" Gantunglah azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Friday, August 3, 2012

~::Cantiknya Seorang Wanita..::~

 Cantiknya wanita itu,
bukan kerana ramainya lelaki yang memujamu..

Cantiknya wanita itu,
bukan kerana cantik dan mahalnya pakaian yang menutup auratmu..

Cantiknya wanita itu,
bukan kerana manjanya nada suaramu..

Cantiknya wanita itu,
bukan kerana kelembutan yang bukan pada tempatmu..

Cantiknya wanita itu,
bukan kerana keberanian yang salah di sisi agamamu..

Namun Akhawatku Sayang,
Cantiknya wanita itu terletak
pada bibirmu yang selalu berzikir,
pada mukamu yang bersinar dengan cahaya wudhu',
pada hatimu yang penuh rahmah dan taqwa,
pada pendirianmu yang tak goyah &
memperjuangkan agamamu...
::smg kita semua dipermudahkan dan mampu beristiqamah dlm usaha menjadi wanita yang cantik..amin..::

~Pengembara Nu'man~

~::Memilih Atau Dipilih..::~

"Kita hidup memiliki dua pilihan iaitu Memilih atau Dipilih ...
Jika kamu Memilih ... pilihlah yang terbaik buat kamu ...
Dan jika Dipilih maka jadilah yang terbaik buatnya ...
Dan jangan pernah melihat seseorang dari fizikalnya ...
Kerana suatu saat fizikal itu pasti akan berubah seiring berjalannya waktu....tapi lihatlah seseorang itu dari hati dan sifatnya.."
 ~Pengembara Nu'man~

Tuesday, July 31, 2012

~::Perhiasan Dunia::~

Wanita hiasan dunia...
namun...
wanita juga pembawa fitnah...
oleh itu..
jagalah kecantikanmu...
duhai wanita tercinta...
dari pandangan yang bukan mahram...
memang payah..
tetapi..
usahakanlah ia sebaiknya..
insyaAllah ada jalannya..
agar dikau dipandang mulia..

wanita dikatakan pembawa fitnah.. untuk memelihara daripadanya, secara ringkasnya,,kaum hawa perlu menjaga diri sendiri..akan tetapi kaum adam bukannya terlepas daripada tanggungjawab untuk memelihara dirinya daripada turut serta menundukkan pandangan.. wallahua'lam...~renungan bersama~ 

Monday, July 30, 2012

::Andai Kau Ingin.....::


Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin satu kelemahan, kau akn menjauhinya....

Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya, kerana mngkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya.....

Andai kau ingin sahabat yg satu, janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu kau mungkin akan memfitnahnya......

Andai kau ingin seorang kawan, janganlah kerana sifat cerianya, kerana andai dia tdk pandai mnceriakan,kau mngkin akn mnyalahinya.......

Andai kau ingin bersahabat, terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat yg hnya mnusia biasa, jgn dhrpkan semuanya smpurna kerana kau jga tdk sempurna, tiada yg biasa2 mnjadi satu sempurna tapi bersahabatlah kerana Allah SWT....

~PENGEMBARA NU'MAN~