" Gantunglah azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan "

Wednesday, January 29, 2014

Mabruk 'alaikum..^_^"

Congrate lina :)


Si comel

Wif  Nadzirah, Amirah, Nadhirah 

Congarate to akak ira :)


 Mabruk 'alaikum ... ^_^

Ahaa,,
'll b going again n again to walimah two of my besttt friends this weekend, :)
first is on this friday noon at KT then insyaAllah akan terus ke KB..:)
sesampai je di KB 'll meet my old friends,, exsemesdians..for sure!
kami akan menginap di homestay berdekatan rumah pengantin,, bole la tolong apa2 yg patut. yg penting akan berkongsi cerita sepanjang malam..waaa x sabar! x sabar! x sabar nak mengimbau detik2 zaman sekolah. malam minggu tarik tilam kat bawah, tidur ramai2.. duk borak2 before tido.. best!!!
esoknya, lepas majlis mau pegi jalan2 di KB sama2 n yg penting akan pegi makan lagi!!!!yippeyyy!
hope our journey akan penuh dgn rahmat dan barakah drp Allah swt

Tuesday, January 28, 2014

Fisrt event!





All About Latihan Merentas Desa ^^"

x dapat ambil banyak gambar sebab bateri sesangat laa kritikalnya..:'(
salah sendiri jugak kan,, x tengok awal2...T_T

tp sempat snap beberapa keping pun cukup la..asalkan ada kenangan ^_^ yippeeyyyy!!

Tuesday, January 21, 2014

CikebumCikebum Fie ^^"




Nie kali kedua potong rambut Fie.. kali pertama dulu x berapa cantik..almaklumlaa x pernah potong rambut lelaki sebelum nie..hehe
kali kedua potong rambut fie,, ni la hasilnya.. walau x cantik, tp lebih cantik dr yg pertama..hihi
dulu potong rambut fie gaya tempurung! heee just kidding..
potong rambut perempuan biasela.. tp skali fie mintak tolong potongkan rambut dia jgk,, waduh2,, gawat nie... tp cube jgk laa dgn action yg penuh yakin..hihi..
 ni time nak buka sekolah baru nie,, akak2 duk sibuk potong rambut,, dia pun nak jugak! suh p kedai gunting x nak.. fuhhh jenuh nak layan cikebumcikebum nie..
tp da buat perjanjian la,, kalau angah potong x cantik, fie kene p kedai suh tukang gunting baiki balik.. tp Alhamdulillah nasib baik fie sporting! x cantik sikit2 tu x pe la katanya,, lgpn dia x nak pegi kedai gunting rambut..ntapape dia nie..:)
tapi..kesian fie,, sampai kebas kaki,,duduk x bangun2... 45 minit angah potong rambut fie,, hurmmm suruh lagi angah potongkan..nasibla.. :)



Monday, January 20, 2014

20 Januari 2014...

Sanah Helwah Pn. Tengku...:) 

Giving a surprise to our beloved Mamma^^"










Friday, January 17, 2014

Daripada Kak Untuk Angah 2


Daripada Kak Untuk Angah 1


Sebarkan Salam, Lebarkan Senyuman

Assalamualaikum wbt

Disebalik tabir 2S ::: SALAM dan SENYUM :::

Fitrah jiwa inginkan kesejahteraan hidup. Dengan ucapan assalam ini insyaAllah akan meraih kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. Sesungguhnya syurga yang menjadi dambaan setiap hamba Allah itu penuh dengan kesejahteraan. Oleh itu, wajarlah kita sebarkan salam, sebarkan kesejahteraan itu sesama muslim. Ayuh, sama2 kita berusaha!

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud : "Demi Allah kamu tidak akan masuk syurga melainkan kamu orang yang beriman, dimana salah satunya kamu adalah orang yang saling mencintai"

Bagaimana nak semai rasa cinta?? sebarkan salam! Sampaikanlah ucapan assalam itu kepada setiap muslim, tapi awas dengan kaum adam.. bukan x boleh,, tapi kita mesti ingat 2S! dengan memberi salam, automatik akan hadir senyuman yang sangat indah:) x percaya? cubalah!

senyuman hawa kepada adam (terutama bukan org kita kenal atau rapat yang kita x tau pun macam mane akhlaknya atau bukan classmate) boleh beri kesan positif dan negatif! elakkan kalau boleh sebab kita takut yang negatif itu akan hadir ke dalam hati si penerima senyuman ataupun pada yang memberi itu sendiri,, yang mungkin akan jejaskan ibadahnya kepada Allah swt.. senyum memang x salah, tapi pandai-pandailah menjaga hati..hanya kita yang tahu dimana kekuatan dan setakat mana kemampuan hati kita..

Senyum adalah perawat duka, senyum amat membahagiakan, dan paling penting SENYUM ITU MANTERA UKHUWAH ^_^

NAK BAHAGIA
nak bahagia?? kita kene sebarkan kebahagiaan kepada orang lain dulu..baru kita akan beroleh rasa bahagia itu.. bagaimana? salah satu cara, senyum!

Senyum itu juga ibarat perniagaan tanpa modal, tapi menguntungkan! x percaya?? teruskan membaca..

Rasulullah s.a.w pernah bersabada : " Senyum itu adalah satu sedekah "
Melalui ucapan assalam, akan terbit mutiara senyuman yang menjadi satu sedekah selain mampu membahagiakan perasaan orang lain :) Senyum menambahkan cas2 positif dalam diri.. Alternatif utk awet muda^_^ `

Aha... senyum satu sedekah! inilah perniagaan tanpa modal yang menguntungkan! untung dunia kerana ikatan ukhuwah, untung akhirat dengan ladang pahala yang dibina..

Lagi pula, sedekah itu kan pembuka rezeki! Walaupun bukan dengan menginfakkan sebahagian harta, tapi senyum itu hakikatnya satu sedekah. nak murah rezeki? jom amalkan 2S dengan niat semata-mata kerana Allah..

SENYUM ITU PENYAKIT
iye ke??
yela..penyakit berjangkit yang x perlukan rawatan dan ubat doktor:) malah x mudaratkan kesihatan pun!
cuba senyum kat rakan sebelah,, pasti senyuman itu akan dibalas kerana senyum itu berjangkit! mudahkan nak sebar virus senyum! senyum pun ibarat cermin. sekali kita senyum, pasti kita akan nampak balik senyuman tu,, tapi dari org yg kita senyum tu la..

mudahkan nak berukhuwah ni,, SEBARKAN SALAM, LEBARKAN SENYUMAN, InsyaAllah... :)

apa yang ditulis ini adalah sebagai ingatan untuk diri sendiri juga....wallahua'lam.

Thursday, January 16, 2014

20 Adab Makan dan Minum

Assalam...

"Please this till the end and teach our kids and the love one. It is never too late to learn or teach. so let us together make our sunnah to colour our life.. "
> chef ammar ~ Masak Dari Hati Masak With Iman ~

Ringkasan 20 adab makan dan minum mengikut sunnah Nabi SAW

Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ڪُلُواْ مِن طَيِّبَـٰتِ مَا رَزَقۡنَـٰكُمۡ وَٱشۡكُرُواْ لِلَّهِ إِن ڪُنتُمۡ إِيَّاهُ تَعۡبُدُونَ
Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah."
(Surah al-Baqarah 2:172)

يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ خُذُواْ زِينَتَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدٍ۬ وَڪُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ وَلَا تُسۡرِفُوٓاْ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُسۡرِفِينَ
Maksudnya: "Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan."
(Surah al-A'raf 7:31)

Mari mempelajari adab makan dan minum melalui hadith Nabi SAW. Mengikuti sunnah Nabi SAW adalah sangat penting bagi setiap muslim. Makan dan minum juga adalah sebahagian dari hak badan yang perlu kita tunaikan sebagaimana sabda Nabi SAW:

ان لجسدك عليك حقاً
"Sesungguhnya tubuh kamu mempunyai hak yang harus kamu penuhi."
(Muttafaqun 'alaih)

1. MEMBASUH TANGAN

Membasuh tangan itu menurut satu pendapat bukanlah merupakan suatu sunnah secara umum. Ini kerana ia bergantung kepada keadaan iaitu jika tangan kotor maka dibasuh dan jika tidak cukup dengan menyapu tangan. Pendapat ini berdasarkan dua hadis yang menyebut:

"Bahawa Rasulullah SAW masuk ke tandas kemudian baginda keluar, maka baginda makan dan baginda tidaklah menyentuh air."
(HR An-Nasaa'i)

Satu lagi hadis menyebut:

"Bahawa Rasulullah SAW apabila baginda ingin tidur, sedangkan baginda berjunub, maka baginda berwudhu' (seperti wudhu') untuk solat dan apabila baginda ingin makan maka baginda membasuh kedua tangan baginda (lebih dulu)."

2. MEMBACA BISMILLAH

Nabi SAW bersabda kepada seorang kanak-kanak yang makan di samping baginda:

"Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah..."
(HR Bukhari dan Muslim)

Ini merupakan satu suruhan yang jelas mengenai membaca Bismillah.

3. BERKUMPUL SEWAKTU MAKAN

Adalah digalakkan berkumpul sewaktu makan menurut cara yang dibenarkan syarak iaitu tiada percampuran antara lelaki perempuan bukan mahram.

Rasulullah SAW bersabda: "Maka hendaklah kamu berkumpul untuk makan makanan kamu dan sebutlah nama Allah agar diberkati kamu padanya."
(HR Abu Daud)

4. MAKAN DAN MINUM DENGAN TANGAN KANAN
Rasulullah SAW bersabda:

إذا أكل أحدكم فليأكل بيمينه وليشرب وليأخذ بيمينه وليعط بيمينه فإن الشيطان يأكل بشماله ويشرب بشماله ويعطي بشماله ويأخذ بشماله
"Apabila salah seorang kamu makan, maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya dan apabila dia minum, maka hendaklah dia minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya."
(Sahih Muslim)

5. MULA MAKAN DI TEPIAN, TIDAK DI TENGAH
Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila seseorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia (mula) makan makanan yang berada di puncak pinggan, akan tetapi hendaklah dia makan makanan daripada bahagian di sebelah bawahnya, kerana sesungguhnya keberkatan itu turun daripada puncaknya (ke bawah)."
(HR Abu Daud)

6. TIDAK TONGKAT TANGAN

Nabi SAW bersabda kepada seorang lelaki di samping baginda:

"Saya tidaklah makan sedangkan saya (di kala itu) bertongkat tangan."
(HR Bukhari)

Juga digalakkan makan di dalam keadaan cara duduk berlutut dan menghulurkan kedua telapak kaki atau mendirikan kaki kanan dan duduk di atas kaki kiri (separuh bertempoh) atau bersila.

Kurang digalakkan makan di atas meja beserta duduk di atas kerusi kerana duduknya selesa dan tempoh makannya menjadi lama.

7. TIDAK MENCELA MAKANAN
Abu Hurairah r.a. pernah memberitakan:

"Tiadalah sekali-kali Nabi SAW mengaibkan makanan (yang terhidang). Jika baginda berselera, baginda memakannya, dan jika baginda tidak ingin, baginda meninggalkannya."
(HR Bukhari)

8. BERCAKAP MENGENAI KEBAIKAN MAKANAN

Semasa makan, para Ulama' menggalakkan untuk bercakap mengenai kebaikan makanan. Akan tetapi ia tidak bermaksud bercakap di ketika makanan berada di dalam mulut.

9. MAKAN SUAPAN YANG TERJATUH

Jaabir b. Abdullah r.a. memberitakan Rasulullah SAW telah bersabda:

"Apabila suapan seseorang kamu terjatuh maka hendaklah dia mengambilnya, hendaklah dia membuang kemudharatan padanya dan hendaklah dia memakannya dan janganlah dia meninggalkannya kepada syaitan (secara membazir)."
(HR Muslim)

10. TIDAK BERNAFAS DALAM BEKAS MINUMAN
Ibnu Abbas r.a. memberitakan:

"Sesungguhnya Nabi SAW melarang bernafas dalam bekas minuman atau menghembuskan ke dalamnya."
(HR At-Tirmidzi)

11. MAKAN SEKADAR MEMENUHI KEPERLUAN

Umat Islam tidak seharusnya makan berlebih-lebihan sehingga menyebabkan dirinya terlalu kenyang. Memakan terlalu banyak boleh memberi kemudharatan kepada individu itu sendiri bahkan boleh mengakibatkan seseorang itu menjadi malas. Nabi SAW bersabda:

مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ، بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ، فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ، فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ، وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ، وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ
"Tidaklah anak cucu Adam mengisi bekas yang lebih buruk dari perutnya. Sebenarnya beberapa suap saja sudah cukup untuk menegakkan tulang rusuknya. Kalau dia harus mengisinya, maka sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas."
(Riwayat Ahmad, at-Tirmidzi dan Ibn Majah. at-Tirmidzi mengatakan hadith ini hasan.)

Di dalam hadith lain yang diriwayatkan dari Ibn 'Umar, baginda bersabda:

المؤمن يأكل في معى واحد والكافر يأكل في سبعة أمعاء
"Seorang mukmin makan dengan satu usus, sementara orang kafir makan dengan tujuh usus."
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Majah)

12. LARANGAN MAKAN SAMBIL MENIARAP

Saalim meriwayatkan daripada sumber bapanya:

"Bahawa Nabi SAW melarang seorang lelaki makan sedang dia duduk meniarap."
(HR Ibnu Maajah)

13. UCAPAN PENJAMU: "MAKANLAH!"

Terdapat satu hadis yang dihujungnya berbunyi:

"... Maka sentiasalah baginda SAW bersabda, "Sila minum!"
(HR Bukhari)

Oleh itu sangatlah dituntut kepada para penjamu makanan agar mengucapkan kata seperti itu kepada orang-orang yang hendak makan.

14. MENJILAT JARI SESUDAH MAKAN

Rasulullah SAW menyuruh umatnya menjilat jari sesudah makan. Baginda SAW bersabda:

إذا أكل أحدكم طعاما فلا يمسح يده حتى يلعقها ، أو يلعقها
"Apabila salah seorang di antara kamu selesai makan, hendaklah dia tidak membersihkan tangannya sehingga menjilatnya atau makanan itu dijilatkan."
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Thabrani, al-Baghawi, al-Haitsami, al-Baihaqi dan Abu Na'im)

Di dalam riwayat lain baginda bersabda:

"Sesungguhnya kamu tidaklah mengetahui (bahagian) manakah (makanan kamu) yang mengandungi keberkatan."
(HR Muslim)

15. LARANGAN BANGUN SEHINGGA HIDANGAN DIANGKAT
Hadis menyebut:

"Apabila telah dihidangkan suatu hidangan, maka janganlah seseorang bangun sehingga diangkatkan hidangan; dan janganlah dia mengangkatkan tangannya (berhenti makan) sekalipun dia sudah kenyang sehinggalah kumpulan (bersamanya) selesai makan; dan hendaklah dia menunggu kumpulan itu; kerana sungguhnya seorang lelaki itu akan merasa malu duduk (lagi), maka dia akan berhenti makan; dan barangkali dia masih perlu untuk makan."
(HR Ibnu Majah)

16. MEMUJI ALLAH SWT DAN MENGUCAPKAN ALHAMDULILLAH SELEPAS MAKAN
Terdapat beberapa doa selepas makan yang telah diajarkan oleh Nabi SAW.

Kita juga turut digalakkan untuk mendoakan untuk penjamu kita (yang menjamu hidangan kepada kita).

17. MEMBASUH TANGAN SESUDAH MAKAN
Nabi SAW bersabda:

"Siapa tidur sedangkan di tangannya terdapat daging busuk dan dia tidak membasuhnya; tiba-tiba dia dikenai sesuatu, maka janganlah dia mencela melainkan ke atas dirinya (sendiri)."
(HR Abu Daud dan Tirmidzi)

Orang yang tidak membasuh tangan sesudah makan akan menyebabkan tangannya kotor dan ini berkemungkinan akan menyebabkan kemudaratan seperti serangga atau binatang tertarik dengan sisa atau bau makanan di tangannya.

18. MENDAHULUKAN ORANG SEBELAH KANAN
Hadis menyebut:

"Pernah dibawakan susu yang telah dicampur air kepada Nabi SAW; sedang di sebelah kanan baginda ada seorang A rab desa dan di sebelah kiri baginda terdapat Abu Bakar, maka lalu baginda minum, kemudian baginda memberikannya kepada orang Arab desa sambil baginda bersabda: "Hendaklah (disambung) kepada orang yang di sebelah kanan, kemudian orang yang di sebelah kanan.""
(HR Bukhari dan Muslim)

19. PEMBERI MINUM, MINUM YANG TERAKHIR
Dalam hadis sumber dari Abu Qataadah yang panjang, Nabi SAW bersabda:

"...Sesungguhnya pemberi minum kepada suatu kaum itu, dialah peminum yang terakhir."
(HR Muslim)

20. LARANGAN MAKAN DAN MINUM DALAM BEKAS EMAS DAN PERAK
Hadis menyebut:

"Siapa minum dalam bekas daripada emas atau perak, maka sesungguhnya akan menggelegak dalam perutnya (bakaran) api neraka."
(HR Muslim)

Ilmuwan Islam sependapat tentang keharaman makan menggunakan bekas emas dan perak sama ada bagi lelaki ataupun perempuan.

Wallahu a’lam


Saturday, January 4, 2014

oh.. my lil sweethearts


oh hye... dis picture is taken when i'm already 5 months.. :)

i've sooo many relatives dat was born in the same year with me... tadaaaa!!!
but there are another 3 babies doesn't include in the list below  :'(
blame my cik ngah ya!! ~ziyad


oh hye...!! :)



my name is danisha :)
n my along is danish with the dark green t-shirt _^

Friday, January 3, 2014

SATU TEKAD

SATU TEKAD - UNIC

Berikan ku sebaris kata
Untuk ku susuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga

Azimat yang bermakna

Di depan simpang bercabang tiga
Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada yang Esa

Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama 
Pastinya aku yang binasa

Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
Untukku teruskan pengembaraan
Tak rebah dan tak tersalah langkah

Tunjukkan aku kawan
Simpang mana arah kejayaan
Timur, utara juga selatan
Atau arah mentari terbenam

"Bersama menyusuri jalan
Para rasul nabi junjungan
Menuju ke puncak gemilang terbilang
Iman di dada mengiring langkah"


PENGENALAN STATISTIK


PENGENALAN TERHADAP STATISTIK

1. SEJARAH PENGGUNAAN STATISTIK

§ Terbitan dari perkataan Latin yang bermaksud “state” – negeri atau negara
§ Penggunaan awal statistik adalah melibatkan pengumpulan data atau maklumat yang menerangkan beberapa aspek berkaitan dengan sesebuah negeri atau negara semenjak zaman Mesir, Greek dan Room.
§ Ketika itu data yang dikumpul hanyalah untuk tujuan memudahkan pengutipan cukai dan kerahan tenaga.
§ Selepas itu kerajaan-kerajaan Eropah Barat begitu berminat dengan data statistik ini sebab mereka bimbang kuasa politik dan tentera mereka tergugat jika berlakunya sesuatu wabak penyakit yang buruk dan boleh menyebabkan berubah saiz penduduk.
§ Oleh itu mereka mengumpul data kelahiran, perkahwinan dan kematian.
§ Dalam tahun 1662, Captain John Grant seorang ahli statistik dari England telah menerbitkan semula data mengenai kelahiran dan kematian disebabkan oleh penyakit-penyakit tertentu.
§ Ini kemudiannya diikuti dengan kajian-kajian seperti kadar kelahiran mengikut jantina,saiz penduduk dan lain-lain lagi.
§ Semenjak itu,pihak kerajaan,peniaga mahupun individu begitu bergantung kepada data statistik sebagai panduan.
§ Pada masa kini, proses pengumpulan,pengkelasan, penyimpanan dan mendapatkan kembali data yang telah disimpan adalah suatu yang mudah dengan bantuan komputer.
§ Contohnya,kadar pengangguran, kadar inflasi, indeks pengguna, kadar pertumbuhan ekonomi, sentiasa sahaja dikumpul dan dikemeskini kerana datya yang dihasilkan ini sangat diperlukan oleh pihak-pihak tertentu dalam membuat keputusan.

2. DEFINISI STATISTIK

Ø Merupakan himpunan fakta berangka atau data yang menerangkan sesuatu aspek
Ø Satu bidang yang mengandungi pelbagai kaedah yang digunakan bagi memanfaatkan data dalam membuat kesimpulan dan keputusan.
Ø Adalah satu seni dan sains untuk,mengumpul,memproses,menganalisis, menginterprestasi, mempersembahkan data untuk tujuan membantu di dalam membuat keputusan yang lebih berkesan.
Ø Contoh statistik
- Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menyatakan bahawa hanya 12,550 permohonan untuk memasuki institusi pengajain tinggi (IPT) di negara ini bagi sesi pengajian 2004/2005 barjaya mendapat tempat berbanding 29,770 orang yang memohon.Daripada bilangan yang berjaya, seramai 7550 mengikuti kursus aliran sastera sementara 5000 orang lagi dalam bidang sains.
- Satu tinjauan pendapat yang dijalankan oleh akhbar tempatan mendapati bahawa 70% daripada responden yang terdiri daripada ibubapa tidak bersetuju dengan cadangan membenarkan guru-guru merotan pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin kerana mereka khuatir penyalahgunaan kuasa berlaku. Walaubagaimanapun, 25 % berpendapat bahawa guru disiplin dan pengetua boleh dibenarkan untuk menjalankan hukuman merotan.

3. JENIS-JENIS STATISTIK

Ø Terbahagi kepada 2 jenis

i. Statistik Perihalan (Statistik deskriptif)
- Adalah kaedah-kaedah yang digunakan untuk megumpul maklumat, menyusun ,mempersembah data dan pengolahan data/merihalkan data yang dikumpul
- termasuklah kaedah membina graf, carta dan jadual serta pengiraan beberapa ukuran perihalan seperti purata dan juga
- pengiraan ukuran serakan seperti peratus.

i. Statistik Inferens (Statistik induktif)
- merupakan bahagian terpenting daripada statistik yang berkaitan dengan pembuatan kesimpulan dan keputusan berdasarkan data yang telah dikumpul dan diolah.
- Tumpuan utama dalam statistik inferens ialah untuk mengetahui sesuatu keseluruhan ahli kumpulan (populasi) berdasarkan sebahagian yang dipilih (sampel) untuk dikaji.
- Contoh : Berdasarkan tinjauan keatas 20 orang pelajar di Kolej Komuniti Ledang Johor mengenai perkhidmatan food court , kita boleh membuat kesimpulan bahawa pelajar-pelajar KKLJ berpuashati dengan perkhidmatan berkenaan.

4. ISTILAH ASAS STATISTIK 

i. Elemen : ahli atau unsur samada daripada populasi ataupun sampel
ii. Pemboleh ubah : merupakan cirian atau fenomena yang mempunyai nilai yang berbeza-beza dan menjadi tumpuan dalam kajian.Terbahagi kepada 2 iaitu pemboleh ubah kualitatif dan pemboleh ubah kunatitatif
iii. Data : ukuran atau bilangan mengenai sesuatu yang dikumpul daripada kajian
iv. Populasi : keseluruhan objek,individu atau ukuran yang menjadi tumpuan dalam penyelidikan.Banci merupakan kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul maklumat daripada keseluruhan populasi yang dikaji.
v. Sampel : merupakan suatu subset atau sebahagian daripada populasi.Kaedah pengambilan sampel dikenali persampelan .
vi. Cerapan ; Nilai yang diperolehi daripada sesuatu pemboleh ubah.

Contoh : Katakan anda berminat untuk menjalan satu kajian tentang perbenlajaan yang dihabiskan untuk makanan bagi suatu semester oleh pelajar-pelajar semester akhir di KKLJ.




Ø Populasi : Kajian semua pelajar semester akhir di KKLJ
Ø Sampel : Kemungkinan 20 pelajar lelaki Sijil Automotif
Ø Elemen : setiap pelajar tahun akhir
Ø Pemboleh ubah kajian : perbelanjaan makanan (sebab nilai untuk makanan nagi pelajar-pelajar mungkin berbeza dari seorang ke seorang )
Ø Cerapan : Contoh : ialah RM200 bagi Omar iaitu nilai perbelanjaan untuk makanan satu semester,seorang pelajar akhir Sijil Automotif.

5. LANGKAH-LANGKAH DI DALAM STATISTIK

1. Mengumpul
2. Memproses
3.Menganalisis
4. Mengintreptasi
5.Mempersembahkan
6.Keputusan

PEMBOLEH UBAH
Ø Definisi : Satu ciri yang sedang dikaji /ciri-ciri ahli populasi yang dikaji
Ø Boleh mengambil nilai yang berbeza bagi elemen yang berbeza
Ø Contoh : pendapatan bulanan keluarga,harga saham,bilangan isirumah,harga buku teks,dan jenis jenama peti sejuk
Ø Terdapat 2 jenis

i. Pemboleh ubah Kuantitatif
- Pemboleh ubah yang hanya boleh mengambil nilai berbentuk angka sahaja.Contoh : pendapatan bulanan,jumlah jualan,bilangan kereta yang dimiliki
- Boleh di bahagikan kepada 2 :
a. Pemboleh ubah diskret
• hanya boleh mengambil nilai-nilai tertentu sahaja
• contoh : bilangan kereta yang melalui tol Tangkak ialah kemungkinan antara 27 atau 28 buah kereta.
• Tetapi tidak mungkin 27.8 buah kereta

b. Pemboleh ubah selanjar
• mengambil nilai dalam sesuatu selang
• Contoh : berat pelajar (48.9 kg,56.2kg), tinggi, masa,saiz kasut dll.

ii. Pemboleh ubah Kualitatif
-Tidak mengambil nilai angka
- Contoh : jantina pelajar,tahap pendidikan,warna kereta

KEPENTINGAN-KEPENTINGAN STATISTIK

-Ada 2 sebab utama kenapa perlunya belajar statistik.

1. Perkembangan pengumpulan data berkaitan dengan operasi dalam perniagaan dan kerajaan adalah begitu pesat sekali.
ü Oleh itu kita perlu tahu bagaimana menilai fakta-fakta yang bersifat angka ini yang begitu kerap diterbitkan sama ada ianya berkaitan dengan politik, ekonomi atau kajian sosial.

2. Membuat keputusan yang lebih berkesan
ü Contohnya dalam bidang perniagaan, dimana data dikumpul untul meramalkan jualan dan keuntungan.
ü Dalam bidang kejuruteraan dan proses pembuatan dalam
mengawasi mutu sesuatu produk.

PENGGUNAAN STATISTIK DALAM PERNIAGAAN.

a. Bidang pengeluaran
Sebuah firma melakukan pengumpulan data-data adalah bertujuan mengkaji tentang akibat penggunaan pengawalan kualiti pengeluaran, perkembangan pengeluarannya, stok dan inventori, kos seunit dan kos bahan-bahan mentah.

b. Bidang pemasaran
Firma-firma mengumpulkan data daripada penyelidikan pemasaran, pengiklanan, keputusan-keputusan jualan, kos-kos pengagihan , peletakan harga, keluaran ,agihan dan ramalan-ramalan pasaran.

c. Bidang kewangan
Kewangan perniagaan meliputi aspek pelaburan, kadar pinjaman, keuntungan dan kerugian dan percukaian.

d. Bidang pengurusan sumber manusia
Keterangan mengenai bilangan pelatih-pelatih, kadar upah , gaji pekerja dan pusing- ganti pekerja pekerja , perpindahan keluar masuk pekerja, kadar kemalangan yang dialami




ISU DAN PERMASALAHAN P&P PJ DI SEKOLAH

Permasalahan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran PJ di Sekolah

Pengenalan

Istilah ‘pendidikan jasmani’ (PJ) digunakan secara implisit sejak zaman primitif lagi (Wee Eng Hoe, 1994: m.s. 1). Namun begitu dalam konteks Malaysia, kemungkinan istilah ini mula diperkenalkan oleh orang British di zaman pemerintahan British di Tanah Melayu. Walaupun sekian lama istilah pendidikan jasmani digunakan, persoalan tentang pengertiannya masih lagi wujud dimana pendidikan jasmani ini keseluruhannya dianggap sebagai sukan dan sesi pendidikan jasmani banyak membawa pengertian sukan.

Mungkin ini disebabkan kurikulum pendidikan jasmani terdiri daripada sukan ataupun kurikulum pendidikan jasmani pada asasnya lebih mementingkan sukan. Menurut Armstrong (1990), konsep pendidikan jasmani dan sukan adalah berbeza. Sebagai contoh ialah pendidikan jasmani adalah melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran, manakala sukan hanyalah berbentuk rekreasi. Pendidikan jasmani biasanya dikendalikan oleh guru manakala sukan dikendalikan oleh jurulatih yang mahir bagi sukan tertentu. Pendidikan jasmani lebih berpusatkan pelajar dan pembangunan diri pelajar, namun sukan lebih berpusatkan sukan dan pembangunan bidang sukan tersebut.

Pendidikan jasmani perlu mencapai objektif dari tiga aspek iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Ini berbeza dengan subjek-subjek akademik lain yang hanya mempunyai domain kognitif dan afektif untuk dicapai (Julismah Jani, 2007).




Akauntabiliti akademik dalam pendidikan jasmani


 
Kebanyakan golongan pendidik memberi persepsi yang negatif terhadap subjek pendidikan jasmani. Kebanyakan pendidik mengangap pendidikan jasmani sebagai subjek main-main dan hanya berbentuk ko-kurikulum yang tidak berbentuk akademik. Maka pendidikan jasmani tidak diajar dengan betul sebagaimana yang dibincangkan dalam teori menyebabkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bagi subjek ini tidak mencapai objektifnya.

Lebih malang ada sesetengah sekolah tidak melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran subjek pendidikan jasmani kerana beranggapan subjek ini tidak bersifat akademik dan tidak penting dalam peperiksaan. Maka pihak pengurusan sekolah tidak mengambil berat terhadap pelaksanaan subjek pendidikan jasmani di sekolah dan menganggap semua guru mampu mengajarnya.

Apabila guru yang tidak berkemahiran dalam subjek pendidikan jasmani mengajar pendidikan jasmani di sekolah, kesan yang buruk akan terhasil. Sebagai contoh ialah kegagalan pencapaian matlamat dalam pendidikan jasmani di sekolah iaitu pertumbuhan otot-saraf, pertumbuhan organan, pertumbuhan sosial dan emosi dan meningkatkan pengamatan dan persefahaman dikalangan pelajar.

Oleh itu bagi mengatasi masalah ini, jurang akauntabiliti akademik subjek pendidikan jasmani dengan subjek-subjek akademik lain mesti dikurangkan. Diantara strategi untuk meningkatkan akauntabiliti akademik subjek pendidikan jasmani ialah mesti melaksanakan proses pengajaran dan pendidikan yang betul oleh guru yang berkelayakan.

Subjek pendidikan jasmani juga perlu mempunyai proses penilaian yang berterusan dari semua aspek melalui peperiksaan dan kad kemajuan pelajar bagi mendapatkan keputusan yang baik. Semua pihak harus mengiktiraf subjek pendidikan jasmani ini sebagai subjek yang mempunyai akauntabiliti akademik sebagaimana subjek-subjek lain di sekolah yang mempunyai matlamat dan objektif tersendiri. Akhirnya guru pendidikan jasmani perlulah meningkatkan kemahiran dari semasa ke semasa untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dengan betul dan tepat. 




Pengujian, pengukuran dan penilaian pendidikan jasmani 



Selain melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan jasmani, guru pendidikan jasmani juga perlu melaksanakan proses pengujian, pengukuran dan penilaian subjek pendidikan jasmani. Ianya sangat penting untuk memberi maklum balas terhadap pembelajaran pendidikan jasmani bagi membangunkan akauntabiliti akademik pendidikan jasmani. Diantara kepentingan penilaian ialah dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar. Menurut Veal (1991), bagi memotivasikan pelajar belajar, guru mestilah menghargai nilai aktiviti tersebut dan memastikan pelajar dapat mencapai dan mampu berjaya jika mereka mencurahkan usaha yang setimpal.

Sebagai tenaga pengajar, guru Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan perlu memiliki kemahiran dan pengetahuan serta memahami prosedur untuk melakukan sesuatu pengujian, pengukuran dan penilaian. Pengujian, pengukuran dan penilaian ini adalah merupakan cara untuk mengesan sama ada matlamat dan objektif telah tercapai atau tidak. Hasil daripada maklumat ini dapat membentuk proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik.

Masalah perbezaan penggredan berlaku dalam Pendidikan Jasmani yang mana pengukuran tidak dapat mewujudkan penghasilan kebolehan prestasi sebenar pelajar. Penggredan seharusnya melihat kepada kemampuan dalam melakukan kemahiran yang dilatih. Oleh itu, pelajar harus diberi peluang untuk menyertai pelbagai jenis aktiviti fizikal serta masa yang mencukupi untuk berlatih kemahiran, seterusnya mencapai gred yang lebih baik.

Penekanan betapa pentingnya hubungan antara penilaian dan pengajaran dan ketepatan sesuatu penilaian yang dibuat akan memberi kesan yang besar terhadap pengalaman pengajaran yang dialami pelajar.

Tujuan asal pengajaran adalah untuk membantu dan menolong para pelajar memperolehi pelajaran yang diinginkan dari segi domain kognitif, afektif dan psikomotor dan untuk mencapai matlamat penilaian ianya hendaklah dilakukan dengan sistematik bagi mengangarkan sejauh mana objektif intruksional yang dicapai oleh para pelajar.

Tumpuan terhadap akauntabiliti yang semakin meningkat  telah membentuk suatu keperluan untuk pengukuran dan penilaian. Keperluan ini telah dirasa pada setiap tahap di segenap penjuru pendidikan dan Pendidikan Jasmani juga tidak terkecuali.

Setiap guru perlulah bijak menguji kemahiran yang dikehendaki kerana guru merupakan penguji yang layak kerana mereka tahu tentang prestasi pelajarnya berbanding penguji luar atau ujian yang serupa. Masalah utama yang dihadapi oleh guru pendidikan jasmani ialah untuk membuat pemarkahan (grading) terhadap pendidikan jasmani kerana tiada prosedur dan kaedah yang jelas untuk melaksanakannya.

            Pendidik pendidikan jasmani dapat menguji kemampuan motivasi pelajar dalam penggredan dengan kaedah berikut:
1)      Menggunakan penilaian rujukan criteria berdasarkan pencapaian dan objektif yang jelas seperti yang dinyatakan dalam buku rujukan pendidikan jasmani
2)      Elakkan penilaian rujukan norma walaupun ia dapat membantu guru menilai kemampuan murid, ia selalu di salah gunakan. Ia boleh melemahkan pelajar yang lembab dan menjadikan sukan untuk menentukan samada murid telah menguasai kemahiran asas.
3)      Elakkan penggredan lulus–gagal atau kredit dan tidak kredit. Sistem ini kadangkala menyebabkan pencapaian yang rendah dan kehendak untuk melakukan yang terbaik tidak sama berbanding pelajaran lain. Ia juga menggalakkan sikap yang negatif terhadap pendidikan jasmani.
Terdapat beberapa perinsip yang perlu dipatuhi dalam penggredan. Diantaranya ialah gred yang diberikan mestilah berkait terus dengan objektif pengajaran dan pembelajaran, mempunyai kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti yang tinggi. Kaedah pemberatan perlulah digunakan bagi setiap unit pengajaran agar tumpuan dapat diberikan dengan tepat. Kaedah penggredan juga perlulah mudah ditadbir dan mudah difahami oleh semua pihak termasuklah guru, pelajar dan keluarga pelajar. Seterusnya gred yang diberikan harus dapat membezakan pencapaian pelajar yang baik dan lemah.

Walaupun penyelidik kajian lampau berjaya menghasilkan bateri ujian kecergasan motor, tetapi hasil kajian mereka masih kurang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani bagi mengukur kecergasan motor pelajar. Adalah terlalu sukar bagi guru Pendidikan Jasmani untuk menggunakan bateri ujian tersebut. Ini terutamanya kerana kebanyakan ujian yang terdapat dalam bateri ujian tersebut tidak dinyatakan prosedur ujian yang lengkap dan piawai.

Kandungan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Buku Panduan Guru Pendidikan Jasmani hanya menyatakan jenis ujian kecergasan motor yang mesti dijalankan tetapi tidak menyediakan prosedur menjalankan ujian. Tanpa prosedur ujian yang piawai, guru Pendidikan Jasmani tidak dapat menjalankan ujian dengan berkesan.

Keseluruhannya, penilaian yang berkaitan dengan prestasi kecergasan motor pelajar dapat dijalankan dengan lebih berkesan setelah guru Pendidikan Jasmani memahami tujuan sebenar pengujian dan pengukuran ujian kecergasan motor. Guru Pendidikan Jasmani juga perlu benar‑benar mengetahui semua perinsip‑prinsip pengujian dan pengukuran sebelum menjalankan ujian kecergasan motor. Kegagalan guru menguasai prosedur menjalankan ujian kecergasan motor akan menjejaskan kesahan dan kebolehpercayaan ujian. Kesan daripada kegagalan menggunakan prosedur ujian yang tepat menyebabkan data yang diperoleh adalah meragukan. Sebarang bentuk penilaian yang dibuat oleh guru berdasarkan keputusan ujian yang meragukan akan menjejaskan prestasi kecergasan motor pelajar.

Setiap perubahan perlu dalam konteks meningkatkan prestasi pelajar dalam sukan supaya bakatnya itu dapat di gilap bagi menentukan hala tujunya dalam bidang sukan. Sekiranya tiada pembaharuan dalam pengukuran penilaian prestasi pelajar, hala tuju Malaysia sebagai sebuah negara untuk melahirkan bakat-bakat dalam arena sukan mungkin tidak kesampaian. Oleh itu perlulah di perbaiki dari peringkat bawahan terutama di sekolah dalam memberikan pengukuran yang bermakna dalam mengenal pasti pelajar-pelajar yang berbakat dalam pendidikan jasmani khususnya dan sukan secara amnya. Sekiranya perkara ini dititikberatkan nescaya prestasi sukan di negara ini dapat ditingkatkan sebaik mungkin.

Menurut Larry (1990), ruang antara teori dan praktis seharusnya dikurangkan dengan memberi penumpuan utama terhadap teknik yang mudah, efesyen dan boleh digunakan secara meluas dan ramai, tapi mengekalkan tahap kebolehpercayaan, kesahan dan keobjektifan yang boleh diterima.

Sesungguhnya secara jelas, yang cara pengajaran serta penilaian yang sistematik amat diperlukan khususnya dalam konteks Pendidikan Jasmani di Malaysia. Apa yang berlaku kini, pengukuran dan penilaian kurang diberi keutamaan di kalangan guru Pendidikan Jasmani. Salah satu sebab utamanya adalah dikaitkan dengan masalah masa pengurusan. Contohnya, Pendidikan Jasmani hanya dijalankan selama 50 minit seminggu. Ini mendatangkan masalah kepada guru untuk merekod, menganalisis dan melaporkan keputusan ujian dengan sistematik dan berkesan. Disamping itu juga guru-guru kekurangan pengetahuan tentang cara dan teknik penilaian yang sistematik.

Kini, menjadi tanggungjawab Kementerian dan Jabatan Pendidikan untuk memastikan perlaksanaan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan/Sains Sukan secara sistematik dapat dilakukan oleh guru-guru di sekolah. 





Bahaya dalam pendidikan jasmani 



Sebagaimana yang diketahui, pendidikan jasmani melibatkan aktiviti fizikal dikalangan pelajar dan lebih berisiko berlakunya kecederaan jika guru gagal untuk mengambil langkah keselamatan yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Kefahaman berkenaan keselamatan dalam pendidikan jasmani amat penting bagi mencegah berlakunya kecederaan terhadap murid melalui cara pengajaran atau latihan yang lebih baik (Wee Eng Hoe, 1994: m.s. 89). Ia juga dapat melindungi pihak sekolah daripada tindakan undang-undang yang tidak perlu akibat kecederaan yang ringan.
           
            Pengawasan yang cekap merupakan tanggungjawab setiap guru pendiidkan jamani. Mereka bukan sahaja dijangka cekap dalam setiap aktiviti yang dikendalikannya, malah mereka diharap berkeupayaan untuk mengawasi murid dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran.

            Setiap guru pendidikan jasmani seharusnya mempunyai panduan am yang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan risiko berlakunya kemalangan. Kecederaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani sering berlaku disebabkan guru tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai aktiviti yang dijalankan ditambah pula kegagalan merancang pengajaran dan latihan dengan berhati-hati. Oleh itu guru seharusnya menetapkan dan menerangkan peraturan keselamatan untuk kemudahan pendidikan jasmani kepada pelajar sebelum melakukan akitiviti. Guru juga seharusnya mempunyai rancangan pengajaran atau program latihan yang teliti meliputi:
1)      Menolong pelajar peka terhadap kemalangan yang mungkin berlaku,
2)      Perancangan dan pengetahuan tentang bahan yang diajar,
3)      Pengetahuan tentang tahap kebolehan pelajar atau pelatih.

Semasa mengajar, guru juga seharusnya tidak meninggalkan kelas atau tempat aktiviti dijalankan tanpa pengawasan disebabkan masalah peribadi seperti ingin mendengar telefon, menjaga anak di tepi gelanggang atau bercakap dengan orang lain. Guru pendidikan jasmani mestilah memakai pakaian yang sesuai dan sentiasa bersama pelajar semasa aktiviti fizikal berjalan.

Terdapat sebahagian guru yang mengajar pendidikan jasmani tidak memakai pakaian yang sesuai dan hanya membiarkan pelajar bermain dipadang tanpa pengawasan yang rapi. Pelajar yang berada di bawah pengawasan guru pendidikan jasmani seharusnya sentiasa boleh dilihat agar dapat diawasi. Guru juga tidak boleh membiarkan pelajar menggunakan kemudahan pendidikan jasmani tanpa pengawasan guru pendidikan jasmani. Seperti contoh ialah penggunaan bilik kecergasan atau gimnasium seharusnya ada seorang penjaga yang dapat mengawasi perjalanan aktiviti pelajar. Dalam keadaan yang tiada pengawasan, tempat-tempat sebegitu seharusnya dikunci.

Namun terdapat pentadbir sekolah yang meletakkan guru tidak berkelayakan dan berkebolehan untuk mengendalikan kelas pendidikan jasmani. Ini telah meningkatkan lagi risiko berlakunya kecederaan akibat kekurangan pengetahuan dan kefahaman guru tersebut untuk mengendalikan kelas pendiidkan jasmani. Oleh itu, guru yang ditugaskan untuk mengajar pendidikan jasmani tetapi kurang berbolehan seharusnya memberitahu pihak pentadbir tentang tahap kebolehannya. Guru pendidikan jasmani seharusnya mengambil langkah-langkah tertentu untuk mempertingkatkan kebolehan diri kerana guru tidak seharusnya mengajar aktiviti tanpa pengetahuan yang mencukupi.
           
            Langkah-langkah keselamatan perlu diambil bagi mencegah kemalangan semasa sesi pendidikan jasmani. Bagi aktiviti yang melibatkan penggunaan alatan sukan, guru harus memastikan peralatan sukan yang digunakan adalah sentiasa selamat. Alat-alat pencegah kemalangan mesti diwajibkan kepada pelajar seperti pelindung muka untuk penjaga gol hoki dan mesti sentiasa dalam keadaan yang baik. Pelajar diwajibkan untuk memakai pelindung dalam apa-apa keadaan sekali pun. Sebagai contoh yang lain ialah pelajar mesti memakai shin-guard dalam hoki dan penjaga lutut dalm bola tampar.

            Bagi aktiviti tertentu, pelajar tidak dibenarkan melakukannya secara bersendirian dan perlu kepada pembantu atau penyokong. Seperti aktiviti gimnastik dalam pendidikan jasmani dan aktiviti angkat berat atau latihan beban mesti menggunakan penyokong untuk membantu pelajar melakukan aktiviti. Guru boleh mengajar palajar cara menyokong dan setiap pelajar mesti diajar untuk berbuat demikian. Jika perlindungan atau langkah keselamatan gagal disediakan, aktiviti perlulah diubahsuai mengikut kreativiti guru agar lebih selamat.

            Bagi setiap pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, guru harus bijak memilih aktiviti kepada pelajar. Risiko kecederaan dalam pendidikan jasmani akan meningkat jika guru gagal memilih aktviti yang sesuai dengan pelajar berdasarkan umur, saiz dan tahap keupayaan atau kemahiran pelajar. Aktiviti mestilah dirancang dengan rapi dan mengikut perinsip-perinsip ansur maju. Arahan yang diberi mestilah jelas terutamanya bagi aktiviti yang baru diperkenalkan untuk mengelakkan kesilapan yang mungkin mendatangkan kecederaan. Guru mesti memastikan semua pelajar memahami dengan jelas setiap arahan yang diberikan sebelum memulakan aktiviti fizikal.

            Aktiviti ysng dipilih mestilah sejajar dengan kebolehan pelajar. Pemilihan aktiviti yang sesuai amat penting untuk mengekalkan motivasi pelajar untuk belajar dan memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani tercapai. Guru tidak boleh memaksa pelajar melakukan aktiviti diluar kemampuan atau keinginan pelajar tersebut seperti pelajar dengan kaki yang sakit tidak boleh dipaksa untuk melompat.

            Aktiviti yang dipilih mestilah mengambil kira perbezaan kebolehan pelajar dan menyediakan program yang berperingkat demi mementingkan ciri-ciri individualistik pelajar. Pelajar yang berkebolehan rendah mestilah melakukan aktiviti yang mengikut tahap kebolehannya.
           
Dougherty (1981) melaporkan bahawa kecederaan yang melibatkan aktiviti sukan berbentuk sentuhan mencapai tahap 50% dan aktiviti sukan tanpa sentuhan sebanyak 10% daripada jumlah kos kecederaan yang telah dilaporkan secara rasmi. Dalam usaha mengurangkan kecederaan, langkah pencegahan seharusnya diwujudkan dalam program pendidikan jasmani.
            Menurut Gray (1991), proses pengurusan bahaya dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:
1)      Mengenal pasti bahaya yang berkaitan dengan sukan dan aktiviti fizikal.
2)      Menilai bahaya untuk menentukan kebarangkalian berlakunya dan ketenatannya jika bahaya berlaku.
3)      Memilih kaedah yang sesuai untuk menguruskan setiap bahaya termasuk pengankutan, pengelakan, pengurangan dan pengekalan.
4)      Melaksanakan prosedur pentadbiran yang sesuai untuk menggerakkan pelan pengurusan bahaya.

Apabila seseorang pelajar tercedera semasa aktiviti pendidikan jasmani, adalah penting untuk guru mendokumentasikan secara terperinci kecederaan yang berlaku itu. Laporan kecederaan itu akan menjadi rujukan doktor dan mahkamah jika kes itu menjadi kes mahkamah. Ia juga menolong kita mengenalpastikan dan menghapuskan faktor-faktor yang menyebabkan kecederaan tetapi boleh dicegah.

Dalam kes serius yang memerlukan pelajar dihantar ke hospital, kemudahan ambulan, kenderaan sekolah dan kenderaan sendiri hendaklah digunakan. Semasa menggerakkan pelajar yang tercedera, perhatian diberi supaya tidak menambahkan ketenatan pelajar.