" Gantunglah azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Monday, June 30, 2014

b.c.z o.f a.i.n.a *_^

:: Jun 2014 ::

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Kaunter zakat fitrah pandu lalu 
 
 Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5

Waktu Wajib

Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

Waktu Paling Afdal

Sebelum sembahyang Hari Raya

Waktu Sunat

Sepanjang bulan Ramadhan

Waktu Makruh

Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

Waktu Haram

Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Monday, June 23, 2014

R.E.M.E.M.B.E.R

The most precious possession that ever comes to man in this world is a woman's heart.

You came to love not by finding the perfect person, but by seeing an imperfect person perfectly. 

Woman wish to be loved not because they are pretty, or good, or well bred, or graceful, or intelligent, 

but because they are themselves.

D.R.E.A.M.S


F.I.G.H.T.  F.O.R  O.U.R  D.R.E.A.M.S


Assalam...
Oh, hye everyone!

D.R.E.A.M.S

 Hear this word make me say '''I WISH blablabla...and I WISH blablabla....""
nobody knows when the sounds will be END!!

Something likes a wonderful thinking, kinda!
UnCountable, i guess!
Fullllll of lovely n great hopes!
am i right??

But right now, 
I WISH THE WIFI AT THIS INSTITUTE 
WILL BE GETTING FASTER N MUCH MORE BETTER!!

URGHHHH!!!

can't access for the notes that i am searching right now!
wifi really like a baby tortoise!
yg hairannya,,blog ni bole pulak buka!
hehe...
so,,jom la menari-nari kat atas keyboard ni duhai jari jemariku yang tercinta..

D.O.N.E!

10 pm already.
Going to bed.
Sleep well, live well, Increase the productivity of tomorrow routine.

K.E.E.P  S.M.I.L.I.N.G





Sunday, June 22, 2014

Rendah Hati

 Bismillahirrahmanirrahim...

"Ya Allah, hidupklnlah aku dlm keadaan khusyuk dan tawadhuk,
dan matikanlah aku dalam keadaan khusyuk dan tawadhuk,
dan kumpulkanlah aku (pada hari kiamat) dalam rombongan orang2 yang khusyuk dan tawadhuk.."

Amin..

Doa


Alhamdulillah


B.E.R.S.A.H.A.B.A.T  K.E.R.A.N.A  A.L.LA.H

Lets Pray Together



T.H.E  M.I.R.A.C.L.E  O.F  P.R.A.Y.E.R

Friday, June 13, 2014

Pengenalan




Psikologi sukan merupakan satu pokok perbincangan dan persoalan dalam sukan yang cukup menarik serta mendapat perhatian umum. Cox (1998) merumuskan bahawa psikilogi sukan merupakan satu bidang yang luas dan terbuka sehingga ia memudahkan orang awam dan peminat sukan memberi komen berkaitan psikologi sukan. Psikologi sukan juga merupakan proses memilih dan memotivasikan atlet supaya atlet tersebut boleh bersaing atas usaha dan keupayaannya sendiri. Selain itu psikologi sukan juga menjurus kepada Psych-out lawan, proses ini dapat mengurangkan atau menangani tekanan yang dihadapi oleh atlet. Psikologi sukan juga juga dapat mencegah penggunaan dadah dikalangan atlet serta membina strategi berpasukan dan menerapkan pembelajaran kemahiran kepada atlet.

Contohnya, bila membingcangkan kemerosotan prestasi seseorang atlet, telah menjadi kelaziman ramai yang mengandaikan kemerosotan tersebut berlaku kerana faktor psikologi seperti kurang motivasi, sering hilang tumpuan, darah gemuruh, dan kurang yakin. Tetapi, tidak ramai pengkritik yang memberikan pendapat dan andaian yang melibatkan biomekanik, fisiologi mahupun kemahiran pemain tersebut. Jesteru itu, ramai yang membuat kesimpulan bahawa psikologi sukan merupakan satu perkara yang mudah serta boleh dipelajari dan dipraktikkan dalam bidang sukan yang melibatkan ahli sukan serta penonton boleh dijadikan sebagai asas untuk mendapatkan satu definisi yang lebih jelas lagi.

Psikologi sukan boleh ditakrifkan sebagai satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, efektif serta kognitif mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut. Menurut pakar psikologi sukan, (Wann, 1997), bidang ini membabitkan bidang sukan dan pergerakan. Antaranya Cox (1998) menjelaskan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang sains atau prinsip-prinsip psikologi diaplikasi dalam bidang sukan. Bagi Weinberg dan Gould (1999) pula meruskan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang kajian saintifik tentang manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan. Takrifan ini membuka skop yang lebih luas dalam bidang psikologi sukan dengan mengambil kira segala bentuk perubahan yang berlaku kepada atlet, pegawai serta penonton digelanggang atau padangpermainan serta melibatkan mereka yang menyaksikan atau mengikuti perkembangan aktiviti tersebut dari jauh.

Kajian dalam psikologi sukan juga membolehkan kita :

- Menyatakan sesuatu tingkah laku

- Menerangkan tingkah laku tersebut

- Membuat andaian tentang tingkah laku tersebut.

Keadaan seseorang atlet diterangkan melalui pendekatan psikologi bagi mendapatkan kaedah yang sesuai untuk menangani masalah atlet. Ringkasnya, seseorang ahli psikologi sukan bukan sahaja berminat untuk mengetahui apa yang berlaku digelanggang serta kesan langsung terhadap atlet serta pegawai yang terbabit malahan kepada mereka terlibat secara tidak langsung diluar gelanggang permainan.

Sosialisasi Melalui Sukan dan Menerusi Sukan



SOSIALISASI MELALUI SUKAN 

Sukan merupakan satu cara individu bersosial antara satu sama lain. Sukan menjadi alat untuk mengintegrasi atlet dengan atlet, atlet dengan jurulatih malahan dengan ahli-ahli yang terdapat dalam sesuatu institusi sukan. Integrasi yang terdapat dalam institusi sukan ini akan mewujudkan perpaduan yag erat tidak mengira bangsa dan agama. Hubungan dikalangan ahli yang erat  ini bukan sahaja berlaku dalam institusi berkenaan malahan akan berlanjutan sehingga di luar institusi yang akan menguntungkan negara.

            Dalam konteks ini juga, sukan menjad alat untuk mensosiaisasikan individu. Sikap berdisiplin, bekerjasama,toleransi, hormat menghormati, mematuhi peraturan merupakan elemen-elemen yang penting untuk membentuk watak seseorang. Sebagai contoh, seseorang individu yang pendiam akan dapat mengubah dirinya menjadi lebih berkeyakinan dan berdisiplin sekiranya melibatkan diri dalam permainan tinju dan ragbi memandangkan sukan ini berbentuk agresif dan meletakkan disiplin latihan yang tinggi sebagai tingkat teratas penyumbang dalam kejayaan seorang.

            Selain itu, sukan memberi ruang untuk atlet mencipta kejayaan. Kejayaan ini datangnya daripada beberapa faktor samada berbentuk intrinsik ataupun ekstrinsik. Seseorang cenderung untuk memajukan diri dalam istitusi sukan untuk mendapatkan ganjaran tidak kiralah dalam bentuk wang ringgit mahupun berupa kebendaan. Dengan ini mobiliti sosial ataupun taraf hidup seseorang tersebut akan meningkat dengan adanya ganjaran ataupun upah yang diperolehi bersesuaian dengan tahap kemahiran individu berkenaan. Bukan itu sahaja, individu cenderung berusaha dalam sukan untuk kepuasan diri dan menaikkan nama baik institusi, mahupun negara.

Seseorang juga boleh bersosialisasi menerusi sukan dengan menjadikan sukan sebagai alat untuk mempertahankan diri. Individu akan melibatkan diri dalam ilmu mempertahankan diri dan cuba untuk mendalami imu berkenaan untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan tinggi. Individu mempelajari ilmu pertahanan diri menerusi sukan berkenaan bertujuan untuk melindungi institusi mahupun diri sendiri seperti kemahiran yang ada dalam sukan taekwondo ,judo,silat,menembak dan lain-lain lagi. Seni dalam sukan ini  akan dipelajari sedalam mungkin dan memberi impak yang mendalam kepada individu tersebut.



SOSIALISASI KE DALAM SUKAN
Sosialisasi ke dalam sukan berlaku apabila seseorang individu tersebut mengambil keputusan untuk melibatkan diri dalam sukan tersebut. Antara agen-agen sosialisasi yang mempengaruhi sosiaisasi ke dalam sukan ialah keluarga, masyarakat, institusi pendidikan, rakan sebaya dan media massa. Agen-agen sosialisasi ini akan mempengaruhi sikap, nilai dan kemahiran individu tersebut.

            Sosialisasi ke dalam sukan berlaku apabila individu yang melibatkan diri dalam sukan tersebut menerima norma-norma yang terdapat dalam sesuatu sukan yang ingin diceburi. Sikap seperti tidak menghisap rokok, menghormati orang lain dan ketua, rajin berlatih, taat kepada perintah tuhan dan menunjukkan teladan yang baik akan dapat diterapkan ke dalam diri seseorang individu setelah melibatkan diri dalam sesuatu institusi sukan. Konsep ini merupakan suatu peraturan yang harus diterima oleh individu yang ingin melibatkan diri dalam sesuatu institusi sukan.

            Selain itu, seseorang individu juga akan melakukan anjakan budaya yang harus ada setelah melibatkan diri dalam sukan. Sebagai contoh, personaliti individu seseorang individu akan berubah sekiranya melibatkan diri dalam sukan golf seperti  kemas dalam berpakaian, lebih tenang dalam melakukan sesuatu perkara, pertuturan yang teratur dan sopan, juga disiplin yang tinggi seharian selaras dengan nora-norma yang harus ada pada seorang pemain golf. Perwatakan sedemikian bukan sahaja berlaku di dalam institusi sukan berkenaan, malahan akan berterusan sekiranya tidak lagi melibatkan diri dalam sesuatu acara sukan berkenaan.

Bukan itu sahaja, seseorang juga akan bersosialisasi ke dalam sukan dengan menjadi sebahagian daripada keperluan institusi sukan tertentu. Seseorang individu yang ingin bermain bola sepak akan cenderung untuk memantapkan lagi kemahiran yang harus ada padanya selaras dengan kemahiran atau teknik yang diperlukan dalam permainan tersebut. Individu akan cuba untuk menjadi atlet yang berkemahiran tinggi agar dapat diterima sebagai salah seorang ahli dalam institusi berkenaan.

Selain itu, sosialisasi ke dalam sukan juga berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli dalam institsi sukan tersebut seperti interaksi antara atlet dengan atlet, atlet dengan jurulatih, malahan antara atlet dengan pentadbir sesuatu organisasi sukan berkenaan. Interaksi berkisar dalam permasalahan  personaliti, prestasi atlet dan  jurulatih malahan berkaitan dengan kebajikan mereka sendiri yang ada hubungkait dengan pentadbiran institusi sukan.

Seseorang yang mengambil keputusan untuk melibatkan diri ke dalam  sesuatu jenis sukan tersebut akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan kemahiran mereka dan berpeluang melawat ke tempat-tempat yang mereka tidak pernah lawati. Oleh itu, seseorang individu yang ingin mendapatkan kepercayaan daripada institusi sukan agar terpilih menjadi pemain, akan cenderung untuk berusaha dengan lebih gigih mengasah kemahiran yang sedia ada. Setelah terpilih, individu tersebut tersebut akan menjadi pemain kepada sesuatu pasukan tersebut dan mereka akan melawat ke tempat lain dalam melengkapkan takwim pertandingan. 

Keperluan Motivasi



3 jenis keperluan motivasi asas
i) Keperluan terhadap kuasa
ii) Keperluan terhadap penggabungan
iii) Keperluan terhadap pencapaian.

Bekerja untuk capai matlamat. Oleh itu, keperluan terhadap pencapaian adalah sangat penting.
1.    Keperluan terhadap kuasa
Orang yang mempunyai keperluan yang tinggi terhadap kuasa begitu memberi perhatian untuk menjalankan pengaruh dan kawalan. Individu seperti ini mencari kedudukan kepimpinan.
Sifat / Tingkahlaku
  1. Mereka adalah ahli bercakap.
  2. Lantang bersuara.
  3. Keras Kepala.
  4. Banyak tuntutan.
  5. Mereka gemar mengajar orang.
  6. Bercakap di depan umum.
2.    Keperluan terhadap Penggabungan
Orang yang mempunyai keperluan yang tinggi terhadap penggabungan selalunya mencapai kenikmatan dengan dikasihi. Cenderong untuk mengelakkan rasa keciwa daripada disingkir oleh sesuatu kumpulan sosial.
Sifat / Tingkahlaku
  1. Berusaha memelihara hubungan sosial yang baik
  2. Menikmati perasaan mesra.
  3. Saling memahami.
  4. Bersedia untuk menghibur.
  5. Membantu orang dalam kesusahan.
  6. Menyenangi hubungan ramah dengan orang lain.
3.    Keperluan terhadap Pencapaian
Orang dengan keperluan terhadap pencapaian yang tinggi sangat-sangat menginginkan kejayaan pada masa yang sama teramat khuatir akan kegagalan.
Sifat / Tingkahlaku
  1. Mereka mahu dicabar.
  2. Menetapkan matlamat yang agak sukar (tetapi bukan mustahil) untuk diri mereka sendiri.
  3. Mengambil pendekatan yang realistik terhadap risiko.
  4. Lebih kepada penganalisis dan menilai masalah.
  5. Lebih gemar memikul tanggungjawab peribadi untuk melaksanakan sesuatu tugas.
  6. Menyukai maklumbalas yang tepat dan cepat terhadap prestasi mereka.
  7. Seringkali gelisah.
  8. Gemar bekerja hingga larut malam.
  9. sering kali tidak risau jika gagal (jika benar-benar terjadi)
  10. Cenderong untuk melakukan sesuatu seorang diri

Etika Dalam Psikologi Sukan



Sejak akhir-akhir ini, kerjaya sebagai ahli psikologi sukan mahupun ‘jurulatih mental’ ini semakin popular kerana ramai orang telah melibatkan diri secara langsung dalam bidang ini untuk melatih atlet ataupun pasukan tertentu di negara kita.bagi memastikan khidmat yang diberikan mendatangkan kebaikan kepada mereka yang memerlukan khidmat tersebut maka etika psikologi perlu diwujudkan serta dipraktikkan oleh mereka yang terlibat. Seterusnya topik perbincangan ini akan membantu kita mengenali kemampuan, kemahiran serta bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada atlet serta jurulatih yang memerlukan khidmat ahli psikologi sukan. Kebelakangan ini, ramai orang telah memperkatakan bahawa teori-teori serta teknik-teknik psikologi sukan telah menunjukkan keberkesanannya kerana ramai diantara mereka yang bergiat dalam sukan mengakuinya kerana ia mampu membantu mereka meningkatkan prestasi serta mencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan sukan (Anshel, 1997; Cox, 1998; Wann, 1997). Pendedahankepada beberapa konsep, teori serta teknik psikologi sukanyang dapat membantu anda meningkatkan mutu persembahan dan pencapaian yang membanggakan.
Bagaimanapun dengan hanya menamatkan satu kursus psikologi sukan ataupun menamatkan satu kursus di peringkat diploma, anda masih belum boleh menganggap diri anda sebagai seorang ahli psikologi sukan serta berkelayakan untuk memberikan khidmat nasihat kepada mereka yang memerlukan kepakaran dalam bidang ini.walaupun di Malaysia masih belum wujud satu badan akreditasi khusus untuk ahli psikologi sukan seperti mana bidang profesional yang lain seperti kaunseling, doktor perubatan dan psikologi ia tidak bermakna bahawa anda bebas menggelarkan diri anda sebagai seorang pakar psikologi sukan. Perbuatan ini menyalahi etika profesion kerana ia tidak mempunyai kelayakan minimum untuk melayakkan diri menjadi ahli psikologi sukan. Pakar psikologi sukan bimbang tentang risiko yang mungkin timbul dari kesilapan penggunaan teori serta teknik psikologi sukan sekiranya ia dipraktikkan oleh mereka yang kurang mahir dalam bidang ini (Silva, 1989). Kesannya mungkin akan menyebabkan ramai orang meragui peranan serta kepentingan dalam bidang ini dan proses penyediaan atlet atau pasukan sukan.
Apa yang kita faham pada awal-awal tajuk ini, tugas seorang ahli psikologi sukanboleh diklasifikasikan kepada dua tugas utama. Pertamanya tugas yang bersifat memberikan tunjuk ajar (pendidikan) kepada atlet serta jurulatih tentang cara melakukan teknik latihan mental dengan cara lebih berkesan (Cox, 1998). Dalam konteks ini, guru atau jurulatih yang betul betul terlatih dalam bidang ini yang boleh melaksanakan tugas ini (Smith, 1992). Keduanya, tugas bersifat klinikal dimana seorang ahli psikologi sukan diminta untuk memberikan bantuan yang bercorak klinikal seperti memberikan kaunseling, psikoterapi serta membuat pemeriksaan psikologi dan mental atet terbabit. Oleh itu, adalah penting bagi seseorang ahli psikologi sukan mempunyai kemahiran serta pengetahuan yang berkaitan untuk melaksanakan tugas tersebut.
Untuk memudahkan kita mendalami lagi isu-isu yang berkaitan dengan etika, satu garis panduan tentang kajian dan tugas klinikal dalam bidang psikologi sukan yang digariskan oleh Persatuan Psikologi Sukan dan Aktivit Fizikal Amerika Syarikat (North American Society for the Psychology of Sport and Physical Activity). Garis panduan ini menjelaskan tentang tatacara seorang ahli psikologi sukan (Wann, 1977) :
1.    Bertanggungjawab – Ahli psikologi sukan bertanggungjawab diatas segala perlakuan, nasihat serta saranan yang diberikan dan bertanggungjawab keatas kesan dan akibat berkaitan dengan saranan tersebut serta memastikan tindakan yang diambil itu bertepatan dengan keadaan.
2.    Berkelayakan – Ahli psikologi sukan memberikan bantuan dan latihan yang mana ia berkelayakan serta berpengalaman melakukannya.
3.    Mematuhi moral dan etika – Ahli psikologi sukan tidak membabitkan diri dengan kegiatan yang berlawanan dengan peraturan, etika serta moral yang ditetapkan.
4.    Kenyataan umum – Ahli psikologi sukan menyatakan kelayakan ikhtisas serta penglibatan mereka dengan persatuan profesional dengan jelas.
5.    Kerahsiaan – Ahli psikologi sukan menghormati serta menjaga rahsia atau maklumat yang diberikan oleh klien atau subjek kajian mereka.
6.    Kebajikan klien – Ahli psikologi sukan menjaga kebajikan serta integriti aklien serta kumpulan yang mendapatkan khidmat mereka.
7.    Hubungan profesional – Ahli psikologi sukan mesti peka terhadap keperluan serta pendapat rakan-rakan dalam bidang lain yang berkaitan dengan sukan.
8.    Teknik penilaian – Dalam usaha untuk membentuk, menerbit serta menggunakan sesuatu alat atau teknik penilaian atau pengukuran, kebajikan klien perlu diutamakan.
9.    Kajian yang milibatkan manusia – Dalam melaksanakan kajian psik ologi kebajikan mereka yang terbabit dengan kajian tersebut perlu diutamakan agar ia selaras dengan peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkuasa diperingkat persekutuan, negeri serta badan profesional terbabit.