" Gantunglah azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Monday, August 19, 2013

Panduan Memuji anak, anak didik, adik-adik ^_^

Jom Baca!

Pujian penting untuk kanak-kanak membina keyakinan diri. Tapi... pujian juga ada teknik dan cara tau supaya kanak-kanak mendapat nilai terbaik dalam setiap pujian dan kritikan yang kita berikan.

  • Pujian perlu tepat - daripada berkata, “Awak pandai main bola” gantikan dengan mengatakan “Fadhil perlu sepak bola itu dengan kuat, nanti boleh menjadi pemain bola yang hebat.
  • Ikhlas dalam kata-kata - kanak-kanak tahu anda ikhlas atau tidak. Jika sering menipu dalam pujian, anda akan hilang kepercayaan mereka.
  • Galakkan mereka untuk mencuba aktiviti baru - cabar mereka untuk tidak takut gagal.
  • Jangan terlalu berlebih-lebih dalam pujian - jika terlalu kerap dan banyak dipuji menyebabkan mereka tidak akan menghargai kata-kata semangat anda lagi.
  • Jujur bila perlu memuji atau memberi kritikan - ia membuktikan kepadanya, yang anda benar-benar mengikuti perkembangan usahanya.
  • Pujian perlu fokus terhadap usaha dan kerja keras bukan bakat mereka. 
sekadar berkongsi...

No comments:

Post a Comment