Tajuk 3 Pertumbuhan Somatik (Pertumbuhan pascanatal)
1 Pengukuran yang lazim digunakan dalam kajian pertumbuhan
· Satu set teknik piawai yang sistematik untuk pengukuran badan dan anggotanya adalah dikenali sebagai antropometri (anthropometry) di mana anthropo = manusia dan metry = pengukuran.
· Satu cara pengukuran bersifat kuantitatif ke atas saiz, perkadaran dan bentuk badan.
· Berat badan adalah pengukuran ke atas jisim badan.
· Ketinggian (stature) adalah pengukuran jarak linear dari lantai ke bahagian atas (puncak) tengkorak.
· Panjang berbaring (recumbent length) adalah ukuran panjang pada kanak-kanak berumur antara 2 – 3 tahun, dalam keadaan berbaring.
· Ketinggian berduduk (sitting height) adalah ketinggian semasa berduduk tegak yang diukur dari permukaan berduduk ke bahagian atas kepala.
· Ukuran lebar biacromial adalah ukuran jarak dari cuaran acromial skapula kanan ke kiri. Ini adalah ukuran lebar bahu.
· Ukuran lebar bicristal adalah ukuran dari bahagian sisi lengkungan iliak kanan ke kiri. Ini adalah ukuran lebar pinggul.
· Lebar bicondylar adalah ukuran dari tulang kondil (condyles) femur manakala ukuran lebar biepicondylaradalah ukuran yang melibatkan tulang humerus.
· Ukuran lilitan lengan lazimnya diukur dari titik pertengahan antara cuaran acromial dan olecranon(hujung siku).
· Ukuran lilitan betis adalah pada bahagian paling tebal semasa individu berdiri dan berat badan disebar dengan sekatanya.
· Ketebalan lapisan kulit adalah petunjuk lapisan lemak di bawah kulit (subcutaneous) dan boleh diukur dengan kaliper.
· Pengukuran ketebalan lapisan kulit lazimnya dilakukan di bahagian otot trisep dan subskapular.
· Ukuran lilitan kepala lazimnya dilakukan ke atas bayi dan kanak-kanak berumur 3 – 4 tahun sebagai petunjuk pertumbuhan otak.
· Indeks jisim badan (BMI) adalah ukuran yang menghubungkaitkan berat (kg) dan ketinggian (m).
2 Corak pertumbuhan dalam ketinggian dan berat badan
· Ketinggian dan berat badan adalah dua ukuran yang lazim digunakan dalam kajian pertumbuhan.
· Dari peringkat kelahiran sehingga awal dewasa, ketinggian dan berat badan menunjukkan satu corak pertumbuhan yang terdiri daripada empat fasa iaitu:
(a) pesat di peringkat bayi dan awal kanak-kanak,
(b) malar di peringkat pertengahan kanak-kanak,
(c) pesat di peringkat awal remaja, dan
(d) perlahan selepas remaja dan berhenti di peringkat dewasa
· Kadar pertumbuhan ketinggian dan berat badan semasa awal remaja adalah tinggi. Kadar pertumbuhan ini adalah lebih cepat bagi perempuan berbanding lelaki untuk tempoh dua tahun.
· Ketinggian perempuan berhenti apabila mencapai umur 16 tahun manakala lelaki akan terus berkembang untuk tempoh dua tahun lagi.
3 Corak pertumbuhan dalam dimensi anggota lain
· Kebanyakan anggota badan mengalami corak pertumbuhan yang meningkat kecuali lapisan lemak di bawah kulit, bahagian kepala dan muka.
· Pertumbuhan ketinggian berduduk berlaku dalam suatu tempoh yang panjang dan menyumbang lebih kepada ketinggian keseluruhan berbanding panjang kaki.
· Lelaki mempunyai bahu yang lebih lebar berbanding perempuan tetapi kedua-dua jantina ini mempunyai lebar iliac crest yang sama.
· Lilitan lengan dan betis mempunyai corak pertumbuhan yang serupa dengan berat badan.
· Pertumbuhan pesat pada lilitan kepala dapat dilihat sejak kelahiran sehingga 2 tahun, dan mula perlahan selepas itu.
4 Perubahan perkadaran anggota badan
- Walaupun corak pertumbuhan atau bentuk keluk pertumbuhan dalam kebanyakan anggota badan hampir sama dengan ketinggian dan berat badan, kadar pertumbuhan adalah berbeza antara anggota yang khusus.
- Pertumbuhan allometric adalah hubungan sistematik antara anggota badan semasa pertumbuhan.
- Nisbah ketinggian berduduk kepada ketinggian diperhatikan paling tinggi semasa peringkat bayi dan menurun di sepanjang peringkat kanak-kanak sehinggalah ke alam remaja.
- Sebelum remaja, lelaki dan perempuan mempunyai perkadaran yang sama dalam panjang kaki atau panjang badan. Walau bagaimanapun, semasa alam remaja sehingga dewasa, perempuan pada puratanya mempunyai anggota yang lebih pendek berbanding lelaki mengikut ketinggian yang serupa.
Perkembangan badan (Development of physique)
1 Kaedah penilaian badan
· Hippocrates pada zamannya mencadangkan dua jenis klasifikasi badan iaitu habitus phthisicus (linear) dan habitus apoplecticus (lateral).
· Pendekatan konsepsual yang diperkenalkan oleh William Sheldon adalah kaedah penilaian yang lazim digunakan pada hari ini. Pendekatan ini berdasarkan jenis bentuk badan (somatotype, soma = badan).
· Pendekatan ini berasaskan kepada penyebaran variasi badan yang berterusan.
· Komponen-komponen yang dicadangkan adalah endomorphy, mesomorphy dan ectomorphy.
· Ciri utama endomorf - adalah berasaskan kepada organ-organ pencernaan dan kelembutan serta kebulatan kontur badan.
· Ciri utama mesomorf - adalah pada otot, tulang dan tisu-tisu penghubung, supaya otot kelihatan sasa.
· Ciri utama ektomorf - adalah berasaskan kepada kerapuhan bentuk, perkembangan otot yang lemah, dan luas permukaan yang lebih berbanding jisim badan.
· Kaedah Phenotype Parnell, yang dikemukakan oleh Richard Parnell adalah modifikasi ke atas Sheldon dan bersifat antropometrik.
· Phenotype bermaksud keadaan badan pada suatu masa tertentu.
· Ketinggian, berat, tiga lipatan kulit, dua lilitan anggota dan dua kelebaran tulang anggota digunakan untuk menilai anggaran tiga komponen badan iaitu gemuk, sasa dan kurus.
· Kaedah Heath-Carter menggabungkan prosedur fotoskopik dan antropometrik untuk menganggar jenis badan.
2 Perubahan bentuk badan semasa pertumbuhan
- Perempuan lebih bersifat endomorf semasa pertumbuhan dan kematangan dan bersusut ke ektomorf selepas itu. Tidak terdapat pola yang nyata untuk mesomorf.
- Antara 17 hingga 33 tahun, endomorf dan mesomorf kelihatan bertambah manakala ektomorf berkurangan.
No comments:
Post a Comment