konteks ini, guru atau jurulatih yang betul betul
terlatih dalam bidang ini yang boleh melaksanakan tugas ini (Smith, 1992).
Keduanya, tugas bersifat klinikal dimana seorang ahli psikologi sukan diminta untuk
memberikan bantuan yang bercorak klinikal seperti memberikan kaunseling,
psikoterapi serta membuat pemeriksaan psikologi dan mental atet terbabit. Oleh
itu, adalah penting bagi seseorang ahli psikologi sukan mempunyai kemahiran
serta pengetahuan yang berkaitan untuk melaksanakan tugas tersebut.
Untuk memudahkan kita mendalami lagi isu-isu yang
berkaitan dengan etika, satu garis panduan tentang kajian dan tugas klinikal
dalam bidang psikologi sukan yang digariskan oleh Persatuan Psikologi Sukan dan
Aktivit Fizikal Amerika Syarikat (North American Society for the Psychology of
Sport and Physical Activity). Garis panduan ini menjelaskan tentang tatacara
seorang ahli psikologi sukan (Wann, 1977) :
1. Bertanggungjawab – Ahli psikologi
sukan bertanggungjawab diatas segala perlakuan, nasihat serta saranan yang
diberikan dan bertanggungjawab keatas kesan dan akibat berkaitan dengan saranan
tersebut serta memastikan tindakan yang diambil itu bertepatan dengan keadaan.
2. Berkelayakan – Ahli psikologi
sukan memberikan bantuan dan latihan yang mana ia berkelayakan serta
berpengalaman melakukannya.
3. Mematuhi moral dan etika – Ahli
psikologi sukan tidak membabitkan diri dengan kegiatan yang berlawanan dengan
peraturan, etika serta moral yang ditetapkan.
4. Kenyataan umum – Ahli psikologi
sukan menyatakan kelayakan ikhtisas serta penglibatan mereka dengan persatuan
profesional dengan jelas.
5. Kerahsiaan – Ahli psikologi sukan
menghormati serta menjaga rahsia atau maklumat yang diberikan oleh klien atau subjek
kajian mereka.
6. Kebajikan klien – Ahli psikologi
sukan menjaga kebajikan serta integriti aklien serta kumpulan yang mendapatkan
khidmat mereka.
7. Hubungan profesional – Ahli
psikologi sukan mesti peka terhadap keperluan serta pendapat rakan-rakan dalam
bidang lain yang berkaitan dengan sukan.
8. Teknik penilaian – Dalam usaha
untuk membentuk, menerbit serta menggunakan sesuatu alat atau teknik penilaian
atau pengukuran, kebajikan klien perlu diutamakan.
9. Kajian yang milibatkan manusia –
Dalam melaksanakan kajian psik ologi kebajikan mereka yang terbabit dengan
kajian tersebut perlu diutamakan agar ia selaras dengan peraturan serta garis
panduan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkuasa diperingkat persekutuan,
negeri serta badan profesional terbabit.
No comments:
Post a Comment