" Gantunglah azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Tuesday, January 25, 2011

Berlapang Dada


Jangan letakkan garam di dalam air yg sedikit, masinnya akan terasa 
tetapi letakkan ia di dalam tasik yang besar, agar hilang masinnya... 

begitulah dgn masalah yang kita hadapi, jgn terlalu menumpukan pd masalah tersebut sehingga membebankan diri sendiri... 
tp berlapang dada lah, krn dengan nya mudah bg kita menerima hidayah dan pasti ada hikmah disebaliknya....


Perbandingan Pertumbuhan Dengan Perkembangan (3)

EDU3102
assalamualaikum dan salam sejahtera... kali ni, mira nak kongsi nota ISL perkembangan kanak-kanak.. yang ni mira dh bentang dalam kelas semalam..>_< 
i hope dis note will help u a lot!!

Pertumbuhan dan Perkembangan
Pertumbuhan

Perkembangan

       Perubahan bersifat  kuantitatif

       Perubahan bersifat kualitatif

       perubahan boleh dilihat  atau diperhatikan

·         perubahan sukar dilihat
       boleh diukur mengikut peringkat atau masa

       tidak boleh diukur perubahannya

       capai kemuncak bila tiba kematangan

       berterusan dari lahir hingga akhir hayat

       perubahan tingkah laku fizikal

       perubahan tingkah laku mental


Perbandingan Dari Aspek Jasmani
Pertumbuhan
Perkembangan
       Perubahan yang bersifat kuantitatif

       Perubahan bersifat kualitatif

       Perubahan dari segi saiz, berat, organ, anggota badan, gigi

       Mampu melakukan sesuatu yang sesuai 
               dengan perubahan yang berlaku.


Perbandingan Dari Aspek Rohani
Pertumbuhan
Perkembangan
       Fitrah manusia untuk beragama.

       Mampu mematuhi peraturan agama tersebut. 


Perbandingan Dari Aspek Intelek
Pertumbuhan
Perkembangan
       Keupayaan berfikir .

       Boleh menguasai kemahiran membaca, mengira, mengingat, menulis, berfikir secara   kreatif dan kritis.

       Sel-sel neuron bertambah dan saiz otak makin membesar sehingga sampai satu tahap akan berhenti.

       Dapat memahami konsep-konsep dan menyelesaikan masalah.


Saturday, January 22, 2011

KAEDAH LATIHAN KECERGASAN FIZIKAL (KONSEP DAN DEFINISI KECERGASAN KESELURUHAN DAN KECERGASAN FIZIKAL)

TEORI 1 (ni ISL kelas abah utk teori 1..>_<)

KONSEP DAN DEFINISI KECERGASAN KESELURUHAN DAN KECERGASAN FIZIKAL

1. Konsep Kecergasan Keseluruhan

·         Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi, fizikal dan rohani.
·         Kecergasan ini membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna
kepada masyarakat.
·         Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan.

(a) Kecergasan Fizikal
·         Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.

(b) Kecergasan Mental
·         Kecergasan mental adalah keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal.

(c) Kecergasan Sosial
·         Kecergasan sosial adalah keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan perhubungan yang bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan ini.

(d) Kecergasan Emosi
·         Kecergasaan emosi adalah keupayaan individu menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri secara membina, proaktif, dan optimistik.

(e) Kecergasan Rohani
·         Kecergasan rohani adalah keupayaan individu untuk membentuk satu sistem nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan
matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif

2. Definisi Kecergasan Fizikal

·          - Berada dalam keadaan cergas dari segi fizikal dan mental,
·         - berkeupayaan melaksanakan tugas harian dengan efisyen tanpa rasa letih atau lesu,
·         - mampu beribadat dengan sempurna,
·         - dan mempunyai tenaga ketika waktu kecemasan


3. Kepentingan Kecergasan Fizikal

·        -  Meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan memperbaiki system edaran darah
·        -  Meningkatkan kecekapan pergerakan dan kelembutan badan
·        -  Memperbaiki tonus dan postur
·        -  Menambah kekuatan dan dayatahan otot
·        -  Membantu mengawal berat badan dengan lebih baik dan mencegah kegemukan

4. Komponen Kecergasan Fizikal

a) Berlandaskan Kesihatan
Daya tahan kardiovaskular

-          Ia adalah keupayaan jantung untuk mengekalkan tahap kecekapan yang   berterusan untuk jangkamasa yang lama untuk aktiviti yang memerlukan banyak tenaga seperti joging, berlari atau berenang.
·         Daya tahan otot
          -    Merujuk kepada keupayaan kumpulan otot untuk terus berfungsi ke tahap waktu 
               yang ditentukan (stamina otot).
·         Kekuatan otot
-          Ianya adalah tahap kekuatan otot untuk menampung sesuatu aksi tertentu.
·         Kelenturan
-          Keupayaan untuk melentur dan bergerak dengan lembut dan berupaya untuk melakukan pergerakkan lingkungan penuh.
·         Komposisi tubuh badan
-          Ianya merujuk kepada jumlah struktur utama anggota tubuh badan: otot, tulang dan lemak.


b) Berlandaskan Lakuan Motor
·         Imbangan
-          Keupayaan mengekalkan keseimbangan pada keadaan statik atau bergerak
·         Masa tindak balas
-          Berkait rapat dengan masa antara suatu stimulus dengan permulaan tindakan antara stimulus tersebut
·         Ketangkasan
-          Berkait rapat dengan keupayaan mengubah haluan atau pergerakan dengan pantas dan tepat melalui ruang
·         Kelajuan/kepantasan
-          Keupayaan melakukan sesuatu dalam jangka masa yang singkat
·         Kuasa
-          Berkait rapat dengan kadar melakukan sesuatu kerja
·         Kordinasi
-          Keupayaan dalam menggunakan deria seperti deria pendengaran dan penglihatan bersama anggota badan dalam melakukan pergerakan motor dengan lancar dan tepat

Friday, January 21, 2011

KONSEP ASAS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

EDU3102

Konsep Pertumbuhan:
• Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar.
• Atan Long : Perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain dari semasa ke semasa.
• D.S Wright & Ann Taylor : Pertambahan dalam pelbagai sifat luaran seseorang (sifat jasmani – saiz, tinggi, berat badan dan lain-lain).
Pertumbuhan ialah:
• Perubahan bersifat kuantitatif (perubahan saiz dan struktur dalam aspek fizikal, mental untuk mencapai kemuncak bila individu matang.)
• Kuantiti perubahan dapat dilihat dengan nyata atau dapat diukur berdasarkan peringkat-peringkat pertumbuhan melalui teknik antropometrik.
• Porter merumuskan bahawa kadar pertumbuhan fizikal adalah pengasas perihal maju atau lembabnya seseorg kanak-kanak, tetapi pendapat ini ditentang oleh Franz Voaf.
Faktor-faktor mempengaruhi pertumbuhan manusia ialah:
• Potensi yang diwarisi (baka).
• Keadaan kesihatan ibu semasa proses kehamilan.
• Kadar pertumbuhan sebelum lahir.
• Ada atau tidak ada trauma sebelum lahir.
• Pemakanan dan keperluan badan lain dapat dijaga.
• Ada atau tidak kecacatan fizikal.
• Kemudahan perubatan dan kesihatan.
• Keadaan hidup satu budaya atau kebudayaan masyarakat.
Ciri-ciri Pertumbuhan:
• Suatu keutuhan dan fenomena pertumbuhan serta perubahan itu berterusan dan berkualiti.
• Suatu proses yang lengkap dan sempurna.
• Perubahan dapat diukur dan dilihat dengan jelas.
• Pertumbuhan mengikut corak tertentu atau mempunyai arah tertentu berdasarkan proses kematangan yang dialami.
• Pertumbuhan seseorang mengikut proses kematangan.
• Perubahan dalam pertumbuhan dapat dilihat dengan nyata seperti tinggi, berat, kadar bentuk badan dan pertumbuhan organ dalaman.
• Struktur mendahului fungsi : struktur kumpulan otot akan menjadi lengkap sebelum digunakan.
• Peringkat pertumbuhan adalah sama bagi semua individu tetapi kadar berlainan.
Konsep Perkembangan:
• Crow & Crow : Perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.
• Karl G. Garrison : Perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkaitan antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan adalah mengikut urutan semula jadi dan bersifat sejagat.
• D.S Wright & Ann Taylor : Perkembangan ialah perubahan berlaku dalam warisan hayat.
• Atan Long : Perubahan kualitatif tidak dapat diukur secara kualitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat awal dan berlaku berterusan daripada percambahan hingga akhir hayat.
• Charls Darwin (pengasas teori evolusi): Jika sistem saraf sesuatu organisma kompleks, maka masa yang diperlukan untuk matang adalah lama.
• Beltes, Reese & Nesselroade (1977) : Dengan bertambah umur, perubahan evolusi yang lain akan berlaku iaitu dalam bentuk sahsiah, kognitif, moral, fizikal.
• Mohd Nazar (1990) : Perubahan dengan masa iaitu perubahan dengan umur dan perubahan daripada jenis evolusi atau ontogenik.
Perkembangan ialah:
• Proses yang berterusan dair lahir hingga kematangan dan akhir hayat atau proses individu mencapai kematangan secara berterusan.
• Perubahan kualitatif atau tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat perubahannya dengan membuat perbandingan sebelumnya.
• Berlaku secara cepat dan sukar diramal, contohnya warna rambut berubah daripada hitam kepada putih (uban).
• Faktor baka dan persekitaran dianggap faktor utama mempengaruhi perkembangan individu dari segi jasmani. Emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
• Dianggap sebagai perubahan tingkah laku mental.
Ciri-ciri Perkembangan:
• Susunan perkembangan adalah serupa, berperaturan dan dapat diramal bagi semua ahli dalam sesuatu jenis. Kanak-kanak berkembang secara berperingkat.
• Perkembangan berlaku mengikut kadar yang berlainan.
• Perkembangan berlaku daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu.
• Perubahan bersifat kualiti, tidak dapat diukur secara tetap tetapi dapat dilihat dari perubahan sifat.
• Proses perkembangan berterusan dari permulaan hingga akhir hayat melebihi peringkat kematangan.
• Perkembangan timbul dari tindakan yang saling berkaitan antara pertumbuhan jasmani dan pembelajaran.
• Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.

Aspek
Pertumbuhan
Perkembangan
Jasmani
Pertumbuhan saiz, berat, gigi
Bertambah kemahiran menggunakan anggota seperti merangkak, berjalan, berlari dan melompat
Mental
Bertambah keupayaan berfikir
Berkembangnya kemahiran menggunakan perkataan, bahasa, angka, pemikiran, mengingat, menaakul, analisis
Emosi
Perasaan seronok, gembira, sedih , takut
Kemahiran mengawal perasaan dalam situasi tertentu
Sosial
Meluaskan perhubungan, komunikasi, bergaul dengan orang lain
Kemahiran mendisiplin dan sesuaikan diri dalam pergaulan
Prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan:
Ø Pelbagai aspek pertumbuhan dan perkembangan tidak berlaku serentak.
Ø Di bawah ini disenaraikan lima prinsip berkaitan dengan pertumbuhan dan perkembangan yang penting:
I. Pertumbuhan dan perkembangan berlaku dari umum ke khusus. Contoh perkembangan ialah bila bayi menangis dan kemudiannya berfokus kepada sebab yang khusus, seperti lapar atau ketidakselesaan fizikal.
II. Pertumbuhan dan perkembangan yang menunjukkan peningkatan kerumitan (complexity).Contohnya, pertumbuhan dari otot kasar ke otot halus. Contoh perkembangan ialah bila kanak-kanak belajar menyelesaikan masalah harian menggunakan strategi-strategi yang canggih.
III. Pertumbuhan dan perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza. Contoh pertumbuhan ialah pencapaian ketinggian seseorang individu berbeza pada umur yang sama. Maka adalah menjadi kebiasaan terdapat kadar pertumbuhan yang berbeza di dalam bilik darjah.
IV. Pertumbuhan dan perkembangan yang mengikut tertib. Contoh pertumbuhan ialah kematangan kepala mendahului tangan dan kaki. Perkembangan pula, bila seorang individu membuat sesuatu sebelum meneruskan yang lain. Contohnya, bayi duduk sebelum berjalan; mulakan dengan percakapan bayi sebelum bercakap.
V. Pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara beransur-ansur. Di dalam permainan badminton, seorang murid yang tidak dapat melakukan servis dengan betul, akhirnya dapat juga menguasai kemahiran tersebut walaupun ia mengambil masa.

Sunday, January 16, 2011

Ros VS Derdap

Sungguh, kasih Allah Maha Indah, sayang Allah nyata terserlah...

"andai ingin beroleh cinta Allah, lafaz yg diungkap x semudah melaksanakan..
kerana menyintaiNya memerlukan sebuah ketulusan,
MengasihiNya memerlukan sebuah pengorbanan,
MenyayangiNya memerlukan sebuah kesetiaan,
Menuntut tanggungjawab, menagih pembuktian."

kasihnya Allah pd kite khususnya kaum wanita, Islam telah membataskan pergaulan
dan menganjurkan kita spy menjg diri kite, dgn erti kata lain menjg kehormatan diri
kita sebagai seorg muslimah.

Kalau direnung-renungkan kembali, setiap yg ditetapkan oleh Allah itu adalah sngt indah.
sebagai contoh, kite sebagai seorang wanita harus menjaga kehormatan diri..

tapiii, mcm mne nk jg??

antaranya, kite harus menjaga pergaulan, cara berpakaian, cara percakapan kite sehari-harian..kerana
ini semua jg melambangkan keperibadian dan akhlak kite sbg seorg wanita..

mmm, sy dh bertudung,,dah pakai pakaian yg tututp sume dah..kirenye, sy dh tutup auratlah kn??
1 perkara yg harus kite igt, bertudunglah dgn melabuhkan tudung itu hingga menutupi bahagian dadamu, dan berpakaianlah kamu dengan pakaian yang sopan,tidak jarang, dan longgar (X ketat)..

tambahan pula, wanita adalah pembawa kpd fitnah..oleh itu, sama-samalah kita renung-renungkan spy kite bknlh antr org2 yg tergolong sbg pmbw fitnah..

sebenarnye,, segala macam gejala sosial seperti rogol terutamanye adalh berpunca drp wanita itu sendiri.
cube bayangkan, andai seekor ikan goreng diletak atas meja tnpa menutupnya dgn tudung saji, dh pastilah ia akan dimakan oleh Si Kucing..samalh seperti kite kaum wanita..renung2kanlah..

jdlah seperti bunga ros yg harum menawan lagi cantik dipandang yang dipagari penuh oleh duri2 yg tajam..hanya orang tertentu shj yg berjy memetiknya tnpa terluka dijari..
jgnlah menjadi seperti bunga derdap, cantik dipandang, mudah dipegang,,namun x berbau..
pilihlah ape yg kite nak jadi.. berubah i2 mmg susah,, namun dgn keazaman dan usaha yg tinggi, InsyaAllah sgl-galanya akan d permudahkan..
smg diri ini dan sahabat2 yg lain akan sentiasa diberi hidayah dn petunjuk oleh Allah dn sentiasa ditetapkan hati di Atas jalan yg lurus..amiin.

marilah sama-sama kita memuhasabah diri dan berusaha agar kita tergolong dalam kalangan orang2 yg beriman dn bertaqwa dan memperoleh cinta dan redha Allah S.W.T. .amiin.

Thursday, January 13, 2011

Senarai Acara Olahraga IAAF

KOD MATA PELAJARAN: PJM3102 (OLAHRAGA)
PENSYARAH : EN. AHMAD JALANI BIN HALUS
TUGASAN      : 1 
NAMA            : NURUL AMIRA FARHANAH BT NIK
UNIT               : PISMP PJ SEMESTER 1 


Acara-acara Olahraga :  1. Acara padang   2. Acara balapan   3. Acara bercampur

Acara Padang
Acara Lompatan
Acara Balingan
Lompatan Ketinggian
Lompatan Mendatar
-lontar peluru
-lempar cakera
-rejam lembing
-baling tukul besi

-lompat tinggi
-lompat bergalah


-lompat jauh
-lompat kijang

Acara Balapan
Lari Berpagar (10 set pagar)
-lelaki & remaja L: 110m, 400m
-wanita & remaja P : 100m, 400m
-60m lari berpagar*  : tertutup sahaja
Lari Berhalangan
-2000m - 18 lompatan halangan
               - 5 lompatan air
-3000m - 28 lompatan berhalangan
                - 7 lompatan air
Lari Berganti-ganti
-4x100m
-4x200m
-4x400m
-4x800m*
Acara Pecut
-100m        
-200m        
-400m        
-50m*
-55m*           tertutup sahaja              
-60m*
Jarak Sederhana
-800                
-1500m         
 -3000m       
-3000m berhalangan*
-1000m*
-1 mile*
Jarak Jauh (5000m ke atas)
-5000m
-10000m

*acara yang dipertadingkan di peringkat antarabangsa


Pertandingan Pelbagai Acara (Acara Bercampur)
Pentathlon
Heptathlon
Decathlon
-5 acara :
-lari berpagar
(L: 110m, P: 100m)
-lontar peluru
-lompat jauh
-lompat tinggi
-jarak sederhana
 (L: 1500m, P: 800m)

-200m
-1500m
-lompat jauh             Pentathlon
-lempar cakera         luar
-rejam lembing

-7 acara yang merangkumi larian, lompatan dan lemparan.
-untuk wanita
-berlangsung selama 2 hari
Hari pertama:
-100m berpagar 
 -200m
-lompat tinggi      
-lontar peluru
Hari kedua:
-lompat jauh
-rejam lembing
-800m
-10 acara yang merangkumi larian,    
  lompatan, lontaran
-untuk lelaki
-berlangsung selama 2 hari
Hari pertama:
-100m
-400m
-lompat jauh     
 -lompat tinggi
-lontar peluru    
Hari kedua:
-110m lari berpagar
-1500m
-lempar cakera 
 -lompat bergalah
-rejam lembing  



Sumber :  1. Buku Kejohanan Olahraga Amatur Malaysia 2010/2011
                  2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Lempar_cakera